Hello There!

Saturday, July 31, 2010

Sabtu 30/07/2010 (Sambungan)

Pukul 4.10 petang, Jazim sampai kat rumah. Orang yang nak tengok kucing on the way sekarang. Aku dah bersihkan bilik dan kucing. Aku pun nak keluar jumpa orang kejap, lagipun aku tak nak dengar Jazim berurusan gan "Client". Aku terserempak gan orang yang nak datang rumah masa aku nak tuju ke gate. Sekarang kat pak guard dah ada palang automatik. Aku jumpa kawan kat "UO" pastu kitaorang gi minum kat "Ampang Waterfront".

Pukul 5.20 petang, masa aku nak balik rumah, hujan turun dengan lebatnya, berserta angin kencang giler dan kilat berdentum-dentam. Aku tunggu dalam kereta kejap. Berbual-bual kosong gan kawan aku. Hujan dah reda sikit, aku pun naik ke rumah Jazim. Aku ingatkan orang kat rumah Jazim dah balik, rupanya belum lagi. Ada 2 orang rupanya. Aku terus masuk rumah dan bersalaman. Aku masuk dalam bilik air basuh kaki dan terus ke bilik kucing. Aku bersihkan apa yang patut. Tengok-tengok Jazim masuk dalam bilik kucing. Rupa-rupanya orang tu dah balik. Jazim cerita kat aku, orang tu jadi ambik "Princess Darleen" dan bayar duit pendahuluan.

Malam ne Jazim kata, Kelana nak datang tengok "Prince Joey" lak. Selepas kitaorang dinner kot baru Kelana datang. Prince Haiqal pun ada orang nak tengok esok. Esok Jefri lak nak datang bayar yang selebihnya untuk "Prince Cassie". Meletop-letop rezeki Jazim datang, selepas penat lelah, tidur tak cukup. Kesian pulak aku. Malam ne dan malam yang berikutnya, kitaorang tak tidur lena sebab "Bubble" nak beranak. Kalau tak malam ne, malam esok kot. Harus isnin nanti nyantuk giler.

Kitaorang nak bersiap nak gi dinner. Kitaorang keluar rumah pukul 7.45 malam. Hujan masih turun lagi. DD jumpa kitaorang kat sana. Nelah dia "Restoran Istana Bambu". Restoran ne kat jalan MRR2 nak menuju ke Ampang. Gambar tomyam seafood jer dapat ambik, gambar lauk lain tak sempat ambik sebab nampak sedap terus ngap. Kitaorang order:-
1) Deep fried with three taste 
2) Tomyam seafood
3) Broccoli with mixed mushroom
4) Darjeeling tea
5) Honeydew juice
6) Pineapple juice
7) Plain rice

Sedap Tomyam dia

Main Entrance








Tempat kitaorang makan bersila



Tempatnya cantik dan besar, kalah "Bora Ombak". Semua dibuat dari buluh.

Sabtu 31/07/2010 (Setengah hari)

Hari sabtu macam biasalah rutinnya. Kali ne aku mandikan kucing kat bilik air, baru puas hati. Fasa 1 aku mandikan Toby dan anak-anak kondi. Pukul 8.30 pagi, aku dan Jazim gi breakfast kat kedai Kak Mah. Hari ne aku makan lain sikit dari apa yang aku makan selalu, boleh tahan gak ayam masak gulai.

Habis breakfast pukul 9.30, Jazim nak gi opis, banyak kerja katanya. Aku balik rumah buat fasa 2, mandikan semua kucing. Pukul 11.15 pagi baru habis mandi. Pastu aku bukak laptop, checking messages, ada 19 message. Mula-mula tu aku bukak macam biasa pakai "Google Chrome" tak boleh masuk. Beberapa kali aku cuba pun masih tak boleh masuk lagi. Aku dah tension, lama-lama aku pakai balik "Mozilla" barulah boleh bukak. Habis semua data aku dah tranfer kat mozilla. Pukul 12, aku ada plan, aku nak jumpa kawan kat "Ampang Point". Kitaorang jumpa kat "Old Town White Coffece", minum dan lunch sekali. Banyak sangat citer sampai nak dekat pukul 2.30 petang. Aku nak balik sebab nanti pukul 4 ada orang nak datang rumah nak tengok kucing lagipun Jazim tak bawak kunci rumah. Sampai rumah pukul 3.15 petang terus aku bersihkan bilik kucing dan bilik Angel. Jazim belum balik lagi.

