Hello There!

Monday, September 27, 2010

Ahad 26/09/2010

Aku bangun pukul 6 pagi. Rutin pagi seperti biasa. Jazim bangun sikit pukul 7 pagi. Pukul 9.10 pagi, kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Masa nak ambik makanan, kitaorang jumpa Arief gan kawan dia. Dia tengah makan. Sembang kejap, kitaorang terus order makanan. Masa tu orang tak ramai sangat.

Masa kitaorang makan, Rahim gan family dia datang nak makan. Wife dia gan baby dia takde. Kitaorang sembang kejap. Pukul 9.40 pagi, kitaorang chow dari sana. Jazim nak gi opis lagi. Aku balik rumah. Pukul 11 nanti, aku nak keluar gan Ed. Kitaorang nak gi Pavilion tengok wayang. Ed nak tengok citer "Wall Street". Aku tak minat sangat citer macam tu, tapi bila dah tengok bagus gak citer tu. Kitaorang tengok pukul 12 tengahari.

Habis dah nak dekat pukul 3 petang. Kitaorang terus gi lunch kat "The Curve". Kitaorang lunch kat "Winter Warmers Coffee". Jazim kol aku, kata Umi masak nasi kerabu. Nanti malam kitaorang nak gi rumah Umi. Pukul 6.30 petang, aku sampai rumah. Jazim belum balik lagi. Pukul 7.15, Jazim balik. Aku tengah bersihkan kucing. Kitaorang tak jadi makan kat rumah Umi. Umi takde kat rumah. Pastu kitaorang makan kat kedai Mek jer.

Pintu Masuk

Fruit Cocktail rm9.90
Sandwich telur rm8.90
Nasi Ayam Mango rm12.90
Garlic Chicken rm11.90

Sunday, September 26, 2010

Sabtu 25/09/2010





Aku bangun pukul 6 pagi. Rutin macam biasa. Jazim bangun pukul 7 pagi. Pukul 8.30 semua dah habis. Aku mandi pastu Jazim mandi. Kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Semalam Jazim dah kol Sam nak cukur bulu Joey dan Fiona. Habis breakfast, kitaorang balik rumah nak ambik Joey, Fiona dan Toby. 

Sampai kat Ara ngam-ngam pukul 10 pagi. Sam pun baru sampai gan kenarinya. Dr. Jon pun ada. Kitaorang bagi tau kat Sam macam mana kitaorang nak cukur bulu kucing. Pastu kitaorang gi minum kopi. Habis minum, kitaorang gi kedai furniture saja nak tengok-tengok jer. Dah habis, kitaorang balik ke Ara semula. Masa sampai sana, Sam tengah cukur bulu Fiona. Joey dan Toby dah siap cukur. Toby, kitaorang suruh Sam cukur bulu kaki jer. 

Masa nak menunggu Fiona habis cukur. Kitaorang berbual-bual gan Dr. Jon. Dr. Jon kata, dia dah permanent kat Ara. Dr. Jon kata lagi, Dr. Sumitra dan Jesse dan berhenti kerja. Dr. Sumitra dah ada kat India sekarang. Mak bapak dia kat India. Dr. Jon kata, bos Ara nak buka cawangan baru kat Subang. Masa kitaorang takde tadi. Dr. Jon kata dia tengok Toby selsema, takut nanti jangkit kat yang lain. Toby tu memang selalu selsema so far tak pulak ada yang terjangkit. Jazim pun belilah ubat selsema.

Ubat Selsema Toby rm130
Pukul 12 tengahari baru semua habis. Kitaorang pun bali. Pukul 1, Jazim gi opis. Aku terus mandikan Otty, Buble, Angel, Suzzy, Joey dan Toby. Pukul 2.15 petang semua dah settle. Aku gi mandi. Ed kol aku. Kitaorang nak gi open house kawan dia. Pukul 3 petang dia sampai. Kitaorang bergerak ke Pandan Indah. Rumah kawan Ed dekat gan rumah Kak Nok. 

Kitaorang sampai orang dah ramai. Kawan Ed suruh datang pukul 1 petang. Kitaorang datang lambat sebab Ed baru habis kerja dia. Dia gi opis pagi tadi. Aku makan satay dan rendang. Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 6 petang. Pastu kitaorang gi Tesco jalan-jalan. Pukul 7.30 malam, aku sampai rumah.

Sampai rumah, aku bersihkan kucing dan tukar baju. Masa aku balik rumah, Jazim belum balik lagi. Aku keluar lagi gan Ed. Kali ne kitaorang nak gi Tasik Permaisuri. Kitaorang nak gi rumah opis mate Ed. Pukul 8.20 malam, kitaorang sampai sana. Orang taklah ramai sangat. Opis mate Ed, Sarina kata dia tak jemput ramai orang, cuma yang terdekat jer. Wah kali ne hidangan lain sikit. Masakan ala-ala Inggeris style.

Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 11 malam. Pastu kitaorang balik rumah aku. Sampai pukul 1.30 pagi, kitaorang balik Ampang.



Saturday, September 25, 2010

Jumaat 24/09/2010

Pagi ne aku gi kerja dari rumah Jazim. Aku bangun pukul 6 pagi. Buat rutin seperti biasa. Aku gi kerja gan Jazim. Pukul 7.35 pagi kitaorang keluar dari rumah. Kitaorang bereakfast kat As-salam. 

Semalam Jazim suruh aku buat kad jemputan untuk kenduri arwah dia. Dia nak jemput lebih kurang 100 orang. Jazim dah booking tiket flight kitaorang ke Kalantan. Kitaorang nak gi Kelantan pada 20hb. Nov. nanti. Balik ke K.L hari isnin. Aku dah siapkan kad tu. Esok aku akan tunjukkan pada Jazim.

Petang, aku balik kerja terus ke Ampang. Aku sampai rumah pukul 5.50 petang, Jalan kat MRR2 tak jem. Aku buat rutin seperti biasa. Jazim balik kerja lambat petang ne. Nanti malam aku nak gi open house gan Noi. Pukul 7.30 malam, aku dah habis bersihkan kucing. Aku terus bersiap. Pukul 8.30 malam, Noi kol aku, suruh aku turun. Masa tu Jazim belum balik lagi. Kawan Noi dari Yaman ikut gak. Kitaorang terus bergerak. Jalan jem teruk. Masa tu pun hujan turun gan lebatnya. Rumah kawan kitaorang kat area Mint Hotel.

Pukul 9.40 malam, kitaorang sampai kat rumah Rudi. Ramai gak yang dijemput. Lauk dia punyalah banyak. Satay, rendang, mee sup, mee goreng, ayam goreng dan rojak ada. Kitaorang lepak sana sampai pukul 12.30 malam. Pastu kitaorang blah. Noi hantar dulu kawan dia kat Gombak. Pastu baru hantar aku pulak.

Khamis 23/09/2010

Petang aku sampai rumah dah pukul 6.15 petang. Petang aku balik lambat sikit. Kat opis seharian bos aku duduk gan aku sambil kitaorang buat kerja opis sama-sama. Bos aku nak siapkan bungalow dia kat Bukit Tinggi secepat mungkin. Lagi hari rabu, kitaorang buat kerja sama-sama. 

Pukul 6.40 petang, Jazim kol aku. Sembang-sembang last-last aku cakap kat Jazim, jom gi dinner sama. Jazim kata ok. Pukul 7.15 malam, Jazim sampai rumah aku. Kitaorang dinner kat OldTown. Sebenarnya sebelum aku sampai rumah tadi, aku singgah KFC dulu. Aku beli burger Zinger, mashed potato, wedges plus air. 


Sampai kat OldTown, kitaorang order air jer. Pastu Jazim beli burger kat seberang jalan. Kitaorang makan makanan luar kat OldTown. Aku tanya kat pelayan OldTown, boleh makan makanan luar tak. Dia kata boleh. Kitaorang lepaka sampai pukul 8.10 malam. Pastu kitaorang balik ke Ampang.


Sampai rumah dah pukul 8.40 malam. Nasib baik jalan tak jem kat MRR2. Sampai rumah rutin seperti biasa. Masa kitaorang bersihkan kucing, Kelana datang. Jazim sembang gan Kelana. Aku teruskan kerja. Dah habis kerja, aku mandi. Pukul 11 malam, baru Kelana balik rumah dia. Jazim mandi. Pastu aku gan Jazim, bersembang-sembang kosong. Pukul 12.10 malam, Jazim masuk tidur. Aku tidur pukul 1 pagi.

Wednesday, September 22, 2010

Rabu 22/09/2010 Ayam Bakar Wong Solo

Masa dalam perjalanan balik dari kerja. Ghani kol aku. Dia nak dinner gan aku. Aku ok jer. Aku terus cakap kat dia, jom kita gi kat "Ayam Bakar Wong Solo". Dia tanya kat mana tu. Aku kata kat Ampang Avenue. 

Pukul 6.10 petang, Ghani sampai rumah aku. Kitaorang terus bergerak. Sebelum tu Ghani nak gi Keramat jap. Dia nak hantar barang kat kawan perempuan dia. Kitaorang sampai kat sana pukul 7 malam. Jalan kat MRR2 jem sikit. Kedai ne dah lama aku nampak gan Jazim, tapi belum sempat nak masuk dalam lagi. Ne kali pertama aku makan kat sini. Kedai ne sederes gan 711. Alamat no. G18 & G19, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, Ampang.

Kitaorang masuk dan terus kitaorang tengok menu dia. Ada bermacam-macam makanan dan nama yang pada aku agak pelik gak. So aku order makanan yang kat bawah ne.

