Hello There!

Monday, January 31, 2011

Isnin 31/01/2011 Steamboat @ Dataran Johor Bahru

Aku sampai rumah mak aku hampir pukul 7 malam. Aku naik bus dari Bukit Jalil pukul 1 tengahari. Jalan kat highway jem sikit sebab ada banjir. Nanti malam member aku nak ajak makan steamboat kat dataran. 

Ok! ni salah satu tempat makan steamboat paling femes dekat bandar johor baru. Area dia betul-betul sebelah dataran. Sebelah jam besar yang menghadap selat yang bertentangan dengan Singapura. Ada orang panggil tempat ni DATARAN. Dekat sini memang hapening jugak la nak melepak dengan member-member yang dah lama tak jumpa. then sambil bersantai kita boleh mencuba banyak gila makanan yang dijual dekat sini. paling femes dia punya steamboat dan tahu bakar. Steamboat dia bukan dimakan dengan kuah yang hitam tu (aku tak tau apa orang panggil kuah tu) or sup. but then dimakan dengan kuah kacang. Sedap gan angin-angin sepoi bahasa.





Selain steamboat and tahu bakar. Dekat sini jugak menjual nasi ayam penyek, sotong kangkung dan rojak buah. Terdapat berbelas-belas van yang menjual makanan-makanan ni.

Sunday, January 30, 2011

Ahad 30/01/2011 Restoran Sentul Curry House @ Jalan Ipoh

Lunch, aku dan Hisham nak gi Jalan Ipoh makan kari kepala ikan. Sampai sana dah pukul 1.40 petang. Orang pun dah ramai. Kitaorang terus order kari kepala ikan. Wow sedap giler. Kepala ikan punyalah besar, nak makannya cuma 2 orang jer.

Lot 239, Section 8, RW Township, BT 2, Jalan Ipoh



Ne dia kepala kari ikan, sedap giler







Sabtu 29/01/2011 Restaurant Rasa Nyonya Andaman @ Ukay Perdana

Lunch time aku nak keluar gan Hisham dan kawan-kawannya. Kitorang nak gi makan kat Ukay Perdana, dekat gan rumah baru aku. Kedai ne senang nak cari, 1st traffic light belok ke kanan. Nanti akan nampak shoplots sebelah kiri. Kat situlah kedai dia. Kedai ne best sikit, menyediakan tempat parking untuk pelanggan tapi parking tak banyak cuma ada 4 or 5 jer parking. Masa beroperasi setiap hari dari 9am - 9pm.

Sampai jer kat kedai, kitaorang dah ternampak logo halal besar kat cermin kedai. So kitaorang tak was-waslah nak makan kat kedai chinese food ne. Kebanyakkan pekerja dia pun muallaf. Makanan dia pada aku biasa jer, tekak masing-masing kan. Aku suka kedai ne service memang cepat, portion makanan memang banyak, harga berpatutan dan parking disediakan, yang lain-lain tu biasa jer.

E-01, Andaman Business Centre, Jalan Andaman Utama, Off Jalan Ukay Perdana



Parking untuk pelanggan

Special Fried Rice rm9.90
Nasi Goreng Belacan rm7.90
Char Hor fun rm8.90, kena try sedap giler
Claypot Chicken Rice rm8.90
Milo Valcano rm4.30
Chendol Bandung rm2.60
Lemon Tea rm2.90
Rainbow lychee rm4.90
Sprite Ribena rm4.30

Saturday, January 22, 2011

Jumaat 21/01/2011 Waroeng Penyet @ The Curve

Aku nak gi Kelana Jaya jumpa Izwan. Kitaorang nak gi The Curve. Kitaorang nak dinner kat sana. Kawan Izwan kata ayam penyet kat sana boleh tahanlah. 

Waroeng Penyet Lot 132, First Floor, The Curve, Mutiara Damansara
Milo Dinosaur rm3.90, Iced Lemon Tea
Ayam Penyet rm7.90
Ikan Bakar rm9

Thursday, January 20, 2011

Khamis 20/01/2011 Celadon Royal Thai Cuisine @ Pavillion

Petang ne, aku nak keluar jalan-jalan kat Pavi gan Ed. Pastu kitaorang nak gi dinner kat Celadon. Makanan sedap tapi mahal sikitlah.

Lot 6.37, Level 6, Pavillion 

Pandan Chicken rm16.90 4 biji
Steamed Crayfish rm32.90
Ice Blended Mocha rm14, Ice Blended Fresh Coconut rm13
Pineapple Fried Rice rm17.90
Tom Yam Seafood rm22.90

Rabu 19/01/2011 Ole Ole Bali @ Solaris Mont Kiara

Aku nak dinner kat Mont kiara. Kitaorang nak makan ala-ala Bali. Aku dan Hisham nak cuba kat kedai sini. Wow tempat dia memang menarik siot. Makanan dia pun sedap.

Ole Ole Bali, J-0G-15 & J-0G-16, Soho K.L, Solaris Mont Kiara


Barley Lime rm18
Ayam Betutu rm25
Ole Ole Trio rm38

Wednesday, January 19, 2011

Selasa 18/01/2011 Big Brother Restaurant & Grill @ Kota Damansara

Petang ne Adam ajak aku dinner kat Damansara. Kitaorang nak makan western food. Katanya boleh tahan makanan kat situ. Pukul 7.30 malam kitaorang gerak ke sana. Aku dah makan, boleh tahan makanan kat situ.

Big Brother Restaurant & Grill, NO. 3G, 3-1, Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damansara, PJU5

Mac & Cheese
Mushroom Soup & Garlic Bread
Spaghetti Bolognaise
Banana Blueberry Smoothie
Grilled Chicken Chop
Cheesy Meatball

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.