Hello There!

Friday, February 19, 2010

Maya

Tepat pukul satu setengah setelah menghabiskan nescafe aisnya, Suzi mula bergerak meninggalkan pejabat untuk bermesyuarat ke Taman Samudra. Mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan secara terperinci lagi pelan yang telah disiapkan beberapa hari lalu. Suzi tidak mahu pelanggan akan mempersoalkan akan kebijaksanaannya di dalam projek tersebut. Walaupun projek itu kecil tetapi Suzi terpaksa membuat sebaik mungkin. Itu janjinya kepada pelanggan. Setelah habis mesyuarat dengan pelanggan, Suzi berpatah balik ke pejabat. Sampai di pejabat Suzi lihat beberapa tema sekerja tekun membuat kerja masing-masing. Tidak mahu menggangu temannya Suzi dengan senyap meluru ke bilik. Tanpa disedari waktu bergerak begitu pantas. Rasanya baru sekejap tadi Suzi masuk semula ke pejabat. Rakan-rakan sekerja telah mula mengemas untuk pulang ke rumah menandakan waktu kerja telah sampai ke kemuncaknya. Suzi masih disitu. Ingin menghabiskan kerja sedaya mungkin.

"Suzi, aku balik dulu ya".

"Ok, see you tommorow". Senyum Suzi pada Yati yang dah pun meluru ke pintu. Suzi menunduk meneliti kerja semula.

"Hai, tak balik lagi ke?". Sapa dari seorang memeranjatkannya. Fikirnya dari bos tetapi tidak. Suzi kenal suara itu.

"Eh! Encik Ramlan, terkejut saya, belum lagi. Saya nak siapkan kerja ni sikit".

"Oklah kalau macam tu saya balik dulu ya".

"Ok jumpa esok".

Setelah dia berpuas hati dengan kerjanya, Suzi mula mengeliat. Suzi melihat di sekeliling pejabat. Seorang pun tidak kelihatan. Suzi mula mengemas untuk pulang. Pintu pejabat di kunci rapi. Suzi menuju ke pintu lif. Punat ditekan. Selang beberapa minit pintu if terbuka. Alangkah terkejut Suzi melihat Encik Rahman berada di perut lif.

"Eh! Encik Rahman ingatkan dah balik tadi".

"Saya tertinggal kunci kereta pulak".

"Oh, saya dah kunci pintu pejabat tadi Encik Rahman".

"It ok, saya ada kunci spare. kalau awak nak jalan dulu, silakan Suzi".

"Ok, saya balik dulu ya Encik Rahman".

Keluar dari perut lif, Suzi terus berjalan menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, bergerak perlahan meninggalkan pejabat Setia Runding Sdn. Bhd. meluru ke rumah. Semasa di perjalanan pulang, perut Suzi berbunyi terasa lapar. Suzi bercadang mahu singgah di kedai Mak Mah untuk mengisi perut sebelum balik ke rumah. Kedai Mak Mah terletak di tepi jalan ke rumahnya. Lagi pun kedai Mak Mah berhampiran dengan rumahnya. Suzi gemar ke kedai itu kerana gemar akan masakan timurnya. Suzi memarkirkan kereta di tepi jalan berhadapan dengan kedai Mak Mah. Dilihat dari kejauhan kedai Mak Mah penuh dengan pelanggan. Suzi memilih tempat duduk bersebelahan sinki memandangkan kerusi disitu saja yang kosong. Seorang pelayan wanita bertudung datang ke arahnya untuk mengambil pesanan. Suzi terasa ingin minum nescafe ais dan merasa mee bandung. Mak Mah pula dilihat sibuk sedang melayan pelanggannya. Suzi bangga dengan Mak Mah walaupun kedainya tidak sebenar mana namun ramai pelanggan datang untuk menikmati makanannya. Padanlah dengan makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka dan harga murah.