Malam ne kitaorang nak dinner kat kedai baru tepi MRR2. DD pun nak ikut sama. Pukul 8 malam janjinya.

Thursday, July 29, 2010

Semalam Dan Hari ini

Semalam aku tak sempat nak tengok citer "Laila Aysikin" kegemaran aku kat tv3. Ada saja yang telefon nak jumpa aku. Dari pukul 8.15 malam, aku keluar balik pukul 9.20 malam, pastu aku keluar lagi. Dah balik rumah, aku keluar lagi, sampai last sekali aku keluar gan Noi, tupun sekejap jer sebab aku tinggalkan kawan aku kat bilik aku. Dia sanggup tunggu sampai aku balik. 

Tadi pagi aku punyalah nyantuk nasib baik bos aku tak masuk opis. Malam ne pun ada kawan nak jumpa lagi. Dia duduk kat area Gombak, katanya nak dinner gan aku kat "Intai-intai". Weekend ne pun ada lagi nak jumpa, aku kata weekend ne aku busy gan kucing. 

Agaknya aku tak dapat tengok "Laila Asyikin" lagi la malam ne., takpe aku boleh tengok kat tv3.com jer.

Monday, July 26, 2010

Tahun 2009







Sabtu 28/02/2009

Aku dan Jazim gantung gambar-gambar kucing Winter, Velvet, Toby, Tom Rayyan, AngelRegina, Debab, Marissa, Boboy, Massy dan anak-anak Marissa kat balcony.

Jumaat 13/03/2009
Hantar Massy, Winter dan Velvet cukur bulu kat Ara.

Ahad 15/03/2009
Beli Marissa kat Desa View Tower dari Neth rm3500.

Sabtu 18/04/2009
Pergi jumpa Dr. Jon nak check Velvet dan Marissa mengandung ke tidak.

Jumaat 24/04/2009
Hantar Velvet ke Ara sebab dia berdarah di vaginal dan dia kena bedah untuk mandulkan, Velvet kena tahan kat sana.

Sabtu 25/04/2009
Hantar Massy dan Winter check dengan Dr. Jon.

Ahad 26/04/2009
Pergi Ara ambil Velvet, hantar Marissa ke Ara untuk scanning dan didapati mengandung.
Mrs May beli Boboy, Winter dan Massy dengan harga rm3300 berserta cage sekali.

Rabu 20/05/2009
Marissa melahirkan 4 ekor anak pukul 2.45 pagi.
1) Princess Rosalinda, pertama lahir pukul 2.45 pagi
2) Princess Novella, kedua lahir pukul 2.49 pagi
3) Prince Aaron, ketiga lahir pukul 2.53 pagi
4) Princess Priscilla, keempat lahir pukul 2.56 pagi
Masa tu Jazim kat Caracas selama 15 hari kat sana

Ahad 14/06/2009
Jazim pergi KLIA ambil AngelRegina.

Ahad 28/06/2009
Aku dan Jazim tengok catshow di Midvalley.

Ahad 05/07/2009
Aku dan Jazim tengok catshow di Midvalley.

Ahad 02/08/2009
Hantar Marissa dan Aaron jumpa Dr. Jon sebab kena ulser.

Selasa 04/08/2009
Aku ambil ubat Velvet kat Dr. Jon sebab Velvet berak darah.

Jumaat 14/08/2009
Jazim hantar Angel jumpa Dr. Jon.

Ahad 06/09/2009
Hantar Marissa check-up dan cukur bulu.

Isnin 28/09/2009
Aku ambil TomRayyan kat Ara.
Masa tu Jazim pergi lagi ke Caracas selama sebulan lebih.

