Hello There!

Sunday, May 30, 2010

Balik Singapura





Masa ne aku balik Singapore naik kembara. Gambar ne masa aku nak balik K.L. Dah lama gambar ne sebab anak saudara aku dah besar panjang sekarang. Anak saudara aku yang pakai baju kurung warna coklat merah hati tu dah meninggal dunia.

BasikalKu


Ne lah basikal aku yang berwarna kuning, yang 1 lagi tu basikal Jazim. Aku dan Jazim beli basikal tu pada 29hb may 2009, pada hari jumaat lepas balik kerja. Beli basikal kat area rumah Jazim. Basikal aku rm250, basikal Jazim rm300. Hobi baru kami. Selepas beli kami pun meronda-ronda di sekitar Taman Dagang.

Saturday, May 29, 2010

Gaduh

Pagi hari cuti yang nyaman, aku ingat nak bangun lewat sikit. Selalu bangun awalkan. Semalam dahlah aku balik lambat berjumpa dengan kawan aku balik pukul 2.40 pagi. Selepas tu bersembang lagi lagi dalam bilik aku. Tidur hampir pukul 4.40 pagi. Pukul 6.10 pagi tiba-tiba aku dikejutkan bunyi yang kuat di luar pintu bilik aku. Aku terus menuju ke muka pintu, nasib baiklah pintu aku ada lubang kecil untuk mengintai. Aku lihat jiran aku, Leni sedang bergaduh. Jiran sebelah bilik aku seorang perempuan sedang bergaduh dengan balak dia. Bising yang teramat sangat, habis semua orang keluar bilik nak melihat apa yang terjadi.

Aku tetap dalam bilik aku. Aku lihat Leni tu tampar balak dia. Mereka bergaduh sampai keluar bilik. Balak tu pulak tarik rambut Leni tu sampai perempuan tu menjerit kesakitan. Leni kata jantan tak guna asyik nak @#$&% aku jer hari-hari. Aku dah tak suka kau lagi jangan datang rumah aku lagi. Balak tu tampar muka Leni tu. Balak tu kata kat Leni, kau dah banyak habiskan duit aku, kau nak blah macam tu jer, kau ingat aku apa. Kesian pulak aku tengok.

Abang driver bas yang tinggal bilik belakang pun keluar dan pergi melihat lebih dekat lagi. Abang driver yang bernama Man cuba bertanya apa yang telah terjadi. Balak tu marah kat abang Man, jangan nak masuk campurlah hal aku. Kang dengan kau sekali aku pukul. Abang Man kata ne rumah aku, kau dahlah datang sini buat bising, semua orang nak tidur, baik kau balik sekarang, kalau tidak aku panggil polis datang sini. Buat kacau jer kat rumah aku. Balak tu pun belah. Sebelum belah balak tu cakap kat Leni tu, nanti kau kalau aku jumpa kau kat luar, siaplah kau. Masa tu aku dah keluar bilik aku masa abang Man datang kononnya nak tolong jugak.

Selepas semua dah beres, abang Man pun balik ke belakang masuk bilik dia. Aku pun nak masuk balik bilik aku. Leni datang kat aku, dia kata celaka punya jantan. Aku pun tanya apa sebenarnya yang terjadi. Wah aku jadi pak kepo ne. Leni pun bukalah citer. Aku dengan Leni agak rapat, kalau apa-apa citer mesti Leni nak bagitau kat aku. Aku jadi pendengar jer. Leni kata, dia dengan balak tu dah kawan lama. 1 hari Leni nampak balak tu gan perempauan lain, tu yang buat Leni bengang tu. Leni dah cakap kat balak tu jangan jumpa dan datang sini lagi tapi balak tu nak datang gak. Masa balak tu datang Leni dah tak nak bukak pintu tapi balak tu kata kalau tak bukak, dia akan pecahkan pintu tengah tu. Sebelum masuk, ada 1 pintu tengah. Tu yang Leni takut. Leni pun bukaklah pintu. Leni marahlah balak tu, sana perempuan nak, aku pun nak, terus balak tu naik angin. Terjadilah pergaduhan.

Ooo tu ke citernya. Aku kata kat Leni sabar jer. Aku pun dah lalok ne. Aku kata kat Leni, aku nak sambung tidur balik, malas aku nak dengar citer dia lagi nanti sampai tengahari pun tak habis. Aku masuk bilik tengok jam pukul 7.50 pagi. Aku terus tidur.

