Hello There!

Thursday, May 13, 2010

12/05/2010

Bangun pagi seperti biasa pukul 6. Rutin pun seperti biasa. Breakfast tempat biasa As-salam. Aku makan roti kosong gan kari dan sambal plus teh ais. Jazim makan roti kosong gan gula plus kopi o ais. Pagi ne aku nak balik Johor sebab aku nak uruskan permit bapak aku. Masa makan aku sms mama bagitau aku nak balik Johor. Mama balas ok.

Pas breakfast Jazim hantar aku ke LRT Ampang. Bas aku pukul 10.30 pagi. Semalam Jo dah belikan aku tiket kat bengkel Mara. Kat lrt Ampang ramai orang nak gi ke tempat masing-masing, yalah kan hari ne hari bekerja. Aku sampai kat Bikit Jalil around 8.30 pagi, terus aku telefon kakak aku Ruby. Ruby tengah tunggu mak aku kat klinik. Aku berbual panjang gan Ruby. Pastu aku gi minum kat sebelah lrt. Sebelum tu aku gi toilet dulu, buang apa yang patut. Masuk toilet free. Hehehe. Aku minum teh ais gan mee goreng plus ayam goreng harga rm8. Aku tunggu kat situ hingga pukul 10.15 pagi. aku bayar, aku terus gi ke tempat bas sementara.

Aku berjalan-jalan tengok keadaan sambil ambik gambar. Cuaca panas giler walaupun belum masuk tengahari lagi. Aku sms Jazim bagitau aku dah sampai Bukit Jalil. Jazim balas dia baru nak gi meeting. Aku balas balik good luck. Pastu aku kol opis. Bas aku tak muncul lagi. Ne dah hampir 10.30. Tengok-tengok ada bas ke Singapore-K.L. Rupa-rupanya bas tu dah digabungkan gan nak gi Johor. Aku terus naik sebab kat luar panas. Bas plat no. WMT 6405, seat aku 4C, sebab dah gabung semua penumpang main duduk jer dah tak ikut nombor. Nasib baik aku naik dulu. Aku duduk seat sorang. Driver bas kata duduk kat mana-mana jer. Bas lambat pukul 11 baru jalan. Bas dah jalan barulah aku tulis untuk blog takut tak ingat lagi pun aku tak bawak laptop.

Aku suka naik bas Transnasional, selamat, walaupun kadang-kadang lambatkan, tapi 1 jer aku paling benci, setiap kali aku naik pasti ada lalat kat dalam bas. Dari mana datangnya lalat tu aku tak tahu. Dalam bas orang tak ramai sangat, adalah 2, 3 tempat kosong lagi. Bangsa india dan cina pun ada. Aku akan turun kat Larkin pastu bas ne akan terus ke Singapore. Bas bergerak dengan lancar. Highway so far tak jem. Cuaca kat luar dah mendung. Semasa aku menulis aku dah nak sampai Seremban. Aku rasa bas yang aku naik ne drivernya bawak laju gak. Orangnya agak tua dan berkulit gelap.

Aku teringat semasa aku breakfast gan Jazim tadi. Jazim tengah fikir tentang percutian kitaorang dah tinggal 2 minggu lagi. Nak bercuti kat K.L atau nak ke pantai timur. Kat highway plus ne banyak betul lori dan lari tangki minyak. Aku benci betul gan orang India kat belakang aku ne. Hp dia asyik berbunyi dari Bukit Jalil sampai sekarang, dahlah bunyi kuat, cakap pun 1 bas boleh dengar. 11.45 pagi aku dah sampai Seremban. Johor Bahru 273km lagi. Aku rasa mata aku dah mengantuk ne. Aku nak tidur jap. Wah tiba-tiba aku dengar hujan turun masa kat Senawang. Aku sedar aku dah sampai kat Simpang Empat. Cuaca dah panas balik. Pukul 12.20 tengahari tiba-tiba bas aku berhenti kat petronas Ayer Keroh Arah Selatan nak isi minyak. Aku pun turun beli kacang rm2, twistie rm2.30. Tak pernah berlaku dalam seumur hidup aku naik bas Transnasional berhenti kat petronas isi minyak. Johor Bahru 216km lagi. Exit 231 Ayer Keroh Melaka di tepi jalan, pekerja-pekerja plus tengah menurap jalan. Johor Bahru 195km lagi.

Tepat pukul 1.30 petang, aku sampai kat Macap. Aku turun bas gi ke bilik air, bayar 20 sen. Pastu aku beli water melon rm1 dan air kickapoo rm1.30, terus aku kol Ruby. Ruby dah 2 kali kol aku, aku tak angkat, aku tidur. Ruby cakap bapak aku dah keluar rumah gi Larkin. kat Macap kedai makan yang selalu driver Transnasional berhenti sebab dapat makan free. Orang tak ramai, bas aku jer yang ada kat situ. Lagi 1 jam aku sampai Larkin. Orang Indai kat belakang aku asyik telefon jer. Bising menggangu aku nak buat catitan perjalanan aku. Pukul 2, bas aku bergerak menuju ke Johor. Johor Bahru 76km lagi. Cuaca agak mendung.

Hentian sebelah Simpang Renggam pekerja plus sedang turap jalan. Pukul 2.45 petang, aku sampai Plaza Tol Skudai. Sampai kat Larkin pukul 3.30 petang. Aku terus jumpa bapak aku. Aku tak jadi buat permit hari ne, aku penat. Aku gi buat esok pukul 7.30 pagi bertolak dari rumah. Aku gan bapak aku terus naik teksi balik rumah. Aku bayar teksi rm14.40. Mak, Ruby dan Rashid dah menunggu aku kat beranda. Aku salam semua orang. Mak aku buat lontong gan sambal udang besar. Ruby tunjukkan kamera baru dia beli, brand kodak. Apa itu kodak. Murah jer.. Pastu Ruby tunjukkan gelang kaki emas yang baru dia beli gak kat aku. Habis semua Ruby nak balik rumah dia. Tinggal aku, mak dan bapak aku. Ruby balik rumah dia baru aku makan lontong. Aku bersembang gan mak dan bapak aku. Lepas maghrib, aku makan lontong lagi. Bapak aku dah siapkan tempat tidur. Kitaorang tidur depan t.v. Aku tidur ditengah-tengah mak bapak aku. Hehehe.

Selamat malam semua.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.