Rabu 30/09/2009
Novella dah mati pukul 5.15 petang.
(Jazim kat Caracas)

Selasa 06/10/2009
Aku beli makanan kucing Hair & Skin harga rm200.
(Jazim kat Caracas)

Sabtu 10/10/2009
Aku hantar Aaron kena ulser kat Ara.
(Jazim kat Caracas)

Ahad 25/10/2009
Aku hantar Aaron dan Rosalinda vaksin.
(Jazim kat Caracas)

Sabtu 07/11/2009
Aku beli makanan kucing Hair & Skin harga rm200.
(Jazim kat Caracas)

Sabtu 21/11/2009
Cukur bulu Toby dan Marissa.

Jazim pergi Caracas dari 23hb. Sept hingga 7hb. Nov., hari isnin 08hb. baru balik K.L

Sunday, July 25, 2010

Ahad 25/07/2010

Pagi ne aku bangun pukul 7 pagi. Macam biasa aku bersihkan bilik kucing. Masa aku bersihkan Jazim dah bangun tidur. Bagi ubat mata kat Carlos. Pastu aku gi mandi. Kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Pas makan kitaorang balik rumah sebab nak hantar anak-anak kondi buat vaksin. Sampai kat Ara pukul 9.45 pagi, Dr Sumitra ada. Dr. Sumitra timbang berat mereka semua. Berat Haiqal 2.5kg, Suzzy 1.9, Joey 2.25 dan Cassie 2.1 kg. Sempat Jazim beli ubat telinga. Habis pukul 9.45 pagi. Kitaorang balik rumah terus. 


Ubat telinga
Sampai rumah, rehat sekejap, Jazim ajak gi Sungai Buloh  nak cari pokok. Pukul 10.30 pagi kitaorang gi sana.  Sampai sana dah pukul 11.10 pagi, terus beli air kelapa muda dulu. Sambil jalan minum air dah habis minum, Kitaorang nampak penjual aiskrim lak. Kitaorang beli lak aiskrim. Sampai kat taman orkid wow banyaknya pokok orkid yang cantik-cantik, rambang mata melihatnya. Kitaorang jalan-jalan sampai hujung dengan cuaca panas terik. Ramai orang beli pokok kat sana. Pukul 12.30 tengahari kitaorang balik.























Nelah pokok Jazim beli rm20 nak tanam kat kampung

Saturday, July 24, 2010

Barang Ikea

Jam Ikea

Tempat sabun

Tempat barangan mandian yang tergantung
Rusch Wall Clock rm3.30, Blanken Bathroom rm14.90 dan S-Hook rm1.60, tulah barang-barang terbaru dalam bilik kucing selain sinki baru. Belum lengkap lagi kalau belum ada peti sejuk kecil yang boleh menyimpan ubat-ubat kucing.

Sabtu 24/07/2010

Pagi ne aku bangun lambat sikit, pukul 7.45 pagi. Semalam pukul 1.57 pagi baru aku masuk tidur sebab nak habiskan novel aku. Sebelum tidur aku kunci jam pukul 7 pagi. Aku dah sedar pukul 6 pagi tapi badan aku berat nak bangun. Aku dengar Jazim dah bangun terus bersihkan bilik kucing, Aku bangun semua dah siap cuma mata Carlos belum letak ubat mata lagi. Jazim nak mintak aku tolong pegangkan Carlos baru senang nak letak ubat mata. Semua dah beres, aku gi mandi. Jazim betulkan gambar anak-anak Angel yang ditangkap semalam untuk nak masukkan dalam website dia. Lepas tu Jazim gi mandi. Pukul 8.45 pagi kitaorang breakfast kat kedai Kak Mah. Hari ne Jazim ada date gan "girlfriend" dia.

Selalunya waktu macam ne, aku mandikan kucing. Hari ne aku mandikan kucing lewat sikit sebab nak mandikan mereka di tempat baru. Sinki yang baru siap rabu lepas. Sekarang kerja menjadi cepat sikit, tak payah nak ulang alik ke bilik air lagi.  


