Hello There!

Tuesday, March 23, 2010

Bola Tampar


“Jazmi!, bola itu, Jaga!!!!!”

ANGKATTTTTT!!!!”. Teriakan kuat temannya menyedarkan Jazmi.

Jazmi terkejut. Pantas kepala dipaling ke belah kanan. Bola tampar yang datang meluru kanannya sempat diangkat walaupun tidak berapa kemas. Dengan pantas bola putih itu melambung semula ke pihak lawan. Jazmi berasa girang kerana mampu mematahkan spike tajam yang diberi oleh Meor, salah seorang pemain di pihak lawan. Jazmi menyeringai keseorangan apabila kedengaran satu dua tepukan dari penonton di tepi gelanggang.

Di medan bola tampar inilah Jazmi selalu melampiaskan ketegangan. Dia akan turun ke padang bola tampar yang terletak di Tasik Titiwangsa pada setiap hari malam Rabu dan Jumaat sekiranya masa membenarkan. Ditambah pula, Jazmi merupakan antara AJK di dalam kelab bola tampar. Jazmi telah diamanahkan untuk menguruskan segala aktiviti yang terlibat di dalam bidang rekreasi. Jazmi telah memegang jawatan itu tahun lalu semasa beliau bersama dengan ahli-ahli jawatan kuasa yang lain hasil undian di dalam majlis makan malam tahunan. Ahli-ahli jawatan kuasa memegang tugas serta mentadbir kelab bola tampar itu untuk tempoh setahun sebelum mereka meletak jawatan dan pemilihan dilakukan untuk muka-muka baru.

Wisel ditiupkan menanda permainan antara kumpulan Jazmi melawan kumpulan Meor telah tamat. Jazmi berjalan menuju ke arah perempuan itu. Perempuan itu sering menemaninya walaupun dia sendiri tahu perjalanan ke gelanggang ini terpaksa menempuhi kesesakan yang teruk. Jazmi pun tahu semua itu. Tetapi baginya, dia tak pernah minta untuk perempuan itu hadir di setiap latihan atau perlawanan yang diadakan.

Kenapa awak hari ini? Macam tak bersemangat aje saya tengok.” Suzi bertanya sejurus Jazmi duduk bertenggong di sebelahnya.

Antara layan dan tidak, Jazmi tidak berniat untuk membalas buat masa ini. Muka Jazmi berkerut. Suzi menghulurkan tuala muka putih kepada Jazmi. Jazmi sekadar mengangkat bahu membalas pertanyaan Suzi ketika Suzi memandang wajahnya buat kali kedua. Bukan Jazmi tak mahu melayan tetapi penatnya belum lagi kebah. Peluh di mukanya dilap dengan tuala itu. Kemudian Jazmi mengelap lelehan peluh dilehernya pula. Tuala itu dikibas-kibas di hadapan mukanya untuk menyejukkan badannya.

Takde apa-apalah, saya cuma penat. Lagipun kerja kat pejabat berlambak-lambak. Lagipun bos saya pergi LA minggu ni. Jadi semua kerja dia tertumpu pada saya. Mana nak buat kerja saya, mana pulak nak buat kerja bos saya tu! ”. Jelas Jazmi. Suzi akui dan faham dengan alasan lelaki itu.

Kerja sebagai seorang jurutera reservoir petroleum memang sibuk. Bukan selalu Suzi berpeluang untuk melihat dan menemani Jazmi bermain bola tampar di sini. Kalau nak difikirkan, Suzipun sama sibuk tapi dia ada tetap meluangkan masa untuk bersama dengan Jazmi.

“Laa, saya ingatkan apahal pulak tadi” Suzi menarik nafas lega.

Dari tadi diperhatikan Jazmi seolah sedang mengalami masalah berat. Tapi syukurlah sangkaannya meleset belaka. Suzi melempar senyum kepada lelaki tersebut. Jazmi sekadar memandang tanpa membalas.
Teman-teman yang menjadi pemerhati tersenyum melihat gelagat dua sejoli sedang bermesra di tepi gelanggang. Ada dua tiga orang yang hampir duduk hampir dengan Suzi tidak sangat mengendahkan gelagat mereka.

“Jazmi, tadi presiden kelab tanya saya, Meeting hari Ahad ni. Dah confirm. Awak ada hal ke”? Tanya Meor pada Jazmi. Suzi terperanjat tiba-tiba Meor mencelah.

“Pukul berapa”? Balas Jazmi.

“Macam biasalah, pukul 2 petang, di tempat biasa”. Balas Meor lagi.

“Nengoklah macam mana nanti. I tak leh confirm. Kena tengok appointment I dulu,”. Acuh tak acuh aje Jazmi menjawab.

“Laa, cakaplah boleh ke tak boleh, saya kena confirmkan pada AJK yang lain jugak’. Suara Meor sedikit tinggi.

“Kalau awak ada masalah, ceritalah pada saya,” Pinta Suzi. Dia lihat muka Jazmi tak seria seperti biasa.

“Tak ada apa-apalah. Oklah, saya balik dulu,” Jazmi bingkas bangun dari bangku dan terus keluar dari gelanggang.

“Tapi game inikan belum habis lagi.” Suzi cuba menghalang.

Jazmi bingkas bangun. Dia mencapai beg pakaiannya. Tanpa menoleh ke belakang, Jazmi terus berjalan. Dia berjalan pantas ke arah keretanya. Suzi melihat dari jauh. Di benak fikiran Suzi tercetus yang selaunya Jazmi akan duduk bersamanya sehingga permainan habis. Ketika hampir ke keretanya, sebelum masuk ke dalam kereta, didapati Jazmi sedang mengangkat telefon bimbitnya. Suzi berandai-andai sendiri. Siapa pulak yang dia call tu. Atau siapa yang memanggilnya. Mungkin ahli keluarganya yang menelefon, pujuk hati kecilnya. Kereta Jazmi, Vios kelabu meluncur laju ke dada jalan.

“Malek! Team kau pulak yang main. Cepat masuk court!!!”. Sara memanggil, membantutkan rencana igauannya.

Suzi mula bangkit dari tempat duduknya. Dia menggosok punggungnya jikalau ada habuk atau benda asing yang melekat ketika dia duduk tadi. Sambil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan kawannya, dia mula mengorak langkah ke keretanya. Berjalan longlai ke keretanya, ingatan Suzi masih ke arah Jazmi lagi.

Tumpuan Suzi terganggu. Di fikiran Suzi masih tertanya siapakah yang berkomunikasi dengan Jazmi tadi. Di perjalanan pulang, Suzi cuba melupakan apa yang telah dilihat di gelanggang tadi. Dada Suzi mula berdegup kencang. Suzi sedia maklum yang Jazmi tidak pernah berselindung apa apa darinya. Tapi kenapakah dia bergegas balik sebelum permainan tamat. Hatinya cuba mencari jawapan. Tapi yang pasti dia patut bangun awal esok. Dia mesti tidur awal. Melupakan apa yang berlaku.

Cherating

“Macamana dengan percutian Cherating kita minggu depan? Adakah semuanya mengikut jadual? Ramaikah yang dah confirm?” Tanya Suzi pada Jazmi sewaktu mereka berehat di tepi gelanggang bola tampar petang itu. Ada di kalangan kawan-kawan mereka berkumpul mengikut kelompok masing-masing.

“Saya dah contact En. Yusof kat Tanjung Resort Inn tu. Dia kata ada beberapa bilik kosong tapi kita kena cepatlah, memandangkan hari kita nak pergi tu jatuh pada cuti hari raya cina”. Jazmi cerita.

“Ohh….. habis berapa orang nak ikut?”.

“Ramai gak nak ikut, lebih kurang dua puluh orang. Tapi itu semua cakap mulut aje”.

“Wow! Ramainya. Macamana awak nak aturkan perjalanan ke sana? Berapa kereta yang akan digunakan?”.

“Tu yang buat saya pening sekarang ni”.

