Hello There!

Thursday, May 6, 2010

06/05/2010

Pagi ne Jo dah serahkan surat berhenti kerja. Notis 1 bulan. Jo tanya kat aku, aku tak sedih ke dia nak berhenti. Aku cakap perasaan aku bercampur baur., tapi banyak ke arah sedihlah, sebab Jo banyak gak tolong aku. Tolong aku belikan tiket, hantar aku balik, kadang-kadang tu kena hujan selepas hantar aku balik rumah. Bab-bab macam tu yang buat aku menghargai pertolongan Jo. Jo tidak pernah mengatakan tidak pada aku, tapi bab kerja aku tidak dapat menolonglah . Dah suratan.

Jo dah cakap kat aku, jangan bagitau sesiapa yang dia nak berhenti. Walaupun pada kawan yang dah lama berhenti dari opis ne. Aku lama berbual gan Jo pasal kes ne. Dia dah lama nak berhenti cuma dia nak cari masa yang sesuai sebab sekarang ne kerja banyak nak buat, nanti kalau semua dah slow down baru dia berhenti. Bagus gak macam tu.

Semalam aku hantar baju untuk dipendekkan kat Carrefour pukul 10.45 pagi. Aku kata kat orang tu nanti pukul 5.30 petang, aku datang ambik. Dia kata ok. 5.30 petang aku datang, tengok-tengok baju aku belum siap baru nak potong. Geram giler aku. Kata boleh siap. Aku pun kata esoklah aku ambik dengan nada geram. Kalau esok tak siap gak. Siaplah nak kena maki dengan aku.

Tadi lunch time aku suruh Jo ambikkan baju aku. Kena bayar rm25 untuk 5 baju. Sebelum lunch time Jazim kol aku, dia nak lunch gan aku kat area opis aku. Terkejut aku. Aku kata ok. Aku tunggu Jazim kat bus stop. Pukul 1.15, Jazim sampai. Kitaorang makan kat bawah pokok. Makan nasi campur. Harga nasi Jazim rm6 plus air sirap. Nasi aku rm6.80 plus teh ais. Masa makan kitaorang berbual pasal kerja dan kucing. Jazim kata Joey jatuh dari atas sangkar ke lantai. Mak datuk nasib baik kaki tak patah. Jazim lupa nak tutup pintu sangkar kecik tu, nanti peluang nak menang kat show tipis, kalau kaki dah tempang, wah macam boleh menang. HeHeHe.

Pukul 1.45, Jazim hantar aku balik opis. Petang, Jo hantar aku balik rumah naik motor. Malam, Jazim kol aku, nak ajak aku dinner dan ajak tidur rumah dia. Aku kata ok. Aku kata boleh ambik sekali paper putih yang aku dah kumpulkan untuk kucing. Sebelum balik kitaorang nak beli mangga dulu, tapi tak jadi sebab dah lambat. Jazim jumpa kawan dia balik lambat, pastu nak hantar kawan dia balik ke Setapak pastu baru jumpa aku. Kitaorang dinner kat mee kari. Aku makan sup campur gan teh ais harga rm8. Jazim makan nasi lemak gan paru plus teh o ais harga rm6.80. Pas makan balik rumah Jazim. On the way balik, dalam kereta, aku kol Mama. Mama cakap Jazim tak bagi tau Mama yang cucu dia (hehehe) jatuh dari cage. Nasib baik Mama tengok kat blog aku. Kalau tak Mama tak tau citer pun. Jazim kata dia lupa nak citer kat Mama. Sampai rumah rutin macam biasa. Pastu mandi dan tengok tv3 citer Noktah Erma. Menarik. Habis citer tu terus tidur.

2 comments:

  1. mama rasa sedih dgn kisah jo.
    jaz call n beritau.

    jaz tak cerita pun cucu mama jatuh dr cage

    ReplyDelete
  2. mama rasa sedih dgn kisah jo.
    jaz call n beritau.

    jaz tak cerita pun cucu mama jatuh dr cage

    ReplyDelete

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.