Hello There!

Tuesday, October 26, 2010

Selasa 26/10/2010 Flaming Steamboat @ Petaling Jaya

Hari ne aku nak gi jumpa Ed kat stesen Asia Jaya. Aku sampai sana pukul 6.50 petang. Kitaorang nak gi Sunway Piramid. Kat sana nanti nak jumpa Julia, Wati dan boyfriendnya. Wati nak belanja makan steamboat. 


Kitaorang sampai sana pukul 8.40 malam. Kitaorang tengok, diaorang dah ada kat dalam. Mereka dah duduk kat area berair-con dan diaorang gak sudah order makanan, cuma air jer mereka belum order lagi. Julia sindir aku, aku ne tak boleh berenggang dari kamera aku asyik nak ambik gambar jer. Wati sampuk, yalah orang ada blog sendiri kan.


Makanan dah sampai, hayoo banyaknya. Aku terpana dek aku terlihat ada siput macam siput b..... jer. Wati cakap kat aku, rupanya macam sama tapi bukan ok. Aku lihat boyfriend Wati selamba jer sedut siput tu setelah di rebus. Aku tak berani nak makan siput tu. Aku belasah udang dan ketam jer.  


Kitaorang makan dan makan. Dah separuh kenyang, bantai pulak aiskrim. Memang sempurna hidup ne. Hehehe. Tengah makan ais krim, Wati pun bukak citer kenapa dia nak belanja semua orang. Boyfriend dia dah masuk melamar kat Wati ne, patutlah muka minah ne macam orang gila asyik tersenyum jer dari kitaorang masuk kat kedai ne. Hayoo ne baru melamar dah belanja kalau bertunang atau kahwin, mahu bagi tiket free makan angin. Hehehe. Wati cakap makan puas-puas, kedai ne bukak dari 5pm hingga 12 tengah malam, setiap hari. Kalau nak order lagi pun boleh. Perut aku dah penuh, tak larat lagi nak telan.


Sejak aku kenal minah berdua ne dari Ed, asyik berjumpa jer. Kalau berjumpa tak makan tak sah. Dah makan pastinya nak minum kopi pulak. Kata Wati lagi kalau weekend, ramai orang kat sini nak makan, nak cari parking pun susah. Sebut pasal parking, tadi kitaorang kena bayar kat mamat bangla rm5. Kan aku dah cakap, lepas ne mereka nak minum kopi lak. 

No. 123 & 124, Jalan PJS 11/2, Spectrum Shops, Bandar Sunways
Bahagian luar
Cantik macam kat hotel
Ais krim bermacam-macam perisa
Fish ball
Ketam dan udang segar
Sebahagian dari seafood

Bermacam-macam jenis kupang, berwarna-warni

Umai dan siput

Ahad 24/10/2010 Melaka

Aku yang bangun pagi dulu dari semua orang. Aku tengah bersihkan kucing, Mama dah bangun. Mama tak dapat tidur sebab kawan Izan berdengkur dengan kuatnya. Aku pun boleh dengar dari bilik kucing. Mama bersihkan anak-anak dia. Pukul 7 Jazim bangun. Izan, aku tak sedar pukul berapa dai bangun.

Pukul 8 lebih, Izan dan kawan dia beredar dari rumah Jazim. Mereka nak gi jemputan kawin kat Damansara. Pukul 8.50 pagi, kitaorang gi makan kat kedai Kak Mah. Habis makan kitaorang nak gi minum kopi kat Old Town Axis Atrium. Aku minum teh tarik rm3.50, Jazim minum Nan Yang kopi O rm2.90 dan Mama minum White coffee Gao rm3.50. Pas minum kitaorang balik rumah. Masa untuk mengemas rumah. Hari ne Mama nak balik ke Melaka. Jazim nak gi opis dia pastu nak gi kenduri kawin. Aku nak keluar gan Adam. 

Masa kitaorang nak keluar rumah, aku terserempak gan orang yang bersihkan rumah uncle di depan rumah Jazim. Aku pun tanya pada kakak yang bernama Kak Ram tu. Dia boleh bersihkan rumah Jazim gan harga rm50. Senang sikit sebab Kak Ram tinggal dekat-dekat sini jer. Dia start sabtu depan pukul 9 pagi.

Dah settle, kitaorang menuju ke kereta Mama. Sembang kejap pastu Mama dan Jazim beredar. Aku pun balik rumah. Aku nak jumpa Adam pukul 12.30 tengahari. Pukul 12.40, Adam sampai kat Hero. Kitaorang lunch kat Old Town Ampang Waterfront. Lepak kat sana sampai pukul 3.30 petang. Tetiba rasa macam nak gi Melaka lak. Aku citer kat Adam, sekarang Melaka ada monorail. Tetiba gak dia nak gi tengok. Apa lagi kitaorang pun terus ke Melaka. Aku sms Jazim bagitau dia, aku nak balik rumah aku awal sikit dan terus ke Melaka. Nasib baik aku dah bawak barang aku awal-awal.


