Hello There!

Sunday, June 6, 2010

Sabtu 5/6/2010

Bangun seperti biasa pukul 6 pagi. Bersihkan bilik kucing. Mandikan Toby, Marisasa, Tom Rayyan, Princess Cassie, Princess Suzzy dan Prince Joey. Prince Haiqal tak mandi sebab masih demam lagi. Otty dan Bubble tak mandi sebab nak pergi Ara nak cukur bulu. Fiona mandi 2 minggu sekali. Pukul 8.25 pagi semua selesai. Aku gi mandi. Selepas itu aku dan Jazim pergi breakfast di kedai Kak Mah. Sampai di kedai Kak Mah, Jazim telefon kedai Ara, takde orang angkat telefon.

Masa kitaorang sampai, orang tak ramai di kedai Kak Mah. Aku dan Jazim terus ke kaunter. Nak dijadikan cerita, depan aku ada seorang kakak bertudung putih dan berpakaian sukan sedang menunggu untuk memesan makanan. Tiba-tiba Kak Mah terus tanya aku nak makan apa. Kakak tadi sentap dengan Kak Mah terus blah dan duduk dengan suaminya.

Sambil makan Jazim telefon Ara lagi. Ada orang angkat telefon. Jazim bertanyakan Sam groomer, bila dia masuk kerja. Sam datang kerja pukul 10 pagi. Kitaorang habis makan around 9.30 pagi. Kitaorang balik rumah terus masukkan Otty dan Bubble dalam 1 cage. Sampai di kedai Ara nak dekat pukul 10 pagi. Kitaorang masuk dan daftar dulu, ada 1 perempuan cina kerja part time kat sana layan kitaorang. Nama dia susah nak sebut. Selepas tu kitaorang lepak dalam kedai sebab Sam belum sampai lagi. Dah boring dalam kedai kitaorang lepak pulak di luar kedai, tiba-tiba Sam pun sampai dengan menaiki kereta Kenari berwarna cream.

Dalam kedai Jazim cakap kat Sam, nak cukur bulu Otty dan Bubble style lion cut. Sam kata lambat sikit sebab Sam nak mandikan seekor anjing dulu, nanti pukul 12 lebih baru siap, apa-apa nanti Sam telefon Jazim. Dah settle kitaorang balik rumah sebab Jazim nak kemaskan tempat Otty dan Bubble, banyak sangat bulu berterabur. Habis kerja Jazim hantar baju untuk digosok di kedai ENI, hari isnin atau selasa baru boleh ambik baju gosok. Selepas itu nak pergi potong kaki seluar jeans pulak. Mula-mula nak pergi Carefour kat area rumah aku, kitaorang dah tengok jalan MRR2 jem, tak jadi pergi, terus cari di area rumah Umi. Singgah kat kedai barangan logam nak beli paip air kat Ampang Waterfront tapi kedai tu tutup pulak. Terus kitaorang cari kedai potong seluar. Ada 1 kedai nama MJ, jual pakaian baju melayu lelaki, aku masuk bertanya. 1 mamat ne kata boleh potong kaki seluar. Aku tanya harga berapa. Mamat tu cakap rm5 per seluar. Aku pun panggil Jazim keluar dari kereta. Jazim nak potong kaki seluar sebanyak 6 helai, hari isnin baru boleh ambik seluar.

Selepas itu kitaorang terus pergi ke kedai Ara, nak tengok kucing. Sampai kat sana Sam belum habis cukur bulu lagi. Sam kata dia dah cukur separuh badan tapi separuh badan lagi kena buat 2 orang, takut nanti tersalah cukur koyak pulak kulit kucing tu kang. Pembantu dia tengah lunch nanti kalau pembantu dia dah habis makan baru boleh sambung cukur balik. Sementara nak tunggu Sam habis buat kerja, kitaorang minum kat kedai Mak Tok sebelah kedai Ara. Ada 1 perempuan datang bawak menu, mak datuk harga menu semua mahal-mahal mengalahkan restauran 5 bintang. Nasib baik kitaorang nak minum jer. Aku minum air Mango jus harga rm5, Jazim minum air kopi pekat harga rm5, jumlah semua rm11. Habis minum kitaorang masuk balik ke kedai Ara. Masih menunggu belum siap lagi. tengah menunggu Jazim terlihat 1 shampoo untuk kucing. Nampak bagus terus beli harga rm63 dapat discount rm61.

Sam dah habis cukur bulu terus jumpa Jazim, cakap kenapa mata Otty merah. Jazim gan aku tengok mata Otty, ada merah sikit. Takut gak manalah tau ada virus, terus bawak Otty jumpa Dr Jesse. Dr Jesse bagi ubat antibiotik, ubat air dan ubat mata. Habis, kitaorang pun balik rumah. Jazim terus bagi ubat kat Otty, pastu aku mandikan Otty dan Bubble. Masa tu dah pukul 3 lebih. Perut rasa lapar. Jazim pun masak maggie goreng. Aku sediakan air markisar campur buah rambutan. Wow sedap betul. Dah kenyang rehat kejap, kitaorang keluar lagi cari paip air. Dapat beli harga rm45. Balik rumah Jazim terus pasang paip air tu. Aku masuk bilik bersihkan bilik kucing. Aku kesian tengok Marissa sorang-sorang kat bilik air sebelah. Kalau bebaskan Marissa gan Momok nanti bergaduh pulak. So aku cakap kat Jazim, biar Marissa duduk atas anak-anak kondi jer. Cage anak-anak kondi besar biarlah Marissa kongsi cage gan mereka. Lagipun nanti Marissa dapat air-cond. Biar Momok tinggal sorang dalam bilik air tu. Kitaorang pun buatlah make over. Marissa yang super cantik tu pun suka duduk kat tempat baru. Tengah melihat gelagat kucing-kucing, datang pulak idea lain. Jazim nak tutup lubang kat bawah pintu takut lak air-cond keluar dari situ. Dah buat kerja lagi. Tengok jam hampir 7 malam. Mandi terus gi dinner kat kedai Mek Kelantan.

Pastu kitaorang gi Jayajusco Maluri. Beli alas kucing, tali, pengikat warna hitam dan botol air, guna voucer Coway. Balik rumah terus tengok citer "Telapak Syurga" kat tv3, sambil makan buah mangga dan air markisar campur buah rambutan.




No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.