Selesai mengisi perut, Suzi mula beredar untuk pulang ke rumah. Sampai saja di rumah Suzi terus merehatkan diri di ruang tamu sambil memicit-micit kepala yang terasa pening. Fikiran Suzi terbang seketika. Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit minta dijawab. Tertera nama Maya di skrin. Terdetik di hati Suzi kenapalah kawan sekelasnya menelefon pada waktu begini. Sudah lama juga mereka tidak berhubung. Mungkin ada perkara yang hendak di sampaikan kepadanya. Barangkali Maya ingin mengumumkan tarikh perkahwinannya tidak lama lagi. Siapa tahu atau mungkin ingin mengajaknya bershopping. Andaian Suzi berlanjutan sehingga deringan kedua.

"Helo Suzi, aku ni Maya, kau tengah buat apa tu?". Tanya Maya dengan suara yang agak ceria.

"Maaf siapa tu? Saya tidak kenal awaklah". Suzi berseloroh seolah tidak mengenal suara di talian.

"Suzi, aku nilah Maya, kawan baik kau tu".

"Maaf saya tidak ada kawan baik bernama Maya". Gurau Suzi pada Maya.

"Kalau macam itu oklah. Aku pun malas nak cakap dengan kau....bye!". Maya pula membalas lawak.

"Amboi Maya....cepatnya kau merajuk. Perangai kau masih tak berubah lagi. macam budak-budaklah kau ni". Suzi cuba memujuk Maya yang cuba memutuskan talian.

"Hah! ingatkan tadi tak nak cakap dengan aku, nyaris-nyaris aku nak letak telefon ni". Jawab Maya.

Itulah Maya masih tidak berubah seperti dahulu. Dari dulu lagi Suzi amat mengkagumi Maya kerana pada Suzi, Maya mempunyai package yang cukup sempurna sebagai seorang wanita. Wajahnya cantik, tinggi, cerdik dan pandai berkata-kata. Di sekolah, Maya menjadi perhatian terutama pelajar lelaki dan ada di antara guru-guru perempuan turut iri hati akan kewujudan Maya. Maya juga aktif di dalam ko-kurikulum, dia pernah mewakili sekolah di dalam bola tampar. Maya juga pernah membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan kerana juara pidato dan bahas.

"Apa cerita kau sekarang Suzi?". Tanya Maya membuatkan lamunan seketika Suzi terhenti.

"Aku....kau tanya apa cerita?. Aku macam biasalah Maya kerja,kerja,kerja, kalau ada cuti aku balik kampung melawat ummi aku". Suzi bercerita.

"Kau apa cerita pulak?". Tanya Suzi menyambung kata.

"Aku macam kau jugak, aku sekarang sibuk dengan kerja aku maklumlahkan aku sekarang sudah dinaikkan pangkat bertambah kerjalah nampaknya.

"Macam mana dengan teman lelaki kau?".
Tanya Maya lagi.

"Kau tanya pakwe aku?, mmm...manalah ada pakwe cik May oiii!, kawan lelaki tu ramailah".
Jelas Suzi.

"Hai orang cantik macam kau pun takkan tak ada pakwe, peliklah aku". Tanya Maya.

"Aku taklah macam kau Maya, lelaki keliling pinggang, pilih aje mana yang kau suka. Dahlah cantik menawan, bergaya dan ada status pulak tu". Terang Suzi.

"Itu aku tahulah Suzi". Thanks.

"Eh! kau tahu Sue, aku adalah kenal dengan sorang mamat ni. Dah lebih tiga bulan dah. Tapi aku tak tahulah macam mana perasaan dia pada aku. Nantilah kalau aku dah steady dengan dia, barulah aku kenalkan kat kau ya". Terang Maya.

"Bila kita nak jumpa ya Suzi. Dah lama sangat kita tak jumpa, minum teh tarik ke kopi starbuck ke sambil borak-borakkan".

"Nantilah buat masa sekarang aku sibuk sikit, bila aku free aku akan call kau ok ". Jelas Suzi.

"Kalau macam tu oklah Suzi. Aku ada hal sat lagi ni. Bila free nanti kita calling ya...bye!". Maya menamatkan perbualan mereka.

"Oklah, take care...bye". Suzi menekan punat end di handphonenya.

