Pukul 6.30 petang, aku nak gi stesen Bangsar nak jumpa Ed. Kitaorang nak bincang pasal rumah kawan Ed kat Puncak Damasara. Kawan Ed, Steven, dia nak renovit rumah dia. Rumah tu apartment 3 bilik. Ed dah jumpa Steven kat area opis Ed tempohari.
Dah habis, Ed ajak aku makan kat D'Tomyam. Ed ne suka makan makanan orang melayu apa tah lagi yang pedas-pedas. Semua kedai melayu kat mana semua dia tahu. Masa kitaorang makan, Julia kol dia. Sejam kemudian Julia datang gan boyfriend dia. Mereka belum dinner lagi. Baru habis shopping katanya.
Kitaorang lepak kat sana lama gak. Pastu kitaorang sambung lagi borak kat kedai mamak sambil minum kopi.
|
Restoran D'Tomyam 19-1, Jalan PJU 8/51, Damansara Perdana |
|
Bubur nasi pun ada |
|
Tempat buat air |
|
Tomyam Poktek rm7 |
|
Kuey teow kungfu rm5 |
|
Nasi goreng Narathiwat rm6 |
No comments:
Post a Comment