Hello There!

Thursday, September 16, 2010

Rabu 15/09/2010

Hari ne aku balik K.L. Bas aku pukul 11 pagi. Semalam Lan kata nak hantar aku kat Larkin. Aku kata tak payahlah. Lan nak hantar gak. Pukul 9 pagi Lan dan Munir datang. Mereka belum kerja lagi. Mereka start kerja sama macam aku 20hb. hari isnin. Mereka cakap kat aku, kenapa balik K.L awal sangat. Kalau tak boleh gi air terjun. Aku cakap lain kali aku balik lagi. Aku nak letak gambar diaorang kat blog aku, mereka kata jangan, takut glamour lak hehe.

Mak aku dah sediakan breakfast, mee goreng gan ayam goreng. Kitaorang makan sama-sama. Pastu aku dah salam gan mak bapak aku, aku terus masuk kereta. Masa dalam kereta, mak aku tanya nanti hari raya haji aku balik tak?. Aku tak tahu lagi. Lan dan Munir menyampuk, kalau aku tak balik, mereka datang K.L heret aku balik. Pukul 10.10 pagi, kitaorang bertolak. 

Sampai kat Larkin pukul 10.50 pagi. Aku tengok bas aku belum ada lagi. Dapatlah aku bersembang gan mereka lagi. Aku ucapkan terima kasih kat Lan dan Munir sebab bawak aku jalan-jalan dan makan-makan. Munir kata lain kali aku turun kol dia, boleh dia ambik aku kat Larkin. Aku kata orait, dah pukul 11.10 pagi bas aku belum sampai lagi. Tengok-tengok pukul 11.30 pagi baru bas sampai. Aku dah naik angin. Aku terus ke bas. Aku bersalaman gan mereka. Aku ucapkan terima kasih sekali lagi dan kirim salam kat kawan yang lain. Pukul 11.40 pagi, bas aku pun bergerak. Aku lambai kat mereka. Selamat tinggal JB.

Masa dalam bas, aku tunjukkan tiket aku pada drebar bas. Dia check, dia suruh aku duduk kat 1B. Seat aku 5C. Aku malas nak layan dia. Masa aku beli tiket dulu, memang aku selalu pilih nombor tu. Tiba-tiba dia suruh aku duduk kat lain. Aku terus duduk kat 5C. Nombor C memang seat sorang. Pandai-pandai dia tukar seat orang. Aku malas nak duduk berdua. Aku dah duduk, aku terus kol mak aku. Aku cakap bas aku lambat sampai, nanti sampai K.L, aku kol lagi. Masa aku tengah kol mak aku, tiba-tiba ada 1 cina ne cuit bahu aku. Aku dah agak dia mesti nak tanya tempat duduk. Masa tu aku dah naik angin. Aku terus tunjukkan tiket aku dan aku cakap kat dia 5C dengan kuat. Drebar bas tu pun pandang kat aku. Aku buat bodoh jer. Cina tu terus diam. Aku geram kat cina tu, kalau ya pun nak tanya aku, cakaplah gan aku walaupun aku tengah guna hp. Dahlah cuit kau tu ganas macam nak gaduh. Bagitaulah kat drebar tu kan, dia yang buat orang kelam kabut, tiba-tiba nak tukar nombor seat orang. 


Pukul 12.00 tengahari, Lan sms aku. Dia kata maybe bulan 10, mereka nak turun K.L. Aku sms balik, ok nanti jadi kol aku. Dalam bas penuh orang. Aku boring, aku bukak laptop aku. Aku sempat tulis blog. Aku up date citer aku. Sampai Macap dah pukul 12.40 tengahari. Aku kol mak dan kakak aku. Pastu aku gi makan mee rebus. Bas bergerak 1.15 tengahari. Aku terus tidur, perut dah kenyang. Aku sedar dah sampai tol Sungai Besi. Bas terus ke Bukit Jalil. Aku terus ke taxi stand. Aku balik ke Ampang. Sampai Ampang dah pukul 4.20 petang. Masa aku sampai rumah Jazim belum balik lagi dari Toyota. Dia repair kereta dia. Aku rehat kejap, pastu bersihkan kucing. Masa aku bersihkan kucing Jazim balik. Pastu Jazim bagi susu kat anak Fiona sebab Fiona tak layan anak dia.


Jazim citer kat aku pasal kisah Fiona. Kesian pulak. Tinggal seekor anak Fiona. Tu pun tahlah kalau hidup. Tiba-tiba Hazli kol kata nak datang rumah Jazim nak tengok anak Fiona. Anak Fiona sikit-sikit macam Suzzy. Dia sampai pukul 7 malam. Sembang-sembang sampai pukul 9.40 malam. Hazli balik bawak anak Fiona sekali. Hazli nak tolong jagakan anak Fiona sementara. Anak Fiona tu kena bagi susu 2 jam sekali. Hazli balik baru kitaorang gi dinner. Ingatkan nak makan kat Mc D, tak jadi. Kitaorang makan kat sebelah kedai Pak Don. Kedai Mek belum bukak lagi.



No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.