“Awak nak saya tolong ke?”.

“Boleh jugak. Saya nak awak uruskan tentang siapa naik kereta siapa. Saya malas nak drive ke sana. Saya dah bagitahu Eiz yang saya akan naik kereta dia.”

“Ok. Nanti saya nak tengok list nama yang dah confirm pergi.”

“Nanti saya bagi kat awak. Thanks Suzi.”

“Apalah sangatnya bantuan saya tu.”

“So apa aktiviti kita kat sana nanti?”.

“Aktiviti kita kat sana simple aje. Free and Easy”. Selain kita main bola tampar pantai, kita jalan-jalan kat area sana, shopping pastu makan habis cerita.”

Lebih kurang lima hari lagi mereka akan berangkat ke Cherating, Suzi sudah memangkah lapan nama di dalam listnya. Ramai yang membatalkan di saat-saat akhir. Atas alasan kena kerja atau kena balik kampung. Sekarang tinggal dua belas orang saja yang sudah comfirm pergi.

Rombongan akan menetap di Tanjung In Resort selama tiga hari dua malam. Suzi sudah mengambil persetujuan dengan empunya kereta iaitu sebanyak tiga buah kereta digunakan. Kereta akan dipandu oleh Eiz, Amir dan Arie sementara Jazmi merangkap ketua rekreasi. Jazmi telah menempah enam buah bilik. Lima bilik untuk lelaki dan satu bilik untuk perempuan. Harga satu bilik untuk dua orang ialah RM55 semalam manakala satu bilik untuk empat orang pula ialah RM130 semalam.

Tanggal 17, 18 dan 19 February 2007, kelab bola tampar telah mengadakan percutian ke Cherating. Pada mulanya ramai yang ingin pergi tetapi pada saat akhir cuma dua belas orang sahaja yang menyertainya. Empat perempuan dan lapan lelaki. Rombangan akan bertolak pada hari sabtu pukul lapan pagi. Sebelum bertolak mereka semua telah diarahkan berkumpul di stesen Projet di Taman Melati.

Kereta yang di pandu oleh Amir memuatkan seramai lima orang manakala kereta yang dipandu oleh Eiz pula cuma tiga orang sahaja. Kereta yang dipandu oleh Arie memuatkan empat orang. Jazmi awal-awal sudah mengatakan bahawa dia malas nak memandu ke sana lantas dia sudah berbincang dengan Eiz untuk menaiki keretanya bersama dengan Harun. Suzi, Sarah, Eina dan Sya pula akan menaiki kereta Amir. Presiden kelab iaitu Aziz pula akan menaiki kereta Arie bersama Izwan dan Firdaus.

Kereta yang dipandu Eiz yang mula-mula sampai di Projet. Jazmi melihat ke kiri dan ke kanan satu bayang teman-temannya pun tidak nampak. Inilah janji melayu, kata pukul lapan, pukul lapan satu batang hidung pun tak nampak. Jazmi mendengus sendiri. Sambil menunggu teman-temannya sampai, Jazmi meluru keluar dari kereta dan masuk ke dalam Projet. Eiz dan Harun masih berada di dalam kereta. Jazmi mengambil teh panas dan sandwich perasa tuna. Setelah membayar di kaunter, Jazmi ternampak dari dalam projet kelibat kereta Amir yang baru nak memangkirkan keretanya. Kereta Arie belum kelihatan. Jazmi menuju ke pintu keluar sambil mengirup teh panasnya. Jazmi mencari tempat duduk berdekatan di pintu masuk projet. Eiz masuk ke dalam projet manakala Harun terus ke tandas. Kelihatan Suzi dan teman-teman satu kereta keluar sambil tersenyum kelat.

“Dah lama kau sampai Jaz”. Tanya Sarah sambil membetulkan tudung di kepalanya.

“Dah lama aku sampai, sempat lagi aku tido kat sini” Kata Jaz menyindir kepada Sarah.

“Sorry, kita semua dah siap, tu hah driver kita yang lambat bangun”. Jelas Sarah seolah berasa bersalah.

“Aku dah agak dah, ni mesti Amir punya hal”.

Sarah terus masuk ke dalam projet diikuti oleh Eina dan Sya. Suzi pula terus ke tandas perempuan. Eiz yang telah berada di dalam projet keluar sambil membawa kopi panas bersama sandwich telur. Eiz duduk bersebelahan Jaz. Dengan berpakaian jean biru lusuh dan t-shirt putih berkasut adidas, Suzi terus duduk bersebelahan Jaz. Eiz yang berada di sebelah khusuk menikmati kopi panasnya.

“Dah lama ke awak sampai”. Tanya Suzi sambil membetulkan duduknya.

“Baru aje. Kenapa awak lambat. Kan janji pukul lapan. Ni dah pukul lapan dua puluh dah. Arie ni pun satu tak sampai-sampai lagi”.

“Amir tu lewat bangun. Sarah telefon dia banyak kali, pukul tujuh empat lima baru dia bangun, tido mati tak dengar bunyi telefon. Ya lah pas tu Amir nak ambik kita pulak kat rumah masing-masing sebab tu yang lambat sampai tu”. Jelas Suzi dengan panjang lebar.

Jazmi terdiam seketika. Selang beberapa minit kemudian kereta Arie memangkirkan betul-betul di hadapan tempat Jazmi duduk. Arie membunyikan hon. Aziz keluar dari perut kereta diikuti oleh Izwan dan Firdaus. Arie masih di dalam kereta.

“Apa lak alasan kau nak bagi kat aku”. Tanya Jazmi kepada Aziz.

“Driver lambat kita orang pun lambatlah”. Spontan jawapan Aziz.

Jazmi yang dari tadi dah benggang dek kelambatan teman-temannya itu bangun dari kerusi kayu terus pergi ke tandas. Sebelum berlalu pergi ke tandas sempat lagi Jazmi berpesan agar sesiapa yang belum bersarapan, baiklah sarapan cepat. Jam ditangan Jazmi sudah menunjukkan pukul sembilan pagi.

Setelah semuanya siap, mereka bertolak tepat pada pukul sembilan setengah pagi. Kereta yang dipandu oleh Eiz mengetuai barisan diikuti oleh kereta Arie dan Amir di belakang. Perjalanan ke Cherating mengambil masa lebih kurang tiga jam. Di dalam kereta Amir, Sarah, Eina dan Sya masing-masing hangat berbual-bual pasal artis lelaki yang tidak berbaju di dalam majalah yang baru di beli oleh Sya sebentar tadi di projet. Suzi dari tadi cuma menjadi pemerhati melihat gelajat teman-temannya itu. Amir pula sedang menghidupkan sebatang rokok. Cermin tingkap dibuka. Tidak sedar mereka sudah sampai di tol Gombak. Amir mengeluarkan tonch n gonya. Deretan kereta yang menggunakan laluan tunai agak panjang. Pada hari-hari perayaan seperti hari raya puasa dan hari raya cina pasti jalanraya padat dengan kereta. Masing-masing ada tujuannya sendiri.

Sampai diperkarangan Resort Tanjung Inn tepat jam dua belas tengahari. Ini disebabkan mereka banyak berhenti di rehat dan rawat. Mereka semua berkumpul di hadapan kaunter pertanyaan. Jazmi berjalan ke meja pertanyaan dan membuat pembayaran. Setelah semuanya selesai di kaunter pembayaran, En. Yusof menyerahkan kunci ke tangan Jazmi. Jazmi membahagikan kunci bilik masing-masing. Suzi, Sarah, Eina dan Sya mendapat bilik untuk empat orang. Jazmi dan Harun berkongsi bilik. Eiz dan Arie satu bilik. Aziz dan Firdaus satu bilik dan Amir dan Izwan satu bilik. Mereka menuju ke bilik masing-masing. Bilik perempuan agak jauh dari bilik lelaki.

