Hello There!

Sunday, May 23, 2010

Rumah

Sudah nak masuk bulan Jun 2010. Aku rasakan memang masa cepat berlalu. Aku pergi ke birah tingkat, aku lihat dari atas bilik aku, ternampak seorang makcik tengah membersihkan halaman rumah dia. Bilik aku menghadap rumah teres 1 tingkat. Aku terfikir alangkah bagusnya kalau aku mempunyai rumah, tak kisahlah rumah teres ke pangsa atau kondo, yang penting rumah.

Aku dah lama tinggal di K.L. Alhamdulillah dengan kerja yang seadanya, aku dah dapat memiliki sebuah apartment walaupun tidak mahal harganya, yang penting dengan titik peluh aku sendiri. Sebenarnya sudah lama aku mengidamkan sebuah rumah untuk aku berteduh. Sudah rezeki aku, aku mendapat rumah dengan harga tidak mahal sangat dan yang penting bagi aku, lokasinya tidak jauh dari tempat aku berkerja dan dari rumah aku sekarang.

Aku banyak membaca, mendengar dan melihat di kaca tv, kisah-kisah orang yang membeli rumah tetapi rumah tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kesian nasib mereka yang mengalami situasi begitu. Membeli sebuah rumah idaman memang menjadi keutamaan bagi setiap orang, apatah lagi jika sudah mampu untuk membelinya. Kebanyakkan orang yang berada, mereka boleh membeli rumah yang telah siap dibina dahulu baru dijual kepada pembeli atau membeli rumah dari orang kedua. Tetapi kalau orang macam aku, seolah-olah aku membeli rumah atas angin. Tapak ada cuma rumah belum didirikan lagi dan yang pastinya menunggu 3 tahun untuk diduduki.

Aku masih ingat waktu aku membeli rumah pada tahun 2004. Orang ramai berpusu-pusu untuk "booking" hanya sebuah unit apartment. Harga dan lokasi memang terbaik pada masa itu. Model rumah yang dipamirkan untuk tatapan pembeli memang bagus. Aliran pelan lantainya cukup aku berkenan. Pada masa itu aku rasa sungguh beruntung kerana apartment itulah yang paling strategik yang berada dekat dengan bandar. Dikelilingi oleh pasarana yang sudah dibangunkan. Jalan menuju ke bandaraya hanya mengambil masa 15 minit dari apartment. Nama apartment dan tempat lokasi biarlah rahsia.

Siapa yang tidak gembira kalau ada rumah sendiri. Apatah lagi kalau nak masuk rumah yang baru dibelinya. Rasa macam tak sabar nak menunggu saat itu kan. 3 tahun rasa macam lama tapi pejam celik pejam celik sudah hampir 3 tahun berlalu. Aku rasa aku sudah menjadi mangsa rumah angin. Masa mula-mula pembinaan, semua berjalan dengan lancar. Aku selalu jugak mengikuti perkembangan projek perumahan aku itu. Tetapi sampai 1 tahap lebih kurang 80% siap, projek itu aku melihat ada tanda-tanda nak terbengkalai. Memang jangkaan aku benar belaka. Baru aku faham sekarang perasaan pembeli yang menjadi mangsa oleh pemaju-pemaju yang tidak memikirkan nasib pembeli mereka itu.

Sudah masuk tahun 2010, masih tidak nampak ada ciri-ciri aku untuk mendapat kunci rumah baru. Aku hampir putus asa dan tidak teruja langsung untuk rumah baru ini. Harapan yang dicanangkan tahun lepas pada aku oleh orang yang menguruskan kes rumah terbengkalai juga tidak berkesan. Harapan tinggal harapan. Macam-macam cerita aku dengar pasal projek perumahan ini, telinga aku dah malas nak masukkan input-input itu. Aku pernah juga melawat tapak projek itu namun tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Aku sekarang bertawakal aje, dah malas nak fikir apa-apa, tengok sampai tahun 2011 macam mana, ada perubahan ke tidak. Kalau ada orang nak membeli rumah baru diharap berhati-hati dan cuba mencari pemaju yang tiada masalah langsung tentang modal. Aku cuba menghubungi pihak bank bertanya tentang payment. Pihak bank mengatakan payment every month disalurkan pada pihak pemaju. Itu yang aku tak faham, kalau dah disalurkan, mana hasilnya. Mmmmm entahlah macam aku kata tadi, aku dah malas nak fikirkan. Kalau siap, siaplah projek itu.

Aku cuma terkilan 1 aje. Aku kesian pada ibubapa aku yang nak sangat tinggal dengan aku di K.L. Mereka asyik tanya bilakah rumah aku nak disiapkan. Sampai pada 1 tahap, aku mengalirkan air mata untuk menjawab soalan itu sebab jawapan yang nak diberikan tidak ada. Kalaulah aku ada kuasa yang membolehkan aku bina sampai siap akan aku buat. Mak akulah yang asyik bertanya bila rumah aku nak siap, sampai mak aku kata tah-tah mak aku tak sempat untuk tinggal dengan aku kot. Itu yang membuatkan aku sedih. Kalaulah aku orang yang berada, kan bagus.


No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.