Hello There!

Monday, June 28, 2010

Ahad 27/06/2010

Aku bangun pukul 6.30 pagi. Mama dah bangun, bersihkan Mok-mok dan Gayry. Pastu Mama sambung tidur balik. Aku dah biasa bangun awal walau dimana jua aku berada dan pada hari cuti gak. Jazim tidur lagi. Aku gi mandi terus tulis apa yang terjadi semalam, takut terlupa lak, nanti boleh masukkan dalam blog. Notebook aku tak bawak. Pukul 8.30 pagi, aku kejutkan Mama gan Jazim dengan suara aku yang tak sedap, aku nyanyi lagu "Ramlah Ram", lagu "Apa Khabarmu disana" dengan sekuat hati hehehe. Mama bangun dan terus mandi, pastu Jazim bangun dan mandi gak.

Pukul 9.15 pagi kitaorang gi breakfast kat kedai lemping. Mama makan lemping pisang gan teh. Aku makan roti telur bawang gan limau suam plus 2 biji telur setengah masak. Jazim makan roti kosong gan gula plus ais kopi dan 2 biji telur setengah masak. Pas makan Mama bawak kitaorang gi Tesco Cheng. Jalan-jalan jer takde yang menarik. Kitaorang kat sana tak sampai 10 minit pun. Tesco Cheng tak besar sangat. Pas Tesco Cheng, Mama bawak kitaorang lak kat Mydin. Sampai kat sana Jazim nak buang air besar. Pun sama kat Mydin kitaorang tak lama gak. Kitaorang ingatkan nak gi ke Fashion House, semua kedai belum bukak lagi. Hari pun dah tinggi. So kitaorang terus balik rumah Mama. Sebelum sampai rumah Mama, kitaorang singgah kedai mamak "Limbongan". Aku minum limau suam gan rojak ayam, Jazim minum teh ais gan makan maggie sup. Mama makan rojak gan teh tarik. Banyak cakap dan cuaca panas, aku order air soya bean, Mama pun order gak sirap limau.

Habis makan dan minum, kitaorang balik rumah Mama. Pukul 12.40 tengahari, aku dan Jazim bertolak dari rumah Mama balik ke K.L. Jazim singgah di Petronas isi minyak dan pump angin tayar. Dalam perjalanan kereta tak banyak. Macam biasa dengar lagu Celine Dion. Kali ne aku pulak nyanyi. Jazim pun ada nyanyi gak. Aku nyanyi nak dekat sampai rumah, sampai kering tekak aku. Pukul 2.47 petang, Kitaorang sampai rumah Ampang. Aku dan Jazim terus ke bilik kucing. Jazim bagi makan ubat cirit birit. Pagi tadi sebelum nak balik K.L, Umi kol lagi citer pasal kucing cirit birit. Pas bagi makan ubat, Jazim tukar seluar pendek ajak keluar nak makan lapar. 

Kitaorang minum cendol dulu kat tepi jalan pastu gi "Axis Atrium" lak. Kitaorang nak makan KFC. Pas makan dan sembang pasal kerja, kitaorang masuk dalam. Aku belum pernah datang kat situ lagi. Ne fisrt time masuk. Kitaorang jalan-jalan dulu pastu masuk dalam "Carrefour". Tengok-tengok kat situ ada jual barang "Himalaya". Aku pun terus beli soap "Neem & Turmeric" rm8.90 dan pencuci muka "Neem Face Wash" rm24.90. Jazim kata kat sini lebih murah dari KLCC. Jazim beli krim Ketiak "Garnier", pen, fail dan maggie. Masa kitaorang makan KFC, hujan turun, masa kat Melaka, pagi hujan tengahari panas terik. Dah habis beli kitaorang balik rumah. Sebelum tu singgah kat kedai ENI, ambik baju gosok Jazim. Aku masuk bilik kucing gantikan paper. Jazim sibuk kemaskan fail-fail dia. Habis kemas barulah Jazim bagi makan ubat "Taurine" kat Cassie dan antibiotik kat Joey. Masa kitaorang tengok berita tv3, loceng berbunyi, kitaorang ingatkan sepupu Jazim datang nak ambik kad jemputan kahwin. Rupa-rupanya Umi datang nak ambik baju dia. Umi tumpang basuh baju kat rumah Jazim. jazim ada cakap kat aku, sepupu dia nak datang nak ambik kad jemputan kahwin lepas maghrib. Tengok-tengok pas isyak pun belum sampai lagi. Jazim kol sepupu dia tanya dah kat mana, masih di Bangsar lagi. So kitaorang pun gi dinner dulu kat kedai Mek Kelantan. Aku makan sup campur gan limau suam, Jazim makan nasi putih separuh gan baby kailan plus air tembikai. Sampai kat rumah sepupu dia dah tunggu Jazim kat luar rumah. Jazim berbual gan sepupu dia, aku up date blog untuk esok Mama nak baca. Pukul 10.30 baru sepupu Jazim balik. Pukul 10.45 malam, Jazim basuh baju pastu Jazim masuk tidur. Aku masih up date blog. Horey hari isnin aku cuti. Pukul 12 lebih baru aku masuk tidur.

Sabtu 26/06/2010

Semalam Jazim datang rumah aku. Pukul 8.20 malam dah sampai bawah rumah. Kitaorang dinner kat kedai mee kari. Jazim makan nasi lemak rendang plus teh o panas. Aku minum limau suam jer. 

Bangun 6.30 pagi. Jazim bersihkan bilik kucing. Aku mandikan anak-anak kondi, Haiqal, Ot, Bubble dan Marissa. Toby, Jazim dah mandikan semalam. Habis semua kerja, aku gi mandi. Jazim tengok dvd konsert Celine Dion sambil membersihkan water filter. Habis bersihkan water filter, Jazim gi mandi.

Pukul 9.15 pagi, kitaorang hantar Angel dan Marissa cukur bulu. Temujanji gan Sam pukul 9.30 pagi. Tak lama dalam seminggu ne, Angel nak beranak, kalau dah cukur bulu senang sikit nanti darah tak melekat kat bulu. Jazim dah jumpa Sam, cakap Kat Sam nak cukur lion cut. Pastu kitaorang gi Ampang Putri lak. Jazim nak ambik ubat dua. Nama ubat tu Euthyrox Levothyronne Tab 25MCG dan 50MCG.

Pas gi Ampang Putri, kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Aku makan roti telur bawang plus limau suam. Jazim makan nasi berlauk gan ayam goreng plus teh ais. Habis makan kitaorang terus gi Uptown. On the way ke sana, Sam kol kata kucing dah siap cukur bulu. Pukul 12 nanti kitaorang datang ambik kucing. Umi pun ada kol Jazim, kata nak datang rumah gak.

Sampai kat Uptown, kitaorang dah salah parking kereta. Kitaorang kenalah tawaf 1 pusingan nak ke kedai kucing. Jazim sebenarnya nak beli shampoo yang boleh memutihkan muka dan kaki Toby. Kitaorang masuk kedai "Uptown", ada 1 perempuan cina tanya nak beli apa. Jazim cakap nak cari barang putihkan muka kucing. Perempuan tu pun tunjukkan "Super Bright Shampoo" kat kitaorang. Ada 2 jenis shampoo perempuan cina tu tunjukkan tapi "Super Bright Shampoo macam menarik. So Jazim pun beli shampoo tu dengan harga rm38, dapat discount lagi. Tengok ketip kuku yang besar ada yang kecil takde, tak jadi beli. Dah bayar kitaorang gi selang 3 kedai tadi masuk ke kedai baru. Tengok ketip kuku kecil ada jual, terus beli harga rm10, dapat discount lagi.

