Pagi, rutin macam biasa, pagi ne Pakcik Nor tak ambik aku sebab Jazim hantar aku ke opis. Dia tak kerja sebab sabtu Hari Pekerja. Opis dia backward pun boleh. Bestkan. Kalau macam aku rugilah. Hari khamis aku dah bagitau kat Pakcik Nor. Kitaorang breakfast kat As-salam.
Kitaorang pun menuju ke Wangsamaju selepas breakfast. Dalam perjalanan tu, Jazim kata nak buang air lak. Aku cakap kat dia, buang jer kat opis aku. Dia kata segan. Aku kata takde orang cuma setiausaha jer yang ada, budak lain belum datang lagi. Sampai kat opis, Jazim pun masuk dan buang air. Pastu aku keluar gan kawan aku gi breakfast dan Jazim pun balik sebab dia banyak kerja nak settlekan.
Petang, aku dah tak kisah gan Tam lagi. Aku tumpang gan Jo balik rumah naik motor. Nasib baik hari tak hujan. Jo nak balik rumah dulu sebab bag duit dia tertinggal kat rumah. Pergi rumah dia dulu pastu baru kitaorang gi Ampang. Jo nak copy citer Bila Cinta Bertasbih, tapi pen drive dia tak cukup. Dia pun balik rumah. Aku ucapkan terima kasih.
Sampai kat rumah, Jazim tengah bersihkan kucing. Pastu nak gi ambik Mama kat lrt Ampang. Mama datang dari Melaka. Pastu kitaorang gi dinner.
No comments:
Post a Comment