Hello There!

Sunday, November 28, 2010

Ahad 28/11/2010

Aku bangun pukul 7 pagi. Jazim bangun lambat, semalam dia balik lewat. Bersihkan bilik kucing pun dah cepat habis. Masa aku tengah bersihkan kucing, Kak Ram kol aku. Bagitau pagi ne tak dapat datang rumah. Aku jawab ok. Dah siap, aku gi mandi. Masa aku mandi, ada 4 miss kol dari Kak Ram. Aku kol balik, Kak Ram jadi datang lak.

Pukul 9 pagi, Kak Ram dah sampai. Kak Ram mengemas, kitaorang gi breakfast. Kitaorang makan kat OldTown. Lepak kat sana sampai pukul 10.15 pagi. Pastu kitaorang terus ke Wangsa Maju nak beli dvd Harry Porter. Sampai sana amoi tu takde. Ada amoi lain. Aku tanya dvd tu, kata amoi tu takde lagi. Mmm buat penat jer. Amoi tu nak kena sumpah gan aku tau. Pukul 2 petang baru dia masuk kerja. Sapa nak tunggu dan datang lagi kat sini.

Kitaorang frust terus balik ke Ampang. Sampai rumah, bawak anak-anak kondi gi vaksin lak. Ramai betul kat klinik Dr. Teoh. Ada cerita kelakar ne. Ada sorang makcik datang gan maid dia. Maid dia dukung kucing siam. Kucing tu tak boleh berjalan. Sekali makcik tu cerita kat kitaorang, kucing dia sakit. Si maid tu bagi PANADOL kat kucing tu. Bodoh kan. Aku rasa macam nak ketawa besar-besar depan makcik tu.

Lepas tu makcik tu boleh kata, Marcello, Tottie dan Jackpot tak cantik sebab takde hidung. Aku nak jawab jer tadi depan makcik tu. Kau ingat kucing kau tu cantik sangat ke dahlah kucing kampung kononnya tak boleh makan makanan kucing nanti sakit. Cehh nak makan ikan rebus jer. Pirahhh. Menyampah aku dengar. Dia tak tahu betapa mahalnya kucing kitaorang nak banding gan kucing dia. Cakap ikut sedap mulut jer.

Masa kitaorang tengah tunggu Dr. Teoh. Aku dukung Jackpot. Aku urut sampai kat ekor, baru aku tahu hujung ekor Jackpot bengkok rupanya. Aku cakap kat Jazim. Jazim pegang dan rasa betul bengkok sikit. Kalau tak rasa betul-betul memang tak tau sangat. Kitaorang pun geram gan amoi kat kaunter tadi. Jazim dah daftar dulu dari lelaki cina 2 orang bawak 7 ekor anak anjing dia. 4 dalam sangkar, 3 dalam beg. Masa nak check amoi tu bagi jantan cina tu masuk dulu. Celaka. Kitaorang dahlah nak balik cepat takut Kak Ram kol nanti. Sebelum tu amoi tu suruh makcik yang kucing telan panadol tu masuk dulu. Kucing dia macam nak mati jer. Oklah kitaorang izinkan. Ne jantan cina lak potong Q. Masa timbang berat, Marcello 2kg, Tottie 1.4kg dan Jackpot 1kg jer.

Ada pulak sorang perempuan, aku rasa orang melayu kot or orang Indonesia. Dia nak ambik anjing dia. Laki dia orang putih tunggu kat luar klinik. Anjing dia besar. Nak bayar, dia panggil laki dia masuk bayar. Perempuan tu bawak anjing dia kat luar. Tiba-tiba anjing dia berak depan klinik nasib baik tak depan pintu masuk klinik. Kitaorang kat dalam dah semacam jer.

Dah habis, kitaorang balik. Masa dalam kereta Kak Ram kol. Dia dah siap berkemas. Pukul 1.40 petang kitaorang sampai rumah. Kitaorang rehat kejap, sat lagi Jazim nak keluar jumpa Anod. Petang nanti kitaorang nak gi rumah Hazly nak tengok Carlos. Lagi seminggu Carlos nak masuk show. Kitaorang nak QC Carlos macam mana. Dah putih ke belum. Kalau belum tak boleh masuk show.


Pukul 2 petang, Jazim keluar. Aku buat blog. Dah habis aku tidur kejap. Aku bangun pukul 4.30 petang. Bersihkan kucing pastu aku gi mandi. Aku nak keluar awal. Aku sms Jazim, aku nak keluar pukul 6. Aku nak keluar gan Saat. Masa aku keluar Jazim belum balik lagi. 

Sabtu 27/11/2010

Aku bangun lewat sikit dari biasa. Semalam tidur lewat. Aku bangun pukul 7.30 pagi. Aku tengok Jazim pun baru bangun gak. Rutin macam biasa. Alamak kerja makin cepat sebab dah kurang 2 ekor kucing. Aku nak mandikan Suzzy lewat sikit. 

Kitaorang gi breakfast pukul 8.40 pagi. Tempat yang sama. Sampai kat kedai Kak Mah, orang dah beratur panjang. Habis makan, Jazim nak gi opis. Dia nak settlekan kat internet kucing Din kat Cfa. Masa kitaorang nak bayar, terjumpa gan Shaik dan kekawan dia. Plan hari ne lepas Jazim balik opis nak vaksinkan Tottie, Marcello dan Jackpot kat kedai Dr. Teoh.

Aku sampai rumah bersiap nak mandikan Suzzy. Habis mandikan Suzzy dan letakkan dalam sangkar untuk kering, aku update buku kucing takut terlupa lak. Nanti masa Jazim nak balik dari opis, dia akan kol aku. Aku bersedia nak turun bawak anak-anak kondi. Masa aku tengah buat blog, pukul 1.15 petang tiba-tiba Jazim balik rumah. Dia kata tak larat mata nyantuk sebab semalam tidur lambat. Dia letak bag terus tidur atas sofa. Bangun kejap pastu masuk bilik dia sambung tidur. Aku tengok tv. Mata aku pun kelat gak, aku pun tidur kejap atas sofa.


Pukul 3.15 petang, kitaorang terjaga. Perut Jazim lapar. Ingatkan nak makan kat kedai Pak Don, tak jadi. Kitaorang bantai makan kat Mc D jer. Nak vaksin pun tak jadi. Esok jer kitaorang vaksinkan kucing. Habis makan kitaorang nak gi Wangsa Maju nak beli dvd. Mak oiii jalan nak gi sana jem sikit. Jazim nak beli semua citer Harry Potter. Kat kedai tu ada tapi cina perempuan tu kata takde orang nak hantar kat kedai dia. Semua pekerja dia sibuk. Esok pagi kitaorang nak gi sana lagi nak ambik citer tu.


