Dah habis bersihkan kucing, kitaorang gi hantar baju gosok Jazim kat kedai ENI. Pukul 8.30 malam sampai sana. Baju ada 13 helai, seluar ada 8 helai. Habis kat sana, kitaorang gi Hero lak, nak cari barang-barang untuk bersahur nanti. Kitaorang beli:-
1) Telur Omega 3 rm4.29
2) Dutch Lady Low Fatt Milk rm5.49
3) Wall's Ice Cream 1.5 lit perasa Rasberry rm4.95
Tu aku beli.
1) Telur Sri Murni rm3.70
2) Ikan Bilis Belah Putih rm2
3) Bawang Besar Kuning rm0.63
4) 100 Plus Tangerine Orange Cold 32.5ml rm1.50
Tu Jazim beli
Harga semua rm22.55, kitaorang bagi 2, sorang rm10 lebih sikit.
Nanti sahur boleh goreng telur. Jazim nak buat ikan bilis goreng gan bawang besar tu. Tahun lepas pun kitaorang makan macam tu gak. Bukan apa, malas nak keluar rumah untuk bersahur. Makan apa yang patut jer. Buah kurma belum beli lagi. Aku nak rasalah kurma dari Yusof Tayoop, nanti aku nak beli.
Otty belum beranak lagi. Tadi masa aku kat opis. Kawan aku bagi info pasal networking.manggaonline.com. Boleh masukkan dalam blog, nanti dapat duit sikit. Ok, aku pun cuba-cubalah. Sekarang blog aku dah ada iklan Mangga.
Ada gak kawan-kawan ajak berbuka kat luar weekend nanti antara kat rumah atau kat kedai. Tengoklah macam mana nanti.
No comments:
Post a Comment