Hello There!

Thursday, March 4, 2010

Kotak Hijau

Pagi hari minggu seperti biasa, Suzi akan membuat housekeeping di rumah terutama di biliknya. Sudah lama bilik tidak dikemas terutama di bawah katil. Sudah cukup untuk menjadi pusat pengumpulan habuk yang banyak. Dia ke dapur mengambil penyapu yang tersandar dibalik pintu. Kembali semula ke bilik, Suzi membongkok diri dan mula menjolok penyapu ke bawah katil. Ditarik keluar segala khazanah yang terperuk di bawahnya. Tersapu keluar sebuah kotak kecil yang berwarna hijau menarik minatnya. Melihat kotak comel itu terdampar ke arahnya, membuatkan darah Suzi berderau secara tiba-tiba. Dicapai kotak empat segi. Dibuka penutupnya perlahan-lahan. Di dalamnya masih ada sebatang lilin hijau yang comel. Kisah sebalik kotak serta lilin itu berlayar di fikirannya. Sayu menyapa perasaan Suzi. Tak tertahan dek kejadian dulu, air mata tanpa disedari mula bergenang.

Suzi tahu kotak tersebut adalah hadiah pemberian dari teman rapat pada hari jadinya pada tahun lalu. Entah kenapa Suzi merasakan dia bersungguh sangat hendak mengadakan majlis hari jadinya. Biasanya Suzi tidak pernah menyambut hari jadi sejak kecil. Kalau tidak pun sekadar mengingati tarikh lahir itu sahaja.

Suzi amati lilin hijau itu. Air matanya mengalir lagi. Pernah sekali lilin itu dibuang ke dalam tong sampah namun Suzi tidak sampai hati lalu mengutipnya kembali dan menyimpan semula. Suzi menyorot kembali kenangan bersama dengannya.

"Awak nak hadiah apa untuk harijadi awak tahun ni"?. "Laa....Harijadi sayakan lama lagi". Jawab Suzi.

"Yalah saya tahu tu, tapi kan mana tahu awak nak yang bukan-bukan, jadi adalah masa saya nak carikan nanti".

"Betul ke ni?, atau awak sengaja nak impress saya saja. Jangan cakap saja nanati habuk pun awak tak boleh nak cari". Tanya Suzi.

"Tapi janganlah mintak bulan dan bintang pulak ya". Senyum si dia masih mekar di hati Suzi.

"Itu dah gilalah kalau saya nak bulan dan bintang". Celah Suzi.

"Sebenarnya saya tak nak apa-apa hadiah dari awak, cuma saya nak biarlah persahabatan kita ke akhir hayat". Nada suaranya sendu secara tiba-tiba. Bukan merayu tapi penuh mengharap.

"Jikalau dia dapat mengisi ruang kosong hidup ini, alangkah bertuahnya diri aku ini". Bisik Suzi dalam hatinya.

Pulang dari pejabat petang itu, dicapai telefon bimbit terus mendial nombor yang tersemat di benaknya. Tiada jawapan yang diterima malah terus masuk ke peti suara. Suzi kehairanan. Di cubanya sekali lagi namun jawapan yang diterima tetap sama. Suzi mengeluh seketika. Membiarkan masa berlalu sebentar sebelum mencuba sekali lagi. Namun dia gagal mendapatkan suara sang peria yang dirindukan di sebalik talian.

"Ke mana dia pergi ya". Keluh Suzi.

Suzi mencuba lagi, tiada jawapan yang diterima.

"Ahhh!! Ke mana pulak dia ni". Bisik Suzi.

Suzi mendial nombor rumah si dia pula. Sama. Tiada yang mengangkat. Kusut fikiran Suzi. Pelbagai andaian di benak fikirannya. Selalunya kalau Suzi menelefon pada waktu begini pasti si dia akan menjawap. Ini sudah berkali-kali Suzi mencuba jawapannya sama sahaja. Mungkin dia sudah tidur atau dia mungkin sedang mandi. Suzi cuba hendak menyedapkan hati.