Jazim beli dvd citer Wall Street, You Again, The Sorcerer's Apprentice dan Braveheart. Dah beli dvd, Jazim nak gunting rambut lak. Aku pun nak gunting gak. Jazim gi kedai Cina, aku gi kedai mamak. Pukul 5 lebih semua dah settle. Kitaorang nak balik Ampang cepat. Cuaca dah mendung. Kilat dah sabung menyabung. Masa nak balik, jalan jem kat MRR2. Jazim ada function kat Nilai gan Anod pukul 8.30 malam. Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Kelam kabut Jazim nak bersiap.


Aku bersihkan kucing. Pastu aku kol Kak Ram. Esok dia datang pukul 9 pagi nak bersihkan rumah.

Saturday, November 27, 2010

Jumaat 26/11/2010

Aku balik kerja pukul 5.30 petang. Aku nak cepat, Jazim dah tunggu aku kat kedai mee kari. Nasib baik petang ne tak hujan. Jazim makan nasi lemak ayam goreng. Aku tak makan perut aku dah kenyang. Habis makan kitaorang terus ke Ampang.

Sampai rumah Jazim, rutin macam biasa. Aku bersihkan bilik kucing. Jazim nak mandikan Toby. Sekarang dah tak banyak sangat kerja kat bilik kucing. Kucing dah kurang sikit. Otty, Mama dah bawak balik ke Melaka. 

Dah siap, kitaorang buat hal masing-masing. Jazim cakap Din nak datang malam ne. Masa kitaorang tengok tv, Din kol Jazim kata nak datang rumah dari Putrajaya. Pukul 11 malam, Din sampai bersama isterinya. Din nak beli Angel dan Dominic. Minggu lepas Din dah beli Bubble dan Tom Rayyan. Masa sampai rumah Din terlupa nak bawak makanan kucing "Persian 32". Din kata bagus untuk bulu. Masa bersembang dalam bilik kucing, Din keluar kejap nak ambik makanan kucing kat kereta. Balik semula ke rumah, Din bawak sekali cage besar. Din bagi Jazim "Persian 32" 400g. rm26.90 percuma.

Sembang punya sembang sampai pukul 2 pagi baru Din dan isteri balik dari rumah Jazim. Mereka bawak Angel dan Dominic balik ke Kulai. Makin kuranglah kucing di Jazzy Cattery. Masa mereka bersembang, aku bermain gan Toby. Aku ternampak ada tompok kat belakang Toby. Aku tunggu sampai Din balik dulu. Din dah balik, aku terus bagitau kat Jazim. Kitaorang check macam kudis. Kitaorang takut maybe fungus. Jazim terus letak ubat fungus. Jazim kata maybe masa sikat terkuat sangat kot. Sikat yang baru beli tu memang tajam.

Dah settle kitaorang masuk tidur. 

Thursday, November 25, 2010

Rabu 24/11/2010 China Town & Sunway Lagoon Hotel

Petang ne aku nak keluar gan Ed. Habis kerja, aku terus balik rumah. Nasib baik hari ne tak hujan. Kitaorang nak gi Chinatown jalan-jalan. Aku rasa dah lama aku tak gi kat sana. Dulu masa gan Noi selalu aku gi sana. Pastu lepak-lepak kat CM minum kopi.

Sampai kat sana dah pukul 8 lebih. Jalan jem teruk. Ed parking kereta depan CM. Pastu kitaorang jalan kaki ke Petaling Street. Macam biasalah kat sana ramai orang. Dah penat berjalan kitaorang minum air mata kucing yang sejuk. Kitaorang belum dinner lagi. Nak dinner kat mana tak tahu. Kitaorang ingat nak makan kat Mc D jer tapi ternampak KFC lak. Aku ajak Ed makan Kat Mc D jer. 

Kitaorang terus ke Mc D. Habis makan, aku malas nak jalan lagi. Aku cakap kat Ed, jom kita balik. Tengok jam masih awal lagi. Dalam kereta, Ed ajak aku ke Sunway Hoter & Spa. Dia cakap waktu malam hotel dia sangat cantik. Aku terus setuju.

Petaling Street

Guna flash

Sampai sana dah pukul 9 lebih. Nak cari parking agak susah sikit. Nasib baik Ed dah biasa kat area sana. Memang cantik hotel dia waktu malam. Aku terpegun wah. Kitaorang jalan-jalan sekitar hotel. Dah puas makan angin malam, kitaorang balik.

Tuesday, November 23, 2010

Sabtu 20/11/2010 Kelantan In Style

Jam loceng dah berbunyi pukul 3 pagi. Kitaorang semua dah bangun. Buat rutin macam biasa. Pagi ne kitaorang nak ke Kelantan. Keluarga Jazim buat kenduri arwah. Kitaorang akan balik K.L esok malam. Kitaorang gi Kelantan in style naik Airasia. Aku dah kol abang Sazali suruh tunggu kat pak guard pukul 4.30 pagi. Flight kitaorang pukul 7.45 pagi. 

Mama dan aku dah siap. Jazim belum lagi. Aku keluar rumah dulu gi kat lobby. Masa aku sampai abang Sazali pun sampai. Aku sms Mama bagitau cab dah sampai. Mama dan Jazim pun turun. Mereka duduk kat seat belakang, aku duduk kat seat depan. Abang Sazali hantar kitaorang ke LCCT dengan harga rm90. Masa kitaorang takde, Kelana akan menjaga kucing.

Sampai kat LCCT dah pukul 5.30 pagi. Masa dalam cab, Jazim dan Mama tidur. Aku layan abang Sazali bersembang. Dah bayar tambang, kitaorang terus nak check-in. Kaunter belum bukak lagi. Kitaorang check-in guna kiosk jer. Kiosk ada 4 cuma 3 jer yang boleh guna. Orang dahlah beratur panjang, terpaksalah kitaorang beratur gak. Selesai check-in, kitaorang nak minum kopi.

Kitaorang gi OldTown, tengok-tengok kena beratur nak order, tak jadi. Kenapalah tak macam kat K.L ada waiter kan senang. Kitaorang terus ke Starbucks. Jazim dan Mama jer yang minum kopi. Kitaorang lepak sampai pukul 7 pagi. Pastu kitaorang terus masuk ke departure hall. Kitaorang lepak kat pintu no. 4. Selepas pengumuman dibuat, kitaorang bersiap beratur untuk naik kapal terbang. Nak ke kapal terbang, agak jauh gak nak berjalan.