Set Ayam Bakar rm10.90
Set Empal rm10.90
Empal Sapi rm5.50
Sayur Asam rm5
Tofu & Tempe Goreng rm4
Untuk minuman kitaorang, kitaorang order air Juice Alpukat - avocado + coklat rm6, Juice Jagung Sakinah rm5.50 dan air kelapa rm5.50. Set yang kitaorang makan ne disediakan jugak tepung berlada, potongan timun, salad. Secangkir sos lada cair dan secangkir kicap berlada disediakan diatas meja.

Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 8.40 malam. Pastu kitaorang gi Tesco Ampang. Jalan-jalan tengok barang. Aku sampai rumah pukul 10.40 malam.

Rabu 22/09/2010 Ayam Bakar Wong Solo @ Ampang Avenue

Masa dalam perjalanan balik dari kerja. Ghani kol aku. Dia nak dinner gan aku. Aku ok jer. Aku terus cakap kat dia, jom kita gi kat "Ayam Bakar Wong Solo". Dia tanya kat mana tu. Aku kata kat Ampang Avenue. 

Pukul 6.10 petang, Ghani sampai rumah aku. Kitaorang terus bergerak. Sebelum tu Ghani nak gi Keramat jap. Dia nak hantar barang kat kawan perempuan dia. Kitaorang sampai kat sana pukul 7 malam. Jalan kat MRR2 jem sikit. Kedai ne dah lama aku nampak gan Jazim, tapi belum sempat nak masuk dalam lagi. Ne kali pertama aku makan kat sini. Kedai ne sederes gan 711. Alamat no. G18 & G19, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, Ampang.

Kitaorang masuk dan terus kitaorang tengok menu dia. Ada bermacam-macam makanan dan nama yang pada aku agak pelik gak. So aku order makanan yang kat bawah ne.

Set Ayam Bakar rm10.90
Set Empal rm10.90
Empal Sapi rm5.50
Sayur Asam rm5
Tofu & Tempe Goreng rm4
Untuk minuman kitaorang, kitaorang order air Juice Alpukat - avocado + coklat rm6, Juice Jagung Sakinah rm5.50 dan air kelapa rm5.50. Set yang kitaorang makan ne disediakan jugak tepung berlada, potongan timun, salad. Secangkir sos lada cair dan secangkir kicap berlada disediakan diatas meja.

Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 8.40 malam. Pastu kitaorang gi Tesco Ampang. Jalan-jalan tengok barang. Aku sampai rumah pukul 10.40 malam.

Tuesday, September 21, 2010

Selasa 21/09/2010 Geylang Kopitiam

Aku sampai rumah pukul 5.50 petang. Ed kol aku nak ajak aku makan kat "Geylang Kopitiam". Aku cakap kat mana tu. Ed kata kat USJ. Wow jauhnya. Aku ikut jer. Kitaorang pun bergerak ke sana. Senang gak nak cari tempat ne. Ia bersebelahan gan Taipan Subang Jaya dan betul-betul gan Masjid Al-Falah Subang. Masjid ne hanya beberapa meter saja dari kawasan ini dan mudah bagi sesiapa untuk mengesannya. Ia gak terletak betul-betul berhadapan gan Balai Polis Subang Jaya yang baru siap dibina. Alamat no. 2, Jalan USJ 9/5P, Subang Jaya.

Kitaorang sampai sana dah pukul 8.50 malam. Aku lihat hiasan dalamannya. Hiasan dalamannya melayu tradisional serta konsep Neo Nusantara di pintu masuk. Hiasan dalaman mengambarkan Singapura zaman kegemilangan studio Jalan Ampas. Keadaannya cozy disebabkan bunyi aliran air dari "Glass Wall Features separuh dinding restoran ne, ada 4 biji water features. Kita gak boleh dengar alunan muzik melayu oldies memori studio Jalan Ampas dan beberapa gambar lama hitam putih di dinding restoran ne. Restoran ne gak ada WIFI free dan tiada password.

Menu aku tengok kat restoran ne ada 7 jenis:-
1. Geylang Singature Dish
2. Geylang Western Dish
3. Geylang Dessert
4. Geylang Speciality Toast
5. Geylang Speciality Rice
6. Geylang Speciality Noodles
7. Side Order

Kitaorang pun mintak order. Aku yang order semua makanan kat bawah ne. Memang kalau makanan S'pore, aku tahu semuanya. Aku ternampak sup tulang merah, apa lagi aku terus order tak tunggu-tunggu lagi. Lempeng pisang gan sambal, cucur udang, keropok lekor dan ubi  rebus pun ada. Lontong goreng, mee rebus, sate goreng dan mee soto ada gak.



