Hello There!

Monday, May 24, 2010

Gambar Lama



Gambar masa aku kanak-kanak lagi. Kelakar tengok gambar aku masih kecik kurus dan hitam. Tahun berapa aku tak ingat. Dulu aku tinggal di kampung Mandai Kecil di Singapura. Sebelah kampung aku adalah kampung Lorong Fatimah. Kampung aku dekat dengan kastam Woodlands. Kampung aku kedudukan rumahnya bersepah-sepah, tak macam kampung Lorong Fatimah tersusun memanjang. Kalau air pasang besar, selalunya pada bulan 12 setiap tahun, pasti kitaorang mandi-manda. Rumah aku bahagian depan, kalau orang kampung nak keluar ke bandar pasti berjalan di tepi rumah aku. Rumah Suhaimi bahagian belakang kampung. Dulu orang kata rumah aku darat, rumah Suhaimi laut. Rumah Suhaimi ada kolong sebab kalau air pasang rumah dia naik air. Kalau air pasang besar sampai jejak ke surau, semua orang kampung mandi. Seronok pada masa itu.

Seronok sangat masa dulu. Aku dengan Suhaimi pergi ke laut cari ketam, kupang, gemis, ketam batu dicelah akar pokok bakau ambil sepitnya jer dan lokan, dah dapat banyak bakar tepi laut dan makan bersama kicap manis dan cili hijau potong. Wow sedapnya. Aku masih ingat lagi bila aku ke laut cari lokan bersama Suhaimi. Tiba-tiba bapak aku panggil nama aku dari darat. Apa lagi aku kena bantai dengan ranting kayu. bapak aku tak suka aku pergi ke laut takut aku hilang. Hehehe. Masa dulu ramai orang cina terutama perempuan cina datang ke kampung aku mencari kepah. Di antara jam 2 petang, mereka mulai datang. Balik dah nak maghrib. Kalau balik tak berguni-guni tak sah. Mereka pikul macam cerita Wahid Satay yang menjual satay di waktu malam.
Ada nyonya yang dah bongkok pun datang nak cari kepah. Aku pernah tengok bagaimana mereka mencari kepah. Mereka menggunakan cangkul kecik, sebab itu cepat dapat banyak. Kalau air belum surut lagi mereka sanggup tunggu sampai air surut.

Sedih bila aku dapat tau kampung aku nak dirobohkan. Dikhabarkan nak diperbesarkan kastam Woodlands. Suhaimi pindah dulu dari aku sebab tanah yang orang kampung tinggal terbahagi dua. Bahagian depan iaitu rumah aku tanah Malaysia dan tanah bahagian belakang iaitu rumah Suhaimi tanah Singapura. Jadi sesiapa tinggal di tanah Singapura kena berpindah dulu. Pemerintah Singapura akan memberi pampasan kepada mereka mengikut keluasan tanah mereka dan mereka diberikan sebuah flat. dulu-dulu orang kat sana panggil flat bukan apartment. Jadi bahagian belakang kampung dah kosong, banyak orang kampung dah berpindah. Lama kelamaan semak jadi belukar, belukar pun jadi hutan. Masa family aku pindah, aku masih belajar di K.L. Aku tak dapat balik sebab ada peperiksaaan. Masa cuti, aku balik Singapura, balik ke rumah baru. Aku call Suhaimi ajak dia ke kampung lama kitaorang. Sedih teringat kenangan masa lalu. Aku tengok tapak rumah aku dah semak samun. Rumah Suhaimi terus tak nampak tapak sebab dah banyak tumbuh pokok hutan. Lama jugak pihak pemerintah Singapura nak bangunkan kampung aku itu.

3 comments:

  1. Terserempak ngan site ni masa searching for Lorong Fatimah. Keluarga bapa saya semua dibesarkan di Mandai Kechil. Sekurang2 nye ade 3-4 keluarga tinggal di sana; dari nenek ker nenek saudara. Saya pun dapat menjamah hidup kampung dari kecil sampai lah ker belasan tahun(hingga dirobohkan kampung). Rumah datuk saya juga di bahagian hadapan. Datuk saya dulu ade kedai runcit di sebelahan rumah mereka. Kemungkinan besar awak atau ahli keluarga awak kenal mereka semua... Allahyarham Hj Mohamed, Hjh Sa'adiah, Sidek, Idris, Sukor(bapa saya), Imran, Radzi...

    Khai

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kenal semua keluarga awak.kalau tak silap mak awak orang lorong fatimah

      Delete
  2. Saya juga pernah tinggal di Mandai Kecil sejak kecil sehingga tahun 1984 (kalau silap). Rumah sebelah dengan rel keretapi. Motor kalau masuk ke kampung mesti lalu depan rumah saya.

    ReplyDelete

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.