Perjumpaan Suzi dengan Maya di kedai Mak Mah pada hari minggu dirancang oleh Maya sendiri. Mereka telah berjanji untuk bertemu jam tiga petang. Sudah berkali-kali Maya mengajak Suzi keluar bersama tapi tidak pernah berjaya. Suzi berjanji pertemuan kali ini tidak akan dimungkiri. Maya menghirup air di dalam gelasnya. Suzi belum lagi muncul. Lebih kurang sepuluh minit menanti, Suzi muncul di hadapan Maya. Suzi amat simple petang itu. Dia cuma mengenakan T-shirt putih dan jeans Levi's serta menjinjit beg tangan yang berona hitam sederhana besar. Mukanya di solek sekadar biasa sahaja. Cuma bibir dioles gincu yang berwarna merah hati ikan. Suzi menarik kerusi untuk duduk. Maya sudah berada dihadapannya sambil mengetip bibir geram Datang seorang pelayan lelaki untuk mengambil pesanan. Suzi memesan teh o ais limau. Sementara Maya pula sudah memesan air semasa ketiadaan Suzi tadi.

"Hai Suzi". Sapa Maya dengan muka yang ditampal gembira.

"Lama dah kau tunggu aku".

"Adalah satu jam". Seloroh Maya.

"Sorrylah tadi jalan jam, nak cari parking pun susah". Suzi member alasan.

"Kau masih tidak berubah dari dulu lagikan, masih cantik, kurus, apa petua yang kau pakai Suzi".

"Manalah aku pakai petua-petua ni Maya, memang aku cantik dari dulu, nak buat macam mana terima ajelah".

Kau pun apa kurangnya Maya, maintain nampak".

"Kau jangan nak mengada-gada puji aku melambung-lambung Suzi, kau tak nampak ni badan aku dah naik macam kuih apam manis".

Tapi kau tetap nampak seksi Maya".
Ketawa Suzi berdekah-dekah.

"Tak tahulah Suzi".

"Aku rasa badan aku ni bertambah aje dari hari ke hari".
Tambah Maya ingin menyakinkan Suzi yang dia semakin berisi.

"Kalau awak tu gemuk, apakah kategori aku ni, kedempol agaknya".
Ujar Suzi yang masih tersengih membariskan barisan giginya yang putih.

Begitulah gelagat mereka ketika bertemu. Hilang suasana tegang berganti ceria. Gelagat mereka berdua hanya diperhatikan sahaja oleh Mak Mah. Telefon bimbit tiba-tiba berbunyi nyaring dendangan nyanyian artis dari barat. Suzi pasti bukan panggilan dari handphonenya.

"Sekejap ya Suzi". Pinta Maya.

"Helo awak, saya dengan kawan saya ni, awak kat mana ni?. Ok nanti saya call awak balik ya".

"Pakwe kau call ke Maya?, amboi lembut bercakap". Tanya Suzi inginkan kepastian.

"Yalah Suzi, siapalah lagi yang call aku".

"Bila aku nak jumpa dengan pakwe kau tu Maya, takkan nak sorok dari aku kot".

"Kau nikan Suzi gelojoh sangat. Nantilah aku kenalkan kau dengan dia ok. Dia tu pemalu sikit apalagi kalau dengan perempuan".

"Habis kau tu bukan perempuan ke Maya?".

"Eh! kau ni Suzi ke situ pulak. Masa mula-mula dulu pun aku jumpa dia, dia memang pemalu sangat tapi dah lama-lama dah biasa".

"Handsome tak pakwe kau tu Maya?".

"Of courselah handsome, apa...kau ingat muka aku ni tak boleh dapat pakwe yang handsome ke Suzi".

"Tak sabar aku nak jumpa pakwe kau Maya".

"Nantilah aku tunjukkan kat kau".

"Kau masih tinggal kat tempat lama ke Suzi?".

"Yalah kat mana lagi Maya, dah bertahun aku tinggal kat situ, senang-senang datanglah ke rumah aku Maya".

