Aku bangun pukul 4 pagi. Aku goreng telur untuk sahur. Jazim dah bangun. Semalam aku balik lambat jumpa Noi. Pukul 4.45 pagi, aku sambung tidur balik. Jazim dah tidur dulu. Pukul 7 pagi, aku bangun. Jazim pun dah bangun. Kitaorang buat rutin macam biasa sampai pukul 8 pagi.
Pagi ne, aku nak balik kampung. Jazim pun nak balik kampung gak. Aku tolong Jazim angkat tv Sony dia. Tv Mek dia kat kampung dah rosak. Jazim bawak gak pokok yang beli kat Sungai Buloh. Pukul 8.30 pagi, kitaorang bertolak. Jazim hantar aku kat stesen LRT. Pastu Jazim gi rumah Umi nak ambik anak-anak Umi. Mereka ikut Jazim balik kampung. Umi dan suami balik hari khamis. Selalunya Mama ikut Jazim balik kampung. Tahun ne Mama ada hal pulak.
Bas aku pukul 10.30 pagi. Aku sampai kat Bukit Jalil awal lagi pukul 9.20 pagi. Aku tengok ramai orang tengah tunggu bas masing-masing. Aku gi tempat bas aku. Pukul 10.15 pagi, pekerja bas dah panggil semua penumpang boleh naik atas bas. Aku rasa kali ne bagus sangat sebab bas dah standby untuk masuk ke petak yang disediakan. Bas aku berada di petak no. 6. Kalau tahun lepas dah tiba masanya pun bas belum tiba lagi. Kali ne sangat bagus. Tepat pukul 10.30 pagi, bas aku pun bergerak.

Aku sampai kat Larkin pukul 2.44 petang. Aku kol mak aku kata aku dah sampai Larkin. Pastu aku beli makanan sikit nak bawak balik rumah aku. Aku sampai kat rumah aku pukul 3.40 petang. Pukul 8.20 malam, aku dan anak saudara aku Iwan keluar. Mula-mula kitaorang gi Carrefour gi atm, pastu aku beli seluar kat kedai seluar jean 2 helai dan seluar pendek 2 helai gak. Aku gi kedai First lady nak cari baju melayu. Tengok-tengok saiz M dah takde. Kitaorang terus gi bazar ramadan kat Pandan. Orang punyalah ramai sampai nak jalan pun tak boleh. Aku sempat beli t-shirt beberapa helai dan tali pinggang.
Kitaorang balik dari sana pukul 11.15 malam. Kitaorang sampai rumah pukul 12 malam, Kiah kawan mak aku ada gan suami dia. Suami dia tengah buat ketupat. Pukul 12.15, Iwan balik rumah dia. Kejap tu Kiah pun balik gak. Aku kemaskan barang aku. Pukul 1.40 pagi, aku masuk tidur. Mak bapak aku dah lama tidur masa Kiah balik tadi.
No comments:
Post a Comment