Habis beli, kitaorang balik ke Ampang, nak ambik Angel dan Marissa kat Ara. Sampai kat Ara, Jazim tunggu dalam kereta. Aku gi bayar rm100 untuk 2 kucing kat kaunter dan masukkan Angel dan Marissa dalam kereta. Pastu terus balik rumah. Sampai kat rumah, aku lepaskan Angel Dan Marissa. Aku cuba shampoo baru kat Toby. Aku mandikan Toby gan shampoo tu. Jazim pun tolong bersihkan muka Toby gan sedikit shampoo tu. Masa kitaorang sampai rumah, tak lama kemudian Umi gan family dia pun sampai kat rumah Jazim. Berkesan ke tidak shampoo tu, kitaorang kena pakai selalulah kat Toby, tengok macam mana nantikan.

Habis pukul 1 petang. Jazim kata nak tidur dulu. Pukul 2 kejutkan dia. Aku sambung balik kerja aku tampal gambar anak-anak kondi dalam dairi aku. Pukul 2 jazim dah bangun sendiri terus ke laptop. Masa dinner semalam kawan sekolah Jazim kol kata nak email cv, nak cuba cari kerja kat Petronas. Jazim amend sikit cv dia. Aku terus gi mandi dan kemas baju. Jazim kata nak hantar baju gosok kat ENI. Habis buat cv, Jazim terus mandi dan kemas baju.

TRIP KE MELAKA
Pukul 3.15 petang kitaorang pun keluar rumah gi hantar baju gosok kat ENI. Pastu ke Pak Don gi lunch. Pas makan kitaorang terus ke Melaka. Masuk ke jalan MRR2 jem. Cuaca kat luar kereta agak mendung. Rupa-rupanya jalan kat sebelah ada kemalangan, semua orang nak tengok, patutlah jem. Dalam kereta pasang lagu Celine Dion, Jazim pun apa lagi nyanyilah tak sedap lansung, peminat Celine katakan.

Tepat pukul 4 petang kitaorang dah sampai di Tol Sungai Besi. Pukul 4.30 sampai kat Seremban. Signboard menunujukkan Simpang Ampat 5km lagi. Pukul 4.54, kitaorang sampai di Tol Simpang Ampat. Jazim memandu di lorong smart tag tol rm13.60. On the way nak gi rumah Mama, kitaorang singgah dulu di Maybank, Jazim nak keluarkan duit. Pukul 5.35 petang, kitaorang sampai kat rumah Mama. Masuk rumah sembang-sembang, aku terus ambik gambar rumah Mama, dalam dan luar.

Kereta Mama

Rumah Mama














Showroom Ikea

Cantik kan langsir Mama

Landscape buatan Mama

Aku nak jumpa Mok-mok, mok-mok dah sombong, tak kenal kitaorang lagi. Temujanji gan Izan pukul 7.30 malam. Kitaorang tengok t.v kejap pastu bersiap nak gi dinner. Pukul 7.30, kitaorang dah sampai kat kedai makan. Tempat kedai makan tak jauh dari rumah Mama. Kat situ ada 2 tempat makan. 1 "Sunrise" 1 lagi "Bert Garden". Jazim kol Izan tanya nak makan kat mana. Kedai Sunrise ala-ala jer kata Izan, so kitaorang gi makan kat "Bert Garden". Sampai kat meja, kitaorang order dulu air kelapa 3 biji. Mula-mula nak tunggu Izan dan Harry sampai baru nak order makanan tapi mereka sampai lambat sikit so kitaorang order starter dulu. Kitaorang order Ikan Bilis goreng, wow sedap. Pastu kitaorang ambil keputusan nak order main course takut nanti lambat buatkan, so kitaorang pun buat order, masa tu Jazim kol Izan tanya mereka nak makan apa. Last-last tunggu mereka sampai buat order sendiri lagi senang. Masa nak menunggu makanan sampai, kitaorang sempat ambik gambar dipersekitaran "Bert Garden". Ne lah gambar makanan kitaorang makan.....sedap.


Menu Bert Garden

Tempat Makan Sebelah laut


Spaghetti Shrimp - Mama punya

Salad Prawn dan Mushroom soup - Aku punya

Crabs Black Pepper - Sedap giler - Jazim order

Ikan Jenak - Jazim order

Pintu Masuk

Bil

Semua makanan diatas ditaja oleh Jazim. Terima kasih daun keladi. Jazim belanja sempena ...... biarlah hanya kawan baik saja yang tau hehehe. Makanan Izan dan Harry aku lupa nak ambik gambar, alah mereka makan Chicken Chop black pepper jer. Pas makan dan ambik gambar, kitaorang sembang sampai pukul 9.30 malam. Habis makan kitaorang terus gi sungai Melaka tengok penutupan "Pesta Sungai Melaka 2010. Sampai kat sana bunga api dah nak start, cantik, lucky draw pun ada, artis Black dan Haida pun ada. Kitaorang jumpa Nazim dan family dia kat sana gak, cute anak-anak dia.


Habis pertunjukkan kitaorang ke "Jonker Walk" nak minum kopi. Kitaorang ramai-ramai jalan kaki. On the way gi sana, kitaorang lalu kat sungai Melaka. Ramai orang yang nak naik boat. Kitaorang singgah kat "Uptown" tengok barang-barang yang dijual. Sampai kat kedai "Calathe Coffee", mula-mula kitaorang nak duduk kat luar tapi ada bau sikit terus kitaorang duduk kat dalam. Kedai tu ada jual bermacam-macam kopi dari utara hingga selatan. Minum kopi pun ditaja oleh Jazim. Kitaorang bersembang lagi sampai pukul 12 lebih. Pas minum kopi kitaorang jalan kaki balik ke tempat letak kereta. Kitaorang pun balik rumah. Sebelum sampai rumah Mama, kitaorang singgah kat logo "1 Malaysia". Pastu terus balik rumah Mama tidur.

Tuesday, June 22, 2010

Isnin 21/06/2010

Masa nak lunch pukul 12.58, Jazim kol aku. Aku tak angkat. Aku kol balik. Jazim berada di Prince Court. Jazim bagitau aku, telinga dia kurang dengar. Jazim nak buat check up. pukul 3.21 petang, Mama kol aku bagitau kalau boleh datang rumah Jazim petang ne temankan Jazim sebab Jazim asyik nak pitam. Mama risau nanti macam mana Jazim nak drive balik rumah. Aku cakap kat Mama nanti aku tanya macam mana dia. Pukul 3.20, aku sms Jazim tanya macam mana dia. Pukul 3.35, Jazim balas balik sms aku. Jazim kata doktor suspect virus infection dekat system sarat dia. Doktor tak cakap pulak sebab dia ambik Taurine. Pastu pukul 4.15 petang, Jazim kol aku, suruh aku datang rumah dia sebab dia balik lambat banyak kerja nak buat, takuk lak anak-anak kondi kelaparan. Aku cakap ok jer.