Sup Tulang Merah
Selama ne kalau nak makan, kena makan kat Newton Circus kat S'pore jer. Sekarang tak lagi, kat sini pun dah boleh makan gak. Walaupun rasa tak 100% tapi rasa wow gak. 
Kacang Phool rm6.30
Kuah kacang merah dicampur gan daging lembu dan diletakkan telur mata kerbau diatasnya. Diletakkan bersama bawang merah, cili hijau dan tomato. Makan bersama gan roti. Wow terangat beb, tapi aku rasa kat foodcourt Larkin lagi sedaplah.
Mee Rebus Tulang Ketuk, siap bagi straw untuk sedut tulang
Teh C Peng Gula Melaka (3 Layer) rm2.80 kaw-kaw
Tauhu Telur Goreng sedap
Dulu selalu makan kat foodcourt MidValley, tak pun kat The House of Sundanese KLCC, apa-apa pun memang sedap giler.

Kesimpulan yang boleh aku buat ialah kepantasan layanan cepat. Hantar hidangan agak lambat sikit terutama sekali kacang phool, Aku tengok jam hampir 25 minit baru sampai. Makanan lain sekitar lebih kurang 10 minit.

Kitaorang chow dari situ pukul 10.30 malam. Aku cakap kat Ed, macam aku berada di S'pore lak. Aku puas hati makan malam ne. Nasib baik aku nak ikut Ed, kalau tak, tahlah. Restoran ne MEMANG GEREK SIH.




Monday, September 20, 2010

Ahad 19/09/2010

Pukul 8.30 malam, aku balik dari rumah Jazim. Masa tu Jazim balik lambat. Aku nak keluar gan Ed. Ed nak bawak aku gi rumah kawan dia kat Cheras. Ed kata ada open house. Patutlah Ed pakai baju melayu warna biru tua. Aku tanya mana dapat baju melayu ne. Ed cakap dulu dia ada beli baju melayu tu tapi jarang pakai. Songkok takde lah. Mula-mula tu aku malas nak gi. Tengok muka Ed kesian lak hehe, yang aku malasnya, kena pakai baju melayu lak. Terpaksa balik rumah aku nak tukar baju melayu, dah buang masa kat situ. Sampai rumah aku dah pukul 8.50 malam. Nasib baik jalan tak jem. Aku pakai baju melayu aku warna biru light.

Kitaorang sampai sana dah pukul 9.50 malam. Jalan jem. Mak datuk ramainya orang kat rumah dia. Segan aku dibuatnya. Aku dahlah tak kenal semua orang kat situ. Ramai gak perempuan datang, yang dah berkeluarga pun ramai gak. Lauk memang banyak. Rendang, ketupat, lemang semua ada.

Aku dah takde mood nak makan. Dah malam sangat dah. Perut pun dah masuk angin. Aku makan sikit satay daging jer. Pastu aku bersembang gan 1 kakak ne. Nama dia Suriaty. Dia dan gan laki dan anak lelaki dia yang berumur 2 tahun. Comel sungguh anak dia, yalah dah maknnya putih kan. anak dia nama Herman. Budak tu tak takut gan aku pun. Sembang punya sembang, dia kata dia nak buat renovit rumah dia kat Subang. Tiba-tiba Ed menyampuk, Ed kata aku boleh buatkan rumah kakak tu. Apa lagi, kakak tu beriya benar nak suruh aku buatkan. Ed kata aku buat cantik. Kurang hasam Ed. Dah Kak Su pun panggil laki dia datang. Dia mintak no hp aku, nanti dia nak jumpa aku. Aku pun cakap kat laki dia nanti rumah dah siap boleh panggil Ed buat idnya. Ed jeling aku. Pandai muka kau, pandai-pandai suruh aku kenapa.

Tuan rumah pun ada hati nak buat revo ne. Dia nak besarkan dapur dia. Tuan rumah Sazali. Dia tinggal rumah 2 tingkat. Cantik rumah dia. Dia ada 3 orang anak. 1 lelaki, 2 perempuan. Masih kecil anak dia. Comel semuanya. Rupa-rupanya kat situ ada sorang bos yang ada firm arkitek sendiri. Dia tanya aku kat mana projek opis aku. Aku cakap kat Bandar Sungai Long. Kat situ kebanyakkan projek opis aku. Dia tanya kenapa semua projek kat situ pakai batu bata. Aku cakap kat dia sebab pemaju dia ada company batu bata sebab tu dia gunakan product sendiri. Dia tanya kolej kat situ pun opis aku buat ke. aku kata yes. Dia tanya aku dah kerja berapa tahun kat opis aku. Aku cakap adalah beberapa tahun. 

Pukul 11.30, kitaorang chow dari situ. Aku sampai rumah pukul 12.40 malam. 

