Hari ne aku selsema, aku mc. Pukul 8.10 pagi, aku kol Jazim, cakap aku mc dan aku nak gi rumah kau. Pastu aku gi klinik "Pusrawi". Pukul 8.20 pagi, aku sampai sana. Doktor belum sampai lagi. Aku daftar nama dulu pastu aku baca suratkhabar. Aku orang yang pertama sampai. Pukul 8.30 pagi, doktor sampai. Selang beberapa minit, nama aku dipanggil masuk ke bilik doktor. Pukul 8.40 dah selesai, aku pun dah ambik ubat.
Aku balik rumah. Pagi tadi sebelum gi klinik, aku dah kemas barang aku. Pukul 9 pagi, aku gi rumah Jazim. Sampai kat sana pukul 9.25 pagi. Jalan MRR2 tak jem. Aku sampai rehat kejap pastu aku masuk bilik kucing. Aku tengok Suzzy dan Joey ada kat luar cage tapi pintu cage atas bawah terkunci. Macam mana tu. Aku terus kol Jazim, citer kat dia. Maybe mereka dah pandai bukak sendiri pintu kot. Aku tengok Bubble pun dah dalam bilik kucing sekarang. Kat luar dah takde kucing lagi.
Dah beres, aku tengok tv sampai tengahari. Pukul 1.30 petang, aku gi UO. Aku ingat nak masak hari ne. Aku tengok kat sana tak banyak pilihan. Aku terus gi Hero. Aku kol Jazim, kata nak masak. Jazim kata ok jer. Aku nak masak ayam kicap dan kubis goreng. Aku beli bahan-bahannya dan buah jambu. Masa aku nak balik rumah, Jazim kol aku. Dia kata dia ada kat area UO. Aku suruh dia ambik aku. Aku tunggu dia kat depan Uo.
Pukul 2 petang, kitaorang sampai rumah. Pastu Jazim nak gi opis balik. Aku kemaskan barang-barang yang beli tadi. Aku tengok tv dan terus tertidur. Pukul 4 petang, aku bangun tidur dan bersihkan bilik kucing. Pukul 4.30 petang, aku mula masak. Masa aku masak ayam, Jazim balik tepat pukul 4.45 petang. Aku masak, Jazim bersihkan kucing. Pukul 5.45 petang, baru aku habis masak. Jazim pun dah habis bersihkan kucing. Pastu kitaorang tengok tv saluran 556, citer pasal anjing yang tak terbela.
Pukul 6.40 petang, aku buat air campuran buah-buahan. Dah berbuka, Jazim kata wow masakan aku. Nanti Aina nak datang tengok Marcello. Pukul 9 malam, Aina datang gan 2 adik lelaki dia. Tak tahulah dia nak ke tidak. Selamat bersahur Mama.
Ayam Masak Kicap |
No comments:
Post a Comment