Selepas kerja pukul 5.35 petang, aku balik gan Jo naik motor. Sampai rumah aku, aku simpan helmet dulu pastu aku terus ke perhentian teksi. Aku cakap nak ke Ampang. Abang teksi tak mau pergi. Ok ke LRT Wangsamaju pulak. Masa dalam LRT pukul 6.10, Jazim kol aku tanya aku kat mana. Aku baru sampai Damai. Pukul 6.55, Jazim kol aku dari opis dia, masa tu aku baru sampai ke stesen Ampang. Sampai rumah Jazim pukul 7.15 malam.

Sampai rumah tukar baju, basuh kaki, aku terus bersihkan bilik kucing. Aku bagi makan, ubat, bersihkan mata. Pukul 7.45 malam, Kay kay nama perempuan cina dari Conway datang nak servis water filter. Jazim ada cakap kat aku, orang dari Conway nak datang rumah nak buat servis. Masa tu aku baru nak bersihkan Angel. Kay kay buat servis biasa jer, nanti bulan October baru kena tukar filter. Kay kay nak berbual gan aku, aku cakap aku nak bersihkan Angel dulu. Angel dah lapar. Habis bersihkan Angel, baru aku jumpa Kay kay. Kay kay dah siap kerja, dia bagi surat untuk aku sign dan kad dia. Kay kay kata kalau ada kawan nak beli water filter, kol dia. Tepat pukul 8 Kay kay balik.

Pukul 8.15 malam, Jazim pun sampai rumah. Kitaorang tak dinner. Jazim dah dinner dulu. Jazim citer bagus sangat kat Prince Court. Bag ubat pun klas. Jazim citer doktor bagi ubat, tengok macam mana dulu, dalam masa 10 hari datang buat check up lagi. Masa Jazim nak masuk rumah, Jazim tengah bersembang gan DD. Jazim cakap DD citer, rumah sebelah rumah DD baru kena masuk orang. Tak salah aku orang tu baru jer berpindah masuk rumah tu. Nasib baik barang kecik jer yang hilang. Jazim suruh aku berhati-hati sikit. Aku cakap tolong betulkan tingkap bilik tidur kau tu. Jazim kata maybe nak pasang grille kat kedua-dua bilik tidur. Tingkap bilik air Jazim dah tutup rapat. Pastu aku citer pasal Kay kay datang tadi buat servis water filter. Masa tu kitaorang tengok "So you think you can dance". Mama sms aku tanya Jazim dah balik ke belum. Aku jawab baru sampai rumah jer. Kitaorang tidur lambat sikit sebab nak tunggu keputusan citer menari tu. Jazim tak tahan nyantuk pukul 11.20 malam, Jazim dah masuk tidur. Aku tengok sampai habis citer tu.

Ahad 20/06/2010

Bangun pukul 6.30 pagi. Bersihkan bilik kucing. Pukul 7.30 pagi siap semua. Anak-anak kondi semalam dah vaksin, pagi ne semua lemah jer, yang paling ketara Cassie. Jazim bagi makan ID pun Cassie tak nak makan. Alhamdulilah Haiqal, Joey dan Suzzy nak gak makan. Jazim dah risau pasal Cassie, takut terjadi macam Novella. Aku cakap nanti baiklah tu. Aku terus gi mandi. Pas mandi aku baca novel. Aku datang semalam rumah Jazim, aku tak bawak notebook. Jazim kata nak sambung tidur balik nanti pukul 8.30 kejutkan dia.

Pukul 9.05 pagi, kitaorang gi breakfast, ingatkan nak gi kedai Kak Mah. Tengok-tengok kedai Kak Mah masih tutup lagi. Kata Jazim dah seminggu kedai Kak Mah tutup. Kitaorang terus gi payung merah. Jazim makan nasi lemak plus teh tarik, aku makan bihun goreng gan telur sambal plus limau suam. Kitaorang order telur setengah masak sorang 2 biji. Masa nak bayar, Jazim terjumpa kawan dia. Pas breakfast Jazim nak gi opis sebab hari isnin dia ada exam. Aku balik rumah.

Sampai rumah aku sambung baca novel "Cinta Sufi" karya Ramlee Awang Murshid. Aku suka hasil tulisan novelis thriller no. 1 Malaysia tu. Aku baca novel dalam bilik kucing sebab berair-cond. Aku lihat Cassie dah mula aktif dan makan. Aku terus sms Jazim bagitau dia. Jazim kol aku tanya betul ke. Jazim dah kol Dr. Sumitra bagitau Cassie lemah. Dr. Sumitra kata biasalah tu, u don't worry. Jazim kata mestilah i worry. Pastu Masri kol aku, ajak breakfast. Aku kata dah breakfast. Masri pun nak datang rumah Jazim jumpa aku. Masri cakap dia makan roti dulu kat rumah, tunggu sampai lunch. Masri sampai rumah Jazim pukul 10.50 pagi. Masri bawak teh tarik dan kuih plus keropok. Pas makan Masri pun buka citer sedih dia. Perlawanan boling dia kalah, dapat nombor 12 dan citer-citer lain lagi. Masri tanya aku bila nak gi London. Aku cakap hujung tahunlah. Aku bawak duit tiket jer yang lain kau spedo aku. Senang sikit sebab Masri dah ada apartment kat sana. Nanti aku gi gan Jazim dan Mama. aku nak gi seminggu kat sana. Aku kol Jazim bagitau Masri datang rumah. Aku tanya pukul berapa Jazim nak balik rumah, boleh gi lunch sama. Jazim kata dia balik lambat sebab nak print banyak, kalau nak gi lunch gi lah dulu.

Pukul 2.30 petang, aku dan Masri lunch kat Pak Don. Aku makan lauk jer gan limau suam. Lepak sampai 3.15. Pas makan Masri nak tukar duit pound. Kitaorang gi Ampang Point. Sebelum tu Masri kol K.L Sentral dan Midvalley. tanya tukaran duit pound. Sampai Ampang Point nak cari parking punyalah susah. Kitaorang tersu gi kedai money changer. Tengok-tengok tukaran duit pound rendah. Masri tak jadi tukar. Pastu kitaorang beli buah dan aku beli rojak buah. Masri nak balik cepat sebab flight dia ke London malam ne pukul 11.45 malam. Masri balik cuti dah 2 minggu kat K.L, sebab Petronas ada buat perlawanan antara jabatan. Kitaorang terus balik rumah Jazim. On the way nak balik, kitaorang singgah nak beli goreng pisang kat Masri yang paling sedap. Masri parking kereta tepi jalan, aku turun dari kereta Honda biru nak beli goreng pisang. Tengok-tengok abang tu baru tengah mengoreng, ada 2 pelanggan tengah tunggu. Kitaorang malas nak tunggu lagipun Jazim dah kol aku dia nak sampai rumah sebab Jazim tak bawak kunci rumah. Masri turunkan aku kat pak guard jer. Aku salam gan Masri semuga berjumpa lagi.

