Pagi ne aku gi kerja dari rumah Jazim. Aku bangun pukul 6 pagi. Buat rutin seperti biasa. Aku gi kerja gan Jazim. Pukul 7.35 pagi kitaorang keluar dari rumah. Kitaorang bereakfast kat As-salam.
Semalam Jazim suruh aku buat kad jemputan untuk kenduri arwah dia. Dia nak jemput lebih kurang 100 orang. Jazim dah booking tiket flight kitaorang ke Kalantan. Kitaorang nak gi Kelantan pada 20hb. Nov. nanti. Balik ke K.L hari isnin. Aku dah siapkan kad tu. Esok aku akan tunjukkan pada Jazim.
Petang, aku balik kerja terus ke Ampang. Aku sampai rumah pukul 5.50 petang, Jalan kat MRR2 tak jem. Aku buat rutin seperti biasa. Jazim balik kerja lambat petang ne. Nanti malam aku nak gi open house gan Noi. Pukul 7.30 malam, aku dah habis bersihkan kucing. Aku terus bersiap. Pukul 8.30 malam, Noi kol aku, suruh aku turun. Masa tu Jazim belum balik lagi. Kawan Noi dari Yaman ikut gak. Kitaorang terus bergerak. Jalan jem teruk. Masa tu pun hujan turun gan lebatnya. Rumah kawan kitaorang kat area Mint Hotel.
Pukul 9.40 malam, kitaorang sampai kat rumah Rudi. Ramai gak yang dijemput. Lauk dia punyalah banyak. Satay, rendang, mee sup, mee goreng, ayam goreng dan rojak ada. Kitaorang lepak sana sampai pukul 12.30 malam. Pastu kitaorang blah. Noi hantar dulu kawan dia kat Gombak. Pastu baru hantar aku pulak.
No comments:
Post a Comment