Habis breakfast kitaorang balik rumah. Sampai rumah Jazim tidur kejap sementara nak menunggu pukul 10.30 pagi. Aku tengok kucing dan sambung buat blog aku. Jazim suruh aku kejutkan dia kalau dah pukul 10.30 nanti. Pukul 10.30 Jazim bangun dan nak keluar rumah. Jazim dah takde, aku mulakan tugas nak mandikan kucing. Sinki tu memang bagus mandikan kucing tapi ada buruknya gak. Kalau dah tadah air mandikan kucing, nak bilas kena buang air dalam sinki tu, tu yang leceh sikit. Asyik tadah dan buang air jer. Kaki dan pinggang pun terasa sakit asyik berdiri jer. Aku rasa mandikan dalam bilik air lebih bagus dan boleh duduk.

Mula-mula nak mandikan semua kucing agak takut ditempat yang baru. Lagi pun kat situ takde air panas, sebab tu aku mandikan lewat sikit jadi air taklah sejuk sangat. Toby yang suka mandi pun jadi takut gak. Pukul 11.50 baru semua kerja siap. Lenguh kaki aku dibuatnya. Aku gi mandi lagi. Sebelum aku keluar rumah, aku bagi ubat mata kat Carlos. Dah siap aku keluar rumah gi jumpa aku baru aku. Aku sampai rumah pukul 5 petang, Jazim belum balik lagi. Aku bersihkan bilik kucing dan bagi ubat mata kat Carlos. Ubat mata Carlos kena bagi setiap 4 jam sekali. Aku sambung buat novel aku. 

Wednesday, July 21, 2010

Rabu 21/07/2010



Pagi ne aku bangun macam biasa walaupun aku tak kerja hari ne. Rutin biasa tetap lakukan. Pagi ne hujan turun dengan lebat tapi sekejap jer. Bestnya kalau dapat tidur balik. Habis bersihkan kucing, aku mandi dulu. Dah bersiap, aku dan Jazim gi breakfast kat As-salam.

Pukul 7.40 pagi, habis makan, Jazim hantar aku kat seberang jalan rumah dia. Jazim terus gi kerja. Tengahari ne Awon plumber nak datang pasangkan sinki baru kat bilik kucing. Pukul 10.50 pagi, aku mandikan anak-anak kondi, kotor sangat. Dah habis mandi, aku dapat sms dari Awon, katanya tak dapat datang tengahari, nak datang pukul 4 petang lak. Aku terus foward sms tu kat Jazim. Selang beberapa minit, Jazim kol dari opis dia. Jazim kata ok jer. Aku cakap nanti sms lagi kata esok lak nak datang, 

Aku ingat nak tidur sekejap yalah semalam aku tidur lewat nak dekat pukul 1.30 pagi, up date blog. Bangun lak pukul 6 pagi, tapi tak boleh tidur. Rumah sebelah Jazim ne ada orang baru pindah rumah jadi dia buat renovation, bising sangat. So aku terus keluar rumah nak gi lunch awal. Aku makan kat As-salam. Pukul 1.15, aku balik rumah. Sampai rumah aku buat blog tuk hari ne. 


Sebelum ada sink

Bahagian Luar, Uncle sebelah dah tak boleh nampak lagi
Bahagian Luar
Pukul 2.40, aku YM gam Mama, bual-bual kosong. Aku nak tidur kejap tapi tak boleh, mata aku diganggu oleh bunyi rumah sebelah buat kerja. Aku tengok tv jer. Dah nak pukul 4 petang, Batang hidung Awon belum nampak lagi. Tepat pukul 4.28 petang Awon sampai, terus buat kerja. Pukul 5.20 semua kerja dah selesai. Aku bayar upahnya.

Dan nelah hasilnya.





Selasa 20/07/2010

Pagi ne aku gi kerja dari rumah aku. Semalam habis kerja aku balik terus ke rumah aku. Aku sms kat Jazim jumpa petang ne tempat biasa lepas habis kerja. Masa aku dalam Putra, kat stesen "Jelatek" hujan turun gan lebatnya. Aku sampai "Burger King" kat KLCC pukul 6.10 petang. Aku tunggu Jazim turun. Aku dan Jazim nak ambik Umi lak kat kerja Umi. Jalan jem kat depan Dewan Bandaraya. 


