Hello There!

Friday, May 7, 2010

Sakit

Pada subuh pagi hari jumaat 09/04/2010 adalah hari yang paling aku akan ingat sampai bila-bila. Khamis malam tu aku tidur di rumah Jazim. Aku tersedar dari tidur kerana deringan hp aku berbunyi. Aku melihat jam sudah pukul 4.15 pagi. Aku melihat ada 8 miss call. Ada yang dari nombor abang sulung aku dan ada yang dari nombor saudara aku Kak Julia. Aku telefon balik nombor abang sulung aku Azman. Dia kata bapak telefon dia mengatakan mak sakit teruk. Aku tergamam. Masa tu abang aku di tempat kerjanya., nanti dia kan datang ke rumah bapak. Aku telefon kakak aku Ruby, aku tanya Ruby pasal mak, Ruby pun dapat tau dari Kak Julia. Kak Julia telefon Ruby sebab Kak Julia kata bapak dah panik. Ruby suruh aku balik cepat. Pastu aku telefon Kak Julia, Kak Julia kata mak aku sakit teruk kena angin ahmar, separuh badan tak bergerak dan mulut keluar buih. Aku dah tak tentu arah. Aku menanggis. Aku tak dapat tidur, sampai Jazim bangun nak gi kerja. Aku bagitau Jazim apa yang terjadi. Jazim kata kat aku sabar jer. Sebelum tu aku dah telefon Intan bagitau kat dia apa yang terjadi dan aku nak cuti dan balik kampung, tolong bagitau kat bos. Aku pun dah sms anak bos Lavinia bagitau perkara yang sama. Pagi tu Jazim hantar aku ke Pudu Raya. Aku kata tak payahlah hantar aku nanti kau masuk opis lambat. Jazim kata ok jer. Selepas aku membeli tiket ke Johor, kitaorang gi breakfast kat kedai tepi tangga. Masa tu aku dah bagitau kat Mama pasal citer aku nak balik kiampung. Mama cakap sabar jer, kalau ada apa-apa bagitau kat Mama. Kira-kira pukul 8.20, selepas aku ucapkan terima kasih kat Jazim kerana menghantar aku, aku pun beredar ke kaunter tiket Transnasional.

Di dalam bas fikiran aku melayang. Aku tak dapat melelapkan mata walau sesaat pun. Aku berdoa kepada tuhan agar mak aku cepat sembuh. Malam tadi aku baru jer bercakap di telefon gan mak aku. Suara mak aku, aku dengar macam biasa tak menunjukkan yang mak aku sakit. Mulalah kenangan lalu berlegar di fikiran aku. Selalunya kalau aku nak balik kampung pasti aku bagitau mak aku dan mak aku akan tanya aku, aku nak makan apa, kalau aku nak makan yang sedap-sedap pasti mak aku akan buatkan. Bapak aku pula akan menunggu aku kat bas stand Larkin. Kalau tiba hari raya, mak aku akan masak yang sedap-sedap. Aku tanya pada diri aku, adakah semua itu akan berakhir. Kalau itu dah suratan takdir, aku pasrah. Satu jer yang aku berdoa agar aku dapat melihat mak aku sebelum apa-apa terjadi. Sampai sekarang aku masih terkilan sebab mak aku nak tinggal gan aku kat K.L tapi rumah baru aku belum siap sampai sekarang. Aku berdoa agar mak aku sempatlah tinggal gan aku kat K.L.