Sampai kat rumah, tengok kucing kejap, Jazim pun sampai rumah. Jazim bawak balik dari opis sijil OT dan Bubble. Lepas masukkan dalam file, Jazim ajak gi Great Eastern Mall nak beli Taurine kat GNC. Masa dalam kereta nak gi sana, Azmi kol aku, tanya aku kat mana. Azmi ada kat area rumah aku Taman Permata, dia ingatkan aku ada sana. Sampai kat GNC, Alex yang  bangsa cina layan kitaorang memang pandai berniaga, dari nak beli Taurine terus jadi member GNC, dah kena tambah duit lag. Dia suruh beli itu dan ini nanti boleh dapat discount. Jazim beli Taurine jer 500g rm60. Pas beli Taurine, Jazim nak belanja aku Starbuck. Masa kitaorang nak gi Starbuck, kitaorang ternampak Zaid Petronas gan family dia tengah shopping. Kitaorang tengok dari jauh jer. Sampai kat Starbuck, aku minum caramel latte, Jazim minum coffee of the day. Kitaorang lepak sampai pukul 5.45 petang. 

Masa nak balik rumah DD kol aku, tanya nak beli tiket Singapore kat mana. Sampai rumah, bersihkan bilik kucing. Bagi makan ubat kat Joey, Jazim potong 8 bahagian pil Taurine sebab Dr. Sumitra suruh, pastu bagi makan kat Cassie. Jazim pun makan 1 biji. Habis bersihkan kucing, kitaorang tengok website "The Banjaran" kat Ipoh. Wow mahalnya hotel dia. Pastu tengok website "Airasia dan MAS", nak tengok harga tiket ke London, airasia murah lagi. Pas mandi kitaorang tengok "Kimora the fab lane". Jazim kata dia sakit kepala lepas makan Taurine. Jazim ting tong kejap. Habis citer Kimora, kitaorang gi dinner kat kedai Mek Kelantan. Jazim makan sup perut plus air barli, aku minum limau suam jer. Pas makan Jazim hantar aku balik rumah.

Sabtu 19/06/2010

Selalunya hari Jumaat petang, Jazim akan ambik aku kat rumah, tapi petang ne Jazim tak boleh ambik sebab mek dia baru sampai dari Kelantan hari khamis so diaorang nak gi rumah sepupu dia malam nanti. Hari Sabtu baru aku gi rumah Jazim, selepas family dia balik ke Kalantan. Jazim dah habis kemas rumah baru Jazim datang ambik aku kat rumah. Pukul 3.40 petang, Jazim sampai rumah aku terus kitaorang gi foodcourt Melawati. Jazim nak lunch. Jazim makan nasi ayam plus sirap, aku minum limau suam jer.

Pas makan kitaorang balik rumah, on the way balik rumah, Jazim kol Dr. Sumitra sebab nak hantar anak-anak kondi buat vaksin. Sampai rumah kitaorang masukkan Haiqal, Joey, Cassie dan Suzzy dalam cage terus ke Ara. Sampai kat Ara, ada 2 pelanggan sedang tunggu Dr. Sumitra. Tiba giliran kitaorang, terus Dr. Sumitra check satu per satu kucing. Mula-mula Haiqal, semua ok, timbang berat, kena cucuk vaksin dan bagi makan ubat cacing. Pastu Joey, timbang berat, vaksin dan makan ubat cacing. Dr. Sumitra check mulut Joey. ada bengkak kat lelangit Joey. Dr. Sumitra akan bagi ubat antibiotik. Cassie lak, timbang berat, vaksin, makan ubat cacing. Dr. Sumitra check pernafasan guna teleskop. Dr. Sumitra kata, jantung Cassie tak stabil so Dr. Sumitra suruh makan Taurine. Dr. Sumitra tunjukkan botol Taurine macam mana. Kat kedai GNC ada jual. Ok nanti kitaorang beli. Suzzy punya turn, timbang berat, vaksin, makan ubat cacing, semua ok. Bil semua rm222.

Habis, kitaorang balik rumah terus. Sampai rumah dah pukul 6.25 petang. Macam biasa kemaskan semua kucing, bagi makan DMG kat anak-anak kondi, lap mata, tukar air dan tambah makanan diaorang. Habis gi mandi dan terus gi dinner. Dinner kat kedai biasa. Jazim makan nasi putih gan ikan bilis sambal plus teh o ais, sambal ikan bilis tak habis, aku suruh bungkus bawak balik boleh makan gan roti nanti. Aku makan sup sayur gan limau suam. Balik rumah kononnya nak tengok majalah 3 kat TV3, tengok-tengok ada konsert Inspirasi muzik-muzik lak. Kitaorang pun surf internet nak cari tarikh dan tempat sesuai nak gi holiday. Aku cakap kat Jazim baik kita gi Summerset Resort. Jazim pun surf internet. Aku terus kol Mama, nak tanya bila boleh cuti dan bagitau tempat nak gi. Rupa-rupanya Mama dah gi tempat tu dulu. Komen Mama, sunyi, jauh masuk ke dalam hutan dan malam boring. So aku dan Jazim pun kansel nak gi sana. Nak gi pulau, takut tengkujuh pulak.

Aku tukar channel tv lain, tengok citer kat channel 712. Tiba-tiba Kelana (memang nama dia), kawan baru Jazim kol nak datang rumah Jazim nak tengok kucing. Kata Jazim, Kelana tu dah lama kol kata nak datang rumah tapi Jazim kata sibuk gan kerja. Sampai kat rumah Jazim, Kelana datang gan anak saudara dia. Kalau breeder lain jangan haraplah nak saja datang tengok kucing orang, tak bagi langsung tengok kan. Ikut citer Jazim, Kelana ne baru nak jadi breeder. Masa Kelana nak tengok kucing, Jazim cakap kena basuh kaki dulu sebelum masuk bilik kucing. Mereka berbual sampai pukul 11.15 malam. Pukul 11.30 baru Kelana balik rumah. Aku pun terus tukar channel ke TV3, citer "Sutera sebalik wajah", bagus jalan citer drama tu. Sesuai untuk Hari Bapa. Sampai pukul 12, drama kena sambung pulak sebab ada Nightline. Mata dah nyantuk ne terpaksa tunggu sebab drama tu bagus dan nak tengok macam mana penamat drama tu. Pukul 1.15 baru masuk tidur.

Monday, June 14, 2010

Isnin 14/06/2010

Bangun pukul 5.30 pagi. Bersihkan bilik kucing. Pukul 6.30, masa aku bersihkan bilik kucing, aku terdengar bunyi bising kat swimming pool. Ada 2 orang budak sedang mandi swimming pool. Mandi punyalah bising, lompat sana, lompat sini. Tiba-tiba datang seorang lelaki cina tangkap budak tu. Aku rasa cina tu penduduk kat sini. Sorang kena tangkap, sorang lagi dah lari. Padan muka, pagi-pagi dah buat bising. Rupa-rupanya budak tu orang luar. Orang cina tu bawak budak tu jumpa jaga. Aku pun apa lagi jadi pak kepo sekejap. Aku keluar rumah terus gi ke tepi lif. Aku lihat dari atas, kat pondok jaga, orang cina tu marah kat jaga. Aku tengok jaga yang biasa dah takde. Ne jaga baru. Orang cina tu marahkan jaga kaw-kaw. Dia kata macam mana u boleh bagi orang luar masuk dan mandi swimming pool. U tidur ke?. Nanti i report kat bos u. Masa cina tu marahkan jaga, budak tu lari lintang pukang selamatkan diri. Jaga tu nak kejar budak tu tapi cina tu kata tak payah kejar.