Flight AK5280. Flight ke Kelantan tak penuh sangat. Seat kitaorang 28D,E,F. Mama duduk tepi tingkap, Jazim tengah dan aku duduk tepi. Kitaorang sembang-sembang dan ambik gambar.





Pukul 8.30 pagi, kitaorang selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.


Selepas keluar dari sana, kitaorang menunggu untuk di ambik. Umi dan laki dia datang ambik kitaorang. Sebelum sampai rumah Mek, kitaorang nak breakfast dulu. Kitaorang gi 1 kedai ne, ramai orang sampai takde tempat duduk. So kitaorang chow. Kitaorang pusing-pusing cari kedai makan. Kebanyakkannya masih tutup lagi masih beraya. Kalau kat sini kan hari raya lama sikit. Last-last kitaorang terjumpa kedai makan yang bukak.

Habis makan kitorang terus gi rumah Mek. Sampai kat sana dah pukul 9 lebih. Aku tengok khemah sudah dipasang cuma kerusi meja belum disusun atur lagi. Kitaorang letak bag terus ke khemah belakang. Mek tengah mengoreng ayam. Lauk lain sudah siap dimasak. Last-last aku take over goreng ayam. Mama jadi pembantu aku. Jazim mengemas dalam rumah.




Masa tengah goreng ayam, datang 1 lori. Rupa-rupanya orang nak hiaskan meja makan. Alas meja kain berwarna purple bersalut plastik. Ada 6 meja semuanya. 4 untuk orang makan dan 2 untuk letak lauk.





Habis goreng ayam, aku dan Mama gi makan. Pukul 12 lebih orang dah mula datang. Makin lama makin ramai. Kebanyakkan saudara mara Jazim. Ada gak kawan-kawan adik beradik Jazim datang. Kebanyakkan yang datang akan membawa buah tangan seperti gula pasir, biskut, buahan dan bermacam-macam lagi, tapi selalunya gula pasirlah.

Wah aku kat sini makan banyak. Ya lah lauk semua sedap terutama yang paling aku suka sambal belacan Mek buat. Pukul 3 lebih, aku dan Mama keluar jalan kaki ke 7Elevan. Pastu kitaorang gi kedai buku. Aku beli pen 60sen dan buku rm1.60.

Sampai pukul 6 lebih masih ada orang datang. Selepas maghirib orang dah tak datang lagi. Tapi tiba-tiba ada 1 kereta kancil putih datang dan beberapa kawan Ilah kot. Mereka makan kat dalam rumah. Aku dan Mama dah mandi awal-awal kalau tak nanti semua nak mandi. Masa kitaorang makan malam, lampu kat khemah baru nak pasang. Selepas makan malam aku dan Mama jalan-jalan sampai jalan besar ambik angin.

Kitaorang balik cepat sebab guruh dah berbunyi takut lak kitaorang kena hujan. Aku dan Mama terus ke khemah. Disetiap kali kereta lalu, Mama pasti risau kalau-kalau ada orang datang lagi sebab semua lauk sudah dikemas. Kata Mama kalau kat sini buat acara sampai ke malam. 

Kitaorang asyik minum air manis jer, so aku ke dapur mintak air dari Che Mah. Sambil minum air kitaorang sembang-sembang. Masa aku dan Mama minum air kat khemah, Jazim datang join sekali minum air. Pukul 9.30 malam, kitaorang nak bersiap gi rumah Cik Ruby untuk tidur. Sabri hantar kitaorang gan kereta Kelisa biru. Maklumlah dah ramai sangat kat rumah Jazimkan.

Sampai sana Jazim terus nak tidur. Mama salin baju tidur satin biru dan terus tidur gak. Aku belum tidur lagi. Aku tengok tv sampai pukul 11.30, baru aku tidur.

Ahad 21/11/2010 Masih Di Kelantan

Aku set jam pukul 6 pagi. Dah terbiasa dah. Jam berbunyi aku matikan dan aku sambung tidur lagi. Waktu pagi kat rumah Kak Ruby sejuk yalah rumah kayu kan. Aku bangun pukul 8 pagi. Jazim dan Mama pun bangun gak. Kereta kelisa ada kat porch. Kitaorang berkemas terus mintak kunci kereta. Masa tu Kak Ruby keluar dari bilik. Dia tanya macam mana tidur semalam, nyamuk ada ke?. Kitaorang tidur nyenyak dah penat sangat. Kitaorang ucapkan terima kasih dan Jazim terus drive balik ke rumah Mek.

Sampai rumah Mek, yang lain belum bangun tidur lagi. Penuh orang tidur kat ruang tamu. Mama terus mandi dulu. Pastu aku gi mandi. Dah bersiap aku dan Mama gi breakfast dulu kat sebelah kedai 7 Elevan. Kitaorang malas nak ganggu Mek. Aku makan nasi lemak, nasi berlauk dan telur setengah masak 2 biji plus teh ais. Mama makan nasi lemak dan kuih plus teh o. Pastu aku gi 7 Elevan beli rokok.

Dah makan kitaorang balik rumah. Masa kitaorang kat khemah baca paper, Jazim jerit nama aku suruh breakfast. Tak nak kecilkan hati, aku dan Mama makan gak. Habis makan kitaorang gi khemah balik sambung baca paper. Seketika Jazim pun join baca paper gak. 

Malam nanti kitaorang nak balik K.L. Flight kitaorang pukul 10.10 malam naik Airasia. Umi tengah berkemas, kejap lagi mereka nak balik K.L. Umi dah datang Kelantan dari hari rabu. Mereka naik kereta. Cuaca kat sini sekarang panas. Semalam pun panas, kadang-kadang petang mendung. Nasib baik ada angin. Umi dan family dah bertolak. Aku tak tahu nak buat apa sekarang.

Tiba-tiba masa untuk berkemas rumah. Mama sapu dalam rumah. Aku mop lantai. Pastu aku dan Jazim masukkan perabut dan susun. Mama bersihkan laman rumah. Pastu kitaorang bersihkan longkang keliling rumah. Khemah belum lagi dibukak. Dah habis kitaorang tengok Melodi. Jazim dan Mama makan pelam muda bersama cuka dan belacan. Mama pulak guna kicap dan gula. Aku tak makan takut sakit perut nanti.  

