Hello There!

Saturday, August 28, 2010

Sabtu 28/08/2010

Aku bangun sahur pukul 4.45 pagi. Jazim dah bangun pukul 4. Dia kejutkan aku, aku tak bangun. Aku sahur makan ketam kat Nong semalam. Semalam ketam kari tak habis, aku suruh bungkus. Pastu aku tak tidur. Aku bukak laptop terus buat blog. Pukul 6 pagi, aku mandikan Joey, Suzzy dan Toby gan "Pure White". Marissa, aku mandikan gan "Juz Cats". Fiona, aku gan Jazim mandikan. Aku masih takut lagi gan Fiona. Jazim cakap Fiona dah ok dah tak garang lagi.

Habis mandi kucing, pukul 7.30 pagi. Jazim tidur balik. Aku sambung tulis blog lagi. Sampai pukul 8.30 pagi. Pastu aku gi mandi. Jazim dah bangun tidur. Hari ne nak hantar Suzzy dan Joey kat Ara nak injet vaksin yang ketiga. Pas vaksin, Joey nak cukur bulu. Jazim dah kol Sam, temujanji pukul 11 pagi. Pukul 10.10 pagi, kitaorang bertolak ke Ara. Masa dalam kereta, kitaorang cakap pasal Kelana, kata nak datang pagi ne. Tiba-tiba Kelana kol Jazim. So kitaorang jumpa kat Ara jer.

Sampai kat Ara 10.30 pagi. Hari ne Dr. baru, Dr. Saravanan. Dr. Sumitra cuti hari ne. Dr. Sara check Joey dulu. Berat Joey 2.65 kg, Joey sihat. Suzzy 2.19 kg, Suzzy pun sihat. Tadi Jazim dah beli ubat cacing 5 biji, 1 biji rm7. Beres semua, kitaorang jumpa Sam. Bagi tau kat Sam macam mana nak cukur bulu Joey. Sam kata nanti pukul 12 atau 1 kalau dah siap, Sam akan kol Jazim. Plan tadi ingatkan nak hantar Fiona kat Segar untuk X-ray, nak tahu berapa ekor anak dia. Fikir balik tak jadi gi sana.

Kitaorang terus balik rumah. Sampai rumah, Jazim bagi ubat cacing kat Toby, Marissa, Angel, Bubble dan Otty. Pastu tengok tv sementara nak menunggu Sam kol. Nanti kitaorang nak gi "Berjaya Times Square" nak tengok housing hp. Pukul 12.15 tengahari, Ara kol, kata Joey dah siap cukur bulu. Kitaorang terus ke Ara. Kelana pun ikut gak naik 1 kereta. Sampai sana jumpa Sam, kitaorang tengok Joey macam mana. Pastu Sam cerita pasal grooming. Panjang lebar citer Sam tu. Dah beres, kitaorang balik rumah. Pukul 1.50, kitaorang nak gi Berjaya Times Square. Kelana tak ikut. Kitaorang sampai sana cari gak mana kedai Nokia. Tengok pelan susunatur, takde pun nama Nokia. Kitaorang pun cari kaunter infomation. Kakak yang jaga kaunter tu cakap bukan kat sini tapi kat "Plaza Times Square". Mmm patutlah tak jumpa pun. Kitaorang pun gi sana. Dah jumpa Nokia Centre, kitaorang tanya kat kaunter. Perempuan tu cakap, boleh order tapi mungkin kena tunggu sebulan baru dapat housing yang original harga rm303.

Kalau macam tu, kitaorang nak gi Lowyat. Kitaorang jalan kaki jer sebab dah dekat. Sampai sana dah pukul 2.10 petang. Kitaorang gi tingkat 3. Kitaorang terus ke kedai Nokia. Tanya kat lelaki cina tu ada ke housing ori nokia N95. Dia kata ada harga rm150. Warna pun seakan sama gan ori punya. So Jazim pun beli. Perempuan tu kol Johnny suruh pasangkan hp tu. Johnny punyalah lambat sampai. Dia suruh kitaorang jalan-jalan dulu pukul 3 baru boleh siap. Kitaorang cakap tak boleh sebab pukul 3 ada temujanji. Dia suruh Johnny cepat sikit. Pukul 2.50 petang baru siap hp tu. Perempuan tu cakap bateri dah kena tukar sebab dah kembong. Jazim nak tukar lepas raya. Jazim kata dah tiba masanya, dia akan tukar kepada "IPHONE". Bila tu tak tahu lagi.

Dah habis kitaorang balik rumah. Sampai rumah dah pukul 3.40 petang. Puan Mahani nak datang rumah pukul 4 petang nak tengok Marissa. Seperti biasa bilik kucing dan Marissa perlu cantik. Pukul 4.20 petang, Pn Mahani datang gan keluarga. Mereka dalam bilik kucing sekarang. Pukul 5.05, mereka keluar. Marissa dah jadi milik mereka. Sedihnya. Mereka ambik Marissa selepas hari raya.

Dah beres, kitaorang keluar nak beli makanan untuk berbuka. Kitaorang gi kedai Kak mah jer. Aku beli nasi kerabu gan kuih akok. Jazim beli nasi kerabu dan nasi putih lauk daging kari. Pastu aku beli air ABC rm2. Aku beli ayam percik gan hati. Dah habis beli, kitaorang pun balik rumah. Sampai rumah, Jazim matingkan Marissa gan Toby. Berjayakah Marissa mengandung?. Kita akan ketahuinya nanti ya. Byeeee. Selamat berbuka Mama.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.