Hello There!

Showing posts with label Lucu. Show all posts
Showing posts with label Lucu. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Puisi

Puisi Suami
Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain…

Puisi Isteri
Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah….!!!



Banduan

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.
Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan dikatil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.
Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: “Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks dengan mu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..”
Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, “Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni homo dan katanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan bodylotion? Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

Papa & Mama

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
“Nenek, mana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik…” neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

“Dimana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik” neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makanmalam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
“Di mana Papa dan Mama?”
“Masih di dalam bilik” jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
“Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!” tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
“Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue…”




Tongkat Ali

Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah bertanya kepada suaminya, “Abang nak makan apa pagi, ni? Saya buatkan nasi lemak…nak? Atau abang nak nasi goreng ke atau roti canai ke? Atau saya buatkan roti telur nak?” Suaminya pun berkata,”Tak payahlah. Abang tak ada selera langsung nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.

Sampai ke tengahari, isterinya pun bertanya lagi, “Abang nak makan apa tengahari ni? Saya masakkan abang kari daging…nak? Atau abang nak makan ikan ke atau ayam ke? Saya boleh masakkan sambal atau sup atau sweet & sour”. Suaminya berkata lagi, “Tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.

Sampai ke malam, isterinya pun bertanya lagi, “Abang nak makan apa malam ni? Saya masakkan abang ayam goreng ..nak? Atau abang nak makan fish & chips ke atau burger ke? Atau abang nak hot-dog? Suaminya berkata lagi, “Tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua Tongkat Ali punya pasal”.

Lalu isterinya pun berkata, “Kalau begitu, boleh tak abang tolong bangun dari atas saya sekejap. Saya nak pergi makan kerana dah lapar sangat ni!!!!” “Dari pagi tadi tak makan” Ini semua Tongkat Ali Punya Pasal.

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.