"Dari aku menunggu dia lebih baik aku pergi makan dulu. Perut aku pun dah berbunyi". Bisik Suzi pada dirinya.

Selepas makan seorang diri, Suzi kembali ke kediamannya. Di kuak pintu utama rumah, telefon bimbitnya berbunyi. Itu pastinya si dia yang menelefon kerana Suzi sudah meninggalkan pesanan suara di telefon si dia. Tanpa melihat di skrin Suzi menjawab.

"Hello, awak ke mana tadi?. Puas saya telefon awak macam nak tercabut tangan saya ni hah". Terang Suzi.

"Assalamualaikum Suzi. Ini ummi ni".
Alamak! terkedu Suzi dibuatnya. Disangka sin dia rupa-rupanya ummi yang menelefon.

"Wa'alaikumusallam ummi". Jawab Suzi dengan senyum malu.

"Amboi anak ummi ni dah ada buah hati rupanya ya, bila nak kenalkan pada ummi ni". Gurau Hajjah Aminah.

"Mana ada ummi, Suzi mana ada buah hati. Lagipun siapalah yang berminat kat anak ummi ni". Merendah diri Suzi pada umminya.

"Habis yang tadi tu kamu tanya pada siapa, takkan Suzi tanya kat ummi kot". Tanya ummi.

"Taklah ummi. Tadi Suzi telefon kawan Suzi, nak ajak makan malam, tengok-tengok dia tak angkat pulak, tu lah Suzi tanya dia pergi mana tadi, itu aje". Terang Suzi kepada umminya cuba menyembunyikan sesuatu.

"Tak berkat tau kalau Suzi bohong kat ummi". Nak cuba diterangkan tapi tekaknya terasa tersekat. Belum masanya lagi fikir Suzi cuba menenangkan jeruk hatinya.

"Lelaki ke perempuan?". Tanya ummi. Suzi tersentak. Soalan umminya memerangkap dirinya. Dia tak boleh menyembunyi dari umminya. sekarang. Suzi harus menyatakan secara benar. Dia tidak mahu menipu ummi sendiri.

"Hmmmm.....lelaki ummi". Jawab Suzi.

"Ahh!. Tadi kata takde buah hati habis yang nak ajak dia makan tu sapa"?. Ummi memperli Suzi.

"Taklah ummi, betul dia tu cuma kawan Suzi aje. Tak lebih dari itu".

"Yalah mula-mula tu kawan aje. Kalau dah lama berkawan nanti bolehlah tunjuk kat ummi ya". Pinta ummi pada Suzi.

"Yalah ummi nanti kalau Suzi dengan dia dah bersama nanti Suzi akan bawa dia berjumpa dengan ummi ya". Sambung Suzi lagi.

"Sebelum ummi lupa sapa nama dia tu?". Tanya ummi lagi.

"Alah ummi....kalau bagitahu sekarang tak surpriselah nanti bila Suzi balik kampung, Suzi ceritakan satu persatu kat ummi ok". Jelas Suzi.

"Ummi telefon Suzi malam-malam ni, apa halnya?". Tanya Suzi pada umminya.

"La....Takkan ummi tak boleh telefon anak ummi waktu begini?".
"Ummi jangan salah faham pulak. Selalunya ummi kan dah tidur waktu macam ni, atau ummi ada hal penting nak bagi tahu kat Suzi?".
"Ummi sebenarnya dah telefon rumah kamu dari isyak tadi tapi telefon rumah kamu tu sibuk sangat. Lepas tu tiada jawapan pulak". Getus ummi pada anak daranya.

"Oh ya lupa pulak ummi, ummi nak tanya bila kamu ni nak balik kampung, rasanya dah lama kamu tu tak balik kampungkan?". Sambung ummi lagi.