Seronok mereka berbual tanpa menyedari waktu menganjak ke petang. Mereka berdua mengorak langkah berlalu pergi meninggalkan kedai Mak Mah. Suzi sempat melambai tangan pada Mak Mah. Maya mengekori Suzi ke kereta. Mereka berdua saling bersalaman dan berlaga pipi, seraya Suzi membuka pintu kereta. Suzi sekali lagi menjemput Maya ke kediamannya jikalau ada masa lapang. Maya tidak berjanji apa-apa tetapi mengganguk tanpa sedar. Dilihat kereta Suzi berlalu pergi meninggalkan Maya yang masih tercegat disitu. Maya mula berjalan menuju ke keretanya.

Wednesday, February 17, 2010

Pejabat

Dia tersedar. Tangannya dilekap ke muka. Seolah-olah ada suara yang mengejutkan dari tidur. Dia mengosok-gosok kedua biji matanya. Dipaksa untuk membuka seluas mungkin. Jam loceng disisi katil di kerling pantas.

"Astagfirulahhal Azim"....... Dia bukan bermimpi pagi itu. Betul. Jam telah menunjukkan pukul tujuh setengah pagi. Dikesut-kesut lagi matanya beberapa kali. Memang dia tidak bermimpi. Dia baru teringat yang dia terlupa untuk mengunci jam locengnya semalam. Dengan keadaan yang masih terpinga-pinga Suzi bingkas bangkit dari tempat tidurnya. Selimut yang membaluti diri ditolak kasar ke tepi. Dia terus bergegas mencapai tuala mandi dan meluru masuk ke bilik air. Dia mesti cepat mandi secepat mungkin. Beberapa minit kemudian dia keluar dari bilik air, sepantas kilat dia mencapai pakaian yang tersedia di dalam almari. Setelah bersiap ala kadar di hadapan cermin, dia meluru masuk ke dapur untuk mencapai apa saja yang berada di dapuir untuk mengalas perutnya. Walaupun dia tahu dia telah terlewat untuk ke pejabat, tetapi perut perlu dijaga supaya tidak mendatangkan apa-apa musibah di sepanjang perjalanan. Selalunya pada waktu begini, dia telah bersarapan samada keseorangan atau bersama dengan rakan sepejabatnya. Dia pasti mereka semua sedang khusyuk meneliti kerja masing-masing, yang pasti dia harus pantas ke pejabat kali ini. Sekotak air susu kurang lemak di dalam peti aisnya dicapai keluar, dituang ke dalam gelas dan mula meneguk sekadar saja. Air susu yang berbaki di dalam gelas itu dibiarkan sahaja di atas meja. Kotak air susu dimasukkan semula ke dalam peti ais. Berbunyi pintu peti ais akibat hentakkan Suzi. Suzi terus ke ruang tamu mencapai kunci kereta dan menuju ke pintu utama. Beg jinjing LOUIS Vuitton pemberian hari jadi oleh sahabatnya yang terbiar sepi di sofa di ruang tamu di capai sambil lalu.Pintu rumah dikunci rapi. Enjin kereta Honda City dihidupkan dan dibiarkan panas seketika. Dirinya disumbat ke dalam kereta hitam itu. Kereta mula meluncur ke jalan besar meninggalkan rumah bandar itu. Biasanya jarak perjalanan ke tempat kerja mengambil masa setengah jam. Pada waktu puncak mungkin mengambil masa lebih dari satu jam. Hari-hari dia pasti akan melalui jaln yang sama setiap hari. Matanya mengerling pada jam tangannya. Waktu sudah menunjukkan hampir lapan setengah pagi tapi dia masih lagi berada di jalan raya. Waktu ini sepatutnya dia telah berada di hadapan komputer menghadap kerjanya.