Makanan tengahari dah siap. Pukul 3 lebih kitaorang makan. Ada sup kaki lembu. Patutlah tadi aku tengok Jazim berketuk-ketuk, rupanya potong kaki lembu. Dah makan aku dan Mama gi kat khemah. Mama tidur atas meja. Aku sambung tulis blog. Cuaca masih panas tapi berangin. Mata aku pun dah kelat. Aku pun tidur atas meja. Pukul 5 lebih kitaorang bangun.

Pukul 6.15 petang, lori datang nak bukak dan ambik khemah. Jazim dan Mama nak keluar gi bank. Aku malas nak ikut. Aku berbual kosong gan abang Jazim yang kedua. Kitaorang semua lepak kat luar. Abang Jazim yang kedua pun nak balik rumah dia. Tinggal Siti jer yang tak balik rumah dia. Sebelum maghirib kitaorang nak bersiap. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.

Kitaorang dah risau takut flight delay pulak. Kitaorang makan sikit jer. Masih kenyang lagi. Jazim lantak sup kaki jer. Pukul 8.10 malam hujan dah reda. Kitaorang keluar rumah lepas sembahyang ishak. Mek dan bapak Jazim hantar kitaorang ke airport. Pukul 9.10 malam, kitaorang sampai airport. Kitaorang terus check-in guna kiosk. Flight AK 5395, seat kitaorang 29B,C,D. Mama dan Jazim nak duduk kat tepi. Kitaorang nak minum kopi dulu. Mama dan Jazim minum, aku malas nak minum.

Pukul 9 lebih, kitaorang masuk. Orang ramai nak balik K.L. Pengumuman dah dibuat. Kitaorang beratur di pintu A. Flight malam ne aku tengok full house. Dalam kapal terbang Mama beli bag kecik, Jazim dapat kopi free. Masa dalam kapal ada bergegar sikit. Pukul 11.10 malam, kitaorang selamat sampai kat LCCT. 

Kitaorang terus ke kaunter cab. Dah bayar rm84.80, kitaorang keluar ke perhentian teksi. Mak datuk, ramainya orang beratur. Sebelum naik teksi, aku dah sms abang Sazali tunggu aku kat rumah Jazim. Teksi sampai, kitaorang dapat driver India. Aku duduk depan. Seat kat depan rosak pulak, sandar jer terus ke belakang. Lama-lama aku malas nak sandar lagi. Pukul 12.45 malam, kitaorang sampai rumah. Aku ambik barang aku terus aku tunggu abang Sazali sampai. Pukul 12.50 malam, dia sampai. Aku terus di bawak balik rumah aku.

Monday, November 22, 2010

Jumaat 19/11/2010

Aku balik kerja awal sikit petang ne. Aku keluar dari opis aku pukul 5 petang, biasanya pukul 5.30 petang. Aku cakap kat Lavi (anak bos) aku ada hal nak balik cepat. Nanti Jazim nak ambik aku kat rumah aku. Masa aku keluar opis hari hujan lebat. Mama dah sampai dari Melaka.

Pukul 5.40 petang, Jazim dah sampai rumah aku. Jalan MRR2 tak jem sangat. Kitaorang sampai rumah Jazim dah pukul 6.20 petang. Sampai rumah rutin macam biasa. Nasib baik Mama dah ada, dia dah bersihkan apa yang patut. Masa kitaorang tengah bersihkan kucing, Jefri datang rumah nak tengok anak kucing.

Pukul 8.50 malam, kitaorang gi dinner kat kedai Mek. Mama order ikan kembung 3 rasa dan air sirap plus air kosong. Jazim order sup perut gan teh o suam. Aku order bihun bandung gan teh ais. Kitaorang dahlah perut lapar, hujan baru berhenti. Tengok-tengok makanan kitaorang lambat sangat. Orang yang baru sampai pun dah dapat makanan. Ne buatkan kitaorang naik angin. Masa menunggu makanan, Nazim kol Jazim. Tengok-tengok Nazim pun ada kat kedai Mek gak. Dia datang gan family dia. Nazim gi meja kitaorang. Sembang kejap pastu dia blah gi meja dia balik. Makanan masih belum sampai lagi. Kitaorang dah bengang ne. Kitaorang rasa macam nak blah jer tak jadi nak makan. Air pun dah nak habis.

Akhirnya makanan pun sampai. Kitaorang apa lagi terus makanlah. Cisss dahlah lambat sampai tak sedap pulak tu, Mama dan Jazim pun kata tak sedap gak. Tak macam dulu-dulu. Maybe dah tukar tukang masak kot. Masa tu ada pasar malam kat area kedai Mek. Habis makan, kitaorang balik rumah. Mama dah kemas baju dia. Aku baru nak kemas baju aku. Jazim belum kemas baju dia lagi. Dia takpe kat sana nanti dia ada baju.

Esok kitaorang nak ke Kelantan. Malam ne kitaorang kena tidur awal sebab nak bangun awal pukul 3 pagi. Sebelum keluar kitaorang kena bersihkan kucing dulu.


Wednesday, November 17, 2010

Rabu 17/11/2010 Hari Raya Haji

Hari ini Hari Raya Haji. Habis sembahyang, aku bersiap nak pergi rumah Jazim. Pukul 10.15 pagi aku bertolak ke sana. Sampai sana, Jazim tengah mandi. Masa kitaorang nak pergi ke rumah Kelana dalam kereta, Umi telefon Jazim. Umi nak hantar Ciko sebab Umi nak balik ke Kelantan.

Ciko diletakkan di balcony sebab Ciko ada kutu. Nanti kalau Debab datang, Ciko akan diletakkan didalam rumah pula. Dah habis, kitaorang terus pergi ke rumah Kelana. Sampai disana hampir pukul 11 lebih. Di rumah Kelana kitaorang terus makan. Ada rendang, nasi impit, kuah kacang dan kuah londeh.

Aku dan Jazim makan banyak. Selepas itu, kitaorang tengok Tomie dan Anaebel. Tomie dah cantik dan besar. Besar rumah bapa Kelana sebab mereka ambil 2 unit rumah. Rumah corner pula.

Balik rumah Kelana, kitaorang terus ke kedai Ara. Jazim nak beli pil perancang untuk Fiona. Fiona belum habis nak mating. Asyik meow-meow sahaja. Pil itu pula tak ada stock. Cuma dapat 1 pil sahaja. Dr. Jon akan order lagi. Nama pil itu kalau tak silap aku "Mega Cat".