Isnin 20/09/2010

Hari ne aku sudah mula kerja seperti biasa. Balik pun macam biasa pukul 5.30 petang. Kerja bukan main banyak. Semua nak cepat siap. Nasib baik semua dah aku siapkan. Petang ne, aku nak jumpa Adam. Dia nak dinner gan aku. Aku nak ajak dia makan kat "Ruz Aladin". Aku jumpa dia kat rumah aku. Pukul 5.50, dia dah sampai. Kitaorang terus bergerak ke sana.

Sampai kat sana dah pukul 6.50 petang. Jalan jem sikit. Sampai sana kitaorang terus order makanan. Selepas azan maghirib, aku pun makan. Tengah makan tiba-tiba, aku ternampak Remza datang gan kawan dia. Muka Remza aku tengok merah. Hehehe. Aku salam gan dia. Pastu dia terus blah. Aku sambung makan lagi. Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 8.40 malam. 

Masa dalam kereta, Remza sms aku. Dia secara bergurau kata, nak makan tak ajak dia. Aku balas perlu ke nak makan kena cakap kat semua orang. Malam masih muda, kitaorang jalan-jalan sekitar Ampang. Pastu kitaorang minum kopi kat Old Town Ampang Point. Sembang lagi sampai pukul 10 malam. Pastu kitaorang chow. 






Saturday, September 18, 2010

Sabtu 18/09/2010

Aku bangun pukul 7 pagi. Aku bersihkan bilik kucing. Jazim bangun lambat sikit. Dah habis kitaorang gi breakfast. Pagi ne kedai Kak Mah dah bukak. Kitaorang makan kat sana. Pastu kitorang gi ke "Sri Seltra, tengok-tengok tutup tak bukak. Kitaorang terus gi Ara nak ambik DMG. Rupa-rupanya Dr. Jon ada kat sana.

DMG rm132
Kitaorang gi lak kat "Sea Park Pet Supplies" nak beli whitening. Kitaorang sampai sana pukul 10.40 pagi. Kata bos dia, orang yang hantar stock belum sampai lagi. Pukul 12 baru stock sampai. Kitaorang malas nak balik rumah. Secara kebetulan seat belt Jazim rosak. Kitaorang pun gi bengkel "Toyota" PJ dulu. Jazim nak betulkan seat belt kereta dia. Datang kat sana stock takde, kena tunggu hari isnin pulak, pastu kena tunggu 1 hari baru boleh siap. Jazim tak jadi nak buat. Jazim nak tanya kat Toyota Maluri lak.

Kitaorang pun balik semua kat Sea Park. Sampai sana, aku tanya kat bos cina dia, orang stock yang hantar belum lagi sampai. So kitaorang gi minum sat kat kedai mamak. Dah nak dekat pukul 12, kitaorang gi kat sana. Kitaorang nampak van dah ada kat depan kedai dan pekerja tengah munggahkan barang-barang. Aku masuk dalam kedai, masa tu Jazim tengah cakap kat hp. Kitaorang beli:-

Grooming Powder 400gm rm55
Pure White & Brigthening rm185
Super Whitening Gel rm47
Dah beres, kitaorang balik rumah sebab Nazly gan abang dia nak datang rumah. Nazly nak ambik Darleen. Abang dia nak tengok Zeta. Kitaorang sampai rumah pukul 1.10 petang. Kitaorang sampai, mereka dah ada kat depan pintu. Nazli, abang dia gan bini gan anak dia 2 orang gan kawan Nazly. Dipendekkan citer, abang dia terus ambik Zeta. Nazly pun ambik Darleen. Sedih gak mereka dah kena ambik. 

Pukul 2.15 petang, mereka balik. Kitaorang pun keluar nak gi Toyota Maluri. Sampai sana dah pukul 2.40 petang. Mereka kat sana cakap, kena tunggu hari isnin gak. Stock takde. So Jazim bayar bil, kena tunggu hari isnin. Nanti hari isnin kalau dah sampai stock, mereka akan kol. Mereka akan buat 1 jam jer dari kat PJ, 1 hari nak buat. Aku heranlah, kenapalah tak simpan banyak-banyak kat bengkel. Ne kena order baru nak hantar. Seat belt kan mana boleh tunggu lama-lama, bahayakan pemandu jer. Kalau order, hantar sekarang gak oklah, ne nak kena tunggu berhari-hari. Heran-heran.

Pukul 4 kitaorang sampai rumah. Jazim keluar lagi sebab ada temujanji. Aku sampai rumah, bersihkan kucing. Aku terus tulis blog. Malam nantui, kitaorang nak gi rumah Umi. Umi kol Jazim, dia masak laksa. Kalau nak makan datanglah kat rumah. Aku pun dah sediakan duit raya untuk anak-anak Umi yang 3 orang tu. Sorang rm5.