Fikiran Suzi melayang sebentar. Tak habis-habis dia menyalahi dirinya. Ini semua angkara malam tadi, getus hati kecil Suzi. Puas Suzi berjaga malam tadi semata-mata untuk menunggu panggilan darinya tetapi hampa, tiada hasil. Suzi menanti panggilan sehingga pukul dua pagi tetapi telefon bimbitnya tidak berbunyi langsung. Dia cuba untuk menelefon balik tetapi panggilannya tidak diangkat. Dia meninggalkan pesanan beberapa kali, tapi masih sunyi. Suzi betul-betul resah malam tadi. Tiada siapa yang boleh berkongsi perasaan kala itu. Menunggu sesuatu yang tidak mungkin datang bak menanti bulan jatuh ke riba. Seolah menunggu tanduk tumbuh di kepala seekor kucing. Suzi betul-betul tak keruan. Tambah lagi Suzi tinggal sendirian di rumah, boleh jadi gila kalau tidak mendapat panggilan telefon darinya atau mendengar suaranya. Dirinya cuba dipujuk tetapi hampa belaka. Matanya semakin galak berjaga sambil menanti deringan telefon. Suzi melepaskan beberapa keluhan berat malam itu. Suzi terkadang memujuk hati kecilnya, mungkin orang disana tertidur atau masih lagi sibuk dengan tugasan harian. Suzi cuba memujuk lagi dirinya supaya tenang. Namun penantian diteruskan jua.

Lamunannya terhenti tatkala keretanya sampai ke tempat letak kereta di bawah pejabat. Setelah meletakkan kereta di situ, Suzi meluru ke lobby. Dilihat jam di tangan sudah menunjukkan hampir ke pukul sembilan suku pagi. Lebih kurang satu jam di atas jalan memang membosankan. Tergesa-gesa Suzi melangkah masuk ke dalam lif. Secara kebetulan semasa melangkah masuk, Suzi bertembung dengan bosnya. Dengan hati yang gusar, Suzi cuba menyapa bosnya.

"Eh! Aaaa....Assalamualaikum Encik Rahman". Suzi menyapa dengan air muka bersalah. Dia tahu dia tidak patut berada di dalam lif bersama dengan bosnya. Suzi tidak tahu apa yang harus dibuat di hadapan bos. Suzi hanya mampu mendiamkan diri. Bersemuka dengan bosnya kerana menyedari akan kesalahan sendiri, semua sendinya menjadi lemah. Dia tahu dia sekarang sedang menghadapi satu kes displin kerana datang lewat ke pejabat.Walaupun bukan selalu tetapi Suzi tetap rasa bersalah. Mahu sahaja dia berbohong dengan bosnya tetapi dia tidak alah berbuat demikian kerana dia amat menyanjungi bosnya yang warak itu. Jikalau dia berbohong sekalipun bosnya pasti akan menghidunya.

"Wa'alaikumussalam"
. Encik Rahman membalas sambil tersenyum kelat.

"Awak pun lambat masuk macam saya ke Suzi". Perli bosnya.

"Argh....ya....tidak....argh....saya....". Suzi terketar-ketar mengeluarkan suaranya.

Tak terkeluar ayat tika berdepan dengan lelaki berumur empat puluh lapan tahun itu. Encik Rahman

meninggalkan Suzi yang masih mencari jawapan.

"Sudahlah tu Suzi, saya tak mahu tahu kenapa awak lambat, setahu saya awak bukan antara pekerja saya yang selalu lewat ke pejabat kan"? Tanya bosnya lagi.

Suzi tak mampu untuk mengangguk.

"Taklah jem tadi". Jawab Suzi pantas menutup kesalahan diri. Itulah alasan yang biasa untuk menutup kesalahan datang lewat ke pejabat.

"Oklah, kita jumpa nanti dalam meeting". Bosnya berlalu meninggalkan Suzi yang masih rasa bersalah dalam diri. Setelah pintu lif terbuka dan berada di tingkat tujuh di dalam bangunan yang berwarna hijau itu. Suzi pun mengekori dari belakang setelah melemparkan sebuah senyuman kelat kepada bosnya.

Encik Rahman sudah menjadi bos Suzi sejak tiga tahun lalu. Orangnya tegas dalam urusan kerja.Setelah berkahwin dan mempunyai empat orang anak lelaki. Dengar khabar semua anak-anaknya masih menuntut, dua antaranya di luar negara dan dua lagi masih bersekolah di kolej tempatan. Isterinya kini menjadi surirumah setelah melahirkan anak kedua yang dulunya bekerja sebagai peguam. Sampai sahaja di muka pintu pejabat, Suzi ditegur lagi oleh teman sepejabatnya.

