Hello There!

Monday, August 30, 2010

Isnin 30/08/2010

Hari ne birthday aku. Aku cuti hari ne.

Pukul 9.40 pagi. aku bersiap nak gi UO. Sampai kat sana, Jazim sms aku, cakap dia ada kat Ampang Putri ambik ubat dia. Dia tanya aku kat mana. Dia nak ajak aku nak gi repair hp dia. Aku pun patah balik ke rumah. Pukul 10.30 pagi, Jazim sampai kat pak guard. Aku dah tunggu kat sana. Kitaorang terus gi ke "Axis Atrium". Sampai kat sana, banyak kedai hp belum bukak. Ada 1 kedai yang dah bukak. Kitaorang tanya sorang cina yang jaga kedai tu. Dia boleh repair hp. Jazim pun suruh dia repair tapi tak boleh siap sekarang. Petang nanti baru boleh ambik.

Jazim tanya aku, petang ne kita nak bukak kat mana. Aku cakap aku rasa macam nak masak jer. Jazim kata ok gak. Kitaorang terus gi "Hero". Aku beli bahan-bahan untuk masak Tomyam dan kaki ayam. Dah habis, Jazim hantar aku balik, dia terus gi opis dia. Hari ne rumah Jazim air takde dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Masa aku mandi tadi pukul 8.45, air masih ada lagi. Sampai rumah aku buat apa yang patut. Aku nak keluar gan kawan aku tak jadi. Aku bantai tidur dari pukul 2.15 petang sampai pukul 4 petang. Bangun dari tidur, aku up date Facebook, masukkan gambar terbaru malam tadi.

Pukul 4.30 petang, air dah ada. Aku terus siapkan bahan-bahan untuk masak. Pukul 4.45 petang, Jazim balik rumah. Aku terus goreng kaki ayam dulu. Pastu baru aku masak tomyam. Masa aku masak, Jazim bersihkan kucing. Masa untuk berbuka, Kitaorang makan, sedap gak aku masak hehe. Jazim nak tambah nasi, tengok-tengok nasi dah habis. Tadi Jazim masak sikit jer. Semalam terlebih, hari ne terkurang lak.

Dah habis berbuka, kitaorang gi hantar baju untuk gosok kat kedai ENI. Pastu nak ambik hp Jazim. Masa kat kedai ENI, Jazim kol kedai hp, Cina tu cakap hp belum siap lagi. Esok pagi baru siap. Dah keluar rumah, aku ajak Jazim minum sebab asyik minum kat rumah jer. Mula-mula kitaorang nak ke Dagang Avenue, orang punyalah ramai sampai nak parking kereta pun takde. Last-last kitaorang gi kedai Mek Kelantan jer. Sampai sana kitaorang minum dan makan puding. Masa nak tunggu makanan, aku kol Mama. Kitaorang sembang-sembang kosong. JHabis makan, kitaorang balik rumah terus.

Kaki ayam goreng
Tomyam seafood

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.