Sampai di bilik no 16. Pintu dikuak. Hiasan dalaman biasa aje. Ada dua katil besar berukuran gueen size. Sebuah televisyen berukuran dua puluh satu inci. Suzi membuka pintu yang berada di tepi katil. Pintu terbuka dan Suzi keluar mengambil angin di verandah. Bilik Suzi dan teman-teman betul-betul berhadapan dengan tasik buatan. Di seberang tasik buatan terlihat bilik-bilik lelaki. Bilik mereka sederet. Amir yang biliknya hujung sekali kelihatan sedang menghisap rokok. Suzi cuba melihat bilik Jazmi yang berada di tengah namun bayang Jazmi tidak kelihatan. Suzi kembali ke dalam bilik.

Eina dan Sya sedang merehatkan diri di atas katil. Sarah pula berada di dalam bilik air. Suzi merebahkan diri di atas katil bersebelahan katil mereka. Sarah keluar dari bilik air dengan tuala di ikat di kepala. Sarah membuka televisyen.

“Kekawan jom kita keluar jalan-jalan, boringlah duduk kat bilik ni”.

“Kau tak penat ke nak keluar Sarah?. Aku letih dan mengantuklah”.

“Eina kau ni kan asyik nak tido aje. Tadi dalam kereta pun kau tido jugak, tak puas-puas tido ke, macamlah kau yang drive kan”.

“Hoi Sya, bangun jom kita jalan-jalan kat luar”.

“Sarah, bolah tak aku nak tido sekejap”.

“ Ni lagi sorang ni, tido aje kerja dia”.

“ Suzi, kau nak ikut tak?”.

“Tunggulah, kat luar tu kan masih panas lagi, petang sikit kita keluarlah”.

“Eee….kalau korang tak nak sudah, aku nak ajak budak lelaki keluar lagi bagus”.

Sarah meluru ke bag tangannya. Telefon bimbit dicapai. Sarah memicit nombor.

“Helo Jazmi”.

“Kau buat apa tu”.

“Jom kita keluar jalan-jalan, boringlah”. Budak-budak ni semua nak tido aje”.

“Ok, aku pergi kat bilik kau”.

Suzi terkejut dari lamunan apabila Sarah menyebut nama Jazmi. Kenapa nama itu yang Sarah sebut. Ramai lagi lelaki yang ada. Hati Suzi tak keruan.

“Sarah, aku nak ikut, tunggu aku sat, aku nak tukar baju dulu”.

“Tadi aku ajak tak nak ikut, sekarang baru semua nak pergi, benci tau”.

Aku pun nak ikut sama” . Teriak Eina dan Sya serentak.

“Aku tunggu korang kat depan bilik Jazmi tau’.

Suzi, Eina dan sya sedang menuju ke arah bilik Jazmi. Kelihatan Sarah sedang berbual-bual dengan Jazmi di verandah biliknya. Kelihatan sangat mersa sekali. Arie dan Eiz sedang mengambil gambar di sekitar resort itu. Pemandangan memang indah. Dikelilingi oleh pokok kelapa dan rumput yang menghijau. Aziz dan Firdaus pula sibuk berbual-bual dengan Amir di verandah.

“Ooi…Sarah kata nak pergi jalan-jalan tadi”.

“Habis Harun tengah tido, tak kan nak kejutkan dia pulak”.

“Ooo…tadi masa aku nak tido kau punya marah suruh aku bangun ya”.

“Kau nak pergi ke tak ni Sarah”.

“Nantilah tunggu Harun bangun dulu”.

“Kalau macam tu baik aku balik bilik dan tido, kau nak ikut aku tak Eina”.

“Bolehlah dari aku tunggu kat sini lebih baik aku balik tido Sya”.

“Suzi, kau nak ikut gak ke?”.

“Tak pelah Sya, aku nak jalan-jalan makan angin kat sana tu”.

“Buat apa kau nak jalan sorang-sorang. Baik kau ajak si Jazmi tu dari dia melepak dengan Sarah tu buat apa”.

“Tak pelah Sya, dia kan sibuk dengan Sarah tu”.

“Kalau Jazmi sibuk, aku free, jom Suzi kita jalan-jalan kat pantai”.

“Kau tu Amir bukan sibuk tapi penyibuk, panas-panas macam ni kau berdua nak jalan kat pantai, habislah kulit kau yang putih tu Suzi nanti jadi macam kulit si Amir tu baru kau tau”.

“Amboi macamlah kulit kau tu putih sangat kan,

“Sudahlah korang berdua ni kan tak boleh berjumpa asyik nak ber gaduh aje”.

“Jomlah kita pergi Amir”.

Jazmi dari tadi memerhatikan saja gelagat mereka.

Doktor Salim

Jazmi merenung tajam telefon hitam di hujung kanan mejanya. Laptopnya masih lagi bercahaya di hadapannya. Dia tak dapat mengumpulkan kosentrasi terhadap kerjanya. Mukanya masih berkerut. Presentasi untuk Exploration Strategy : Samarang Field masih belum disiapkan lagi. Baru tadi bosnya memaklumkan kepadanya untuk menggantinya presentasi kali ini. Jazmi tak boleh menolak. Itu arahan dari bosnya dan dia terpaksa akur dengan apa jua arahan yang diberi kepadanya. Bosnya terpaksa menghadiri satu lagi meeting penting. Meeting kali ini berkisar tentang keselamatan di platform. Jazmi berdengus. Terdetik di hatinya mengapakah dia dijadikan gantian untuk meeting kali ini. Bukan dia meradang kepada bosnya. Bukan itu puncanya. Projek cari gali di Semarang itupun bukanlah Jazmi tak tahu sangat. Dia dengan bosnya banyak mengeluarkan idea untuk menyempurnakan projek tersebut. Tapi yang dia meradang sangat adalah pada keadaan. Mengapa di saat-saat begini banyak perkara yang menghurung datang. Dia tak mampu untuk menangani sendirian. Dia buntu. Tak keruan. Interkomnya berbunyi menjerit minta dijawap. Itu pasti dari bosnya. Bosnya mengingatkan dia supaya menerangkan konsep serta strategi yang telah dibincangkan bersama pada semua peserta yang hadir di dalam mesyuarat. Jazmi akur. Dia menulis di nota kuning dan di tampal di atas notanya. Perkara itu akan diterangkan kemudian. Jazmi mencapai pen dan mula mengira-gira di atas kertas putih. Sesekali papan kekunci laptopnya ditekan. Jazmi begitu tekun ingin menghabiskan kerja yang dipertanggunjawabkan sebelum presentation itu berlangsung. Kira-kira setengah jam menelaah mana yang perlu, Jazmi mengemas nota dan membawa thumb drive yang berisi data untuk presentasi ke bilik mesyuarat.

Sudah boleh diagak siapa yang akan menghadiri mesyuarat kali ini. Jabatan Exploration dan jabatan Reservoir Geoscience adalah antara yang penting untuk kali ini kerana projek ini banyak mengakibatkan penglibatan jabatan mereka. Jazmi mula membentangkan segala maklumat yang berkaitan dengan projek itu. Satu-satu kepala mula tertumpa kepada bicaranya. Ada yang mengangguk tanda faham. Ada yang berkerut. Jazmi pasti ada yang ingin bertanya soalan pada sessi Q&A di akhir mesyuarat itu nanti. Pada Jazmi dia ingin menghabiskan secepat mungkin mesyuarat ini kerana ada urusan yang lebih penting yang dia patut tangani.

Mesyuarat berjalan licin. Setelah semua ahli mencapai kata sepakat, Jazmi menutup mesyuarat dan mengucapkan terima kasih kepada yang hadir. Dikilas jam tangan Guess. Lebih kurang jam tiga empat puluh lima minit petang. Dia sudah terlewat. Dia harus memberitahu kepadanya yang dia telah terlewat. Jazmi tak tahu sama ada kelewatan bertemu dengannya akan dimaafkan dan akan dibuat janji temu yang lain atau tidak. Jazmi harus cepat mambuat keputusan.