Monday, May 24, 2010

Gambar Lama



Gambar masa aku kanak-kanak lagi. Kelakar tengok gambar aku masih kecik kurus dan hitam. Tahun berapa aku tak ingat. Dulu aku tinggal di kampung Mandai Kecil di Singapura. Sebelah kampung aku adalah kampung Lorong Fatimah. Kampung aku dekat dengan kastam Woodlands. Kampung aku kedudukan rumahnya bersepah-sepah, tak macam kampung Lorong Fatimah tersusun memanjang. Kalau air pasang besar, selalunya pada bulan 12 setiap tahun, pasti kitaorang mandi-manda. Rumah aku bahagian depan, kalau orang kampung nak keluar ke bandar pasti berjalan di tepi rumah aku. Rumah Suhaimi bahagian belakang kampung. Dulu orang kata rumah aku darat, rumah Suhaimi laut. Rumah Suhaimi ada kolong sebab kalau air pasang rumah dia naik air. Kalau air pasang besar sampai jejak ke surau, semua orang kampung mandi. Seronok pada masa itu.

Seronok sangat masa dulu. Aku dengan Suhaimi pergi ke laut cari ketam, kupang, gemis, ketam batu dicelah akar pokok bakau ambil sepitnya jer dan lokan, dah dapat banyak bakar tepi laut dan makan bersama kicap manis dan cili hijau potong. Wow sedapnya. Aku masih ingat lagi bila aku ke laut cari lokan bersama Suhaimi. Tiba-tiba bapak aku panggil nama aku dari darat. Apa lagi aku kena bantai dengan ranting kayu. bapak aku tak suka aku pergi ke laut takut aku hilang. Hehehe. Masa dulu ramai orang cina terutama perempuan cina datang ke kampung aku mencari kepah. Di antara jam 2 petang, mereka mulai datang. Balik dah nak maghrib. Kalau balik tak berguni-guni tak sah. Mereka pikul macam cerita Wahid Satay yang menjual satay di waktu malam.
Ada nyonya yang dah bongkok pun datang nak cari kepah. Aku pernah tengok bagaimana mereka mencari kepah. Mereka menggunakan cangkul kecik, sebab itu cepat dapat banyak. Kalau air belum surut lagi mereka sanggup tunggu sampai air surut.

Sedih bila aku dapat tau kampung aku nak dirobohkan. Dikhabarkan nak diperbesarkan kastam Woodlands. Suhaimi pindah dulu dari aku sebab tanah yang orang kampung tinggal terbahagi dua. Bahagian depan iaitu rumah aku tanah Malaysia dan tanah bahagian belakang iaitu rumah Suhaimi tanah Singapura. Jadi sesiapa tinggal di tanah Singapura kena berpindah dulu. Pemerintah Singapura akan memberi pampasan kepada mereka mengikut keluasan tanah mereka dan mereka diberikan sebuah flat. dulu-dulu orang kat sana panggil flat bukan apartment. Jadi bahagian belakang kampung dah kosong, banyak orang kampung dah berpindah. Lama kelamaan semak jadi belukar, belukar pun jadi hutan. Masa family aku pindah, aku masih belajar di K.L. Aku tak dapat balik sebab ada peperiksaaan. Masa cuti, aku balik Singapura, balik ke rumah baru. Aku call Suhaimi ajak dia ke kampung lama kitaorang. Sedih teringat kenangan masa lalu. Aku tengok tapak rumah aku dah semak samun. Rumah Suhaimi terus tak nampak tapak sebab dah banyak tumbuh pokok hutan. Lama jugak pihak pemerintah Singapura nak bangunkan kampung aku itu.

Sunday, May 23, 2010

Sekolah Dato Jaafar (SDJ)


Ne lah badge sekolah menengah aku dulu.


EMPAT BATANG GADING GAJAH melambangkan 4 matlamat sekolah:
1. Kecemerlangan Akademik.
2. Kecemerlangan Perusahaan.
3. Kecemerlangan Kerohanian.
4. Kecemerlangan Jasmani.
PELITA di kepala melambangkan sinar ilmu pengetahuan.
WARNA : KUNING bermaksud Kepemimpinan, HITAM bermaksud Kesetiaan
MERAH bermaksud Keberanian.