"Hai!!!. Selamat pagi cik akak kita sorang ni, lambat nampak hari ini, selalunya awak yang memegang kunci office ni kan". Sapaan Yati teman sekerja. Encik Rahman yang berjalan masuk ke biliknya dapat mendengar usikan PAnya kepada rakan karibnya itu. Suzi hanya tersenyum dan terus masuk ke biliknya.

"Kau ni kalau tak menyakat aku setiap pagi tak sah agaknya". Balas Suzi mengeluarkan kepala di muka pintu biliknya. Di ejek Yati sebelum menghilangkan diri di dalam bilik. Seketika Suzi keluar semula sambil membawa keluar beberapa helai kertas faks di tangannya. Seperti biasa selepas menandatangani semua faks berkenaan untuk tindakan dan pengetahuannya terus diberikan kepada PA untuk difailkan.

"Lain kali kalau nak sapa tu, berilah salam, ne pakai hai-hai saja. Kitakan orang islam tak gitu cik Yati". Herdik Suzi. Sekilas pandang dilemparkan kepada Yati. Suzi terus menuju ke biliknya. Yati adalah pentakbir merangkap PA kepada Encik Rahman, teman yang telah dikenali hampir sepuluh tahun yang lalu. Yati mempunyai kecantikkan melayu asli serta cekap di dalam menyiapkan kerja. Di bilik Suzi telah mulai tekun dihadapan komputer ribanya. Bertugas sebagai seorang akitek, Suzi terlalu sibuk dengan projek di bawah kendaliannya. Banyak kerja yang harus dibereskan selain menghadiri mesyuarat tiap-tiap minggu samada dengan pembekal atau dengan pelanggan dan lawatan ke tempat tapak pembinaan. Demi tugas yang diamanahkan, Suzi tabah walaupun sesekali dengan hanya kudrat wanita yang selalu dipandang lemah oleh kaum lelaki di pejabatnya. Biar pun di pejabat terdapat beberapa kaum adam yang bergelar akitek, namun Suzi tidak gemar meminta pertolongan daripada mereka. Pada Suzi dia ingin buktikan sekurang-kurangnya pada dirinya sendiri dan bosnya yang dia adalah terbaik. Malah Encik Rahman pun nampaknya amat senang berurusan dengan Suzi dan sebaliknya Suzi tidak menghadapi banyak masaalah berdepan dengan bosnya.

Pernah satu ketika dahulu, Suzi masih teringat ketika dia ingin mengambil jurusan akitek ini.Umminyalah di antara yang tidak bersetuju sekali. Ummi takut anak dara yang seorang ini akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan kerja. Kedua-dua abangnya cuma acuh tak acuh sahaja, tidak menentang atau menyokong. Terpulang pada Suzi untuk menentukan masa depannya. Itu pesanan abang sulung Suzi. Boleh dikatakan ke semua anak-anak Hajah Aminah berjaya di dalam bidang masing-masing. Abang sulung Suzi, Saharuddin menjadi juruaudit dalaman syarikat telemunikasi terbesar sementara Safaruddin anak kedua bekerja dengan syarikat penerbangan swasta terbesar di Malaysia. Semenjak kepemergian arwah ayahnya Pak Saiful, Suzi yang pada masa itu hanya berusia enam tahun. Ayahnya menemui ajal ketika di dalam perjalanan ke hospital. Ayah Suzi dikhabarkan cedera parah dilanggar oleh jentera pengangkut balak di tempat kerja. Malang tak berbau bak kata orang. Suzi redha dengan ketentuan ilahi. Sejak kejadian itulah Hajah Aminah terpaksa memikul tanggungjawab besar untuk membesarkan anak-anaknya. Arwah suaminya selalu berpesan supaya memberi didikan sempurna kepada semua anak-anaknya. Ilmu dunia dan akhirat mesti tara. Arwah suaminya juga mengingatkan anak-anaknya supaya rajin belajar kerana dengan ilmu sahaja orang akan memandang tinggi kepada mereka. Mereka dari keluarga miskin. Lagipun ayah Suzi seorang yang bekerja. Ummi Suzi pula hanyalah seorang suri rumah. Untuk menguruskan keperluan mereka sekeluarga memerlukan banyak pengorbanan. Dari situlah timbul semangat Suzi untuk membantu keluarga. Pelajaran tidak pernah diabaikan sama sekali.