Dia berjalan pantas ke biliknya. Telefon hitam dicapai dan mendail nombor itu kembali. Ada seserorang di talian.

“Hello, boleh saya bercakap dengan Doktor Salim,” Jazmi memulakan bicara.

“Maaf, dia tiada ditempatnya. Doktor Salim keluar untuk buat checking di wad. Ada apa-apa pesanan,” Jawab wanita di talian panuh mesra.

“No. Its ok. Thanks,” Jazmi menamatkan perbualan.

Hati Jazmi berbelah bahagi sama ada dia patut pergi atau tidak. Kalau dia pergi siapa yang akan menggantinya pula untuk mesyuarat pukul lima nanti. Selalunya dia sendiri yang akan mengetuai mesyuarat itu. Jazmi tambah bingung. Mahu sahaja dicampak segala benda yang ada dihadapannya. Dia mahu menjerit sekuat yang boleh untuk melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dia betul-betul tak keruan sekarang. Dia menghidupkan laptop di hadapannya tetapi kemudian ditutup semula. Kedua jemari tangannya di ramas ke rambutnya yang tak gatal. Jazmi cuma ingin meringankan bebanan yang kini tak tertanggung. Tapi raungan hatinya tiada siapa yang mendengar.

Telefon Suzi

Kereta Vios kelabu dipandu perlahan untuk diparkir di tempat kosong. Memang waktu waktu awal sebegini memang senang sekali untuk memarkir kenderaan kerana banyak lagi ruang kosong untuk memarkir. Tengoklah setengah jam lagi pasti kenderaan berduyun tiba berebut parkir di bawah KLCC itu. Setelah memarkir keretanya, Jazmi mencapai briefcasenya dan berjalan tangkas ke lif untuk ke aras pejabatnya di tingkat 68.

Lif terbuka luas. Jazmi keluar dari lif berjalan ke arah pejabatnya. Jazmi menekap pas masuk di muka pintu pejabatnya. Merenung mesra jam di pergelangannya. Pintu di tolak lalu Jazmi menerobos masuk ke pejabatnya. Baru pukul 7:15 minit pagi. Dikerling sekelilingnya. Masih lagi kosong di beberapa cubicle. Cuma satu dua kerani yang baru datang. Mereka pun sibuk dengan hal masing masing. Ada yang menyelak surat khabar sambil bersarapan dan berbual bual. Jazmi ingin mengisi perutnya dahulu sebelum memulakan perkerjaannya. Dia tahu dia harus mengambil sarapan pagi kerana padanya sarapan adalah penting. Kalau tidak mengambilnya pasti prestasi kerjanya akan terganggu. Jazmi berjalan ke pantry untuk membuat sekole air milo. Nasi lemak yang dibeli bungkus tadi di bawah opisnya di bawa sekali ke pantry. Jazmi sempat melemparkan senyuman kepada kerani kerani yang memandangnya.

“Morning Encik Jazmi.” Tegur seorang kerani muda.

“Morning.” Jazmi membalas pendek.

Sesampai di pantry Jazmi mula menceduk beberapa sudu milo dari bekas plastik dan dimasukkan ke dalam kole. Diceduk beberapa sudu susu pekat manis dan dirapatkan kole ke tab air panas. Aroma milonya semerbak menusuk hidungnya. Jazmi kembali membawa milo ke tempat duduk.

Jazmi mula duduk di kerusi yang hampir dengannya sambil membuka nasi lemaknya. Aroma nasi lemak menusuk ke lubang hidungnya. Sungguh menyelerakan. Jazmi mula menyantap nasi lemaknya. Air milo yang ada di hadapannya dibiarkan seketika untuk turun darjah kepanasannya.

Sesudah menikmati sarapan pagi, Jazmi melangkah ke biliknya. Air milo yang masih bersisa di dalam kolenya dibawa sekali.

Laptopnya dihidupkan. Dia ingin menyambung tugasan untuk hari ini sambil membalas emails yang datang menghujani peti masuk akaunnya. Dia harus melayan segala email yang masuk sama ada dari pelanggan, teman sepejabatnya atau dari kawan-kawan kitarannya.

Ditekan ikon email. Leptopnya mula memproses data yang masuk. Ianya mengambil beberapa ketika. Jazmi diam sahaja di hadapaan laptopnya. Jari jemari cuba dipatah-patahkan. Terdengar letupan antara tulang-tulang jari. Mata Jazmi tertumpu kepada satu email yang datang dari kelab bola tamparnya. Jazmi mula membuka email tersebut.

Jazmi mengeluh. Ada tugas baru untuk digalasnya. Tugas untuk memantau kelicinan perjalanan mereka ke Cherating. Dia harus menentukan beberapa kereta yang patut digunakan untuk perjalanan dan penempahan akomodasi yang selesa semasa mereka berada di sana. Jazmi tak larat untuk membuat tugasan ini. Dia harus mencari seseorang yang lain untuk membantunya. Kerja yang ada di atas mejanya belum berusik lagi. Di ingatannya teringat Suzi. Dia berharap semoga Suzi akan menolongnya untuk berkomunikasi sesama ahli kelab dan menentukan empunya kereta dan penumpang-penumpangnya. Tambahan pula Suzi lebih mesra dengan semua ahli kelab berbanding dengan dirinya yang cuma mengenali separuh sahaja dari ahli kelab bola tampar tersebut.

Jazmi mendail nombor handphone Suzi. Ada deringan di balik talian. Jazmi girang.

“Hello, Suzi. How are you today? Awak busy ke sekarang?”
“I’m ok. Saya sedang dalam meeting dengan supplier ni. Ada hal penting ke?”
“Tak adalah. Kalau awak dah habis nanti, telefonlah saya balik. Ok”
“OK”

Talian diputuskan.

Sambil menunggu panggilan dari Suzi, Jazmi sempat membalas beberapa email yang masuk ke peti inboxnya. Semuanya berkenaan dengan kerjanya. Ada yang ingin persetujuan meeting dan ada yang melapurkan progress projek yang dijalankan.

Sedang membaca emails yang masuk, deringan handphonenya berbunyi. Jazmi meilhat paparan nama di skrin telefonnya. Itu dari seseorang yang ditunggu-tunggu. Jazmi menekan punat untuk menjawap.

“Ya hello Suzi. Awak dah ok ke?”
“Ya. Apa halnya.”
“Ni saya ada terima email berkenaan kelab kita untuk ke Cherating. Awak dah baca ke email tu?”
“Belum lagi sebab seharian saya di luar pejabat ni. Mungkin petang nanti baru saya masuk office.”
“Ooooo.” Jazmi ngangguk faham.

“Apa-apa pun, kita jumpa di tempat biasa la petang ni. Saya mungkin turun lewat sikit. Lepas sembahyang maghrib baru saja bertolak ke sana terus dari office.” Nyata Suzi.

Oklah kalau macam tu. Kita jumpa nanti ya. Take care. Bye”

Bye” Suzi menekan salah satu butang dari handsetnya.

Jazmi berharap sangat Suzi dapat menolongnya kali ini. Sudah banyak kali pertolongan yang dilakukan oleh Suzi. Jazmi terasa banyak terhutang budi kepada Suzi. Bukan Jazmi tak mampu buat. Dek kerana tugas pejabatnya yang berlambak dan meeting meeting yang dia kena hadiri itu membuatkan masa nya amat terhad. Dia sangat berharap pada Suzi kali ini. Moga Suzi tidak akan menguzurkannya.