COGAN KATA : BERILMU BERJASA yang membawa maksud “Manusia yang Berilmu Itu, Kukuh Kedudukannya”.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar atau lebih sinonim dengan panggilan SDJ bermula sebagai Sekolah Menengah Inggeris pada 2 Januari 1961. Bangunan asal yang digunakan ialah Istana Bukit Senyum yang pernah didiami oleh Allahyarham Dato’ Jaafar, Menteri Besar Johor yang pertama dan sebuah lagi bangunan yang terletak berhampiran dengannya. Sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Dato’ Jaafar pada 2 Januari 1964. Pada awalnya, Sekolah Dato’ Jaafar memulakan sesi persekolahan dengan 12 buah bilik darjah, sebuah bengkel kerja kayu, sebuah bengkel kerja logam dan kantin. Ketika itu, terdapat seramai 625 orang pelajar dan 25 orang guru sahaja termasuk pengetuanya En. J.G Putucheary.

Sejak ditubuhkan, SDJ sehingga kini telah ditadbir oleh 9 orang pengetua iaitu:-
1. En. J.G Putucheary (1961-1970)
2. En. Austin Hooi Peng Chein (1971-1972)
3. En. Harbhajan Singh (1972-1991) - Guru Besar aku
4. En. Ahmad Atil (1991-1992)
5. Tn. Hj. Abdullah Idrus (1992-2004)
6. Tn. Hj. Hamid Abu Hassan (1995-1999)
7. En. Mohd Sharipudin Mahmod (1999-2004)
8. En. Siow Yee Woo (@004-2006)
9. En. Goh Chee Kiat (2006-Sekarang)
Kemudahan infrastruktur di SDJ semakin bertambah baik. Pada tahun 2001, 2 blok tambahan baharu iaitu blok F dan blok G telah dibina khusus untuk menempatkan pelajar tingkatan 6. Seawal tahun 1987 lagi, sekolah ini telah memulakan pengambilan pelajar tingkatan 6 dalam aliran sastera dan pada 2002 pula bermulanya pengambilan pelajar tingkatan 6 dalam aliran sains. Pada tahun 2004, SDJ telah dilengkapkan dengan sebuah makmal komputer untuk para pelajar. Pada tahun 2005, pihak Jabatan Pelajaran Johor telah meluluskan pembukaan 2 kelas ‘Rancangan Khas’ atau premier untuk pelajar tingkatan 1 di sekolah ini dan sehingga sekarang SDJ merupakan salah sebuah sekolah premier yang terkenal di Johor Bahru.
Adalah diharapkan SDJ akan terus menerajui kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum bersesuaian dengan motto sekolah iaitu ‘Berilmu dan Berjasa’.



Sekolah Dato Jaafar (SDJ) JAAFARIAN OLD BOYS
DATO JAAFAR SEKOLAH PUTRA!
Information

Category:
Student Groups - Alumni Groups
Description:
This is Sekolah Dato Jaafar JB!
Welcome current and ex-jaffarian student!
We hope with this group, we can meet our old friends or even our beloved teachers again.
Enjoy guys, lets make this group useful and yourself at home.
Dont forget to invite others!
Berilmu Bersasa!
Privacy Type:
Open: All content is public.

Officers


Hantu Kubur
Biro Kebajikan
Mohamad Hafezul
Samseng Majidee
Amin Khairuddin
Pengawas Perpustakaan
Fezrul Khan Junaidi
Punk Kobis
Syed Syahrul Zarizi
Taiko Tiram

Rumah

Sudah nak masuk bulan Jun 2010. Aku rasakan memang masa cepat berlalu. Aku pergi ke birah tingkat, aku lihat dari atas bilik aku, ternampak seorang makcik tengah membersihkan halaman rumah dia. Bilik aku menghadap rumah teres 1 tingkat. Aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku mempunyai rumah, tak kisahlah rumah teres ke pangsa atau kondo, yang penting rumah.

Aku dah lama tinggal di K.L. Alhamdulillah dengan kerja yang seadanya, aku dah dapat memiliki sebuah apartment walaupun tidak mahal harganya, yang penting dengan titik peluh aku sendiri. Sebenarnya sudah lama aku mengidamkan sebuah rumah untuk aku berteduh. Sudah rezeki aku, aku mendapat rumah dengan harga tidak mahal sangat dan yang penting bagi aku, lokasinya tidak jauh dari tempat aku berkerja dan dari rumah aku sekarang.

Aku banyak membaca, mendengar dan melihat di kaca tv, kisah-kisah orang yang membeli rumah tetapi rumah tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kesian nasib mereka yang mengalami situasi begitu. Membeli sebuah rumah idaman memang menjadi keutamaan bagi setiap orang, apatah lagi jika sudah mampu untuk membelinya. Kebanyakkan orang yang berada, mereka boleh membeli rumah yang telah siap dibina dahulu baru dijual kepada pembeli atau membeli rumah dari orang kedua. Tetapi kalau orang macam aku, seolah-olah aku membeli rumah atas angin. Tapak ada cuma rumah belum didirikan lagi dan yang pastinya menunggu 3 tahun untuk diduduki.

