Hello There!

Friday, February 19, 2010

Maya

Tepat pukul satu setengah setelah menghabiskan nescafe aisnya, Suzi mula bergerak meninggalkan pejabat untuk bermesyuarat ke Taman Samudra. Mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan secara terperinci lagi pelan yang telah disiapkan beberapa hari lalu. Suzi tidak mahu pelanggan akan mempersoalkan akan kebijaksanaannya di dalam projek tersebut. Walaupun projek itu kecil tetapi Suzi terpaksa membuat sebaik mungkin. Itu janjinya kepada pelanggan. Setelah habis mesyuarat dengan pelanggan, Suzi berpatah balik ke pejabat. Sampai di pejabat Suzi lihat beberapa tema sekerja tekun membuat kerja masing-masing. Tidak mahu menggangu temannya Suzi dengan senyap meluru ke bilik. Tanpa disedari waktu bergerak begitu pantas. Rasanya baru sekejap tadi Suzi masuk semula ke pejabat. Rakan-rakan sekerja telah mula mengemas untuk pulang ke rumah menandakan waktu kerja telah sampai ke kemuncaknya. Suzi masih disitu. Ingin menghabiskan kerja sedaya mungkin.

"Suzi, aku balik dulu ya".

"Ok, see you tommorow". Senyum Suzi pada Yati yang dah pun meluru ke pintu. Suzi menunduk meneliti kerja semula.

"Hai, tak balik lagi ke?". Sapa dari seorang memeranjatkannya. Fikirnya dari bos tetapi tidak. Suzi kenal suara itu.

"Eh! Encik Ramlan, terkejut saya, belum lagi. Saya nak siapkan kerja ni sikit".

"Oklah kalau macam tu saya balik dulu ya".

"Ok jumpa esok".

Setelah dia berpuas hati dengan kerjanya, Suzi mula mengeliat. Suzi melihat di sekeliling pejabat. Seorang pun tidak kelihatan. Suzi mula mengemas untuk pulang. Pintu pejabat di kunci rapi. Suzi menuju ke pintu lif. Punat ditekan. Selang beberapa minit pintu if terbuka. Alangkah terkejut Suzi melihat Encik Rahman berada di perut lif.

"Eh! Encik Rahman ingatkan dah balik tadi".

"Saya tertinggal kunci kereta pulak".

"Oh, saya dah kunci pintu pejabat tadi Encik Rahman".

"It ok, saya ada kunci spare. kalau awak nak jalan dulu, silakan Suzi".

"Ok, saya balik dulu ya Encik Rahman".

Keluar dari perut lif, Suzi terus berjalan menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, bergerak perlahan meninggalkan pejabat Setia Runding Sdn. Bhd. meluru ke rumah. Semasa di perjalanan pulang, perut Suzi berbunyi terasa lapar. Suzi bercadang mahu singgah di kedai Mak Mah untuk mengisi perut sebelum balik ke rumah. Kedai Mak Mah terletak di tepi jalan ke rumahnya. Lagi pun kedai Mak Mah berhampiran dengan rumahnya. Suzi gemar ke kedai itu kerana gemar akan masakan timurnya. Suzi memarkirkan kereta di tepi jalan berhadapan dengan kedai Mak Mah. Dilihat dari kejauhan kedai Mak Mah penuh dengan pelanggan. Suzi memilih tempat duduk bersebelahan sinki memandangkan kerusi disitu saja yang kosong. Seorang pelayan wanita bertudung datang ke arahnya untuk mengambil pesanan. Suzi terasa ingin minum nescafe ais dan merasa mee bandung. Mak Mah pula dilihat sibuk sedang melayan pelanggannya. Suzi bangga dengan Mak Mah walaupun kedainya tidak sebenar mana namun ramai pelanggan datang untuk menikmati makanannya. Padanlah dengan makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka dan harga murah.

Selesai mengisi perut, Suzi mula beredar untuk pulang ke rumah. Sampai saja di rumah Suzi terus merehatkan diri di ruang tamu sambil memicit-micit kepala yang terasa pening. Fikiran Suzi terbang seketika. Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit minta dijawab. Tertera nama Maya di skrin. Terdetik di hati Suzi kenapalah kawan sekelasnya menelefon pada waktu begini. Sudah lama juga mereka tidak berhubung. Mungkin ada perkara yang hendak di sampaikan kepadanya. Barangkali Maya ingin mengumumkan tarikh perkahwinannya tidak lama lagi. Siapa tahu atau mungkin ingin mengajaknya bershopping. Andaian Suzi berlanjutan sehingga deringan kedua.