Sampai kat Seremban, Mama sms aku. Kitaorang sampai Melaka nak dekat pukul 5 petang. Kitaorang keluar tol Ayer Keroh. Kitaorang parking kat tepi Dataran Pahlawan. Terus kitaorang jalan-jalan dan ambik gambar sambil makan roti aiskrim. Aku nak masukkan banyak-banyak gambar lambatlah, tengok jerlah gambar apa yang ada kat bawah ne.










Masa kitaorang turun dari Bukit St. Paul, aku beli magnet. Kitaorang tak jadi nak gi tengok monorail.




Aku dah banyak kali gi Melaka. 1 jer aku belum cuba lagi. Kali ne aku nak cuba. Aku ajak Adam naik Menara Taming Sari. Kitaorang naik tepat pukul 7 malam.


Kena bayar rm10 pastu pekerja kat kaunter nak tengok i/c. Sebelum masuk garisan, pekerja dia ambik gambar kitaorang berlatar belakang menara tu. Masa tu ramai orang naik. Masa kat dalam tu aircon dia kuat, Melaka sangat cantik dari atas dipenuhi dengan lampu-lampu tapi aku rasa sekejap sangat kat atas tu. Benda tu pun aku rasa berpusing agak laju payah nak ambik gambar sangat. Masa kitaorang keluar, pekerja tu jual gambar kitaorang gan harga rm30 tapi memang cantiklah gambar. Kitaorang beli buat kenang-kenangan.

Kaki dah penat, perut lak terasa lapar. Kitaorang nak makan ikan bakar kat Alai. Rupa-rupanya Adam tau area kat Melaka ne. 



Ikan pari rm6
Ketam sweet & sour rm10.20




Nasi lemak 3 bungkus rm2.10
Otak-otak rm6
Udang bakar rm14
Sotong rm9.80
Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 10.30 malam. Pastu kitaorang gi bandar lagi. Kitaorang nak gi Jonker Walk lak. Dah penat berjalan, kitaorang singgah kat Jonker Cafe. Cafe ne betul-betul kat sebelah pentas opera cina yang orang cina selalu berkaraoke. Sebelah cafe ne hotel. Boleh tahan cantiknya hotel ne. Bahagian toilet dia pun cantik. Banyak pokok-pokok menjalar kat situ macam konsep bali. 


French fries rm3.80




Bar

Kopi rm2.50
Roti butter rm1.80
Neslo ice rm3.60
Kitaorang makan sambil dengar apek-apek dan nyonya nyanyi lagu cina. Pukul 11.20 malam, kitaorang gerak ke kereta. Masa nak ke kereta, aku sempat ambik gambar yang unik-unik. Kitaorang bertolak dari Melaka pukul 12.15 malam. Sampai kat Seremban, hujan renyai-renyai. Kitaorang sampai K.L dah nak pukul 2 pagi. Adam dah tak larat nak balik rumah dia, dia tidur kat rumah aku.


Sunday, October 24, 2010

Sabtu 23/10/2010

Pagi macam biasa aku bangun pukul 6 pagi. Macam biasa hari sabtu mandikan kucing. Aku mandikan Toby, Suzzy, Mok-mok dan Debab. Semalam Jazim dah mandikan anak-anak kondi. Dah siap semua, pukul 8.50 pagi, kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Pagi ne kedai Kak Mah ramai orang beratur nak makan. Kitaorang duduk kat kedai roti canai. Aku order roti telur bawang, telur setengah masak 2 biji plus teh ais. Mama makan roti kosong gan teh tarik. Jazim makan telur setengah masak 2 biji gan teh ais.

Bila orang dah tak ramai sangat, Jazim gi kedai Kak Mah. Dia macam biasa order makanan dia, pastu Mama pun order kat sana gak. Aku pun ikut sekali order makanan aku. Wah pagi ne aku makan banyak.

Habis makan, kitaorang balik rumah nak vaksin anak-anak kondi. Kitaorang gi kat klinik Dr. Teoh. 5 ekor nak vaksin. Sampai sana anak-anak kondi kena timbang dulu. Tottie dulu timbang, beratnya 0.80 kg, Dominic 1 kg, Marcello 1 kg, Anaebel 0.80 kg dan Jackpot 0.80 kg. Dr. Teoh check Tottie, dia kata mata Tottie ada merah sikit. Jazim kata lak maybe masa mandi terkena air. Dr. Teoh bagi ubat mata untuk sapukan kat mata Tottie. Semalam Kelana datang ambik Tomie. Kesian Carlos dah tinggal sorang.

