Hello There!

Monday, September 13, 2010

Isnin 13/09/2010 Restaurant Todak dan Restaurant Malay Village @ Johor Bahru

Pukul 8 pagi, Lan kol aku. Dia nak ajak aku makan seafood. Aku cakap kat dia, buka ke restaurant seafood, selalunya kedai macam tu bukak petang. Lan kata dah bukak tengahari. Pukul 1, kereta Honda CRV silver sampai , Lan datang gan Munir. Ramai kawan aku cuma Lan dan Munir saja aku rapat. Kitaorang bergerak dari rumah aku ke Giant Hypermart kat Plentong terus ke Sri Alam Interchange. Pastu pusing kanan ke Jalan Kota terus ke Telok Jawa. Pening kepala aku kejap. Ingatkan nak gi sekolah lama aku, tak jadi kansel. 

Sampai sana dah pukul 2.20 petang. Wow cantik gak tempat ne. Aku nampak rumah orang asli. Kitaorang jalan masuk ke jembatan kayu. Agak jauh gak nak masuk ke dalam kedai. Restaurant ne macam Nong & Jimmylah tapi kedai ne atas air. Masa tu air surut. Kalau datang malam mesti cantik lagikan. Makanannya sama macam kat Nong & Jimmy, tapi black pepper crabnya sedap betul. Kitaorang lepak sampai pukul 4 petang. Dah makan kitaorang balik rumah aku. Diaorang nak main internet kejap sebab nanti malam, kitaorang nak gi "Restaurant Malay Village" pulak.


Lorong nak masuk








Pukul 8 malam, kitaorang gi "Restaurant Malay Village". Restaurant tu dekat gan Dataran Johor Bahru dan Hotel Thistle. Sampai sana pukul 9.05 malam. Masuk dalam restaurant  tu  hiasan dalaman dia memang mengagumkan siap diperdengarkan dengan music gamelan lagi. Diselang seli gan air pancut dan suara katak. Kedai ne macam kedai Nailis lah. 

Makanan dia pun sedap-sedap belaka gan harga yang boleh tahan. Suasana dia yang aku tak boleh tahan. Menyejukkan. Kalau bawak family makan memang sesuai. Jangan lupa makan rojak buah dia, memang sedap giler. Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 10.30 malam.




Rojak dia sedap





No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.