Drama pagi dah habis, aku balik rumah. Aku sambung kerja. Nasib baik aku bangun awal. Pukul 7 pagi kerja dah siap. Aku mandi dan bersiap nak gi kerja. Malas lak aku nak gi kerja hari ne, macam nak EL jer. Nanti bising lak bos aku kang. Weekend ne macam-macam perkara terjadi. Hari ne Jazim dan Mama balik dari Kelantan.

Sunday, June 13, 2010

Ahad 13/06/2010

Bangun pukul 6 pagi. Bersihkan bilik kucing. Pukul 7.15 pagi, aku gi mandi, Pas mandi buka laptop check email. Pukul 9.10 pagi aku gi breakfast kat As-salam. Aku makan roti telur bawang, telur setengah masak 2 biji gan teh ais. Masa aku nak masuk pagar, aku jumpa makcik jaga, aku tanya kenapa orang ramai kat lobby. Makcik tu citer, nak tukar pengurusan. Makcik nak kena berhenti kerja. Makcik kata dahlah tak bagi tau awal-awal nak berhenti kerja, gaji pun tak dapat lagi. Kesian. Aku selalu gak berbual gan Makcik tu. Pastu aku nampak DD ada kat lobby gak. Ooo aku lupa pagi ne ada perjumpaan pengurusan. DD jadi ahli jawatankuasa. Aku pun berbual-bual gan DD kejap. Pastu aku balik ke rumah. Aku terus ke water filter nak bersihkan air.

Pukul 10.12 pagi Jazim kol aku. Jazim ingat aku tidur lagi. Dia tanya Fiona macam mana. Aku kata ok. Jazim kata asingkan Fiona gan Toby, takut Toby menjerit lagi. Aku pun asingkan Fiona gan Toby. Fiona kat atas, Toby kat bawah. Habis kerja, aku bukak blog. Pukul 12.30, tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Rupa-rupanya DD datang. DD tengok tv, aku buat blog aku. Pukul 1.10, DD nak balik nyantuk katanya. Aku sambung buat blog lagi.

Pukul 2.45 tengahari, aku nak gi lunch. Aku turun bawah, tengok Makcik jaga ada lagi. Aku pun bersembang gan Makcik tu lagi. Makcik citer jaga baru 2 orang dah ada kat dalam pondok jaga gan bosnya. Bosnya orang India dan gemuk datang gan seorang perempuan Indonesia, Makcik tu kata, bini dia. Makcik sambung citer, tadi Makcik dah balik rumah, baru nak tidur, bos Makcik kol, suruh datang kerja balik. Bos Makcik suruh kerja macam biasa. Lantaklah gan jaga baru tu. Bukan bos dia yang bayar gaji Makcik. Selagi pihak pengurusan belum keluarkan surat berhenti kerja, kata bos Makcik, kerja jer. Patutlah masa aku turun rumah tadi, ada orang India kat pondok jaga, rupanya tu bos Makcik tengah bersembang gan bos jaga baru. Bos Makcik kerja tetap seorang anggota polis, naik motor jer. Aku tanya lagi, habis jaga malam pun takde lagilah. Makcik kata jaga malam masih kerja lagi. Masa aku bersembang gan Makcik kat lobby, bos Makcik datang jumpa aku. Aku lupa nak tanya nama dia. Dia tanya aku dah lama ke tinggal kat sini, BOLEY. Aku kata dah lama gak lah hehehe. Dia pun terus bercerita dari A to Z. Aku pun mendengar jer, yalah aku bukan tinggal disini kan, tapi apa yang orang India tu kata, pada aku semua betul. Masa aku bersembang lama gan bos makcik, tiba-tiba turun orang yang nak ambik alih tampok pengurusan (nama dirahsiakan), aku pun terus blah gi lunch.

Aku lunch kat As-salam, makan mee goreng gan telur dadar plus teh ais. Masa aku berjalan menuju As-salam, Aku kol Jazim, bagitau semua citer tu kat Jazim. Lama gak aku lepak kat As-salam sambil tengok citer bollywood. Pas makan aku balik rumah, tengok-tengok Makcik tengah duduk kat lobby sorang-sorang. Jaga baru ada gan bosnya dalam pondok jaga. Bos Makcik dah balik. Aku pun jumpa Makcik, duduk kat kerusi kayu dan bersembang lagi. Ada penghuni turun naik lif, tengok kitaorang semacam jer. Aku peduli apa orang nak cakap, dah aku ne peramah orangnyakan. Seronok berbual kosong gan Makcik. Kali ne citer aku dengar kelakar sikit. Makcik tu citer, dulu Makcik kerja kat 1 kilang jadi jaga jugak. Bos Makcik suruh kerja malam gan 1 jaga dari Burma. Makcik kata boleh jer, Tapi bos Makcik cakap, hati-hati sikit gan jaga tu sebab "BARANG" jaga tu besar (siap Makcik buat gaya tangan). Makcik tu kata kat bos dia balik, kalau barang jaga tu besar, "BARANG Makcik lagi "BESAR" dari jaga tu. Aku ketawa macam nak pecah perut. Pastu Makcik tu sambung lagi (sebenarnya nama Makcik tu pun aku lupa nak tanya boley, dah lama kenal pun lupa nak tanya nama), kat sini kan ada orang gaji indon, Kalau ada jaga yang berjalan-jalan kat kolam renang, pasti minah indon akan panggil jaga tu suruh naik ke rumah. Jaga tu takut dan bagitau kat Makcik. (Ne citer aku kurang percayalah, setahu aku waktu siang Makcik tu kerja sorang-sorang kat sini, kalau siang 1 jaga, kalau malam baru ada 2 jaga bekerja). Makcik tu kerja baru 2 bulan lebih mengantikan jaga lelaki orang Nepal. Aku boleh ingat semua jaga kat sini. Aku rasa Makcik ne lah perempuan pertama jadi jaga kat sini. (kalau tak silap aku).

Kalau nak berbual gan Makcik ne, kena rapat sikit kalau tak, tak dengar sangat sebab Makcik ne cakap perlahan sikit. Aku pun dah nyantuk sikit, aku terus minta diri nak balik rumah kat Makcik. Masa aku nak berjalan, Makcik tu sempat tanya aku. Kucing dah besar? Aku cakap dah besar Makcik. Sampai rumah aku sambung tulis blog pasal citer aku nak gi lunch.

Pukul 6.30 petang, aku gi rumah DD, DD hidangkan air milo panas kat aku. Pukul 7, aku tengok citer "30 Hari Mengenali Cinta" lakonan Erra Fazira dan Aaron Aziz. Drama ne yang aku tunggu-tunggu, tapi aku miss masa disiarkan dulu. Nasib baik aku dapat tengok lagi. Dd tengah masak itik kicap. Aku dah kata gan DD, aku nak rasa sikit.

Pukul 9.10 malam, aku balik dari rumah DD. Kemaskan bilik kucing. Aku dah kol Pakcik Nor, suruh esok ambik aku. Mandi dan up date blog lagi. Tamat.


