Hello There!

Saturday, September 18, 2010

Sabtu 18/09/2010

Aku bangun pukul 7 pagi. Aku bersihkan bilik kucing. Jazim bangun lambat sikit. Dah habis kitaorang gi breakfast. Pagi ne kedai Kak Mah dah bukak. Kitaorang makan kat sana. Pastu kitorang gi ke "Sri Seltra, tengok-tengok tutup tak bukak. Kitaorang terus gi Ara nak ambik DMG. Rupa-rupanya Dr. Jon ada kat sana.

DMG rm132
Kitaorang gi lak kat "Sea Park Pet Supplies" nak beli whitening. Kitaorang sampai sana pukul 10.40 pagi. Kata bos dia, orang yang hantar stock belum sampai lagi. Pukul 12 baru stock sampai. Kitaorang malas nak balik rumah. Secara kebetulan seat belt Jazim rosak. Kitaorang pun gi bengkel "Toyota" PJ dulu. Jazim nak betulkan seat belt kereta dia. Datang kat sana stock takde, kena tunggu hari isnin pulak, pastu kena tunggu 1 hari baru boleh siap. Jazim tak jadi nak buat. Jazim nak tanya kat Toyota Maluri lak.

Kitaorang pun balik semua kat Sea Park. Sampai sana, aku tanya kat bos cina dia, orang stock yang hantar belum lagi sampai. So kitaorang gi minum sat kat kedai mamak. Dah nak dekat pukul 12, kitaorang gi kat sana. Kitaorang nampak van dah ada kat depan kedai dan pekerja tengah munggahkan barang-barang. Aku masuk dalam kedai, masa tu Jazim tengah cakap kat hp. Kitaorang beli:-

Grooming Powder 400gm rm55
Pure White & Brigthening rm185
Super Whitening Gel rm47
Dah beres, kitaorang balik rumah sebab Nazly gan abang dia nak datang rumah. Nazly nak ambik Darleen. Abang dia nak tengok Zeta. Kitaorang sampai rumah pukul 1.10 petang. Kitaorang sampai, mereka dah ada kat depan pintu. Nazli, abang dia gan bini gan anak dia 2 orang gan kawan Nazly. Dipendekkan citer, abang dia terus ambik Zeta. Nazly pun ambik Darleen. Sedih gak mereka dah kena ambik. 

Pukul 2.15 petang, mereka balik. Kitaorang pun keluar nak gi Toyota Maluri. Sampai sana dah pukul 2.40 petang. Mereka kat sana cakap, kena tunggu hari isnin gak. Stock takde. So Jazim bayar bil, kena tunggu hari isnin. Nanti hari isnin kalau dah sampai stock, mereka akan kol. Mereka akan buat 1 jam jer dari kat PJ, 1 hari nak buat. Aku heranlah, kenapalah tak simpan banyak-banyak kat bengkel. Ne kena order baru nak hantar. Seat belt kan mana boleh tunggu lama-lama, bahayakan pemandu jer. Kalau order, hantar sekarang gak oklah, ne nak kena tunggu berhari-hari. Heran-heran.

Pukul 4 kitaorang sampai rumah. Jazim keluar lagi sebab ada temujanji. Aku sampai rumah, bersihkan kucing. Aku terus tulis blog. Malam nantui, kitaorang nak gi rumah Umi. Umi kol Jazim, dia masak laksa. Kalau nak makan datanglah kat rumah. Aku pun dah sediakan duit raya untuk anak-anak Umi yang 3 orang tu. Sorang rm5.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.