Dah habis, kitaorang terus balik rumah. Jazim terus bagi makan pil itu dekat Fiona. Nanti Sudin dan Zul nak datang rumah nak ambil dvd Sudin. Pukul 1 lebih, mereka sampai dengan lengkap berpakaian baju melayu. Sudin pakai baju berwarna hijau dan Zul berwarna cokelat.

Sambil makan kuih tat yang baru dibeli oleh Jazim semalam sambil minum teh dan tengok cerita "Hawaii five O". Dah habis tengok tv, kitaorang pergi ke Atrium Ampang. Kitaorang semua naik kereta Jazim. Kitaorang ingat nak minum di kedai Mamak Penang. Apa yang nak dimakan oleh Zul semua takde, so kitaorang berpindah ke OldTown pula. Kitaorang makan roti bakar dan semua order telur setengah masak 2 biji. Sudin asyik nak makan pisang goreng sahaja. Mana nak cari di waktu begini, apatah lagi hari cuti kan. 

Habis makan Sudin dan Zul balik. Aku dan Jazim tengok tv sambil berbaring. Last-last kitaorang tertidur. Aku sedar dah pukul 4 lebih. Jazim masih tidur lagi di sofa. Aku ke bilik kucing. Aku bersihkan kucing. Wah sekarang semua kucing dah guna batu kristral, dah tak guna surat khabar lagi. Cuma Suzzy sahaja yang masih gunakan surat khabar. Jazim kata kalau letak kristal, Suzzy makan benda itu. 

Masa aku tengah groomkan Otty, Jazim masuk bilik kucing. Bersihkan apa yang patut. Selepas itu bagi makan ubat dekat Angel dan Toby. Dah settle, Jazim pergi mandi. Selepas itu, kitaorang tengok rancangan masakan di saluran 706. Toby dah lama dilepaskan. Toby asyik nak tidur sahaja. Selepas itu, kitaorang tengok pula cerita melayu di saluran tv3. Pukul 8, kitaorang keluar rumah Jazim nak hantar aku balik.

Jazim tanya aku patut ke dia makan. Aku kata dekat Jazim, kau makanlah yang light-light sahaja. Aku takut sebab banyak kedai tutup hari ini. Mula-mula kitaorang pergi Taman Melati. Banyak kedai yang tutup. Selepas itu nak ke Melawati, takut juga banyak yang tutup. Last-last kitaorang makan di area rumah aku sahaja. Hanya kedai mamak Haji Tapah sahaja yang buka.

Jazim makan maggie sup, aku minum teh tarik sahaja. Kitaorang bersembang pasal Carlos dan pukul berapa nak bangun nanti bila nak ke LCCT. Aku nak telefon abang Sazali, nak tanya berapa ke LCCT di waktu pagi. Dah makan kitaorang balik. Jazim nak balik cepat sebab Kelana dah ada di rumah Jazim. Kelana nak ambil kunci rumah Jazim sebab kitaorang nak ke Kelantan sabtu ini. Kelana pun satu, nak datang telefonlah dulu, ini main redah sahaja. Dah kena tunggu Jazim sampai rumah.

Sampai rumah aku, aku terus telefon abang Sazali. Abang Sazali kata ke LCCT waktu pagi kena double price. Dia cuma ambil harga rm90. Aku kata pukul 4.30 pagi kitaorang nak bertolak. Flight kitaorang pukul 7.45 pagi ke Kalantan. Aku dah sms Jazim dan Mama. Mama kata dia ikut sahaja. Jazim belum balas sms aku lagi.

Masa tengah aku tengok tv, Adam telefon aku. Dia nak ajak aku keluar. Kitaorang pergi minum di "Sakura Kristral" area rumah aku. Adam nak ajak aku pergi ke Bali pada 2 hingga 9 DEC. ini. Aku cakap dekat Adam, aku belum tahu lagi. Aku takut aku tak dapat cuti lama. Kitaorang balik dari sana pukul 11.45 malam.

Tuesday, November 16, 2010

Selasa 16/11/2010 Taman Tasik Titiwangsa

Esok Hari Raya Haji. Aku tak balik kampung, Cuti aku dah dibekukan. Petang balik kerja, Ed nak jumpa aku. Programnya malam nanti kitaorang nak pergi Taman Tasik Titiwangsa. Pukul 8 kitaorang bergerak menuju ke Kampung Baru nak dinner. Kitaorang nak makan di kedai Anuar.

Habis makan kitaorang terus ke Tasik Titiwangsa. Orang di sana ramai juga walaupun esok hari raya. Mungkin hari raya haji, orang tak ghairah sangat macam hari raya puasa. Kitaorang lepak di sana lama juga. Sempat aku mengambil gambar pemandangan yang sangat indah dari tasik. Gambar KLCC tersergam indah.


Camera Sony Cyber-shot DSC-W180
Esok Ed ajak aku pergi rumah kawan dia. Kawan dia buat makan-makan sikit. Julia dan Wati pun akan ikut serta.

Monday, November 15, 2010

Isnin 15/11/2010

Hari ini aku bekerja tanpa gangguan dari bos aku. Apa yang disuruh aku buat, aku dah settlekan. Bos aku akan balik lagi 1 minggu dari Bangkok. Aku geram betul dengan bos aku. Aku nak cuti, dia tak bagi tapi opis mate aku nak cuti dia approvedkan pulak. 

Kadang-kadang kalau bos aku takde di pejabat boring pulak. Malas kerja pun datanglah. Kalau dia ada, bising pulak asyik nak ganggu aku sahaja. Macam-macam kan.

Habis kerja aku jumpa Remza di Wangsa Walk. Dia baru join Celebrity Fitness. Aku jumpa Remza di F.O.S. Dah berjumpa, kitaorang jalan-jalan dulu sebelum nak dinner di mana. Last-last kitaorang dinner di T.G.I FRiDAY'S.  


Jack Chicken
Blackened Chicken Alfredo Pasta
Habis makan kitaorang balik ke rumah aku. Kitaorang nak tengok Muzik-muzik separuh akhir di tv3 pukul 10 malam. Sebelum itu kitaorang singgah di Giant nak beli aiskrim dan buah betik.

Sunday, November 14, 2010

Ahad 14/11/2010

Aku bangun macam biasa. Jazim pun bangun macam biasa lambat sikit. Pukul 7.30 pagi, semua kerja dah habis. Radi pun dah bangun. Semalam Radi sampai rumah Jazim pukul 9 lebih malam. Pagi ini Radi nak pergi ke Petronas sebelah rumah sebab Petronas buat makan-makan. Pagi ini ingatkan Mak Yam nak datang bersihkan rumah. Mak Yam kata tak jadi pula nak datang, ada-ada sahaja lah Mak Yam ini. Kitaorang dah pangkah Mak Yam. Sekarang Kak Ram menjadi cleaner tetap di JazzyJazz Cattery. Plan hari ini, kitaorang nak pergi rumah Hazly di Kajang nak tengok Carlos. Semalam Jazim dah beli i/d dan a/d untuk Carlos. Hazly kata Carlos tak ada selera makan. Tempat baru macam itu lah.