Jumaat Malam

Pukul 8.15 malam, Jazim dan Mama datang ke rumah aku. Mama kol aku, cakap nak makan kat mee kari. Aku kata ok. Kitaorang makan sambil tengok opening Piala Dunia. Pas makan kitaorang nak balik rumah. Sebelum gi Ampang kitaorang singgah kejap kat Ukay Perdana. Jazim nak tengok rumah di Serenia Garden. Ada 2 jenis rumah, 1 jenis biasa dan 1 jenis moden. Agak jauh nak masuk ke Serenia Garden. Show unit moden dan cantik.

Pastu terus balik rumah. Kat rumah kitaorang tengok mudah.my. Tengok rumah Serenia lagi. Cantik gak. Harga rumah biasa gan rumah moden lain sambil tengok citer Imam Muda.

Saturday, June 12, 2010

Sabtu 12/06/2010

Bangun pukul 6 pagi. Bersihkan bilik kucing. Pagi ne aku mandikan kucing lambat sikit sebab nak tunggu Jazim dan Mama bertolak ke Kelantan dulu. Dah mandi, Jazim dan Mama kemas baju masuk dalam bag. Pastu kitaorang menuju ke kereta. Mama ke kereta dia dulu sebab nak panaskan engin. Mama sampai K.L hari khamis dari Melaka. Aku dan Jazim dah masuk ke kereta Jazim dulu. Jazim telefon Umi, tak angkat. Jazim dah membebel. Aku lihat Mama sedang bergayut di hp dia. Rupa-rupanya DD kol Mama masa Mama panaskan engin kereta. Hari ne Jazim, Umi gan anak-anaknya, Mama dan Khairul balik ke Kelantan sebab ada sepupu diaorang nak kahwin. Jazim balik K.L hari isnin.

Kitaorang nak gi breakfast kat Kedai Kak Mah. Sampai kat sana kedai Kak Mah belum bukak lagi. Tengok jam pukul 7.45 pagi. Kitaorang selalu datang kedai Kak Mah pukul 8 atau 9 lebih dah bukak. Tah-tah Kak Mah cuti hari ne kot. Sementara menunggu kedai Kak Mah bukak, kitaorang gi Petronas dulu sebab Jazim nak isi minyak. Pastu kitaorang gi balik ke kedai Kak Mah, masih belum bukak lagi. Heran, selalunya Kedai Kak Mah cuti hari isnin jer, ne hari sabtu pun tak bukak gak.

Kononnya nak gi breakfast kat Old Town, tak jadi. Kitaorang terus ke payung merah. Tengok-tengok tempat yang kitaorang selalu makan pun tak bukak hari ne. Mmmmm, tapi kedai yang lain ada bukaklah. So kitaorang gi kedai jauh sikit dari kedai yang selalu kitaorang makan tapi sama tempat. Aku makan lontong dan ambik 6 biji kuih, Jazim makan nasi impit dengan kuah kacang, Mama pun makan yang sama gan 3 biji karipap sardin. Masa kitaorang bersembang-sembang kosong, ada seorang perempuan tengah masak apa tah, tiba-tiba dia panik sebab api marak dan dekat dengan tong gas. Dia nak tutup takut, api dah marak, dia lari, ada 1 perempuan datang cuba nak tutupkan pun takut cabut lari. Area kedai tu dah jadi riuh rendah, semua orang dah lari tertempiaran, apa lagi kitaorang pun cabut lari, yang kelakarnya Jazim cabut lari gan pegang gelas air dia, Jazim kata lari, lari gak tekak aku haus, aku bawaklah air aku sekali, aku lak selamatkan kuih aku. Nasib baik masa tu bag Mama dah sangkut kat bahu. Ada 1 perempuan tu sempat lagi selamatkan handbag dia jer. nasib baik ada 1 abang ne yang tolong tutupkan api tempat masak tu, kalau tak, sendiri mau ingat. Ada 1 kakak ne kata kat suami dia, kereta kita macam mana ne, takut kereta dia meletup hehehe.

Semua dah kembali tenang, kitaorang pun sambung makan balik. Kitaorang ingat balik pasal Jazim bawak gelas air dia, kitaorang ketawa macam nak pecah perut. Habis makan kitaorang nak gi Tesco Ampang, nak beli sardin. Siti adik Jazim kirim sebab Siti mengidam. Jazim lupa Siti nak sardin brand apa, Jazim kol Siti tanya brand apa. Siti nak sardin King Cup tin besar. Jazim beli 5 tin sardin besar harga rm4.95 1 tin. Hari sabtu takde bag plastik terpaksalah Mama peluk 5 tin sardin besar tu, nak masuk dalam bag Mama, Mama tak nak.

Sampai kat rumah Jazim dan Mama nak bertolak ke Kelantan. Sebelum tu kena gi umah Umi, ambik Umi gan anak-anaknya dan Khairul. Aku hantar sampai kat kereta jer. Mereka dah pergi, barulah rutin aku berjalan. Aku mandikan kucing. Fiona pun kena mandi dah 2 minggu tak mandi. Pukul 11.20 pagi baru habis mandi. Mama sms aku, bila tiba kat Raub, Lipis, Gua Musang dan Kuala Krai. Pukul 2.10 petang Fiona mengamuk untuk kali ke dua. Fiona mengamuk hingga Toby naik takut sampai nak keluar dari cage. Pasal apa Fiona mengamuk pun aku tak tau, habis dia kencing dan berak merata. Penat aku mengemas. Habis mengemas nak pukul 4 petang. Pastu aku gi mandi, pukul 4.20 petang baru aku gi lunch. Makan kat As-salam, nasi goreng ayam gan teh ais. Sebelum Fiona mengamuk, Gayry pun dah mengamuk dulu, habis makanan dan minuman dia tumpah. Tempat berak pun terbalik nasib baik belum ada najis lagi. Aku sms Mama, cerita kat Mama, Mama balas balik maybe Gayry tak nampak Mama kot.

Habis makan, balik rumah up date blog dan check email. Sejak ada air-cond kat bilik kucing, kucing kerap kencing, asyik nak tukarkan paper jer maybe sejuk kot. Aku tengok gayry tidur memang ada klas, tidur sambil buka mata. Aku sms Mama, Mama kata tu memang style Gayry tidur.

Malam, aku gi rumah DD tengok bola. Aku tengok perlawanan di antara Korea lawan Greece, Korea menang 2-0. Pastu aku tengok lak Argentina lawan Nigeria, sekejap jer sebab aku nak balik rumah Jazim. Masa aku datang rumah DD, DD tengah makan roti gan kari ayam. Pastu DD potong buah epal bagi aku makan. Kacang jagus dan badam campur garam sikit pun ada. DD keluarkan dari peti sejuk. DD kata dia goreng sendiri kacang tu. Kalau goreng garing sikit lagi sedap. Sampai rumah aku sambung tulis blog.

Tuesday, June 8, 2010

Ahad 06/06/2010

Pagi ne aku bangun macam biasa. Rutin pun macam biasa. Kalau hari ahad tak banyak sangat kerja untuk kucing. Jazim pun dah bangun tidur. Jazim up date account, aku tengok blog aku. Pukul 8.30 pagi aku gi mandi. Pukul 9.05, kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Pas makan kitaorang balik rumah. Hari ne plan takde cuma lepak kat rumah jer. Jazim on line nak up date warranty air-cond Toshiba, tengok-tengok kad warranty tak ada cop. Orang yang hantar air-cond dari kilang tak cop apa-apa. So mula-mula Jazim kol kedai elektrik takde orang angkat, maybe semua orang kat kedai busy kot. Pastu Jazim kol Kelly. Kelly cakap kena datang kedai kalau nak dapatkan cop warranty.