"Helo Suzi, aku ni Maya, kau tengah buat apa tu?". Tanya Maya dengan suara yang agak ceria.

"Maaf siapa tu? Saya tidak kenal awaklah". Suzi berseloroh seolah tidak mengenal suara di talian.

"Suzi, aku nilah Maya, kawan baik kau tu".

"Maaf saya tidak ada kawan baik bernama Maya". Gurau Suzi pada Maya.

"Kalau macam itu oklah. Aku pun malas nak cakap dengan kau....bye!". Maya pula membalas lawak.

"Amboi Maya....cepatnya kau merajuk. Perangai kau masih tak berubah lagi. macam budak-budaklah kau ni". Suzi cuba memujuk Maya yang cuba memutuskan talian.

"Hah! ingatkan tadi tak nak cakap dengan aku, nyaris-nyaris aku nak letak telefon ni". Jawab Maya.

Itulah Maya masih tidak berubah seperti dahulu. Dari dulu lagi Suzi amat mengkagumi Maya kerana pada Suzi, Maya mempunyai package yang cukup sempurna sebagai seorang wanita. Wajahnya cantik, tinggi, cerdik dan pandai berkata-kata. Di sekolah, Maya menjadi perhatian terutama pelajar lelaki dan ada di antara guru-guru perempuan turut iri hati akan kewujudan Maya. Maya juga aktif di dalam ko-kurikulum, dia pernah mewakili sekolah di dalam bola tampar. Maya juga pernah membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan kerana juara pidato dan bahas.

"Apa cerita kau sekarang Suzi?". Tanya Maya membuatkan lamunan seketika Suzi terhenti.

"Aku....kau tanya apa cerita?. Aku macam biasalah Maya kerja,kerja,kerja, kalau ada cuti aku balik kampung melawat ummi aku". Suzi bercerita.

"Kau apa cerita pulak?". Tanya Suzi menyambung kata.

"Aku macam kau jugak, aku sekarang sibuk dengan kerja aku maklumlahkan aku sekarang sudah dinaikkan pangkat bertambah kerjalah nampaknya.

"Macam mana dengan teman lelaki kau?".
Tanya Maya lagi.

"Kau tanya pakwe aku?, mmm...manalah ada pakwe cik May oiii!, kawan lelaki tu ramailah".
Jelas Suzi.

"Hai orang cantik macam kau pun takkan tak ada pakwe, peliklah aku". Tanya Maya.

"Aku taklah macam kau Maya, lelaki keliling pinggang, pilih aje mana yang kau suka. Dahlah cantik menawan, bergaya dan ada status pulak tu". Terang Suzi.

"Itu aku tahulah Suzi". Thanks.

"Eh! kau tahu Sue, aku adalah kenal dengan sorang mamat ni. Dah lebih tiga bulan dah. Tapi aku tak tahulah macam mana perasaan dia pada aku. Nantilah kalau aku dah steady dengan dia, barulah aku kenalkan kat kau ya". Terang Maya.

"Bila kita nak jumpa ya Suzi. Dah lama sangat kita tak jumpa, minum teh tarik ke kopi starbuck ke sambil borak-borakkan".

"Nantilah buat masa sekarang aku sibuk sikit, bila aku free aku akan call kau ok ". Jelas Suzi.

"Kalau macam tu oklah Suzi. Aku ada hal sat lagi ni. Bila free nanti kita calling ya...bye!". Maya menamatkan perbualan mereka.

"Oklah, take care...bye". Suzi menekan punat end di handphonenya.