Dhirah

Engin bas kilang yang menderu sebentar tadi mula diperlahankan. Kenderaan itu seperti biasa sudah tahu berhenti di hadapan rumah Siti Nadhirah. Dengan selamba dia turun longlai dari bas menuju ke rumahnya. Dia cuba melangkah dengan pantas. Selalunya dia akan menoleh ke belakang untuk melambai kepada kawan-kawan sekerja yang masih ada di dalam bas, tetapi hari ini dia malas untuk berbuat begitu. Dia ada satu hal yang ingin sangat untuk diungkap kepada ibunya. Dia memanjat tangga batu rumahnya dan memberi salam. Memberi salam itu sudah menjadi kelaziman yang diajar ibunya kepada anak-anaknya. Mereka telah dididik dari kecil. Siti Nadhirah sempat melemparkan senyuman kepada ibunya yang sedang duduk lemah sahaja di sofa. Siti Nadhirah terus ke biliknya untuk menyalin pakaian dahulu. Selang beberapa minit, Siti Nadhirah yang tadi berpakaian kurung cantik kini hanya berkain batik dan berbaju T-shirt putih keluar dari bilik. Siti Nadhirah berjalan ke arah ibunya.

“Ibu......, ibu macam mana hari ini. Ibu dah makan? Dhirah boleh hidangkan.” Tanya Dhirah, nama panggilan ibunya sejak dari kecil sambil mengusap tangan kanan ibunya.

“Ibu macam nilah. Kaki kanan ibu ni kekadang terasa kebas sangat.” Komen ibunya kepada Dhirah.

“Tulah dulu lagi Dhirah nasihatkan ibu untuk ke hospital tapi ibu tak mahu.”

“Dahlah tu. Usah dibangkit benda-benda tu lagi. Ibu tak mahu dengar lagi.”

Sudah lama ibunya mengalami kencing manis ini. Dhirah banyak berkorban kerana penyakit ibunya. Dhirah tahu ibunya lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh kerana itu, Dhirah sanggup mengambil langkah-langkah seperti sentiasa menjaga kebersihan ibunya seperti selalu memandikan ibunya, mencucikan kaki dan jari-jari kaki dengan sabun dan air, mengeringkan dan menyapukan dengan bedak untuk mengelakkan kelembapan terjadi. Dhirah juga sentiasa memastikan ibunya jauh dari kecederaan dan berhati-hati ketika memotong kuku jari dan jari kaki. Dan yang paling penting Dhirah sentiasa menjaga kaki ibunya yang sakit gangrene itu. Menurut kata-kata orang, jangkitan ini boleh mengakibatkan kehilangan kaki. Dhirah pun banyak mendengar cerita-cerita buruk tentang penyakit ini. Dhirah merenung kaki kanan ibu. Pada peringkat awal, kaki ibunya pucat dan selalu berasa sejuk. Ibunya selalu kata kakinya kebas terutama di belah kanan. Lama kelamaan kaki ibunya bertukar warna dari kepucatan ke warna kelabu dan berbintik-bintik gelap. Dhirah kekadang sayu memandang akan penyakit yang dideritai ibunya. Kekadang kalau Dhirah menjaga ibunya pada waktu malam, sering kali ibunya meraung kesakitan akibat sakitan yang amat sangat.

“Dhirah, ibu nak tanya pada kamu. Harap kamu cakap jujur dengan ibu.” Ibu pandang pada Dhirah penuh sayu. Dhirah tunduk tanpa berkata apa-apa.

Ibu nak tanya fasal apa ni? Nampak macam ada sesuatu aje,” Perasaan Dhirah mula tak menentu. Bercampur-campur. Adakah ibunya ada mengesan ketidaksenangan hatinya terhadap kawan Abang Jazminya yang datang baru-baru ini. “Ah! Tidak mungkin ibu boleh mengesannya kerana aku telah cuba berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku,” Getus hati kecil Dhirah.

“Betul ke kamu tiada apa-apa dengan Abang Mi kamu tu? Tapi masa Abang Mi kamu ada di sini, kamu macam tak senang duduk aje. Kamu macam tak senang tengok Abang Mi bawak perempuan kat sini ke? Cakaplah dengan ibu. Kamu jangan nak sembunyikan apa-apa dengan ibu kamu ni, Dhirah.” Tanya ibu lagi. Dhirah yang duduk berlunjur kaki, menyilang kedua- dua kakinya pula. Kemudian Dhirah bangun dan duduk di bawah bersimpuh cuba mengurut-urut manja kaki ibunya.

Tak tahulah ibu. Saya tahu saya memang tak setanding dengan Abang Mi tu bu. Saya tahu saya ni bagaikan melukut di tepi gantang aje.” Dhirah terketar-ketar menjawap. Wajah sayunya tak dapat diselindung. Mukanya cuba di tekup ke bawah. Dhirah tunduk ke bawah.

“Sabar la Dhirah,” Pujuk Ibu.

“Ibu pasti kamu akan dapat juga jodohnya nanti. Jangan diharap sangat Abang Mi kau tu. Lagi pun, Abang Mi kau ada bagitahu kat ibu yang perempuan yang dia bawak hari tu memang mata air dia. Cuma sekarang ni dorang ada masalah sikit. Tapi ibu tengok budak si Suzi tu baik orangnya. Ibu pun gemar perangai si Suzi tu. Beruntung Abang Mi kamu dapat perempuan macam tu.” Kata-kata ibunya menyiat-yiat hati Dhirah.

Dahulu Abang Jazmi memang menjadi teman rapat Dhirah. Sejak kecil lagi, Abang Jazmi tempat Dhirah bermanja. Abang Jazmi selalu membeli apa saja yang dipinta. Sehingga dewasa, Dhirah tetap dilayan seperti itu. Sehingga pada suatu ketika Abang Jazmi dianggap sebagai lebih dari seorang abang. Apa sahaja yang berlaku pada Dhirah, pasti akan dimaklumkan kepada Abang Jazmi. Walaupun jarak memisahkan, tapi Dhirah selalu berhubung melalui telefon. Banyak perkara yang mereka berkongsi. Kemunculan Akak Suzi ke rumahnya sedikit sebanyak menggugat perhubungannya dengan Abang Jazmi. Walaupun dia sedar Akak Suzi begitu baik terhadapnya tetapi segala tindak tanduk Akak Suzi dirasakan seperti menyimpan sesuatu. Baru-baru ini, Dhirah pernah bertanya Akak Suzi tentang antara perhubungan Akak Suzi dengan Abang Jazmi atau Abang Mi sebagaimana panggilan ibunya semasa mereka di dapur. Akak Suzi menyatakan perhubungan antara dia dan Abang Jazmi buat masa sekarang masih di peringkat kenal mengenali antara satu sama lain. Tambah Akak Suzi lagi kita hanya boleh merancang apa yang kita inginkan tetapi semuanya bergantung kepada Ilahi untuk menentukan. Dhirah faham apa yang Akak Suzi maksudkan. Alangkah bagusnya kalau Akak Suzi faham isi perasaannya terhadap Abang Jazmi. Ingin diluahkan tetapi mulutnya terasa amat berat. Sungguh berat bak kata pepatah nak diluahkan mati bapak dan kalau tak diluahkan mati emak.

Oleh kerana rindu yang tidak tertanggung, pernah satu hari dulu, Dhirah pernah meminta izin daripada ibunya untuk mencari kerja di Kuala Lumpur. Dengan itu cara sahaja membuatkan ikatan rindu terhadap Abang Jazmi di Kuala Lumpur akan terubat. Tetapi itu semua adalah anganan belaka kerana memandangkan keadaan ibunya yang tidak mengizinkannya. Dhirah pernah juga meluahkan hasratnya kepada Abang Jazmi tentang bekerja di Kuala Lumpur, tetapi Abang Jazminya tidak berapa setuju atas alasan di Kuala Lumpur ini banyak sangat pancaroba dan takut Dhirah terjebak dengan anasir-anasir yang kurang sihat. Dhirah terpaksa menutup hajatnya untuk berhijrah ke kota besar itu.

