Hello There!

Sunday, March 20, 2011

Teringat Pelangi

Peristiwa yang lalu.

Hari ni, sambil aku tengok novel aku yang bila pun habis pun aku tak tahu. Teringat aku akan pelangi, membuatkan aku teringat waktu kecik-kecik, aku takut betul nak tunjuk pelangi pakai jari telunjuk sebab kata orang,nanti jari kudung.


Dalam masyarakat kita, banyak benda seperti itu. Pantang larang yang bila aku kecik-kecik aku percaya betul-betul, maksudnya aku tak nampak apa sebab sebenarnya pantang larang tu diturunkan oleh orang-orang tua tapi bila dah besar ni baru lah nampak apa kegunaannya. Contohnya:

1) Jangan lalu bawah ampaian, nanti kena culik dengan hantu - sebab sebenar adalah untuk supaya kita jangan lalu bawah ampaian dan langgar semua baju lalu jatuh.

2) Anak gadis jangan menyanyi kat dapur, nanti dapat suami tua - kakak aku selalu kena marah dengan mak aku dulu pasal ni. Bila fikir balik, rupa-rupanya pesan sebenar dia, jangan terleka masa masak, nanti lauk tak sedap.

Banyak pesanan orang-orang tua melayu yang sebenarnya bagus dalam kehidupan seharian kita tapi cara penyampaiannya agak terlalu tersirat dan nampak lebih kepada cuba menakut-nakutkan orang.

Ada banyak lagi pantang-larang yang aku terlupa tapi aku yakin satu masa dulu aku takut benar. Banyak kebaikannya pantang larang ni tapi bila sekarang ni terfikir, membuatkan orang Melayu ni jadi satu bangsa yang agak penakut dengan benda-benda yang sangat trivial. Mungkin dengan kemajuan akal fikiran, budak-budak sekarang ni kalau nak di beri tunjuk ajar, perlu dilakukan secara terus terang. Tidak perlu lagi secara berselindung dan tersirat seperti zaman dulu.

Tapi sayang jugak kalau budaya pantang larang ni terlupus akibat daripada kemodenan fikiran orang Melayu. Bila difikir-fikir balik, ini adalah salah satu benda yang boleh membuatkan seseorang terimbas kembali zaman kecil atau muda mereka dan benda ni dah jadi sebahagian daripada budaya kita walaupun nampak agak kolot sekarang ini, tetapi agak sayang kalau budaya ini tidak diteruskan ke generasi akan datang.

Saturday, March 19, 2011

CAMEL ACTIVE @ ONE UTAMA

Peristiwa ni baru-baru lagi.


Aku gan member aku gi kedai Camel Active OU ni. Memang dah bawak budget untuk shopping kat sana. Kita orang keluar takde la melawa sangat tapi takde lah selekeh pun cuma aku tak pakai kasut jer. Aku kan sempoi orangnya t-shirt, seluar pendek dan seliper (bukan seliper jepun tau).

Masa kat sana tu ada lah salesgirl ne, cara nak layan macam tak nak jer. Maybe dia tengok aku gan member aku selekeh, dia budget kita orang tak mampu kot. So sambil-sambil belek baju tu, mesti la kena bukak2 gak baju2 berlipat kat atas rak tu untuk pilih since butik ni kecik sikit, so tak banyak benda untuk displaykan.

Muka salesgirl ni memang kerang busuk. Aku peduli apa, aku main pilih jer yang mana aku nak. Aku just tengok size yg cantik terus aku ambik jer. Salesgirl ni ala2 macam nak marah pulak sebab aku dok belek2 baju yang dah berlipat tu. Pastu pulak jenis berlipat, nak tak nak kena bukak satu2 tengok pattern cantik ke tak. Memang dah berdengus pompuan tu masa aku belek2.