Friday, September 17, 2010

Jumaat 17/09/2010

Aku bangun pukul 7 pagi. Aku tersedar Jazim dah bangun lebih awal lagi.Pagi ne aku mandikan Otty, Bubble dan Angel. Kitaorang dah mandi nak keluar rumah gi breakfast, tiba-tiba hujan turun gan lebatnya. Hujan dah reda sikit, kitaorang gi makan. Kitaorang gi kat sebelah kedai Kak Mah. Kedai abang jual roti canai. Aku makan bihun goreng, paru, sambal sotong, teur setengah masak 2 biji plus teh ais Jazim makan nasi putih, paru, sayur, telur setengah masak 2 biji plus nescafe.

Hujan masih turun lagi. Lepas makan, kitaorang nak gi Maybank Jalan Raja Laut. Jazim ada hal kat sana. Dah habis, Jazim nak isi minyak kat Petronas kampung baru. Kitaorang nak gi Ara nak ambik DMG. Dr. Jon kata esok baru DMG ada. Pastu kitaorang terus gi Mid Valley, jalan-jalan. Kitaorang gi kedai Pet World takde yang menarik. Kitaorang gi GSC, kat sana orang tak ramai nak beli tiket wayang. Kitaorang pun terus beli tiket wayang citer "Resident Evil" pukul 12.30 tengahari. Habis tengok wayang, on the way keluar parking, kitaorang nampak Datuk K gan kawan dia. Berbual rancak. Nasib baik Siti takde. Dah sampai rumah  lupa lak nak gi ke Sri Seltra.

Pastu Jazim keluar jap. Aku buat blog aku. Malam nanti kitaorang ada openhouse kat "Bukit Antarabangsa" rumah Osman. DD aku ajak sekali. Osman kata boleh ajak kawan, tapi kitaorang tak jadi gi. Jazim balik lambat tadi. DD pun dah keluar jumpa kawan dia. Pukul 8.30 malam baru Jazim balik rumah. Kitaorang bersiap terus gi dinner.

Khamis 16/09/2010

Pukul 7 pagi, aku dah bangun tidur. Aku terus ke bilik kucing. Jazim pun dah bangun. Dia bersihkan bilik kucing kat sebelah. Semua dah habis, kitaorang mandi. Sebelum kitaorang keluar rumah, Jazim goggle dulu nak cari "Klinik Heshmael's" kat Damansara. Jazim nak potong gigi Tommy kat sana nak masuk show katanya.. Dah settle kitaorang gi breakfast. Kitaorang gi kedai Kak Mah belum bukak lagi. Kitaorang gi breakfast kat "Old Town White Coffee" kat Ampang Water Front. Pukul 9.43 pagi, kitaorang sampai sana. Kitaorang order :-
1 Teh Tarik rm3.20
1 Red Bean Freeze rm7.90
2 Soft Boiled Eggs rm5.80
1 Western Platter rm8.20
1 Mh Siam Fried Chicken rm6.90
1 Condensed Milk Thick Bread rm3.80
1 Peanut Butter (D) rm3.20


Kitaorang makan sampai pukul 10.15 pagi. Pastu kitaorang gi kedai "U R MY PET HOUSE". Kitaorang nak cari makanan kucing, kat rumah dah nak dekat habis. Kitaorang nak cari makanan kucing "Royal Canin kitten 36". Kat situ dah takde stock. Jazim terus beli "Kitzyme Conditioning Tablels" harga rm 58.32 after disc. 10%. Jazim dah pesan kat kawan Kelana 5 bag makanan kucing tapi sana pun takde stock. 


Pastu kitaorang gi kedai "PET SAVE" pulak. Sampai sana dah pukul 10.55 pagi. Kat sana pun takde stock. Jazim beli botol air kecik rm18 dan kepala botol air rm16.20. Last resort kitaorang kol Dr. Yuan tanya kat kedai dia ada kitten 36 tak. Dr. Yuan kata ada. Jazim beli 1 bag harga rm200. Dari kedai Dr. Yuan. kitaorang gi kat kedai Peggy lak. Jazim nak beli mentol baru sebab lampu spotlight dia terbakar. Jazim beli mentol spare dan lampu spotlight baru. Peggy bagi kitaorang minum kopi. Pastu kitaorang balik rumah. Sampai rumah kitaorang ambik Tommy terus ke Damansara. Jazim dah buat temujanji gan Dr. Hasnul pukul 2 petang.