Saturday, March 20, 2010

Melaka

Suzi tak tahu kenapa Jazmi datang ke rumahnya awal-awal pagi dan mengajaknya pulang menemaninya ke Melaka. Pintu rumahnya diketuk beberapa kali ketika Suzi berbaring semula selepas menunaikan solat subuh pagi tadi . Jazmi tidak pula menelefon atau meng’sms’nya yang dia akan datang di awal waktu begini. Apa-apa pun wajah lelaki itu telah terpacul dimuka pintu. Mahu tak mahu dengan keadaan yang pisat-pisat Suzi ke pintu membenarkan Jazmi masuk sebentar sekadar duduk di sofa sementara menantinya bersiap. Pintu masuk utama dibiarkan ternganga. Suzi tak mahu disalah anggap oleh jiran-jiran sekeliling nanti.

“Dah mimpi ke Jazmi ini,” Bisik hati kecilnya meluru ke biliknya untuk bersiap.

Niat Suzi ingin tahu tapi dibekukan dalam hati buat seketika. Dia melihat raut wajah Jazmi dalam-dalam. Di muka pintu tadi sewaktu sampai, mimik muka Jazmi begitu sugul sahaja. Tak begitu ceria seperti selalu. Tetapi pemakaiannya kemas. T-shirt berkolar rona merah berjenama Diadora dan berjeans biru pekat. Suzi cuba membuka mulut tapi mulutnya terasa berat. Disimpan dahulu. Biarlah Jazmi yang akan menerangkan kemudian. Dia faham mungkin ada satu alasan yang membuatkan Jazmi mengajaknya ke Melaka. Suzi pernah ke Melaka sebelum ini. Itupun atas ajakan teman-teman sepejabat. Dia pergi atas dasar ingin mamuaskan hati mereka. Kawan-kawan pejabatnya ingin melawat tempat-tempat bersejarah yang termasyhur di tanah Hang Tuah itu.

Selepas bersiap, Suzi mengunci rumah dan mula beredar. Jazmi bingkas bangkit dari sofa mengikut Suzi dari belakang. Suzi tidak membawa apa-apa hanya beg tangan yang selalu menemaninya. Suzi ringkas pagi itu, hanya berblaus putih dan berseluar polos. Di dalam kereta, Suzi mula leka dengan khayalannya. Pemandangan luar di kiri kanan lebuhraya dirasa kejung. Rimbunan hijau yang menghiasi lebuhraya tidak mampu menyegarkan dirinya. Hatinya masih terbendung. Tiada makna langsung. Suzi menantikan sesuatu yang keluar dari mulut Jazmi. Jazmi sesekali dijeling hanya memandang ke hadapan. Tidak menoleh ke arahnya bila dia melihat Jazmi. Sesekali Jazmi membetulkan posture duduknya. Suzi berasa sesuatu.

Betulkah awak tak ada apa-apa ni. Saya risaulah. Awak tu macam ada sesuatu yang sembunyikan dari saya,?” Tanya Suzi sekadar mengambil berat teman istimewanya. Terpaksa juga dia membuka bicara yang tadinya sunyi.

“Saya ok. Cuma badan saya ni rasa macam tak sihat.” Balasnya tenang.

“Kalau badan tak sihat kenapa nak balik Melaka. Bukankah ada masa lain lagi. Kita boleh balik Melaka minggu depan ke. Minggu tulat ke,” Cadang Suzi. Matanya dilempar pada Jazmi yang masih tidak menoleh kepadanya.

Jazmi menoleh kepada Suzi. “Untuk pengetahuan awak, makcik saya tengah sakit sekarang. Doktor kata dia kena kencing manis. Itu sebabnya saya nak balik ni,”

Suzi terlonggo. Masih berputar difikirannya siapakah makciknya yang begitu penting dalam hidup Jazmi sehingga membuatkan Jazmi terpaksa pulang ke Melaka walaupun kesihatannya tidak mengizinkan. Suzi betul-betul tak faham.

“Suzi, bila sampai di Nilai nanti kita swap ye, awak pulak yang memandu. Saya letihlah. Kita sarapanlah di sana sebelum sambung journey kita,” Jazmi mengungkap kata-kata tapi tumpuannya masih di pemanduannya.

Suzi hanya mengangguk tanda setuju. Dia tak mahu bertanya lanjut. Dibiarkan Jazminya yang bercerita kalau lelaki itu ingin. Kalau tidak, Suzi akan diam meneruskan perjalanan dalam kebuntuan. Bandar Mahkota baru sahaja mereka tinggalkan. Lebih kurang setengah jam lagi mereka akan sampai ke perhentian rehat dan rawat Nilai. Suasana masih sepi. Suzi cuba-cuba berbual dengan Jazmi tetapi lidahnya kelu. Lagipun tak tahu apa topik yang boleh diborakkan dengan Jazmi yang bermasalah ini. Sejak kebelakangan ini, perhubungan di antara mereka renggang. Renggang disebabkan Jazmi jarang mesra bersama-samanya lagi sama ada di telefon atau di gelanggang bola tampar, tempat perjumpaan mereka.

“Kenapa pulak awak nakkan saya menemani awak ke Melaka? Bukankah kawan lelaki awak ramai. Meor, Aziz , Hanz, Latiff atau salah seorang dari ahli kelab itukan boleh diajak untuk menemani awak?” Tanya Suzi diberanikan diri.

“Oooo. Fasal tu tak payahlah awak nak ambil pot sangat. Kan awak ni teman special saya. Kenalah saya bawa ke mana-mana. Nak perkenalkan pada keluarga saya paling rapat dengan saya dulu. Dahulu saya panggil makcik saya ni Mama. Mama saya ni dulu pernah bergolok bergadai untuk menolong saya, waktu tu saya sekolah asrama. Sebab keluarga dia orang dah menganggap saya sebagai anak kesayangan mereka. Anak mereka pun lambat lahir masa tu, jadi sayalah yang selalu dimanjakan. Keluaraga saya pulak jauh di Kelantan sana. Emak dan ayah mula-mula berasa keberatan atas pertolongan mama tapi akhirnya mereka boleh terima. Last sekali saya balik melawat Mama, raya lepas. Saya tak mahu nak susahkan mereka sekeluarga lagi. Bulan-bulan saya bagi duit sikit untuk membalas jasa mereka menolong saya dahulu. Walaupun mereka tak meminta balasan tapi saya tetap bagi jugak.” Terang Jazmi kepada Suzi yang masih tekun mendengar.

Perut Suzi terasa lapar. Dia cuba bersabar. Tak lama lagi dia akan bersarapan dengan Jazmi di Nilai. Maklumlah tiada apa-apa yang dimakan sebelum memulakan perjalanan tadi. Suzi takut perutnya masuk angin pulak.

“Saya terima panggilan telefon semalam dari anak perempuannya yang mama akan jalani pembedahan. Actually mama dah menghadapi penyakit ni lama. Cuma dia tak berjaga-jaga dan ikut nasihat doktor. Orang kampung, tahulah kan,” Kata-kata Jazmi mula sayu. Muka Suzi turut sedih. Tak sangka mamanya yang pemurah dulu mengidapi penyakit di saat-saat begini. Itu semua takdir. Takdir yang menentukan segala. Suzi sedar. Ketentuan tuhan tiada sapa yang boleh menghalangnya. Cuma manusia sahaja yang bisa berusaha untuk mengubahnya. Kereta itu meluncur lagi.

Akhirnya kawasan yang dinanti oleh Suzi tiba jua akhirnya. Perut Suzi memulas. Dia memberitahu kepada Jazmi yang dia ingin ke bilik air. Jazmi mengangguk tanda faham. Jazmi meraba-raba belakang badannya ketika keluar dari kereta. Suzi terpinga-pinga sebentar melihatkan gelagat Jazmi sebegitu. Sebelum ke bilik air, Suzi sempat bertanya kepadanya,

Tak da apa-apa lah. I am ok. Don’t worry.” Balas jazmi.

Kereta Jazmi diparkir di barisan dua dari bangunan R & R menghadap lebuhraya.

