Petang habis kerja, aku sampai rumah pukul 5.50 petang. Tadi kat opis aku kaler drawing sakit mata aku. Aku ingat nak lelap kejap. Baru nak tutup mata, hp aku berbunyi. Aku tahu sapa kol aku. Ring tone aku dah setkan. Saat yang baru balik dari JJ Wangsamaju kol aku. Dia nak ajak aku minum-minum kat Anjung Corner area rumah aku.
Sembang punya sembang dah 7 lebih. Kitaorang terus nak gi dinner lak. Saat tanya aku nak makan kat mana?. Aku ajak dia makan kat Bukit Antarabangsa. Masa open house Osman tempohari, aku dah nampak kedai tu lama dah. Aku nak gi gan Noi pun belum terpergi lagi. So aku ajak Saat ke sana.
Masa kitaorang sampai orang agak ramai gak. Kedai dia tak besar pun. Nak parking kereta pun agak susah gak sebab banyak kereta penghuni yang parking merata.
|
Restoran Hj. Sharin Low, No. 1&3, Jalan Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa (bersebelahan Athenaeum Condo) |
|
Sotong Butter rm12 |
|
Asam Boi Kasturi |
|
Tembikai Laici |
|
Ketam goreng bersalut telur rm35 |
|
Nasi ayam Kam Hiong rm5.50 |
No comments:
Post a Comment