Dah settle kena bayar rm198. Kalau kat Ara mahu rm300 lebih. Banyak boleh jimat kan. Kitaorang terus balik rumah. Sampai rumah, aku masukkan balik kucing dalam cage. Jazim terus sapukan ubat mata kat Tottie. Pastu Mama Dan Jazim tidur kejap. Aku buka laptop dan buat blog aku.

Ubat mata Tottie
Buku kucing kat Ara
Buku kucing kat Dr. Teoh
Pukul 1.30 tengahari, Jazim dan Mama keluar. Aku pun nak keluar gak. Sebelum tu aku angkat kain jemuran. Masa aku nak masuk bilik kucing, aku lihat kat pool ramai bebudak mandi. Dahlah mandi 1 hal, ne buat bising giler. Aku dah tak tahan gan bisingan tu, aku keluar gi kat pak guard. Aku tengok 3 orang pak guard sedang bersantai. Aku apa lagi, aku menjerit kat diaorang. Aku cakap dalam bahasa, kalau mereka tak paham sudah. Aku cakap ramai budak kat pool buat bising, tah-tah budak kat luar mandi dari kawasan sini mandi, aku nak tidur pun tak boleh, kononnya. 1 dari pak guard pun gi tengok. Aku naik ke rumah. Aku tengok dari balcony, pak guard tu cakap kat bebudak tu. Ahh! baru senyap sikit. Lepas tu cuaca pun nak hujan. Bagus bebudak tu terus blah dari pool.


Pastu aku masuk bilik kucing. Bubble bising semacam jer. Angel pun sama. Aku buat bodoh jer. Dah aku tukar suratkhabar, baru aku tengok Rocky. (Rocky memang dah lama tak sihat). Aku tengok perut dia dah tak turun naik. Aku angkat dia, dia dah keras. ROCKY DAH MATI. Mata dan mulut dia terbukak, macam Novella dulu. Aku sms Jazim bagitau kat dia. Nanti Jazim & Mama balik, baru kitaorang nak tanamkan kat tempat biasa dengan menggunakan cangkul yang baru. (Dah banyak kucing ditanam kat situ)


Rocky (blue & white) dilahirkan 02/08/2010 pada hari isnin petang bersama 4 ekor lagi. Memang takde rezeki kitaorang untuk nak besarkan kucing yang blue & white ne. Mula-mula Novella pastu Oscar dan kali ne Rocky, semua warna bulu yang sama. 1) Princess Novella 20/05/2009, Prince Ocsar 11/03/2010 dan Prince Rocky 02/08/2010.


Pukul 4.30 petang, mereka balik dalam kelaparan. Mereka bawak balik buah tembikai. Jazim masak maggie. Aku tak makan dah kenyang. Aku potong buah tembikai separuh jer. Pastu kitaorang tengok dvd citer "Street Dance". Dah habis, kitaorang bersihkan bilik kucing. Aku potong lagi buah tembekai kasi habis. Pastu aku goreng keropok.


Kitaorang tengok lak dvd citer "Soloman Kane". Dah habis kitaorang keluar makan kat Mc Donald. Sampai rumah dah pukul 10.30 malam. Pastu kitaorang tengok drama kat tv3 citer "Selamat Datang Anak-anak". Izan kata nak datang tidur rumah Jazim tapi tak sampai-sampai lagi. Katanya on the way. Pukul 10.50 malam, Izan sampai gan kawan dia.



Thursday, October 21, 2010

Khamis 21/10/2010 Marche' @ The Curve

Semalam Ed kol aku. Dia nak ajak aku gi makan kat pasar. APA MAKAN KAT PASAR?. Dah giler ke apa si Ed ne. Nanti pukul 6 petang, dia datang rumah aku. So aku sindir Ed nak makan kat pasar mana?. Pasar keramat ke atau pasar borong Selayang. Hehe. Ed kata kat aku, duduk diam-diam nanti dah sampai dia bagitau kat aku. 

Kereta meluncur agak laju menuju ke arah IKEA. Mmm rupanya nak makan kat The Curve. Aku ikut jer Ed. Ooo nak makan kat sini rupanya. Marche's terletak kat "The Street" dalam The Curve. Restoran ne 1 row gan Fridays dan Italianies. Senang jer cari, depan kedai dia ada patung lembu besar.  