Suzi cuma makan nasi lemak biasa tanpa apa-apa lauk manakala Jazmi meng’order’ roti canai telur tanpa bawang dari kedai mamak yang ada di food court itu. Roti canai telur tanpa bawang memang makanan kegemaran Jazmi. Suzi pun tahu. Kalau bersama dengan Jazmi, makanan itu mesti dipesan kalau ada mamak atau kedai yang ada menyajikan. Begitu berselera dilihat Jazmi menghadap makanan kegemarannya. Sepanjang makan, mereka sempat juga alah kadar berbual teman-teman kelab bola tampar. Sesudah menjamu selera, kini giliran Suzi pula memudik kereta milik Jazmi, Vios ke Tanjung Kling Melaka. Sambil membetulkan cermin pandang belakang, depan dan men’adjust tempat duduk, Suzi mula menghidupkan enjin kereta automatik dan mula memandu.

Perjalanan kali ini, banyak dihabis dengan layanan masing-masing dengan lagu yang berputar di radio Era. Sesekali mereka melepaskan ketawa dek gurauan juruhebah bertugas. Pemanduan kali ini terasa kekok sedikit kerana Suzi pertama kali memandu bukan keretanya sendiri. Tetapi cuba disesuaikan.

Setelah memandu selama satu jam, akhirnya tempat yang dituju sampai. Rumah kampung itu masih mengekalkan ciri-ciri Melaka. Bumbung Atap yang panjang, tangga batu bersalut jubin dan serambi berukir melintang panjang merentasi tangga. Halaman rumah dilihatnya cantik bermandikan warna warni bunga-bunga kertas segar. Hati Suzi gembira menghirup udara nyaman bau-bau pantai.. Mata Suzi memandang pantai yang tak berapa jauh dari rumah mama Jazmi. Memang Suzi sudah perasan tadi dari pemanduan. Jalan memasuki ke rumah mama Jazmi terletak bersisiran dengan pantai. Suzi suka akan pemandangan di situ. Lebih cantik dari kampungnya sendiri.

“Apa khabar mama. Ini kawan saya, Suzi dari Kuala Lumpur. Hah apa lagi tercegat kat situ. Marilah sini Suzi. Salam dengan Mama I,” Jazmi mencium tangan Mama. Suzi yang tersenyum simpul sejak tadi turut menyua tangan bersalaman dengan mamanya.

“Apa khabar auntie.,” Tanya Suzi tersenyum. Mama yang berwajah redup direnung puas. Tak sangka dalam keadaan yang tua itu mengalami sakit yang teruk. Suzi turut simpati melihat mata redup mama.

Masuklah Suzi, Jazmi. Buatlah macam rumah sendiri. Kat rumah ni pun bukan sapa. Anak mama dua orang. Sorang kerja kilang, sorang lagi belum balik sekolah. Marilah naik,” Pelawa mama mengetahui mereka yang masih tercegat di bawah.

“Tak apa Mama. Saya rasa nak jalan-jalan tepi pantai dulu.” Suzi tersenyum sambil menunjuk pantai yang terbentang di hadapannya.

“Hati hati. Awak tu tak biasa kat area sini. Biar saya temankan awak,” Jazmi membuka kasut dan mencapai selipar yang terbiar di tangga rumah. Selipar yang disarung terasa ketat sedikit tetapi tidak menjadi halangan untuk seketika.

Berjalan-jalan menyulusuri pantai Tanjung Kling yang aman itu adalah saat yang paling manis sekali buat Suzi. Bagi Suzi seolah pantai ini telah menjadi hak mereka berdua sahaja. Tiada pengunjung yang datang untuk mandi-manda. Yang ada pun hanyalah cuma satu dua manusia yang sudah manjadikan pantai itu sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Di sepanjang pantai, mereka banyak melayan fikiran masing-masing. Suzi pula ingin melepaskan penat memandu dan Jazmi pula dengan halnya sendiri. Mereka berjalan beriringan sesekali Jazmi dilihatnya menyepak air pantai yang menyimbah kaki mereka. Suzi berasa tenang sekali bukan kerana berada di sebelah Jazmi ketika itu tetapi pantai itu seperti membuang segala kemelut yang bersarang di kepalanya. Dia mahu meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya tetapi dirasakan tindakannya pasti sia-sia. Suzi sudah tahu akan jawapannya. Beteka Suzi di dalam otaknya. Apakah harus diluahkan kepada Jazmi? Apakah tindakan Jazmi selepas luahan itu didengari. Adakah Jazmi mampu untuk menerima segala kisah yang akan diluahkan bersaksikan pantai Tanjung Keling yang melata di hadapannya. Jazmi mengajak Suzi berlabuh sebentar di tunggul kayu terdampar di tepian pantai.

"Suzi mula membuka mulut, “Awak, sebenarnya saya ada satu perkara yang ingin saya ceritakan pada awak. Saya cuma inginkan pendapat awak sahaja,”

“Apa dia?” Tanya Jazmi. Kaki kanannya menguis-nguis pasir.

“Minggu lepas, saya ada balik ke kampung. Ummi saya ada cerita pada saya yang ada orang datang ke rumah bertanyakan saya. Diaorang ingin mengambil saya sebagai calon ........”

“Hah! Jadi awak sanggup lah?”

“Tak la. Saya belum bagi jawapan putus lagi. Saya terangkan kepada ummi saya supaya berilah saya masa untuk berfikir. Jadi apa pendapat awak?”

“Kalau awak fikir lelaki itu yang terbaik untuk awak, teruskan. Saya terima sahaja. Dan kalau awak fikir saya tak mungkin akan membahagiakan awak, awak layak untuk menerima calon ummi awak tu.”

“Jadi, awak setujulah saya terima cadangan orang tua saya tu.” Suzi bertanya dengan nada yang amat sayu.

Apa boleh saya lakukan lagi, Suzi. Bagi saya awak telah banyak berkorban demi persahabatan ini dan saya amat menghargainya. Saya tak mahu melukai hati awak. Dan saya tak mahu awak terus menerus mengharap sesuatu yang tak pasti dari saya”.

Jazmi, sudah lama saya menantikan sesuatu dari awak. Sekarang secara ikhlasnya, katalah di hadapan saya bersaksikan pantai ini, adakah awak betul-betul mencintai saya. Atau awak sekadar menganggap saya sebagai teman biasa,” Suzi mendesak.

Jazmi betul-betul buntu diasak dengan pertanyaan yang sedemikian. Mahu sahaja dia lari daripada memberi apa-apa harapan. Muka Suzi dihadapannya ditatap dengan yakin. Kali ini Suzi seolah inginkan jawapan yang pasti.

Suzi, Untuk pengetahuan awak, saya pernah luahkan kepada awak yang saya anggap awak sebagai teman special saya. Saya tak pernah berubah. Awak adalah seorang wanita yang akan saya angkat sebagai teman hidup saya dunia akhirat. Percayalah!. Itu semua akan memakan masa Suzi. Apa yang perlu dari awak adalah kesabaran dalam melalui jalan-jalan hidup bersama saya. Sebenarnya saya tidak mahu lagi menyusahkan awak. Tetapi saya tak mempu untuk menyimpan penyakit ini keseorangan. Untuk pengetahuan awak, saya telah berjumpa dengan pakar tulang kelmarin dan mengatakan saya menghadapi komplikasi di bahagian tulang belakang saya. Pakar akan membuat pemeriksaan lanjut. Itu sebab saya tak boleh memandu lama. Tetapi sekarang taklah teruk sangat, masih lagi di peringkat awal. Itu sahaja kata doktor.”

Suzi terdiam. Berita yang baru keluar dari mulut Jazmi tadi membuatkan pernafasannya terhenti. Ditelan air liur. Pemandangannya berpinar-pinar. Betulkah apa yang baru didengari sebentar tadi. Mahu sahaja dia menyembam mukanya di dada bidang Jazmi tetapi apakan daya. Dia menyeka airmata yang baru mengalir lesu ke pipinya.