Sebelum pukul 8, Radi dah keluar rumah. Kitaorang pergi breakfast pukul 8.40 pagi. Tempat biasalah kalau kitaorang makan. Selepas makan bermulalah perjalanan kitaorang. Mula-mula kitaorang nak pergi cari kristral (nak ganti surat khabar) untuk anak-anak kondi. Kitaorang pergi ke kedai pet di Ampang Water Front dulu. Sampai sana belum buka lagi. Jam masa itu baru pukul 9.10 pagi. Hari Ahad kedai buka lambat sikit. 

So kitaorang pusing-pusing dulu di area rumah Umi. Selepas itu kitaorang nak cari bleach rambut pula untuk nak bersihkan bulu Toby. Kedai salon rambut pun belum buka lagi. Kitaorang ternampak kedai Guardian itu dah buka. So kitaorang singgah kejap nak tengok ada tak bleach di situ. Kitaorang cari dan tanya, tiada, yang ada pewarna rambut sahaja. Jazim terus beli tisu muka untuk kucing dan sabun mandi LUX, aku beli OXY5.

Selepas itu kitaorang lalu di Spectrum, kitaorang ternampak kedai salon baru di buka. Kitaorang singgah kejap kononnya nak beli bleach. Jazim tunggu di kereta, aku pergi masuk ke dalam kedai itu. Nama kedai itu "Touch N Cut". Ada perempuan Indon di dalam. Aku tanya ada jual bleach rambut. Dia kata tiada. Selepas itu dia cuba telefon kawan dia yang ada kedai jual barang-barang salon. Dia kata di sana aku boleh dapatkan benda itu. Dia telefon tak dapat. Dia suruh aku pergi sahaja di kedai kawan dia. Dia bagi jalan kedai itu tapi dia tidak ingat sangat tempat mana kedai itu. BOLEH. Masa aku nak keluar kedai ada kawan lelaki dia baru sampai. Dia tanya dekat kawan lelaki dia lalu lelaki itu bagi aku kad kedai itu.

Kitaorang pun terus ke kedai itu. Sampai di sana, kedai itu tidak buka pada hari Ahad. Aku pun lupa nak tanya perempuan Indon itu tadi. Kedai itu bersebelahan dengan kedai urut "Voon Turun Temurun Urut Tradisional". Tokey kedai urut keluar jumpa kitaorang, dia cakap kedai sebelah memang tak buka hari Ahad. Last-last Jazim pergi urut. 15 minit harga rm30.

Habis urut, kitaorang terus pergi kedai Pet Save. Jazim beli kristal 2 bag dan sikat kucing. Habis, kitaorang terus balik rumah. Sebelum sampai rumah kitaorang singgah di kedai ENI nak ambil baju gosok Jazim. Kitaorang ingat nak singgah di Petronas kejap tapi tak jadi sebab orang terlalu ramai. Sampai rumah dah pukul 12 lebih. Jazim terus tukar surat khabar kepada kristal di sangkar anak-anak kondi. Selang beberapa minit Radi pun sampai rumah. Kitaorang ingat dia bawa balik makanan ke. Mmmm hampeh. Rehat kejap Radi pun tidur nanti pukul 2.30 dia kena pergi KLCC buat kerja.

Masa Radi tidur, kitaorang pergi lunch di kedai Pak Don. Balik dari lunch, kitaorang rehat di rumah. Radi dah bangun terus berkemas nak keluar. Selepas itu, Jazim lepaskan Toby berkeliaran di dalam rumah. Jazim kata nak tidur kejap tapi sayang pulak nak tidur pada waktu begini. Lama-lama mata tak tahan menyantuk akhirnya tewas juga. Jazim terus tidur, aku pun ikut sama.

Bangun tidur, kitaorang terus nak mandikan Toby. Toby buat masa ini selsema sikit. Kitaorang mandi tak basahkan kepala Toby. Kitaorang sental dengan 1 All system. Warna kuning sudah agak kuranglah di kaki dan badan Toby. Jazim sms Hazly, pun berapa nak datang rumah dia. Tengok-tengok Hazly balik lambat. Kitaorang tak jadi nak datang rumah dia. Masa Jazim nak buka kipas, remote kontrol kipas dah rosak. Dah tak boleh nak tutup dengan remote lagi. Hujan pun turun dengan lebatnya. 

Pukul 6 petang lebih kitaorang bersihkan bilik kucing. Selepas itu aku berkemas nak balik rumah aku. Hujan masih turun lagi. Pukul 8, kitaorang keluar rumah. Kitaorang dinner di keramat. Jazim makan kerang bakar sahaja. Aku tak makan langsung. Aku bungkus kerang bakar. Adam yang mintak aku tolong bungkuskan. Selepas makan Jazim hantar aku balik rumah.

Masa aku nak naik tangga, Adam dan tunggu aku di dalam kereta. Sampai di bilik, aku kemas apa yang patut. Aku terus buat blog. Adam sedang makan kerang bakar. Adam tunggu aku habiskan blog. Aku takut tak ingat nanti. Adam kata, aku rajinnya buat blog. Adam tanya aku, ada ke orang baca blog aku. Aku cakap dekat Adam, aku ada pembaca yang setia. (Mama hehe).

Pukul 11 malam, kitaorang minum di kedai mamak. 

Saturday, November 13, 2010

Sabtu 13/11/2010

Aku bangun macam biasa. Jazim bangun lambat sikit. Macam biasa kalau dah hari sabtu masa untuk mandikan kucing-kucing. Pagi ini aku mandikan semua kucing. Dah mandikan kucing, Jazim pulak hairdryerkan kucing. Sebelum keringkan kucing, Jazim tengok dvd, semalam dia tak sempat nak habiskan sebab menyantuk. Aku tengok sorang semalam sampai habis. Aku pergi mandi, Jazim keringkan kucing.