Perjumpaan Suzi dengan Maya di kedai Mak Mah pada hari minggu dirancang oleh Maya sendiri. Mereka telah berjanji untuk bertemu jam tiga petang. Sudah berkali-kali Maya mengajak Suzi keluar bersama tapi tidak pernah berjaya. Suzi berjanji pertemuan kali ini tidak akan dimungkiri. Maya menghirup air di dalam gelasnya. Suzi belum lagi muncul. Lebih kurang sepuluh minit menanti, Suzi muncul di hadapan Maya. Suzi amat simple petang itu. Dia cuma mengenakan T-shirt putih dan jeans Levi's serta menjinjit beg tangan yang berona hitam sederhana besar. Mukanya di solek sekadar biasa sahaja. Cuma bibir dioles gincu yang berwarna merah hati ikan. Suzi menarik kerusi untuk duduk. Maya sudah berada dihadapannya sambil mengetip bibir geram Datang seorang pelayan lelaki untuk mengambil pesanan. Suzi memesan teh o ais limau. Sementara Maya pula sudah memesan air semasa ketiadaan Suzi tadi.

"Hai Suzi". Sapa Maya dengan muka yang ditampal gembira.

"Lama dah kau tunggu aku".

"Adalah satu jam". Seloroh Maya.

"Sorrylah tadi jalan jam, nak cari parking pun susah". Suzi member alasan.

"Kau masih tidak berubah dari dulu lagikan, masih cantik, kurus, apa petua yang kau pakai Suzi".

"Manalah aku pakai petua-petua ni Maya, memang aku cantik dari dulu, nak buat macam mana terima ajelah".

Kau pun apa kurangnya Maya, maintain nampak".

"Kau jangan nak mengada-gada puji aku melambung-lambung Suzi, kau tak nampak ni badan aku dah naik macam kuih apam manis".

Tapi kau tetap nampak seksi Maya".
Ketawa Suzi berdekah-dekah.

"Tak tahulah Suzi".

"Aku rasa badan aku ni bertambah aje dari hari ke hari".
Tambah Maya ingin menyakinkan Suzi yang dia semakin berisi.

"Kalau awak tu gemuk, apakah kategori aku ni, kedempol agaknya".
Ujar Suzi yang masih tersengih membariskan barisan giginya yang putih.

Begitulah gelagat mereka ketika bertemu. Hilang suasana tegang berganti ceria. Gelagat mereka berdua hanya diperhatikan sahaja oleh Mak Mah. Telefon bimbit tiba-tiba berbunyi nyaring dendangan nyanyian artis dari barat. Suzi pasti bukan panggilan dari handphonenya.

"Sekejap ya Suzi". Pinta Maya.

"Helo awak, saya dengan kawan saya ni, awak kat mana ni?. Ok nanti saya call awak balik ya".

"Pakwe kau call ke Maya?, amboi lembut bercakap". Tanya Suzi inginkan kepastian.

"Yalah Suzi, siapalah lagi yang call aku".

"Bila aku nak jumpa dengan pakwe kau tu Maya, takkan nak sorok dari aku kot".

"Kau nikan Suzi gelojoh sangat. Nantilah aku kenalkan kau dengan dia ok. Dia tu pemalu sikit apalagi kalau dengan perempuan".

"Habis kau tu bukan perempuan ke Maya?".

"Eh! kau ni Suzi ke situ pulak. Masa mula-mula dulu pun aku jumpa dia, dia memang pemalu sangat tapi dah lama-lama dah biasa".

"Handsome tak pakwe kau tu Maya?".

"Of courselah handsome, apa...kau ingat muka aku ni tak boleh dapat pakwe yang handsome ke Suzi".

"Tak sabar aku nak jumpa pakwe kau Maya".

"Nantilah aku tunjukkan kat kau".

"Kau masih tinggal kat tempat lama ke Suzi?".

"Yalah kat mana lagi Maya, dah bertahun aku tinggal kat situ, senang-senang datanglah ke rumah aku Maya".

Seronok mereka berbual tanpa menyedari waktu menganjak ke petang. Mereka berdua mengorak langkah berlalu pergi meninggalkan kedai Mak Mah. Suzi sempat melambai tangan pada Mak Mah. Maya mengekori Suzi ke kereta. Mereka berdua saling bersalaman dan berlaga pipi, seraya Suzi membuka pintu kereta. Suzi sekali lagi menjemput Maya ke kediamannya jikalau ada masa lapang. Maya tidak berjanji apa-apa tetapi mengganguk tanpa sedar. Dilihat kereta Suzi berlalu pergi meninggalkan Maya yang masih tercegat disitu. Maya mula berjalan menuju ke keretanya.














No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.