Hello There!

Friday, May 14, 2010

13/05/2010

Aku bangun pukul 6 pagi. Aku breakfast mee goreng yang mak aku buat gan air kopi. Aku keluar rumah pukul 7.30 pagi. Aku, bapak aku gan Ismail, suami Kiah pergi buat permit bapak aku. Ismail tolong hantarkan. Sebelum tu Ismail nak tunggu anak dia gi kerja dulu, baru datang rumah aku. Aku, bapak aku dan Ismail masuk kereta menuju ke Wisma Persekutuan. Jalan tak jem, cuaca pun ok.

Sampai kat Wisma Persekutuan pukul 8.20 pagi, aku dan bapak aku terus ke tingkat 2. Ismail tak ikut, dia tunggu dalam kereta. Sampai ke tempat permit, aku terus ke kaunter. Selepas semua borang aku disemak, aku diberikan nombor 5002. Lama gak aku tunggu. Di skrin  nombor baru 3001. Nombor aku ditekan, aku terus ke kaunter nombor 4. Sorang perempuan bertudung biru menyambut dengan senyuman tak ikhlas. Aku bersuara "Selamat pagi". Perempuan yang bernama Halimah sambut kembali "Selamat pagi". Aku pun serahkan segala dokumen pada Halimah (nama kampung sangat).

Check punya check, rupa-rupanya aku tak boleh jadi penaja bapak aku sebab alamat dalam i/c aku alamat K.L. Celaka. Terjadi perbalahan disitu. Aku naik angin. Aku cakap kat Halimat , last time masa i datang ada 1 perempuan mengandung tu, KENAPA dia tak cakap kat i sedangkan masa tu dia dah tengok i/c i. Dia cuma bagi borang dan suruh i cop lawyer jer. Pastu aku tunjukkan surat beranak aku yang beralamat di Johor Bahru. Darah aku dah naik sampai kepala. Aku kata tak kisahlah alamat kat mana pun, janji aku ne anak bapak aku. Aku datang jauh-jauh habis masa dan tenaga aku semata-mata kerana alamat K.L. Halimah tergamam. Aku nak cakap F... jer. Jawapan yang aku terima sama jer TIDAK BOLEH. Celaka kerana alamat aku kat K.L semua tak jalan. Aku tak paham. Halimah kata kalau nak jadi penaja mesti beralamat kat Johor. Soalan aku belum Halimah jawab. KENAPA perempuan mengandung tu tak cakap kat aku awal-awal?. Jawapan Halimah dia tak tau. CELAKA, aku cakap kat depan Halimah. Pastu tu datang seorang macam pegawai atasan lah. Yalah aku dah bising semua orang tengok. Agak ramai gak orang nak buat permit pada pagi tu. Orang atasan tu bernama Majid. Dia tanya aku apa masalahnya. Aku dah panas ne terus menjawab. Saya nak buat permit untuk bapak saya ne, tiba-tiba Cik Halimah ne kata saya tak boleh buat sebab i/c saya alamat K.L. Majid nak bersuara, aku terus cakap lagi. Dulu masa saya ambik borang kat kaunter, ada 1 perempuan mengandung, saya dah lupa namanya, dia dah tengok i/c saya kenapa dia tak bagi tau saya yang saya tak boleh buat sebab i/c saya alamat K.L. Tu yang saya tak puas hati ne. Dahlah saya datang jauh-jauh semata-mata nak buat permit bapak saya. Tiba-tiba jadi macam ne. Sapa yang tak panas hati. Ingat Kitaorang ne rakyat Indo ke.Lalu Majid bersuara".
En Zaidi tu memang dah termaktub dalam perlembagaan kami, kalau sesiapa yang nak menaja seorang tu beliau mestilah warganegara Malaysia atau beralamat di tempat beliau dilahirkan. Dalam kes En. Zaidi ne, En Zaidi memang warganegara tetapi alamat En. Zaidi alamat K.L, jadi kami tak boleh buat apa-apa kecuali En. Zaidi boleh buat kat K.L.
Kalau saya nak buat kat K.L, dah lama saya buat, masalahnya sekarang bapak saya dah tak kuat lagi untuk berjalan jauh, sebab tu saya datang ke sini. Alamat pun boleh jadi problem. Dahlah bagi saya borang baru. Saya nak cepat ne. Lain kali bagi memo kat semua staf sini, cakap alamat K.L tak boleh jadi penaja kena alamat Johor. Paham, menyusahkan orang jer. Dahlah banyak cakap dari kerja. Tu orang kat kaunter ambik nombor tu tengok sikit ada ke boleh tidur masa kerja, baru pukul 8 lebih pagi, malam curi ayam ke?. Aku kata kat Majid.  Halimah pun ambik borang baru bagi kat aku. Aku masih tak puas hati lagi ne, rasa macam nak cari jer perempuan yang mengandung tu. Bapak aku tolong sabarkan aku. Masa tu aku rasa macam bos, marahkan staf yang tak tau buat kerja. Aku tanya lagi kat Majid, Kalau kakak saya yang jadi penaja boleh. Majid kata boleh. Aku jawab balik, setahu saya orang perempuan boleh ke angkat sumpah, kan ada borang yang nak diangkat sumpah. Majid kata boleh. Ok nanti kalau kakak saya datang, orang lain kat kaunter kata tak boleh pulak, saya saman semua orang kat sini. Aku terus blah gan bapak aku. Wah kena buat semula dari A to Z. Celaka. Aku kesian kat bapak aku dah 3 kali buat semua tak boleh. 