Pukul 8.40 pagi, kitaorang pergi breakfast di OldTown. Dah muak asyik makan di kedai Kak Mah saja. Masa kitaorang asyik menjamu selera, Din dari Kulai telefon Jazim. Dia hampir sampai nak ke rumah. Pukul 9.26 pagi, kitaorang nak balik rumah. Sebelum sampai rumah, Jazim nak keluarkan duit dulu di Petronas ada Maybank. Kitaorang tak jadi pergi Maybank sebab Din dah telefon mengatakan dah sampai di rumah.

Sampai di pak guard, Jazim turunkan aku dulu. Aku nak sampai rumah dulu nak check bilik kucing. Masa aku groom Bubble, mereka masuk rumah. Din dengan isteri datang sambil membawa sangkar yang besar. Ini menandakan pasti mereka akan ambil Bubble. Din nampak Toby. Din terus dukung Toby. Din suka sangat dengan Toby. Masa itulah perjanjian termeterai. Mereka lama di rumah sampai pukul 1 tengahari. Mereka juga siap register nama di Cfa. Jazim tunjuk ajar kepada Din cara-cara nak buat semua itu. Mereka kata ada 10 ekor kucing. Kucing mereka dijaga oleh pembantu rumah.

Din sudah mengambil Bubble Gum dan Tom Rayyan. Din dan isteri akan singgah di Tol Ayer Keroh untuk mengambil Tom Rayyan pulak dari Mama. Mama sudah menjaga Mok-mok agak lama. Mok-mok pun montel sekarang atas penjagaan rapi oleh Mama. Din pun ada ura-ura nak mengambil Angel dan Dominic. Aku berharap perkara itu akan terjadi. Maka kuranglah kucing nanti di JazzyJazz Cattery. 

Thursday, November 11, 2010

Khamis 11/11/2010 Chop N Steak (The Ship) @ Kg Baru

Petang in aku balik lambat. Ini gara-gara bos aku nak pergi holiday. Kelam kabut semua orang terutama sekali aku. Sampai cuti aku pun dia cancelkan. Esok dia nak semua siap before dia pergi lusa. Aku balik 6.40 petang, masa itu hari hujan. Sebelum aku balik, aku telefon Jazim, tanya dia punya iPhone4.

Pukul 7.40 malam, aku nak keluar dengan Ed. Kitaorang nak makan di Kampung Baru. Ingatkan nak makan di kedai Anuar tapi tak jadi. Kitaorang makan di kedai steak. Agak lama juga aku tak makan steak.







Rabu 10/11/2010 Magnet

Pukul 5 petang, Noi dah telefon aku. Dia tanya aku balik pukul berapa. Aku keluar pejabat aku pukul 6 petang. Aku ingat nak balik pukul 5.30 petang tapi aku nak cari drawing yang dah lama tak jumpa. Pejabat aku bukannya besar sangat tapi drawing itu tak terjumpa lagi. Semua orang dalam pejabat dah cari tapi tak jumpa. Akhirnya aku yang jumpa drawing itu. 

Dah jumpa aku bagi dekat bos aku. Selepas itu aku balik rumah. Sampai di rumah pukul 6, Noi dah telefon aku lagi. Dia nak jumpa aku. Kitaorang minum di Anjung Corner. Masa kitaorang minum ada seorang cina jual dukong pada kitaorang. Aku beli setengah kilo sahaja rm5. Pukul 7.58 malam, Jazim telefon ajak dinner. Sebelum itu dia nak pergi KLCC nak ambil iPhone 4 dia.

Aku balik rumah, Noi nak pergi sembahyang dulu. Aku terus pergi mandi. Selepas itu Jazim telefon aku suruh aku turun. Kitaorang pergi ke kedai Mee kari. Masa di sana, Saat aku telefon nak jumpa aku.

Magnet dari Indonesia
Magnet dari Melbourne
Magnet dari Indonesia
Pukul 9.20 malam, Aku dan Jazim balik dari kedai Mee kari. Jazim balik rumah, aku bersiap nak jumpa Saat. 

Monday, November 8, 2010

Isnin 08/11/2010 Makanan Berkhasiat

Aku rasa sudah tiba masanya, aku makan makanan yang berkhasiat dan sedap (kononnya). Aku dah lama nak beli Nestle Fitnesse sejak The biggest Loser lagi tapi tak terbeli-beli. Masa aku di pejabat lagi, aku dah tekad nak beli benda ini. Petang ini aku pulak kena balik lambat sikit sebab bos aku nak bincang projek yang nak ditunjukkan kepada Dato khamis ini.

Aku sampai Giant pukul 6.40 petang. Aku terus ke para-para bijirin. Benda ini ada 3 perasa. Aku ambil Fruit. Di dalam kotak juga disertakan sekali dvd senaman. Iklan di tv cakap, makan dalam 14 hari pasti ada perubahan pada diri kita. Tak sabar nak tunggu 14 hari lagi. Pasti meletop-letop. Hehehe. Ok aku nak makan dulu. Jumpa lagi


Inilah hasilnya sedap

Sunday, November 7, 2010

Ahad 07/11/2010 Putrajaya

Pagi ini aku bangun pukul 6. Rutin macam biasa. Jazim bangun lambat sikit. Pukul 8.50 pagi, kitaorang pergi breakfast tempat biasa. Habis makan, Jazim hantar aku balik rumah. Dia nak pergi ke pejabat buat model dia. Selepas itu dia nak jumpa girlfriend dia.

Aku sampai rumah, aku bersihkan bilik kucing. Selepas itu aku mandikan si Suzzie. Bagi dia kering dalam sangkar lalu aku hidupkan kipas. Aku buka laptop dan buat blog pasal pergi Linggi dan Melaka. Nanti pukul 11 pagi, aku nak jumpa Burn. 

Pukul 11.15 pagi, Burn telefon aku, dia dah nak sampai. Aku tunggu Burn di Mc D. Selepas kitaorang makan Mc D, Burn ajak aku pergi Putrajaya, saja nak tengok di sana. Selepas isi minyak di Petronas, kitaorang terus ke sana. Sampai sana dah tengahari. Wow dah banyak bangunan di Putrajaya. Memang aku suka bentuk bangunannya. Kitaorang lepak di sana sampai pukul 2.40 petang. 

Selesai di Putrajaya, kitaorang balik ke rumah aku. Sebelum tu pekena kopi di OldTown White Coffee dulu. Aku balik ke rumah Jazim pukul 5 petang. Aku terus bersihkan bilik kucing. Selepas itu aku tidur kejap. Aku bangun pukul 7.20 malam. Jazim belum telefon aku lagi. Bangun tidur, aku tengok tv. Baju di sidaian belum kering. Pukul 9.24 malam, Jazim telefon aku. Dia dah tunggu aku di parking kereta. Aku nak balik rumah aku. Sebelum sampai rumah aku, kitaorang minum di OldTown dulu. Bersembang-sembang. Selepas itu aku balik rumah.











