Horey hari ne cuti sebab kita menang bola semalam. Bos aku benggang jer sebab cuti hari ne. Pukul 2.30 tengahari aku nak keluar gan Ed. Kitaorang nak gi Midvalley nak jumpa siapa lagi kalau bukan 2 pompuan tu, Julia dan Wati.
Plannya kitaorang nak dinner awal sikit. Kitaorang nak gi Smokehouse kat Bangsar. Malam ne kan ambang tahun baru. Biasalah kalau nak gi Midvalleykan jem selalu, nak cari parking pun susah. Julia dan Wati dah ada kat sana. Mereka dah beli tiket nak tengok citer Tron Legacy pukul 4.20 petang.
Kitaorang dah habis tengok wayang, kitaorang terus ke Bangsar. Sampai sana hampir pukul 6 petang. Lagi 1 nak cari parking pun susah. Macam biasa aku ambik gambar sekitar Smokehouse. Aku serahkan pada mereka untuk pilih makanan.
Sekali datang makanan, mak hoi banyaknya makanan. Mereka ne kalau bab makan tak ingat dunia. Nasib baik badan mereka susah nak naik, kalau tidak mmmm. Kitaorang lepak sampai pukul 8 lebih. Pastu kitaorang blank nak kemana lepas ne. Perut dah kenyang rasa macam nak tidur jer. Last-last Bangsar dah dekat gan Damansara, kitaorang terus ke The Curve.
|
Roast Sirloin Steak with Yorkshire Pudding rm38 |
|
Smokehouse Salad rm8 |
|
Flower Shaped Dumplings Stuffed with Chicken & Nuts |
|
Otak-Otak |
|
Juicy Mango Chilled rm8 |
|
Mieng Kam rm15 |
|
Chicken & Mushroom Pie rm28 |
|
Poo Nim Tod rm18 |
No comments:
Post a Comment