"Nantilah ummi, buat masa sekarang kerja kat pejabat tu banyak sangat, tengoklah mungkin bulan depan kot Suzi balik ok lagi pun Suzi dah lama tak makan masakan ummi".

Begitulah gelagat ibu dan anak. Kalau Suzi tidak menghubungi umminya pasti umminya akan menghubungi anaknya pula. Ummi begitu perihatin anak daranya yang duduk berjauhan dari keluarga apatah lagi kalau tinggal seorang. Pada Suzi sahajalah umminya selalu berbual untuk menghilangkan kebosanan hidup seorang diri di kampung.

Jam menunjukkan pukul sebelas malam. Suzi lega kerana selesai membuat kerja pejabat yang di bawa balik ke rumah. Suzi memadam lampu meja dan menuju ke katilnya. Suasana kelam seketika hanya cahaya yang menerangi ruang bilik. Suzi tahu pada waktu begini, hatinya berasa sedikit lapang. Ketika baring, Suzi meraba handphone yang terletak di meja sisi katil, di dial nombor dan menunggu seketika. Ada deringan di balik talian. Suzi menunggu lagi. Talian diangkat.

"Oh! Tadi saya keluar dengan kawan saya. Sorry...Saya tak dengar bunyi telefon".
"Keluar dengan kawan, lelaki atau perempuan?". Tanya Suzi lagi.

"Alah kawanlah. Tak perlu tanya lelaki atau perempuan. Semua mereka kan kawan saya aje". Jawab si dia dengan selamba.

Jawapan darinya kurang menenangkan jiwa lara Suzi. Kalau boleh dia ingin mengetahui siapalah yang dimaksudkan dengan kawan itu. Mereka berbual tentang kerja dan apa yang berlaku sepanjang hari. Perbualan berlanjutan tapi di layan tanpa mesra oleh Suzi.

Malam bertambah larut. Tetapi mata Suzi langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Fikiran Suzi masih rancak berfikir dengan gerangan si dia keluar bersama. Andai lelaki, Suzi tidak ambil endah, jika gerangan itu perempuan, ahh!, hati wanitanya pasti menjerit. Suzi ligat berteka sendirian. Kalau ianya wanita, diri Suzi turut bertanding untuk merebut hati jejaka idaman itu. Suzi rasa harus menyusun strategi. Strategi untuk memenangi hati lelaki itu.

"Berani betul perempuan itu cuba mendampingi si dia. Kalau aku tahu siapa dia, nahas perempuan itu aku kerjakan". Bungkam Suzi, melepaskan geram sendirian.

Malam terus larut. Terngiang-ngiang di telinga bila ummi tanya bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya. Ini semua memberi tekanan lagi kepada Suzi. Jikalau si dia memberi kata putus yang dia bukan jodohnya, Suzi terpaksa akur walau pahit untuk di telan. Pada Suzi untuk mencari pasangan hidup bukanlah sesenang yang difikir oleh sesetengah orang. Suzi harus berhati-hati agar ikatan perkahwinannya terus terjalin hingga ke akhir hayat.

"Ummi, Suzi kan masih muda lagi dan masih banyak yang perlu Suzi belajar, lagi pun Suzi sibuk mana ada masa nak dating-dating ni ummi". Terang Suzi.

"Itu ummi tahu tapi sampai bila kamu tu nak hidup sorang diri. Umur tu bukannya boleh tunggu kamu, Nanti jadi anak dara tua baru padan muka kamu". Tegas ummi.

"Hai Suzi belajar masak dari ummi pun belum khatam lagi tau". Terang Suzi lagi mencari alasan secara gurauan.

"Masak tu boleh belajar Suzi yang pentingnya anak ummi ni mesti naik pelamin dulu".

"Mudah-mudahan ummi, ummi doakanlah semuga anak ummi ni cepat dipinang orang ya". Pinta Suzi.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.