Aku dapat rasakan bas ne lambat sangat nak sampai ke Johor. Aku terkejut dari lamunan sebab kakak aku Ruby telefon. Aku rasa macam tak nak angkat, takut aku dapat khabar yang menyedihkan. Rupanya Ruby bagitau aku yang mak aku sudah dihantar ke hospital. Semua ahli keluarga aku sudah ada kecuali aku jer belum sampai lagi. Bapak, abang aku yang kedua Ibrahim, isteri dia Su berada di hospital temankian mak aku. Di rumah yang ada Azman dan isterinya, Ruby bersama family dia dan kawan-kawan mak aku belah perempuan tengah baca yasin. Ruby tanya aku, aku kat mana sekarang ne, Aku kata aku baru sampai Macap. 1 jam lagi aku sampai Larkin. Pastu aku kol Intan. Aku tanya bos cakap apa?. Intan kata bos cakap sakit pun jatuh hari jumaat ke. Dalam hati aku, aku maki-maki kat bos aku. Apa dia ingat sakit tu boleh mintak-mintak nak hari apa. Sial.

Sampai kat Larkin. Aku telefon Ruby. Ruby suruh aku tunggu kat Larkin sebab anak dia nak ambik aku. Aku kata ok. Aku balik ke rumah bapak aku naik motor gan Rizal anak kedua Ruby. Sampai di halaman rumahy, aku tengok Ruby bersama suami dia Rashid nak keluar. Aku tanya nak ke mana? Ruby kata nak ambik mak dari hospital. Doktor kata mak dah boleh keluar, mak dah sihat. Tadi bapak telefon Ruby suruh datang ke hospital ambik mak. Syukur alhamdullilah, aku berdoa dalam hati. Mereka pun beredar dengan menaiki van. Aku terus masukm ke rumah bersalaman dengan abang sulung aku Azman, isteri dia Kak Asmah, Kak Kiah, Kak Julia dan anak-anak saudara aku. Aku lihat rumah aku macam kenduri kawin, ramai betul orang, semua orang perempuan jer, yang lelaki semua kat luar. Kalaulah aku kawin tentu lebih ramai lagi, satu kampung datang agaknya. Kak Julialah yang menjemput semua kaum perempuan datang untuk baca yasin. Aku tengok air kotak dan kek pisang ker jadi hidangan. Yalah dah tak sempat nak masak. Pastu aku bersembang gan mereka. Kak Julia ceritakan pada aku satu persatu kisah mak. Masa malam kejadian tu mak aku masuk dalam bilik, bapak aku tengah tengok t.v citer wresling (WWF). Pastu bapak aku masuk tidur, masa tulah bapak aku lihat mak aku dah kaku dan buih keluar dari mulut mak aku. Terus bapak aku telefon Azman dan gi rumah Kak Julia. Masa tu pukul 2 lebih. Lama bapak aku ketuk rumah Kak Julia baru Kak Julia sedar. Bapak aku terus bagitau jiran terdekat. Semua orang cakap mak aku memang dah tak ada harapan lagi untuk hidup. Yang aku marah sangat tu kenapalah awal-awal lagi tak bawak ke hospital. Semua nak tunggu doktor sampai dulu, dahlah doktor sampai lewat, kena tulis surat dululah baru boleh gi ke hospital. Bodoh sangat. Kalau terjadi apa-apa kat mak aku, semua kat situ aku maki.


Ruby telefon mengatakan mereka dah nak sampai. Orang baca yasin dah habis baca tapi semua orang nak tunggu mak aku sampai. Aku terharu sangat. Van dah sampai, aku tengok mak aku sihat cuma badan dia lemah. Ibrahim dukung mak masuk ke rumah. Isteri dia Su siapkan tilam untuk mak tidur. Pastu semua orang perempuan peluk dan cium mak aku. Mak aku macam dah lupa ingatan sikit. Mula-mula tu mak aku cari Ruby, Ruby ada cuma mak aku tak cam Ruby, Ruby datang dekat dan peluk mak aku. Dia kata sapa ne, Ruby kata ne anak perempuan mak, Ruby. Baru mak aku kenal Ruby. Last sekali turn aku. Aku peluk dan cium mak aku sambil airmata aku mengalir. Nasib baik mak aku kenal aku. Mak aku lempang manja kat aku. Mak aku tanya bila aku sampai.