"Kau jangan ingat ummi tak tahu apa sebenarnya kerja arkitek tu". Ummi mula membebel. Masih Suzi ingat lagi itulah kenyataan yang keluar dari mulut umminya sewaktu dia menyatakan keinginannya untuk meneruskan hasrat ke dalam bidang arkitek. Dari riak muka umminya, Suzi telah sedia maklum bahawa ummi tidak menyukai anak perempuan yang sorang ini memilih bidang yang selalu dikuasai oleh kaum lelaki, tapi Suzi tetap dengan pendiriannya. Dia berharap satu hari nanti pasti umminya akan merestui akan bidang yang diceburi.

"Ummi, kalau itu sudah menjadi pilihan Suzi nak buat macam mana. Ummikan tahu Suzi ni minat melukis, mereka bangunan dan melihat bangunan yang unik-unik". Terang Suzi kepada umminya.

"Itu ummi tahu, tapi tak naklah anak dara ummi sorang ni nanti kena berpanas terik, kena hujan, panjat bangunan, tah apa-apa lagilah. Itu semuakan kerja orang lelaki Suzi". Ujar ummi.

Suzi faham kenapa umminya amat menegah. Ummi amat menyayangi akan dirinya. Bukan ingin mengatakan Suzi membangkang nasihat ummi tetapi Suzi pasti kerjanya itu adalah mulia dan ummi akan mengerti satu hari nanti. Lamunan Suzi terhenti. Dia meneruskan kerja. Deringan telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi memecah ketekunannya membuat kerja. Tanpa melihat nama di skrin, Suzi terus menekan punat menjawab.

"Helo awak".

Apabila dia mendengar suara tersebut, dia terkejut bercampur gembira. Suara yang ditunggu-tunggu semalam kini kedengaran di cuping telinga. Suzi tidak bermimpi di siang hari. Memang betul. Itu adalah panggilan yang ditunggu-tunggu semalaman. Suzi tidak menyangka sama sekali yang dia akan menelefon pada waktu begini. Hatinya berbunga riang, tapi keriangannya di simpan sahaja dalam hati. Dia ingin meloncat girang. Namun di pendam kerana dia sekarang berada di pejabat bukan di rumah.

"Hai! Good morning, apa khabar orang di sana?".

"Assalamulaikum. Apa mimpinya awak menelefon saya pagi-pagi ni?". Tanya Suzi sambil bermain-main dengan pennya. Diketuk beberapa kali pen itu di meja lalu mengeluarkan bunyi tanpa rentak.

"Alah saja nak telefon awak untuk tanya khabar, takkan tak boleh kot?".

"Boleh tu bolehlah tapi macam tak percaya pulak awak nak telefon saya di waktu begini. Yalah selalunya awak juga yang cakap kalau waktu pagi begini awak selalunya sibuk dengan kerja awak tu yang tidak pernah habiskan". Perli Suzi panjang lebar. Kalau nak ikutkan hati mahu saja Suzi meneruskan perbualan itu tapi memandangkan kerja begitu banyak untuk dibereskan maka Suzi pun memendekkan perbualan mereka berdua. Tanpa disedari Yati muncul di depan pintu biliknya sambil memandang Suzi dengan senyuman sinis.

"Hai untungnya kalau orang dah ada buah hati, pagi-pagi lagi buah hati dah telefon, taklah macam aku ni buah hati pun takde, buah tangan tu adalah". Getus Yati pada diri sendiri tapi kenyataannya tertampar pada Suzi yang mendengar.

"Kalau dah tahu tak ada buah hati tu tak reti-reti nak mencari ke?, kau tukan cantik macam miss world takkanlah sorang lelaki pun tak nak melekat ataupun kau tu yang memilih sangat kot. Nanti sampai ke tua pun tak ada buah hati lagi baru padan muka kau". Sindir Suzi pada Yati yang suka sangat menyakat. Yati mencebik muka tanda mengejek pada Suzi.