Pastu aku gan bapak aku masuk lif turun bawah. Aku kol kakak aku Ruby. Ceritakan apa yang dah berlaku. Aku suruh Ruby jadi penaja bapak aku. Ismail dah tunggu kat kereta. Mula-mula kitaorang nak minum kopi kat area situ, tak jadi sebab aku dah tension. Dalam kereta aku citer kat Mail. Mail kata bodoh. Kereta terus gi Larkin. Dalam kereta aku kol mak aku. Aku citer semuanya. Aku tengah marah ne. Aku kata kat mak aku, aku suruh Ruby jadi penaja bapak aku. Aku dah nak sampai kat Larkin. 

Sampai kat Larkin, aku terus ke kaunter Bas Transnasional. Aku tanya bas ke K.L pukul 10 pagi ada lagi tak? Kakak bertudung biru, kata ada tapi bas 2 tingkat. Aku tak suka bas 2 tingkat, sempit.  






Pastu aku ke kaunter Syarikat Maju Bhd. Tempat duduk ada kosong lagi yang nak ke K.L. Aku setuju terus aku bayar rm31. Aku jumpa bapak aku dan Mail kat kedai mamak. Kitaorang makan. Aku makan roti telur gan teh ais. Bapak aku makan nasi goreng gan telur dadar plus teh tarik. Mail makan sama gan aku plus teh o ais. Bapak aku belanja. Aku kol mak aku kata tiket bas aku pukul 10 pagi. Selamat tinggal mak. Selepas aku salam gan Mail dan ucapkan terima kasih, aku gi salam cium lak bapak aku. Aku pun terus naik bas.Masa tu jam dah pukul 9.20 pagi. Bas aku nombor 28, plat JLU859, seat aku 9B. Tapi tiket aku tunjuk pukul 9 pagi. Boleh. Bas aku pukul 9.45 pagi dah bergerak. Dalam bas aku macam tak percaya ramai orang bangla yang nak gi K.L, tempat duduk ada gak yang kosong. Cuma ada 18 orang termasuk 2 driver. Bas berwarna merah dalam dan luar. Aku duduk sorang sebelah aku takde orang.

Aku sampai kat Plaza Tol Skudai pukul 10 pagi. Cuaca kat luar agak panas. Bas terus bergerak. Bas masuk Tol Yong Peng pukul 11.30 pagi, terus Ke Ming Ang Restaurant untuk berhenti makan. Aku turun terus ke toilet. Toilet free. Pastu aku beli chipster rm3.30, chocho's rm2.80, fox's fruits flavour rm3.20, Almonds chocolate rm3.80 dan 100 plus tangerin oren rm1.80. Restaurant besar, banyak kedai makan, banyak gak bas persiaran datang. Driver bas aku melayu, aku tak tahu kenapa dia berhenti kat kedai cina. Ada sebuah kedai melayu ditengah-tengah kedai cina. Driver bas dah masuk dalam bas, dia bukak citer "Back to the Future". Bas bergerak pukul 11.45 pagi. Driver bas dah bertukar, yang mula-mula drive dah ke belakang bas untuk tidur.

Kuala Lumpur 220km lagi. Mama sms aku tanya bila balik K.L. Aku jawab, dalam bas sekarang. Mama sms lagi, balik Ampang or Permata. Aku balas Ampang. Jazim kol aku, aku tak dengar. Aku tengok kat hp ada 1 miss call. Aku kol Jazim balik, dia tak angkat. Pastu Jazim kol aku balik. Nombor opis tertera. Aku citer semua kat Jazim pasal buat permit tu tapi yang bab aku marah, aku tak citer kat Jazim biar dia baca blog aku. Kuala Lumpur 181km lagi. Sampai Tol Sungai Besi pukul 2.15 petang. Bas aku terus ke Bukit Jalil. Aku naik train terus ke Ampang harga rm2. Sampai rumah Jazim pukul 3.30 petang. Aku buat rutin biasa bersihkan kucing., pastu aku nak gi UO nak masak. Hujan turun dengan lebat. Aku nak masak dinner sebab aku tension. Pergi UO, aku beli sayur kangkung, bawang besar, bawang putih, cili merah, telur, kepak ayam dan buah tembikai susu semua berharga rm28.40.

Balik rumah aku masak ayam masak kicap, sayur kangkung dan telur dadar. Jazim balik kerja pukul 5.50 petang. Jazim dah balik, aku dah siap masak.,Aku tengah tunggu American Idols. Pastu kitaorang makan. Masa nak makan Radhi kol Jazim, nak ajak dinner sebab dia nak balik rumah jalan jem. Jazim kata dia makan kat rumah sebab Bobo masak. Terus Radhi datang nak makan. Nasib baik aku masak lebih sikit. Aku ingatkan Jazim balik gan Umi, sebab tu aku masak lebih sikit. Radhi langkah kanan. Kepak ayam aku beli 6, tinggal 2 kepak jer. Jazim kata aku masak sedap cuma telur dadar kurang masin sikit. Aku takut nak letak lebih kang termasin lak, yang lain semua sedap. Yalah kan aku kalau masak bab kicap memang klas. Hehehe. Dah habis makan Radhi pun nak balik. Pastu aku baru keluarkan buah tembikai susu saja tak nak bagi Radhi makan. Hehehe. Malam sikit Khairul adik Jazim datang rumah sebab nak basuh baju dan langsir. Pukul 11 lebih kitaorang masuk tidur tinggal Khairul tengah main internet.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.