Marche's maksudnya Market/Deal. Cara nak sebutnya "Mar-shay". Marche's ne perkataan  dari french, tu Ed kata kat akulah.
Marche' Lot G87, Ground Floor, The Curve, Mutiara Damansara
Entrance, pelayan sangat mesra

Masa kitaorang sampai kat depan entrance tu, 2 pelayan sambut kitaorang. Lalu mereka bagi kitaorang passport untuk masuk dalam. Passport ikut berapa orang yang datang. Passport tu ada 10 kotak untuk diisi masa kat dalam nanti. Kegunaan passport ne, bila kita nak order makanan kat kaunter yang kita suka. Nanti dah habis order barulah passport kita akan dicop. Dah dapat passport, kitaorang pun masuk ke dalam. 

Wow aku sungguh teruja. Ne first time aku masuk ke Marche's. Dalam hati aku, kalau nak makan kat pasar tak selera langsung gan lantai yang basah. Bermacam-macam bau pun ada. Ne lain dari apa yang aku fikirkan.


Passport yang telah bertanda
Tempat bersih, tepi-tepi ada tempat duduk untuk orang makan. Tempat duduk ada beberapa section yang dibahagikan mengikut tema tersendirinya. Aku tak boleh ambik gambar sangat, dah kena sound gan pelayan dia. Nasib baik aku dah ambik banyak gambar. Bukan apa untuk tontonan kawan-kawan gak kan.

Keadaan dalam Marche'
Kaunter Juice

Buah-buahan segar
Sininya tempat kalau nak order air buah. Bermacam-macam air buah ada. Pilih jangan segan. Kalau nak mixkan buah pun boleh. Harga small rm7.50, large rm8.50. Nanti pelayan akan buat kat depan kita. Kalau tak sedap kita boleh komplen masa tu gak. Pastu pelayan akan cop passport kita.

Homemade katanya
Pastu kitaorang ke area Beverages pulak. Kat sini bermacam-macam ada. Coffee, tea, ice blended, smoothies, ada gak homemade drinks. Macam lemon, ice lemon tea, calamansi, sour soup dan soft drinks pun ada.

Kaunter Seafood sebelah kaunter Grille
Bahagian grill
Macam-macam ikan ada

Dah tengok bahagian air. Kitaorang nak usha bahagian grill dan seafood lak. Kat sini ada bermacam-macam steak, ada "Horwegian Salmon Steak rm27, Fresh Seabass Fillet rm19.50, Red Snapper Fillet rm22.50. Sideorder ada gak seperti Mashed potatoes rm1.50 dan Baked potatoes rm5.50.

Bahagian grilled ada Lamb Chop rm29, Chicken Chop rm13.50, Beef Steak rm30 & above. Mereka nak promote Lamb Chop, pekerja mereka terjerit-jerit Lamb Chop, Lamb Chop macam kat pasar jer. Kitaorang order Salmon dan Grilled Chicken Chop.

Salmon Steak
Grilled Chicken Chop
Kaunter Rosti
Tempat Rosti
Aku rasa macam terpikat gan nama "Rosti". Ed macam pekerja kat situ. Ed cakap Rosti ne adalah makanan "Swiss". Ia banyak gunakan kentang. Orang dah pernah datang sini kan. Aku tengok harga Plain Rosti rm7.50, kalau nak ada topping, ada beberapa boleh pilih. Cheese rm13, Sausage rm17.40, Mushroom Ragout rm14 dan telur rm9.50. Aku terus order Rosti with sausage.

Rosti with sausage

Bahagian Vegetables, boleh self service
Bahagian Pasta
Bahagian Sup-sup
Selain tu ada gak section Pizza, Desserts dan Salads. First time aku makan Rosti memang sedap.

Air Kedondong
Ice Blended
Aku rasa kali ne aku makan tempat yang sungguh ada kelainannya. Selain boleh melihat pekerja memasak makanan yang kita nak makan, kita gak boleh melihat berbagai-bagai hidangan yang ada disini. Pekerjanya gak sangat peramah dan cepat buat kerja. Banyak membantu jika seseorang tu baru first time datang ke sini. Pekerjanya tahu macam mana nak terangkan kepada kita apa yang mereka jual. Tempat sungguh nyaman walaupun ada kalanya terpekik terlolong kalau makanan dah siap, hey namanya pun pasar kan.

Aku cakap kat Ed, aku nak datang lagi kat sini. Aku belum cuba ice-cream nampak macam sedap jer. Tempat yang agak mahal, yala mereka nak maintain tempat ne haruslah mahal sikit. Aku tak kisah janji puas hati. Kedai bukak dari 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Lega aku dah siap blog ne. Aku terpaksa nak ingat balik satu persatu. Aku dah kol Ed berapa kali pun aku tak tau. Banyak sangat info aku nak taip.

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.