Kitaorang nak gi sana sesat sikit. Jazim beberapa kali kol klinik tu. Akhirnya kitaorang sampai gak. Pukul 2 lebih baru sampai sana. Orang kat sana tak ramai sangat. Kitaorang jumpa orang kuat dari Astro kat sana. Dr. Hasnul cabut gigi Tommy gan player, tak sampai 2 saat dah habis. Tommy menjerit. Kitaorang tak puas hati gan Dr. Hasnul. Kitaorang sampai kat sana, dia boleh kata, dia dah lambat ada temujanji. Dia boleh cabut gigi pastu dia serahkan kat Dr, Balqis untuk settlekan. Kitaorang tanya soalan pun macam nak tak nak jer jawab pastu dia dah hilang. Nasib baik Dr. Balqis tu ok nak terangkan serba sedikit. Kitaorang dahlah belum ada pengalaman dalam bab cabut gigi kucing ne. Kalau dah ada temujanji tu buat apa nak buat temujanji gan kitaorang. Dahlah nak gi sana tu jauh sampai sesat dibuatnya. Klinik dia taklah besar sangat, ada 4 orang doktor. Pastu caj consultation rm35. Cabut gigi rm15 dan ubat rm13.




Sebelum sampai rumah, kitaorang singgah kat kedai Hardware. Jazim nak beli cangkul kecik. Nanti senang kalau nak tanam kucing mati. Sampai rumah dah nak dekat pukul 4 lebih. Kitaorang bersihkan kucing. Rehat kejap pastu kitaorang tengok dvd citer "The Bounty Hunter". Masa tengok kitaorang lupa nak lunch. Perut masing-masing dah berbunyi, nak keluar rumah malas. So kitaorang pause kejap dvd, aku goreng keropok. Pukul 6.30 lebih baru habis tengok dvd. Masa untuk bersihkan kucing.


Pukul 7.20, DD sms aku. Dia kata nak gi "Ampang Point". Kitaorang pun nak keluar gak nak gi makan. Pukul 8 kitaorang jumpa DD kat bawah. Kitaorang naik kereta DD. Mula-mula tu nak makan kat tepi Petronas, tengok-tengok semua kedai belum bukak lagi. Pastu nak makan kat belakang Risda pun tak jadi. Kitaorang terus makan kat kedai "Ruz Aladdin". Kitaorang makan nasi briyani. 


Dah makan DD nak tengok perabut lak. Kitaorang tengok kat Ampang Water Front. Kitaorang sampai kedai tu dah nak tutup. Dan tengok perabut, kitaorang gi lak Carrefour Ampang. Sampai kat sana dah pukul 10 malam. Kat sana pun kedai dah banyak tutup. Kitaorang tengok barangan elektrik. DD beli pisang, Jazim beli Tartar Control Listerine. Dan bayar DD dan Jazim beli aiskrim. Pastu kitaorang balik rumah. 

Thursday, September 16, 2010

Rabu 15/09/2010

Hari ne aku balik K.L. Bas aku pukul 11 pagi. Semalam Lan kata nak hantar aku kat Larkin. Aku kata tak payahlah. Lan nak hantar gak. Pukul 9 pagi Lan dan Munir datang. Mereka belum kerja lagi. Mereka start kerja sama macam aku 20hb. hari isnin. Mereka cakap kat aku, kenapa balik K.L awal sangat. Kalau tak boleh gi air terjun. Aku cakap lain kali aku balik lagi. Aku nak letak gambar diaorang kat blog aku, mereka kata jangan, takut glamour lak hehe.

Mak aku dah sediakan breakfast, mee goreng gan ayam goreng. Kitaorang makan sama-sama. Pastu aku dah salam gan mak bapak aku, aku terus masuk kereta. Masa dalam kereta, mak aku tanya nanti hari raya haji aku balik tak?. Aku tak tahu lagi. Lan dan Munir menyampuk, kalau aku tak balik, mereka datang K.L heret aku balik. Pukul 10.10 pagi, kitaorang bertolak. 

Sampai kat Larkin pukul 10.50 pagi. Aku tengok bas aku belum ada lagi. Dapatlah aku bersembang gan mereka lagi. Aku ucapkan terima kasih kat Lan dan Munir sebab bawak aku jalan-jalan dan makan-makan. Munir kata lain kali aku turun kol dia, boleh dia ambik aku kat Larkin. Aku kata orait, dah pukul 11.10 pagi bas aku belum sampai lagi. Tengok-tengok pukul 11.30 pagi baru bas sampai. Aku dah naik angin. Aku terus ke bas. Aku bersalaman gan mereka. Aku ucapkan terima kasih sekali lagi dan kirim salam kat kawan yang lain. Pukul 11.40 pagi, bas aku pun bergerak. Aku lambai kat mereka. Selamat tinggal JB.