Masuk kat "Elevated Highway" dah jem, ramai nak balik rumah. Kat Ampang jangan cakaplah, jem gak. Kitaorang nak gi Ara, nak ambik ubat "Vitamin C" untuk Toby. Dr. Jon masa tu ada. Toby tak boleh kena sejuk sikit pasti nak selsema. Jazim beli untuk 30 biji rm15 jer, makan 1 biji 2 kali sehari lepas makan. Pastu kitaorang nak gi beli makanan kucing. Kitaorang gi kedai "My Pet House Sdn. Bhd.". Jazim beli RC Kitten 36 warna pink rm192. 

Dah habis semua, kitaorang nak hantar Umi balik rumah, masa dalam kereta, Jazim dah lapar, tanya nak makan kat mana. Umi cakap ada 1 kedai jual tomyam sedap. Jazim cakap boleh gi lagipun Umi kata dia nak belanja. Umi nak telefon anak-anak dia dulu suruh turun kat lobby. Kitaorang pun gi rumah Umi dulu. Pas ambik anak Umi, kitaorang pun terus ke kedai yang Umi cakap. Nama kedai tu "Radop" kat jalan nak gi Carefour Ampang. Sederet gan kedai "Banana Cafe". Jazim order ikan siakap masak sweet & sour, telur dadar, kailan dan tomyam. Tomyam dia biasa jer tapi pedas. Aku lak order chicken cop. Aku cuit-cuit sikit lauk mereka, kena bayar berapa aku tak tahu sebab Umi gi bayar kat kaunter. Lain kali aku dan Jazim belanja Umi lak, maybe kat Nong & Jimmy, makan ketam masak kari, sedap.

Habis makan kitaorang balik, masa tu ada pukul 8.40 malam. Jazim terus hantar Umi balik rumah. Masa dah separuh jalan, Umi telefon, cakap makanan kucing lupa nak ambik. Jazim pun pusing balik ke rumah Umi. Payung pun lupa Umi nak ambik. Kitaorang terus balik rumah. Sampai rumah dah dekat pukul 9.15 malam. Tukar baju, terus kitaorang buat rutin biasa. Aku pun tengok tempat sinki baru. Wow Jazim dah beli 2 blind baru warna "Maroon" siap dah letak plywood lagi, nak tunggu pasang sinki jer. Esok plumber "Awon" nama lelaki cina nak pasang sinki around pukul 12 katanya. Awon dah ada nombor hp aku. Masa dalam kereta tadi, Awon sms Jazim, kata nak datang esok pukul 12 tengahari. Awon minta nombor hp aku. Aku dah balas balik sms Awon dan beri nombor hp aku. Nanti dah siap aku letakkan gambar kat blog aku, boleh Mama tengok. Nanti uncle rumah sebelah dah tak kepo lagi sebab dari luar memang dah tak nampak bilik kucing lagi. Padan muka uncle tu.


Kitaorang nak kejar masa, sebab kitaorang nak tengok citer kat tv3 "Laila Asyikin" pukul 10.30 malam. kitaorang tak pernah miss citer tu cuma episod 1 jer kitaorang miss. Nasib baik kerja dah habis pukul 10.15 malam. Habis citer tu Jazim masuk tidur sebab nak kerja esok. Aku esok tak kerja, aku ambik cuti 2 hari. Horey. Pukul 11.50 malam baru aku gi mandi dan tulis blog untuk hari ne punya citer.

Sunday, July 18, 2010

Ahad 18/07/2010


Aku bangun tidur pukul 6.15 pagi. Aku bangun tengok Mama dah bersihkan bilik kucing, Jazim pun dah bangun tidur gak. Plan semalam nak bangun tidur lambat sikit selepas tengok lagi konsert "Celine Dion", jam semalam aku tak kunci tapi dah terbiasa bangun awal kan, lewat 15 minit jer. Habis semua kitaorang sambung tengok konsert "Celine Dion" tapi pembikinan filem dia menjelajahi seluruh dunia termasuk Kuala Lumpur. Semalam tengok separuh jalan jer, nyantuk sebab 3 jam baru nak habis.