Aku masih ingat waktu aku membeli rumah pada tahun 2004. Orang ramai berpusu-pusu untuk "booking" hanya sebuah unit apartment. Harga dan lokasi memang terbaik pada masa itu. Model rumah yang dipamirkan untuk tatapan pembeli memang bagus. Aliran pelan lantainya cukup aku berkenan. Pada masa itu aku rasa sungguh beruntung kerana apartment itulah yang paling strategik yang berada dekat dengan bandar. Dikelilingi oleh pasarana yang sudah dibangunkan. Jalan menuju ke bandaraya hanya mengambil masa 15 minit dari apartment. Nama apartment dan tempat lokasi biarlah rahsia.

Siapa yang tidak gembira kalau ada rumah sendiri. Apatah lagi kalau nak masuk rumah yang baru dibelinya. Rasa macam tak sabar nak menunggu saat itu kan. 3 tahun rasa macam lama tapi pejam celik pejam celik sudah hampir 3 tahun berlalu. Aku rasa aku sudah menjadi mangsa rumah angin. Masa mula-mula pembinaan, semua berjalan dengan lancar. Aku selalu jugak mengikuti perkembangan projek perumahan aku itu. Tetapi sampai 1 tahap lebih kurang 80% siap, projek itu aku melihat ada tanda-tanda nak terbengkalai. Memang jangkaan aku benar belaka. Baru aku faham sekarang perasaan pembeli yang menjadi mangsa oleh pemaju-pemaju yang tidak memikirkan nasib pembeli mereka itu.

Sudah masuk tahun 2010, masih tidak nampak ada ciri-ciri aku untuk mendapat kunci rumah baru. Aku hampir putus asa dan tidak teruja langsung untuk rumah baru ini. Harapan yang dicanangkan tahun lepas pada aku oleh orang yang menguruskan kes rumah terbengkalai juga tidak berkesan. Harapan tinggal harapan. Macam-macam cerita aku dengar pasal projek perumahan ini, telinga aku dah malas nak masukkan input-input itu. Aku pernah juga melawat tapak projek itu namun tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Aku sekarang bertawakal aje, dah malas nak fikir apa-apa, tengok sampai tahun 2011 macam mana, ada perubahan ke tidak. Kalau ada orang nak membeli rumah baru diharap berhati-hati dan cuba mencari pemaju yang tiada masalah langsung tentang modal. Aku cuba menghubungi pihak bank bertanya tentang payment. Pihak bank mengatakan payment every month disalurkan pada pihak pemaju. Itu yang aku tak faham, kalau dah disalurkan, mana hasilnya. Mmmmm entahlah macam aku kata tadi, aku dah malas nak fikirkan. Kalau siap, siaplah projek itu.

Aku cuma terkilan 1 aje. Aku kesian pada ibubapa aku yang nak sangat tinggal dengan aku di K.L. Mereka asyik tanya bilakah rumah aku nak disiapkan. Sampai pada 1 tahap, aku mengalirkan air mata untuk menjawab soalan itu sebab jawapan yang nak diberikan tidak ada. Kalaulah aku ada kuasa yang membolehkan aku bina sampai siap akan aku buat. Mak akulah yang asyik bertanya bila rumah aku nak siap, sampai mak aku kata tah-tah mak aku tak sempat untuk tinggal dengan aku kot. Itu yang membuatkan aku sedih. Kalaulah aku orang yang berada, kan bagus.


Gambar Dinding


Aku dah tukar gambar baru. Gambar lama background warna biru. Sekarang warna pink hehe. 

Saturday, May 22, 2010

Juara Akedemi Fantasia 8


Juara - Shahir



Naib Juara - Adira



Tempat ke 3 - Daus



Tempat ke 4 - Maulana


Tempat ke 5 - Iwan


Tak sangka Iwan dapat tempat ke 5. Aku ingat Daus tempat ke 5. Adira memang dah juara, nampak penyanyi pro. Konsert akhir AF kali ini memang bagus dibandingkan dengan konsert yang lepas-lepas. Semua lagu bagus-bagus cuma lagu single Daus kurang sikitlah. Lagu single Adira dan Shahir sedap.
















Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.