"Oii cik kak oii! Amboi sedapnya cakap. Kita ni bukan tak ada buah hati tapi malas je nak menunjuk, kat luar sana tu kita petik jari saja ramai yang nak mengikut. Cuma i je yang memilih sedikitla, i bukan nak mencari yang handsome je tetapi mestilah ada kelas kan Michelle kan". Balas Yati serasa tidak sedap di sindir oleh Suzi sebentar tadi. Michelle yang diam dari tadi tak tahu apa butir bicara mereka semua. Sambil membetulkan spek matanya, mendongak ke arah Yati kerana namanya tersebut keluar dari mulut Yati. Michelle tersenyum kambing sendirian meskipun perempuan cina itu kurang faham apa yang sedang dipertuturkan oleh dua orang anak dara yang sudah berdiri dihadapannya.

"Eh apa you all cakap aaa, i tak fahamlah, boleh petik jari ka, itu lelaki mesti cari awak?". Michelle bertanya kebingungan. Berderai ketawa satu pejabat. Riuh seketika. Kemudian sunyi semula.

"Isssk! Cik Michelle, kalau you nak cari boyfriend nanti cuba you petik jari kat bawah nanti, ada tak boyfriend yang ikut belakang you". Suruh Yati pada si Michelle yang masih kebingungan.

"Tak apa lor, saya sudah ada boyfriendlah, so handsome. Wa tak mahu petik jari nanti wa kena ejek". Pintas Michelle. Deraian hilai ketawa bersahutan lagi buat seketika kemudian suasana senyap kembali. Masing-masing sibuk menyambung tugas. Ada juga kedengaran ketawa yang bersisa. Yati bangun membawa fail dan terus ke bilik Encik Rahman. Beberapa minit kemudian Yati keluar dari bilik Encik Rahman. Apabila melalui bilik Suzi, Yati masuk ke dalam untuk mengusik perempuan itu lagi yang sedang tekun dengan kerjanya.

"Suzi kau jangan lupa pada pukul tiga nanti kau ada temujanji dengan pengedar cat". Yati mengingatkan.

"Oh yalah, aku hampir terlupa pulak. Nasib baik kau mengingatkan aku Yati. Thanks".

"Itu kan dah jadi kerja aku tiap-tiap hari mengingatkan kepada semua orang terutama kau tuyang dah mula lupa, maklumlah dah senja". Ketawa Yati manja saqmbil duduk semula ke tempatnya. Waktu makan tengahari tiba. Suzi masih tidak sedar.

"Suzi, jom pergi lunch". Pelawa Yati. Terkejut Suzi dibuatnya.

"Dah masuk waktu lunch ke?". Tanya Suzi melihat jam dipergelangan tangannya.

"Dah, itulah sibuk sangat dengan kerja sampai waktu lunch pun tak perasan". Jawab Yati perli.

"Kau pergilah, aku nak siapkan apa-apa yang patut, sat lagikan aku ada meeting tapi tapaukan aku nescafe ais boleh"?.

"Boleh, kalau kirim air liur, air liurlah kau dapat Suzi".

"Yalah aku bagi kau duit, nah ambik".

"Wow lima ringgit selebihnya aku simpan buat kos pengangkutan aku nanti".

"Apa-apalah Yati asalkan nescafe ais aku ada".

Yati melangkah keluar dari pejabat berturutan dengan teman-teman yang lain. Suzi masih di mejanya menyambung kerja yang masih belum disiapkan.

"Awak tak keluar makan ke Suzi?". Tanya Encik Rahman. Suzi mendongak.

"Tidak Encik Rahman. Banyak lagi saya kena siapkanni. Lagipun petang ni ada meeting dengan supplier cat. Layoutnya pun saya belum finalised lagi. Selepas itu saya kena photocopy lagi. By the way quotation semua saya dah letak dalam tray Encik Rahman". Terang Suzi pada bosnya.

"Saya dah tengok tadi. Takpelah saya nak keluar dulu. Kalau ada apa-apa nanti just update me yeah ok". Encik Rahman berlalu ke pintu pejabat. Suzi tahu bosnya sama ada ingin menjemput anaknya atau balik ke rumah untuk makan tengahari bersama dengan isterinya. Itulah rutin tengahari bosnya sekiranya tiada agenda di pejabat.

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.