Sesudah semua orang balik dan anak saudara perempuan aku kemas rumah dari situlah saudara mara tak putus datang. Azman dan family, Ibrahim dean family nak balik petang tu gak. Alasan esok nak kerja. Tinggallah aku gan Ruby sekeluarga yang jaga mak. Aku geram betul gan abang-abang aku, tu pun nak balik rumah. Aku ne datang dari jauh pun boleh EL jer. Aku suruh bapak rehat dan gi tidur kejap. Bapak kata tak boleh nak tidur. Risau tengok mak. Aku ucapkan terima kasih pada Kak Julia dan Kak Kiah. Kesian Kak Julia, dia pun tak cukup tidur. Kak Kiah dan suami dia Ismail pun sama. Kak Kiah menanggis tengok mak aku, yalah Kak Kiah kawan baik mak aku, tiap-taip pagi datang rumah mak aku, kadang-kadang tu belikan mak aku breakfast.


Doktor kata mak aku ne kurang gula sebenarnya. Mak aku tak suka minum susu. Mak aku ada kencing manis, darah tinggi sebab tu mak aku jaga betul tentang pemakanan dia. Mak aku selalu check up, doktor kata kencing manis, darah tinggi semua ok, tapi badan mak begitu lemah. Doktor dah bagi ubat. Kitaorang bagi mak pakai pampers suruh mak kencing dalam pampers jer sebab mak tak larat nak bangun. Mak tak nak, mak kata mak tak boleh nak kencing dalam benda tu. Aku kata kalau tak nak sudah mak kencing jer dalam kain nanti aku bersihkan. mak tak nak gak, dia nak gi gak ke bilik air. Bi8lik air rumah aku jauh sikit dari tempat tidur mak aku. Maki aku tidur depan t.v senang sikit kitaorang nak tengokkan. Aku pun papah mak aku ke bilik air. Aku cucikan anu mak aku. Petang, aku mandikan mak aku, tukarkan baju dan kain serta suapkan mak aku makan. Mula-mula tu agak janggal tapi bila aku fikir balik, buat apa nak malu sebab dari situlah aku dilahirkan. Ruby tak boleh nak tolong sebab Ruby gemuk. Buat kerja sikit dah penat. Rutin hari-hari macam biasa, mandi, tukar baju, bagi makan kat mak aku. Ruby belikan kerusi malas kat mak. Mak asyik nak baring jer.


Tengahari hari sabt5u, bapak aku ada cakap hari ne ada YB nak datang rumah mak. Memang betul around pukul 1.20 rombangan YB seramai 15 orang datang. YB yang berbangsa cina dari orang UMNO. Mereka datang untuk buat lawatan, sambil membawa barang keperluan dapur seperti beras, susu, milo, biskut dan gula. Masa tu aku gan anak saudara lelaki aku tengah masak makan tengahari. Dengan muka selebet, tak mandi lagi, YB nak jumpa aku. Malunya. Aku bersalaman dengan YB tu. Nama YB tu aku dah lupa. Dia tanya aku tinggal dan kerja kat mana. Aku cakap kat K.L, kerja di firma Arkitek. Dia kata bagus sambil ramai gak yang ambik gambar aku gan YB. Glam sekejap. Aku kenalkan keluarga aku gan YB. YB tanya aku pasal mak aku. Pastu ada awek ni nak ambik gambar aku sorang, aku kata tak payahlah. Dia nak ambik gambar gak. YB seluk poket seluar, aku ingat dia nak bagi duit ke rupanya YB bagi business card dia. YB cakap jaga mak aku baik-baik. Aku kata ok.


Ramai saudara belah mak aku datang. Kebanyakkan datang dari Batu Pahat. Dari hari sabtu hingga ahad. Penat giler aku. Dahlah tak cukup tidur. Hari ahad aku balik ke K.L. Mak aku menanggis bila aku nak balik K.L.

2 comments:

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.