Baju yang aku dah ambik tu dia macam nak simpan balik. Aku cakap la aku nak. Muka dia macam tak percaya jer. Aku macam nak je cakap, ko apahal. Kot semalam bergaduh gan bf tak payah bawak gi tempat kerja. Tapi memandangkan mulut aku takde la sejahat mulut tot tot tot, aku sabar jer. Pastu pulak memang masa tu takde salesman/girl lain. So tak boleh lah aku nak berurus niaga gan org lain. Kalau ada dah tentu aku suruh orang lain jer layan aku.

Bila time aku nak bayar, dia tanya, memang nak semua ni ke? Yalah, habis tu ingat nak letak kat sini buat perhiasan ke? Aku dah naik hantu dah. Nasib baik member aku tepuk bahu aku, kalau tak mmmm....

Bila dia cakap harga tu, muka semacam, ingat aku takde duit ke. Pastu aku terus bayar. Muka salesgirl ni cam muka orang sakit kena aids. Aku rasa pompuan ni memang ada masalah, either dengki kat aku sebab aku boleh shopping dia tak boleh hahaha atau memang PMS terlebih.

Jangan nak memperlekehkan orang yang selekeh. Hehehe.

Wednesday, March 16, 2011

Isnin 14/03/2011 La La Chong Seafood Restaurant @ Kayu Ara

Jom makan seafood. Kitaorang nak makan kat Damansara. Biasala kalau dah seafood kan pasti ramai orang. Makanan kat sini boleh tahanlah sedap, tapi ketam dia tak boleh lawan gan ketam kat Jimmy & Nong. So apa-apa pun layanlah pic kat bawah ne.

Lot 13556, Jalan Cempaka, Kayu Ara Damansara

Kam Heong style 2kg
Sweet & Sour style
Shiong Tong Lala
Pucuk Paku Tuna
Telur Dadar
Pepper Salt Mantis Prawns
Deep Fried Honey Squid
Thai fried chicken
Pembuka selera sebelum makanan sampai
Satay pun ada dijual kat sini

Monday, March 14, 2011

Jumaat 11/03/2011 Restoran Pucuk Ubi @ TTDI

Petang habis kerja, aku keluar rumah. Hisham dan Azrul nak ajak aku makan kat restoran masakan Sarawak. Ne first time aku makan makanan bumi kenyalang. Fuhh nasib baik tekak aku boleh telan semua makanan iteww. Macam biasa layan pic kat bawah ne.

A-1-13, TTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3, TTDI



Laksa Sarawak
Siok Gula Banyih
Fried Tempoyak
Umai Udang
Pucuk ubi Bidayuh style
Sarawak River Punch Mocktail

Friday, March 11, 2011

Jumaat 11/03/2011 Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu.

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Thursday, March 10, 2011

Khamis 10/03/2011 Sanook Bistro @ Kelana Jaya

Sampai rumah aku terus bersiap nak gi Kelana Jaya. Aku nak jumpa Ed dan kawan-kawan. Kitaorang nak dinner kat tepi tasik Kelana Jaya. So layan jer pic ne.

Block C-06, Plaza Kelana Jaya, 
SS7/13A, Kelana Jaya

Cafe di tepi tasik





CharGrill Zucchini
Bruschetta De Gamba
Baked Potato Skin
Baked Oysters
 Tod Man Kung 
Sang Har Mee
Barra Barra Gourmet Pizza
Mountain Fresh Juices rm12 sebotol
Tiramisu
Chocolate Mud Cake
Pilihan aku Apple & Mango Juice

Monday, March 7, 2011

Isnin 07/03/2011 Rogers Delight @ Dataran Sunway

Kedai cina lagi. Jom kita pergi. Alamak kat Sunway ke?. Janji perut kenyang, jauh pun jauh lah. Macam biasa kalau 2 orang pompuan tu yang ajak makan kan. Meja pasti penuh gan makanan. Mereka kata kedai ne presentation makanan tip top. Memang betul, terkejut aku buah kelapa isi kari udang....mmmm sedap.

No. 32A1, Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, Kota Damansara

 Assam Fish Head
Salted Egg Crab 
Lady’s fingers with shrimp paste
Coconut Curry Prawn 
 Sweet & Sour Seafood with Pineapple
Bubur Cha Cha
Umbra with Sour Plum juice

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.