Sebelum lunch kitaorang gi kedai elektrik dulu untuk dapatkan cop warranty. Ramai gak orang kat kedai. Jumpa Kelly dan settlekan. Masa Kelly nak buat cop warranty, Kelly tunjukkan insuran dari Hong Leong. Kelly terangkan pasal insuran itu. Sekarang warranty air-cond tu, compressor 5 tahun, blower 1 tahun. Kalau ambik insuran untuk air-cond harga rm204 yang paling mahal dapat warranty 4 + 1, maknanya tambah 4 tahun lagi untuk blower. Jimat kos sikit. Apa lagi Jazim pun suka terus swap kad. Aku pun setuju, yalah kalau orang datang nak tengok air-cond rosak kat rumah pun nak charge kan, transport pun dah kena bayar rm25. Nanti kalau air-cond baru ne rosak, tak payah keluarkan 1 sen pun hingga 5 tahun. Aku cakap kat Kelly, masa kitaorang datang beli air-cond, kenapa u tak cakap pasal insuran ne. Kelly kata dia lupa, masa tu sibuk nak layan kitaorang sampai lupa nak tunjukkan insuran ne boleh. Masa Kelly sibuk buat kerja, aku tunjukkan pada Jazim peti sejuk kecil harga rm500 warna putih. Sesuai letak dalam bilik kucing boleh simpan ubat, cuma ada 1 jer kat kedai tu. Jazim berkenan tapi kena tunggu dululah. Pastu kitaorang tengok exhaust fan lak. Aku gurau gan Jazim, nanti house warming rumah aku, aku nak mesin basuh dan Mama kena belikan peti sejuk besar untuk aku.

Pas semua dah beres, kitaorang pun gi lunch kat Pak Don. Pas makan aku balik rumah terus. Jazim gi jumpa kawan dia. Pas habis jumpa kawan Jazim kol aku ajak makan kat Jimmy & Nong. Kitaorang makan ketam black pepper, lala goreng, nasi putih, air cincau dan air asam boi. Pas makan balik rumah. Dessert kitaorang makan buah mangga kat rumah. Masri kol aku nak jumpa. Dia nak gi Melawati nak jumpa kawan dia. Dia nak hantar aku balik. Masri datang rumah Jazim dulu. Sembang-sembang kejap pastu blah. Aku dan Masri gi minum kat Old Town kat area rumah aku sementara nak menunggu kawan Masri datang. Masri dah pesan daging percik dari Kelantan dari kawan dia, nak bawak balik ke London. Pukul 11.30 kitaorang balik dari Old Town.

Sunday, June 6, 2010

Sabtu 5/6/2010

Bangun seperti biasa pukul 6 pagi. Bersihkan bilik kucing. Mandikan Toby, Marisasa, Tom Rayyan, Princess Cassie, Princess Suzzy dan Prince Joey. Prince Haiqal tak mandi sebab masih demam lagi. Otty dan Bubble tak mandi sebab nak pergi Ara nak cukur bulu. Fiona mandi 2 minggu sekali. Pukul 8.25 pagi semua selesai. Aku gi mandi. Selepas itu aku dan Jazim pergi breakfast di kedai Kak Mah. Sampai di kedai Kak Mah, Jazim telefon kedai Ara, takde orang angkat telefon.

Masa kitaorang sampai, orang tak ramai di kedai Kak Mah. Aku dan Jazim terus ke kaunter. Nak dijadikan cerita, depan aku ada seorang kakak bertudung putih dan berpakaian sukan sedang menunggu untuk memesan makanan. Tiba-tiba Kak Mah terus tanya aku nak makan apa. Kakak tadi sentap dengan Kak Mah terus blah dan duduk dengan suaminya.

Sambil makan Jazim telefon Ara lagi. Ada orang angkat telefon. Jazim bertanyakan Sam groomer, bila dia masuk kerja. Sam datang kerja pukul 10 pagi. Kitaorang habis makan around 9.30 pagi. Kitaorang balik rumah terus masukkan Otty dan Bubble dalam 1 cage. Sampai di kedai Ara nak dekat pukul 10 pagi. Kitaorang masuk dan daftar dulu, ada 1 perempuan cina kerja part time kat sana layan kitaorang. Nama dia susah nak sebut. Selepas tu kitaorang lepak dalam kedai sebab Sam belum sampai lagi. Dah boring dalam kedai kitaorang lepak pulak di luar kedai, tiba-tiba Sam pun sampai dengan menaiki kereta Kenari berwarna cream.

Dalam kedai Jazim cakap kat Sam, nak cukur bulu Otty dan Bubble style lion cut. Sam kata lambat sikit sebab Sam nak mandikan seekor anjing dulu, nanti pukul 12 lebih baru siap, apa-apa nanti Sam telefon Jazim. Dah settle kitaorang balik rumah sebab Jazim nak kemaskan tempat Otty dan Bubble, banyak sangat bulu berterabur. Habis kerja Jazim hantar baju untuk digosok di kedai ENI, hari isnin atau selasa baru boleh ambik baju gosok. Selepas itu nak pergi potong kaki seluar jeans pulak. Mula-mula nak pergi Carefour kat area rumah aku, kitaorang dah tengok jalan MRR2 jem, tak jadi pergi, terus cari di area rumah Umi. Singgah kat kedai barangan logam nak beli paip air kat Ampang Waterfront tapi kedai tu tutup pulak. Terus kitaorang cari kedai potong seluar. Ada 1 kedai nama MJ, jual pakaian baju melayu lelaki, aku masuk bertanya. 1 mamat ne kata boleh potong kaki seluar. Aku tanya harga berapa. Mamat tu cakap rm5 per seluar. Aku pun panggil Jazim keluar dari kereta. Jazim nak potong kaki seluar sebanyak 6 helai, hari isnin baru boleh ambik seluar.

Selepas itu kitaorang terus pergi ke kedai Ara, nak tengok kucing. Sampai kat sana Sam belum habis cukur bulu lagi. Sam kata dia dah cukur separuh badan tapi separuh badan lagi kena buat 2 orang, takut nanti tersalah cukur koyak pulak kulit kucing tu kang. Pembantu dia tengah lunch nanti kalau pembantu dia dah habis makan baru boleh sambung cukur balik. Sementara nak tunggu Sam habis buat kerja, kitaorang minum kat kedai Mak Tok sebelah kedai Ara. Ada 1 perempuan datang bawak menu, mak datuk harga menu semua mahal-mahal mengalahkan restauran 5 bintang. Nasib baik kitaorang nak minum jer. Aku minum air Mango jus harga rm5, Jazim minum air kopi pekat harga rm5, jumlah semua rm11. Habis minum kitaorang masuk balik ke kedai Ara. Masih menunggu belum siap lagi. tengah menunggu Jazim terlihat 1 shampoo untuk kucing. Nampak bagus terus beli harga rm63 dapat discount rm61.