Sabtu 06/11/2010

Masih di rumah Mama. Aku bangun pukul 7.30 pagi. Aku terus keluar rumah ambil angin pagi. Mama dan Jazim belum bangun tidur lagi. Pukul 8 lebih, kitaorang breakfast di kedai lemping. Mama makan lemping, Jazim makan roti kosong dengan gula. Aku makan roti telur bawang plus 4 biji telur setengah masak. Jazim makan 2 biji.

Selepas makan, Mama bawa kitaorang jalan-jalan. 






Pukul 11 lebih, kitaorang balik rumah. Nanti nak pergi kenduri kahwin. Sampai rumah, Jazim tidur kejap. Aku dan Mama bersembang pasal kucing. Pukul 12 lebih, kitaorang pergi kenduri kahwin. Kitaorang makan nasi brayani, sedap.

Selepas makan, kitaorang balik rumah Mama. Semua dah check, takde apa yang tinggal, Kitaorang pun berangkat balik ke K.L. Masa nak keluar ke jalan besar, Mama nak tumpang kejap, dia nak beli topup.

Masa kitaorang sampai di Seremban highway, ada kereta terbakar. Apa lagi semua kereta jadi perlahan, semua nak tengok kan. Aku sempat ambil gambar.



Sampai di rumah dah pukul 3 lebih. Kitaorang pun terus buat kerja masing-masing. Jazim bersihkan kucing, aku mandikan kucing. Sampai pukul 6 lebih, baru kerja siap. Selepas itu Jazim nak keluar pergi pejabat Umi nak ambil suratkhabar. Pukul 7.40 malam, Jazim telefon aku suruh bersiap, kitaorang nak pergi dinner di kedai Mek.

Pukul 9 lebih, Hazly datang rumah. Dia nak bawa balik Carlos untuk di groom. Bulan depan Carlos masuk show. Masa itu hujan turun.

Jumaat 05/11/2010 Melaka lagi

Hari ini cuti Deepavali. Macam biasa aku bangun pukul 6 pagi. Masa aku tengah bersihkan kucing, Jazim masuk bilik kucing. Aku melihat jam dinding dah pukul 6.30 pagi. Pagi ini tak sempat nak mandikan kucing sebab kitaorang nak pergi ke Linggi.

Pukul 8.40 pagi, kitaorang pergi breakfast di kedai Kak Mah. Orang macam biasalah ramai di kedai Kak Mah. Jazim makan makanan macam biasa. Aku order roti telur bawang plus telur setengah masak 2 biji dari kedai abang roti canai. Aku dah habis makan roti canai aku, telur aku tak sampai-sampai lagi. Aku dah hilang selera. 

Dah makan, kitaorang balik rumah nak ambil Joey. Joey akan dihantar ke Linggi rumah Aniza. Dia dah beli Joey. Dah banyak kali tak jadi nak ambil Joey si Niza ini. Dah ambil Joey dan buku vaksin, kitaorang terus ke Linggi.

Sampai di rumah Niza dah pukul 11.40 pagi. Kitaorang bersembang sambil melihat rumah kucing dia. Niza ada kucing domestik long hair, benggal dan persian. Rumah kucing dibina di hadapan rumahnya berharga rm15,000. Aku dan Jazim terkejut melihat kucing persian dia. Kucing persian dia cantik-cantik tapi tak dijaga yang baik. Kitaorang dah was-was nak tinggalkan Joey di sini, tapi apa boleh buat dah berjanji nak hantar Joey. Masa kitaorang bersembang, suami Niza baru balik dari kebun. Kitaorang bersembang sampai pukul 1.15 tengahari. Kalau layan bersembang dengan Niza sampai petang pun tak habis.

Masa untuk berpisah dengan Joey pun dah sampai. Perasaan sedih pun datang, melihat Joey kena tinggal. Jazim panggil Joey, Joey berlari datang. Dia pun mungkin tak nak tinggal di sini. Joey dah biasa hidup dalam kemewahan, tempat bersih dan berair- con. Tempat sini walaupun berbumbung, tapi masih terasa panas dan tidak selesa.

Kitaorang terus beredar tak sanggup nak tunggu lama-lama. Kitaorang masuk highway balik terus ke Melaka. Dalam kereta kitaorang berbual pasal Joey. Aku lupa nak tanya Niza. kalau malam rumah kucing buka lampu. Joey dah biasa ada lampu. Gambar dibawah Joey saat-saat terakhir bersama kitaorang.



Sampai di rumah Mama dah pukul 3 lebih. Sampai rumah kitaorang keluar lagi nak makan lunch. Mama makan nasi lemak, Jazim makan mee goreng dan aku makan mee kari. Semua minum ABC.

Mee Kari

Selepas makan, kitaorang jalan-jalan di Mahkota Parade. Perancangannya kitaorang nak balik ke K.L petang ini, nak tidur rumah Mama, kucing takde orang nak jaga. Tengok-tengok Jazim telefon Umi, Umi boleh tengokkan kucing. So kitaorang tidurlah rumah Mama, lagipun esok ada kenduri kahwin kawan Mama. Kitaorang datang Melaka sehelai sepinggang, jadi kenalah beli apa yang patut.


Barangan Himalaya
Kasut Crocs Jazim
Seluar JEEP aku
Baju Jazim
Baju Jazim
Baju Aku
Baju Aku
dan beberapa helai seluar panjang. Dah penat shopping, kitaorang minum di Starbuck sementara nak menunggu seluar Jazim siap dipotong. Selepas itu kitaorang balik rumah. Sampai rumah Mama dah pukul 7 malam lebih. Kitaorang rehat sambil tonton tv saluran 706.

Habis cerita masakan, kitaorang keluar nak makan malam. Masa itu dah pukul 10 lebih. Kitaorang makan di kedai Mamak Bistro Limbungan. Aku makan satay daging 10 cucuk. Mama makan nasi goreng kampung, Jazim makan maggie sup (tak sedap) dan telur setengah masak 2 biji. Masa itu hujan renyai lepas itu hujan dah berhenti. Habis makan kitaorang jalan-jalan di Dataran Pahlawan sambil ambil gambar. Biasalah aku jadi jurugambarnya. Kitaorang pergi juga di Uptown sambil makan buah jambu. Seronok malam itu. Kitaorang balik rumah hampir pukul 1 pagi.

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.