“Maafkan saya kerana telah membuatkan awak terpaksa berterus terang atas desakan saya. Saya sememangnya sedar dari tadi yang awak tidak berapa selesa ketika di dalam kereta. Saya ingin bertanya tetapi saya diamkan sahaja. Apa apapun awak jangan risau. Sayakan ada. Saya akan sentiasa berada di sisi membantu awak semampu yang saya boleh. Cuma awak jangan malu-malu untuk meminta pertolongan. Itu saja,” Suzi mampu tersenyum paksa. Tetapi dalam hati dia berbaur sedih. Kuatkah semangat teman yang berada di depannya untuk menjalani hidup.

Mereka mula beredar ketika matahari mula menyelindung diri di ufuk barat.


Malam begitu sunyi di kampung ini. Hanyalah deruan ombak pantai yang masih kedengaran di cuping telinga Suzi. Sayup-sayup kedengarannya sedikit sebanyak mengalunkan nada ketenangan. Cengkerik dan kodok pula sahut bersahutan. Langit dilihat pekat memmbukat. Sesekali bunyi kenderaan yang mendatang bersilih ganti memecah ketenangan.

Suzi bersimpuh di sofa beranda veranda luar rumah Mama melayan malam sendirian. Pandangannya dilempar jauh ke hadapan jalan raya yang gelap itu. Hatinya berbaur rasa. Walaupun malam itu dirasa aman tapi hati Suzi masih runsing dengan apa terjadi pada Jazmi petang tadi di perjalanan ke Melaka. Dia berjanji pada diri sendiri yang dia akan mengorbankan dirinya sendiri demi Jazmi menjalani hidup dengan sempurna tanpa kesakitan yang ditanggung sekarang. Walaupun pada hakikatnya dia sendiri tidak tahu apa yang patut dibuat untuk mengurangkan lagi penderitaan yang dihadapi oleh teman lelakinya itu. Semahunya dia berjanji akan bersama menatang segala apa rintangan yang ditempuhi oleh Jazmi. Itu janjinya pada dirinya sendiri.

Petang tadi juga Suzi berada di sini Mama sambil menyuapkan makanan malam. Keadaan Mama lemah sedikit. Makanan petang Suzi dan anak Mama, Siti Nadhirah yang telah bersama-sama menyediakan. Mujurlah Siti Nadhirah bekerja pada shift malam hari itu. Ada masa untuk Siti Nadhirah turun ke dapur memasak untuk ibunya. Suzi sekadar menolong mana yang perlu sahaja. Ketika berbual dengan Siti Nadhirah di dapur perihal ayahnya, menurut Siti Nadhirah, ayahnya bekerja sebagai seorang kelindan lori dan pada masa itu ayahnya tiada di rumah kerana menghantar barang-barang ke Kedah. Bekerja sebagai kelindan lori kekadang terpaksa berpisah dengan keluarga berharian lamanya tanpa mengira waktu. Itu kata Siti Nadhirah. Tambah Siti Nadhirah kekadang hari raya pun ayahnya tiada bersama keluarga menyambutnya. Sedih juga Suzi mendengarnya tetapi apa yang boleh dibuat, demi sesuap nasi itulah pengorbanan untuk menyara keluarga.

Lamunan Suzi terhenti. Ada suara-suara datang dari ruang tamu. Suzi cuba amati suara itu betul-betul. Itu suara Mama sedang berbual dengan Jazmi. Suzi cuba mengamati butir bicara dari luar.

“Jazmi, Mama suka dengan kawan perempuan kamu tu. Mama nak tanya ni kamu ada apa-apa hubungan ke dengan dia? Maaflah. mama Cuma tanya aje.” Mama cuba menyelami anak saudaranya yang telah lama balik menjenguknya.

“Mama, saya memang rapat dengan dia. Tapi buat masa sekarang ni mama, kami ada sedikit masalah yang harus kami tangani.” Suzi terdengar Jazmi terketar-ketar menjelaskan pada mama. Hati Suzi terharu. Sedikit sebanyak kata-kata Jazmi itu menguatkan semangat Suzi untuk berusaha bersama mencari jalan penyembuhan.

“Apa yang menjadi masalahnya? Kamu bergaduh ke? Cuba kamu cerita dengan mama kamu ni. Tak usahlah nak malu-malu dengan mama.?” Tanya mama penuh tanda tanya. Jazmi tunduk ke bawah. Pertanyaan dari mamanya jelas ingin tahu apa yang sedang dibebaninya sekarang. Jazmi tak mampu untuk memberatkan lagi penderitaan yang selama ini ditanggung oleh perempuan tua itu. Cukuplah dengan apa yang dia alami sekarang. Tak sanggup untuk Jazmi menjelaskan masalah yang dia sedang hadapi sekarang ini.

“Tak adalah mama. Bukan masalah besar pun. Cuma sedikit sahaja. mama tidak payah risau kerana Jazmi boleh atasinya sendiri.”

“Kamu dah lama ke berkawan dengan perempuan tu. Maaflah. Mama pun bukan ingat namanya tadi. Siapakah namanya? Mama lupa.”

“Mama ni... Nama dia Norsuzilawati. Panggil Suzi aje. Kami dah berkawan lama jugak. Lebih dari tiga tahun.” Jazmi membetulkan duduknya.

“Yalah. Mama faham. Mama kat sini cuma mendoakan kamu berdua baik sahaja.” Mama menutup perbualan. Muka dikalih di sebelah kanan. Mama mula mencuba untuk melelapkan matanya. Tak sanggup untuk berkata-kata dek kerana menahan sakitnya, fikir Suzi. Suzi hanya melihat dari jauh. Hati wanitanya benar- benar tersentuh dengan penderitaan yang sedang dialami oleh mama.

Suzi naik ke rumah perlahan-lahan. Mama yang telah mula melelapkan mata dibiarkan begitu sahaja. Dia tak mahu mengejutkan mama yang mula tidur. Dia lalu terus ke bilik kosong yang memang ada di rumah itu. Malam itu Suzi terpaksa bermalam di rumah mama kerana mama mendesak supaya berehat. Mamanya mencadangkan agar mereka pulang pada keesokan hari. Suzi akur walaupun dia tiada membawa apa-apa peralatan dan pakaian lebih untuk bermalam di rumah mama. Mama begitu murah hati. Mama memberi kain batik dan baju kurungnya untuk pakaian malam. Nasib baik saiz mereka tidak banyak berbeza.

Pagi Ahad selepas bersarapan bersama adik kepada Siti Nadhirah, Siti Nazilah, Jazmi dan Suzi mula bersiap untuk memudik diri semula ke Kuala Lumpur. Semalaman Jazmi menemani mama sepanjang malam yang sakit kencing manis. Menurut Jazmi, Mamanya menolak untuk mendapat rawatan lanjut di hospital atas alasan yang dia tiada siapa yang akan menemaninya di hospital.

Kalau ada kelapangan nanti, datang-datanglah melawat kami kat sini, Suzi,” Pesan mama ketika Suzi bersalaman dengan mama di perbaringan. Suzi turut menghulur sedikit wang kepada mama atas dasar ikhlas.

“Ini duit untuk beli ubat mama,” Kata Suzi dengan sayu.

“Kamu ni buat susah-suah aje Suzi. Dahlah datang rumah kami kena memasak pulak. Ini pulak kamu bagi duit. Terima kasihlah banyak-banyak.”

“Sama-sama mama. Mama tu jaga kesihatan mama. Jangan lupa makan ubat pulak,” Balas Suzi.

Suzi menawar diri untuk memandu ke Kuala Lumpur. Suzi tahu dia tak mahu teman lelakinya mengalami ketidak sempurnaan sepanjang perjalanan. Jazmi tidak menolak sekadar menurut sahaja. Sepanjang perjalanan pulang, mereka banyak melayan perasaan masing-masing. Suzi berhenti di beberapa R & R atas permintaan Jazmi kerana Jazmi ingin mengambil angin sambil meregangkan otot belakangnya. Suzi tahu akan keadaan Jazmi. Tapi di hatinya puas demi kesenangan Jazmi, teman hatinya. Suzi senyum di perjalanan itu.

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.