Hello There!

Monday, November 1, 2010

Sabtu 30/10/2010 Melaka lagi


Pokok Melaka























Macam biasa aku bangun pukul 6 pagi. Pagi ini aku tak mandikan kucing sebab semalam aku dah mandikan semua. Semalam aku cuti. Jazim bangun lambat sikit. Kerja membersihkan kucing selesai, kitaorang nak pergi sarapan. Sarapan pagi tempat biasa dan makan pun macam biasa. Pagi ini Kak Ram nak datang nak bersihkan rumah. Pukul 9 nanti dia sampai. Dah habis makan, kitaorang pergi Tesco kejap. Jazim nak beli spray kayu untuk perabut kayu.

Masa nak sampai di Tesco, hujan dah turun. Kitaorang pun berlari-lari masuk ke dalam Tesco. Jazim nak keluarkan duit di ATM, ATM "out of service". Kitaorang terus mencari apa yang nak dibeli. Jam ditangan hampir pukul 9 pagi. Kitaorang tergesa-gesa mencari barang. Barang yang penting yang nak cari, tak ada di para-para iaitu spray kayu. Jazim pun malas nak bayar barang yang sudah dimasukkan ke dalam trolley iaitu tisu, ubat gigi dan plastik sampah sebab spray itu tak ada.

Kitaorang pun terus keluar dari Tesco. Dalam perjalanan balik rumah Kak Ram telefon. Dia mengatakan sudah berada di hadapan rumah. Jazim buat lawak mengatakan kepada Kak Ram, dia akan sampai lagi 1 minit. Pukul 9.05, kitaorang pun sampai rumah. Kak Ram dah berdiri dihadapan pintu. Kitaorang menjemput Kak Ram masuk rumah. Setelah di dalam rumah, bermulalah kerja Kak Ram. Setelah barang-barang yang diperlukan oleh Kak Ram sudah disediakan, Kak Ram pun bekerja. Masa Kak Ram bekerja, aku asyik ingatkan Kak Ram jangan lupa bersihkan tingkap bilik kucing macam mandor pulak.

Kak Ram ada cakap dengan aku. Dia nak penyapu buang habuk di ceiling. Aku suruh Kak Ram buat apa yang patut dulu. Kitaorang terus keluar lagi nak cari barang. Kitaorang pergi ke Hero pulak. Di Hero, Jazim mencari spray kayu, spray cermin, aku pulak mencari penyapu habuk. Jazim mencapai sekali ubat gigi. Semua barang dalam gengamam, kitaorang membuat bayaran di kaunter.

Kitaorang terus balik rumah. Sampai di rumah, barang diserahkan terus kepada Kak Ram. Masa Kak Ram tengah mengemas, kitaorang tengok dvd konsert Celine Dion. Masa hayal tengok dvd, Sabri balik dari rumah kawan dia. Hampir pukul 1 lebih, baru Kak Ram selesai mengemas rumah. Hari ini kalau tiada aral melintang, orang dari Johor nak datang rumah. Dia nak tengok Bubble, mungkin sekali dengan Tom Rayyan. Jazim cakap dengan aku, Din, orang Johor itu akan sampai malam nanti.

Aku sudah ada temujanji dengan Adam. Kalau jadi hari ini aku nak pergi Melaka lagi. Minggu lepas baru aku pergi ke Melaka dengan Adam. Masa tu kata Adam, dia tidak puas berjalan. Kitaorang pergi ke Melaka pada hari ahad, malam itu juga kitaorang balik ke K.L, penat sangat. Pukul 2.40, Adam sms aku mengatakan akan pergi ke Melaka petang ini. Aku pun terus berkemas baju. Masa aku nak tunggu Adam telefon aku, perut Jazim terasa lapar. Kitaorang malas nak keluar makan tengahari tadi. Jazim masak maggie. Aku tidak makan sekali. Pukul 3.15 petang, Adam sms aku, suruh beredar dari rumah. Aku tunggu Adam di Petronas.

Pukul 3.35 petang Adam sampai, kitaorang terus menuju ke Melaka. Masa di MRR2, kereta banyak sangat. Aku lihat banyak kereta yang ada bendera Kelantan berpusu-pusu bergerak ke stadium. Kereta yang ada bendera Negeri Sembilan juga tidak kurang hebatnya. Selepas tol Sungai Besi, lagi dahsyat. Kereta berbendera Negeri Sembilan, berpusu-pusu masuk ke K.L.

Kitaorang berhenti rehat di R&R Seremban. Kitaorang beli buah duku dan buah jambu air merah. Selesai makan dan minum, kitaorang bergerak lagi. Sampai Tol Ayer Keroh pukul 5.40 petang. Adam isi minyak kereta di Petronas kemudian bergerak lagi. Kitaorang terus menuju ke TAMAN REMPAH.

Minggu lepas tidak sempat untuk naik river cruise. Kali ini pasti menjadi. Sampai di sana, kitaorang terus beli tiket. Orang dewasa hanya rm10 seorang. Kitaorang hanya menunggu tidak sampai 5 minit, boat dah sampai. Perjalanan pergi balik boat memakan masa 45 minit. Di dalam boat, seorang pemandu boat sambil memandu dan sambil itu juga bercerita pasal keadaan sekeliling di sepanjang perjalanan itu. Rahman, pemandu itu, menunjukkan kami pokok Melaka, pokok paya bakau dimana pada waktu malam, biawak selalu tidur di atas pokok itu. Ada anak kakak duduk di hadapan aku, menjerit kuat sambil menuding jari ke arah biawak yang sedang rehat di atas pokok.

Rahman terus bercerita, ada perkampungan Morten. Sungguh cantik di waktu malam disinari lampu neon. Berbagai-bagai maklumat kitaorang dapat dari Rahman. Memang hebat pemandangan di sepanjang Sungai Melaka. Selepas menaiki boat, kitaorang berjalan-jalan di sekitarnya sambil mengambil gambar.

Setelah penat berjalan, kitaorang makan malam di Jonker Cafe. Nasib baik kali ini, tidak ada orang cina menyanyi. Aku makan spaghetti, fried chicken plus watermelon. Adam makan nasi lemak bersama fried chicken plus soya bean. Perut dah kenyang, Kitaorang terus berlegar-legar di situ. Kaki dah lenguh, kitaorang nak naik beca. Harga rm20, abang beca membawa kitaorang pusing-pusing sekitar bandar. Kitaorang ingat nak check-in di Holiday Inn, tapi dah fully book. Pukul 2.15 pagi, kitaorang mengambil keputusan terus balik ke K.L sahaja. Sampai K.L dah pukul 4.40 pagi. Aku terus balik rumah Adam.







No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.