Sam dah habis cukur bulu terus jumpa Jazim, cakap kenapa mata Otty merah. Jazim gan aku tengok mata Otty, ada merah sikit. Takut gak manalah tau ada virus, terus bawak Otty jumpa Dr Jesse. Dr Jesse bagi ubat antibiotik, ubat air dan ubat mata. Habis, kitaorang pun balik rumah. Jazim terus bagi ubat kat Otty, pastu aku mandikan Otty dan Bubble. Masa tu dah pukul 3 lebih. Perut rasa lapar. Jazim pun masak maggie goreng. Aku sediakan air markisar campur buah rambutan. Wow sedap betul. Dah kenyang rehat kejap, kitaorang keluar lagi cari paip air. Dapat beli harga rm45. Balik rumah Jazim terus pasang paip air tu. Aku masuk bilik bersihkan bilik kucing. Aku kesian tengok Marissa sorang-sorang kat bilik air sebelah. Kalau bebaskan Marissa gan Momok nanti bergaduh pulak. So aku cakap kat Jazim, biar Marissa duduk atas anak-anak kondi jer. Cage anak-anak kondi besar biarlah Marissa kongsi cage gan mereka. Lagipun nanti Marissa dapat air-cond. Biar Momok tinggal sorang dalam bilik air tu. Kitaorang pun buatlah make over. Marissa yang super cantik tu pun suka duduk kat tempat baru. Tengah melihat gelagat kucing-kucing, datang pulak idea lain. Jazim nak tutup lubang kat bawah pintu takut lak air-cond keluar dari situ. Dah buat kerja lagi. Tengok jam hampir 7 malam. Mandi terus gi dinner kat kedai Mek Kelantan.

Pastu kitaorang gi Jayajusco Maluri. Beli alas kucing, tali, pengikat warna hitam dan botol air, guna voucer Coway. Balik rumah terus tengok citer "Telapak Syurga" kat tv3, sambil makan buah mangga dan air markisar campur buah rambutan.




Friday, June 4, 2010

Baju Jo

Petang, lepas kerja, Jo ajak aku gi carikan baju warna putih untuk party Jo sabtu ne. Tema party Jo "White Sensational". Mula-mula kitaorang nak gi Jayajusco Wangsamaju jer tapi Jo nak gi WangsaWalk, so kitaorang pun gi kat sana. Aku cakap kat Jo, kat WangsaWalk baju lelaki tak banyak, F.O.S ada tapi takut lak saiz Jo takde. Jo nak pakai blazer, aku cakap tak sesuai sebab dia berbadan besar tapi kalau jaket bolehlah. Aku ajak gi Jayajusco Keramat, Jo tak nak sebab sana ada 1 kedai jual bermacam-macam jenis jaket.

Mula-mula kitaorang masuk kedai F.O.S, baju t-shirt berkolar ada yang sesuai tapi saiz untuk Jo XXXL takde, yang ada XXL jer. Aku cakap kat Jo cubalah baju saiz XXL ne dulu manalah tau Jo boleh muat. Jo masuk ke fitting room. Keluar dari fitting room Jo geling kepala, Jo kata nak masukkan kepala pun dah tak muat (aku ketawa macam nak pecah perut). Budak F.O.S yang ada kat situ pun tersenyum. Susah gak nak carikan baju untuk orang yang berbadan BESAR ne. Pastu aku kata kat Jo, Giant kat rumah aku ada jual baju saiz besar. Dulu restauran Mc D, sekarang dah ditukar jadi kedai baju. Jo kata tengoklah macam mana nanti.

Pastu tengok lak baju kemeja lengan pendek pun takde saiz yang nak. Jo dah give up terus ajak aku keluar dari F.O.S. Aku baru nak cari baju untuk aku lak. Kansel. Kitaorang terus gi kedai buku Popular. Aku terus ke section Novel. Belek punya belek, aku beli 3 novel, 1 novel cinta, 2 novel cinta thriller. Jo beli buku kartun dan terus join jadi member card Popular kena bayar rm12. Dah habis kitaorang gi kedai komputer lak, saja nak tengok kalau-kalau ada benda baru. Perut lapar pulak, kitaorang dinner kat A&W, mula-mula tu nak makan kat ayam penyet tak jadi, nak makan kat popeye pun tak jadi. Pas makan nak balik, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa kitaorang tunggu sampai hujan reda. Tengok-tengok hujan macam tak berhenti jer, kitaorang pun ambik keputusan nak main redah jer. Jam dah pukul 8 lebih. So kitaorang pun balik naik motor dan yang paling best mandi hujan atas motor. Dah lama aku tak mandi hujan. Sampai kat rumah aku, hujan dah reda sikit. Aku terus basuh baju, mandi dan makan panadol takut demam lak.

Thursday, June 3, 2010

Novel Baru


9 Nyawa

Kisahnya.........
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula, menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah "nyawa" yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya, ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.



Cinta Sufi


Kisahnya..........
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalia rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari "Lelaki bertanduk dua". Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan, lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna. Laksaman Sunan, Catalina dan Luna.....bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.




Aku Bukan Billy Milligan

Kisahnya...........
Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet. Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya.


Wednesday, June 2, 2010

Air-cond

Hari isnin 31/05/2010, aku datang rumah Jazim pukul 10.25 pagi. Mama baru balik ke Melaka. Aku sampai rumah Jazim terus aku mandikan anak-anak kondi dan yang lain dengan blueberry. Mama sms aku, suruh simpankan cage gaygary bawah katil. Aku ingat nak lunch gan Jazim kat belakang LRT, tapi tukar plan sebab Radi nak ajak Jazim lunch kat Kampung Baru lak.

Petang, habis kemaskan bilik kucing, Jazim dah balik kerja, kitaorang gi dinner kat kedai Mek Kelantan. Habis makan kitaorang berbual kosong pasal air-cond. Jazim plan nak letak air-cond kat bilik kucing. Aku bagi cadangan, apa kata kita gi survey dulu, tengok kedai mana yang jual murah. Habis makan kitaorang gi Pandan Indah, pergi kedai elektrik. Salesgirl cina Kelly layan kitaorang. Plannya cuma nak survey dulu, tanya punya tanya dan Kelly dah mendesak sangat Jazim pun termakan desakan tu. Terus buat booking air-cond Toshiba 1hp. Harga rm1300 plus installation dan dapat free gift, container 3 biji. Bila nak pasang air-cond tu tak tahu lagi. Aku lupa nak bawak camera, kalau tak, boleh aku ambik gambar air-cond tu. Habis kat kedai elektrik, kitaorang gi minum kat sebelah Maybank. Aku minum teh ais, Jazim minum teh tarik. Pastu balik rumah ada plan lagi nak pindahkan Fiona kat bilik sebelah. Jazim nak satukan Fiona gan Toby 1 cage. Marissa pulak masuk dalam bilik air gan Momok.

Rumah Zaid
















30hb May 2010, aku tengok wayang cerita Robin Hood di WangsaWalk dengan member aku. Habis tengok wayang Zaid kol aku. Dia tanya aku buat apa. Aku kata baru habis tengok wayang. Dia kata datanglah rumah dia. Member aku pun nak balik rumah dia, so aku pun pergilah ke rumah Zaid. Sembang-sembang sampai malam. Aku sempat ambik gambar rumah dia di Riana Green.

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.