Masa dalam bas, aku tunjukkan tiket aku pada drebar bas. Dia check, dia suruh aku duduk kat 1B. Seat aku 5C. Aku malas nak layan dia. Masa aku beli tiket dulu, memang aku selalu pilih nombor tu. Tiba-tiba dia suruh aku duduk kat lain. Aku terus duduk kat 5C. Nombor C memang seat sorang. Pandai-pandai dia tukar seat orang. Aku malas nak duduk berdua. Aku dah duduk, aku terus kol mak aku. Aku cakap bas aku lambat sampai, nanti sampai K.L, aku kol lagi. Masa aku tengah kol mak aku, tiba-tiba ada 1 cina ne cuit bahu aku. Aku dah agak dia mesti nak tanya tempat duduk. Masa tu aku dah naik angin. Aku terus tunjukkan tiket aku dan aku cakap kat dia 5C dengan kuat. Drebar bas tu pun pandang kat aku. Aku buat bodoh jer. Cina tu terus diam. Aku geram kat cina tu, kalau ya pun nak tanya aku, cakaplah gan aku walaupun aku tengah guna hp. Dahlah cuit kau tu ganas macam nak gaduh. Bagitaulah kat drebar tu kan, dia yang buat orang kelam kabut, tiba-tiba nak tukar nombor seat orang. 


Pukul 12.00 tengahari, Lan sms aku. Dia kata maybe bulan 10, mereka nak turun K.L. Aku sms balik, ok nanti jadi kol aku. Dalam bas penuh orang. Aku boring, aku bukak laptop aku. Aku sempat tulis blog. Aku up date citer aku. Sampai Macap dah pukul 12.40 tengahari. Aku kol mak dan kakak aku. Pastu aku gi makan mee rebus. Bas bergerak 1.15 tengahari. Aku terus tidur, perut dah kenyang. Aku sedar dah sampai tol Sungai Besi. Bas terus ke Bukit Jalil. Aku terus ke taxi stand. Aku balik ke Ampang. Sampai Ampang dah pukul 4.20 petang. Masa aku sampai rumah Jazim belum balik lagi dari Toyota. Dia repair kereta dia. Aku rehat kejap, pastu bersihkan kucing. Masa aku bersihkan kucing Jazim balik. Pastu Jazim bagi susu kat anak Fiona sebab Fiona tak layan anak dia.


Jazim citer kat aku pasal kisah Fiona. Kesian pulak. Tinggal seekor anak Fiona. Tu pun tahlah kalau hidup. Tiba-tiba Hazli kol kata nak datang rumah Jazim nak tengok anak Fiona. Anak Fiona sikit-sikit macam Suzzy. Dia sampai pukul 7 malam. Sembang-sembang sampai pukul 9.40 malam. Hazli balik bawak anak Fiona sekali. Hazli nak tolong jagakan anak Fiona sementara. Anak Fiona tu kena bagi susu 2 jam sekali. Hazli balik baru kitaorang gi dinner. Ingatkan nak makan kat Mc D, tak jadi. Kitaorang makan kat sebelah kedai Pak Don. Kedai Mek belum bukak lagi.



Tuesday, September 14, 2010

Selasa 14/09/2010 Eats & Beats Cafe, Damai Restauran Dan Living Room Cafe

Pukul 10 pagi, Lan dan Munir sampai rumah aku. Mereka nak ajak aku gi 1 tempat yang selalu mereka pergi. Cafe tu terletak kat jalan "Dhobi". Sampai kat sana pukul 11.40 pagi. Cafe ne menyediakan berbagai-bagai sandwich. Sandwich dia memang SUPERB. Minuman dan sandwichnya tak mahal pun. Kitaorang makan sambil dengar beats-beats yang sedap.

Eats & Beats ne bukak hari-hari dari pukul 11am-3pm dan 6pm-11pm. Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 2.40 petang. Pastu kitaorang jalan-jalan sekitar JB, dah penat kitaorang bali rumah aku tengok dvd.

Pintu masuk

Menu dia klaskan


Beats yang best diputarkan
Dah makan boleh lepak kat sini (wifi free)



Lan
Munir





Pukul 7 malam kitaorang keluar rumah. Mereka nak ajak aku gi "Restaurant Damai". Kata Lan, restaurant ne kat Sungai Danga Taman Perling. Sampai sana pukul 8.35 malam. Suasana kedai best dan nyaman. Kedai yang aku pergi, aku rasa stail dah agak sama semua. Kedai ne agak tersorok sikit sebab tu orang agak kurang sikit. Kata Lan dulu ramai orang gila kat sikit tapi sekarang kurang. Aku rasa sebab dah banyak kedai makan kat sini sebab tulah. Makanan dia ok tapi harga mahal sikitlah.

Bestnya ada bot buatan sendiri yang boleh kita makan kat dalamnya. Masa kitaorang kat sana orang tak ramai sangat. Pukul 8.45 malam kitaorang blah sebab nak gi 1 tempat lagi takut masa tak cukup. Esok aku dah nak balik K.L.


Dalam bot pun boleh makan









Pastu Lan bawak aku ke "Living Room Cafe" kat Jalan Kuning Taman Pelangi. Aku suka dia punya interior, menarik dan selesa. Kerusi yang empuk memang boleh tertidur dibuatnya. Air dia yang berbagai-bagai style. Sesuai bawak kawan-kawan yang nak lepak kat sini.

Pintu masuk




























Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.