Hello There!

Wednesday, September 1, 2010

Selasa 31/08/2010





Pukul 9.10 malam, Jazim hantar aku balik rumah. Sampai rumah dah pukul 9.30 malam. Masa aku tengah kemas baju, Ed kol aku. Dia dah ada kat bawah rumah aku. Dia kata nak naik rumah aku. Aku baru jer balik. Aku kata nak naik, naiklah. Rupa-rupanya dia bawak kek hari jadi dan hadiah aku.

Hari jadi aku hari isnin yang lepas. Ed ada kol tanya aku kat mana. Aku kata kat rumah kawan. Dia tanya lagi, bila aku balik rumah. Aku cakap hari selasa malam. Tu yang dia nak datang tu. Aku ingat nak ajak minum jer. Dia kata nak bagi aku hadiah. aku cakap tak payahlah, Aku pun dah tua, malu jer dapat hadiah dari orang. 

Rupanya betul-betul dia bawak hadiah. Aku cakap tak payah susah-susahlah. Aku pun bukak kek tu. Aku alaskan gan kain bunga-bunga warna putih, kena pulak gan kek warna putih tu. Kitaorang makan sama-sama. Aku bagi sikit kat Leni, dia pun baru balik dari kerja. Aku bagi sikit gak kat kakak belakang yang selalu ambik baju aku kalau nak hari hujan. 

Pukul 10.45 malam, acara makan kek dah habis. Kitaorang gi minum kopi kat kedai mee kari. Ed order mee sup special gan kopi o, aku minum limau suam jer. Aku dah kenyang makan kek tadi. 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.