Dah habis, kitaorang satu persatu gi mandi. Sebelum tu masa aku nak buang sampah, aku jumpa banyak news paper orang buang kat lif. Aku apa lagi kutiplah untuk alas kucing. Dah siap semua orang, kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Habis makan kitaorang gi "Tesco" Ampang, Jazim nak beli sabun basuh baju (top warna hijau), tisu kucing, tisu muka dan air wick bau "Lavender". Pastu nak gi kedai "Cosway", tengok-tengok kedai tu belum bukak lagi.


Sampai rumah kemas barang, Jazim nak scan sijil kucing sebab aku nak simpan nanti dah bagi kat "owner" aku takde copynya. Mama busy gan laptopnya. Pastu Jazim tidur kejap, aku sambung buat blog untuk hari ahad punya. Hari ne Mama nak balik ke Melaka, bas dia pukul 3 petang. Lepas lunch baru Mama nak bertolak ke Bukit Jalil. Hari ne ramai lak nak tengok anak-anak Angel. Alhamdulillah rezeki tak ke mana. Kalau menjadi Prince Joey, Prince Tommy, Princess Darleen dan Princess Micky akan dijual. Prince Carlos tinggal bersama kami, boleh berkawan gan Princess Suzzy nanti sebab sama-sama warna putih yang "Cantik". Sedih gak tapi apa boleh buat tak kan nak simpan banyak-banyak kan nanti susahkan diri sendiri.


Bangun tidur kitaorang tengok "Melodi" kejap, pastu kitaorang gi lunch. Pukul 1 kitaorang keluar rumah gi kedai Pak Don, takut nanti Mama lambat sampai kat "Bukit Jalil" lak sebab hari pun macam nak hujan jer. Pukul 1.30 kitaorang beredar dari kedai makan, Jazim hantar Mama sampai LRT Ampang. Pastu kitaorang terus ke "Cosway" nak beli kepala mop guna a/c Mama sebab Mama ahli Cosway. Jazim beli kepala mop jer, batang mop tak dijual kat situ. Kitaorang gi "ACE Hardware" sebelah "Hero" nak beli batang mop lak.




Masa lunch tadi Jazim ada plan nak buat sinki kat bilik kucing. Asyik nak mandikan kucing dalam bilik air dia jer. Lagi pun senang kalau bilik kucing dah ada sinki, kalau nak bersihkan tempat najis ke, isi air minuman dan mandi. Habis beli batang mop kat ACE, kitaorang terus gi "Ampang Waterfront" nak tengok sinki. Kitaorang jumpa sinki yang kitaorang nak, harga sebenar rm390, discount rm280, ada 1 pekerja layan kitaorang dan ukur saiz sinki tu. Pastu kitaorang tengok kepala shower lak, ada yang menarik gak. Habis tu kitaorang balik rumah.



Sampai kat rumah, Jazim terus mop lantai, dia kata nak mop kat bilik dia jer. Aku masuk bilik kucing, bersihkan apa yang patut. Habis kerja aku nak keluar dari bilik kucing, rupa-rupanya Jazim mop 1 rumah. Habis mop kitaorang gi ukur tempat nak letak sinki. Memang sesuai ukuran tu, ada lebih sikit. Sekarang nak cari plumber jer nak buat. Nanti nak gi "IKEA" nak beli blind kayu dan alas kaki. Pastu kitaorang tengok tv, tiba-tiba Jazim lapar, terus masak maggie, aku tumpang sekakilah. Sekarang ne tengah tunggu "client" nak datang rumah nak tengok kucing. Kata nak datang pukul 5 petang, sekarang pukul 4.54 petang, Kat luar rumah hujan turun. Pukul 6.05 petang 2 orang datang nak tengok kucing. Jazim tengah layan diaorang. Tiba-tiba datang lagi kawan mereka. Entahlah nak beli ke tidak, tunggu dan lihat jer. Yang pastinya Princess Suzzy dan Prince Carlos staying with us.

Pukul 7 lebih "client" baru balik dari rumah Jazim. Hasilnya mereka suka Toby dan Suzzy tapi sorry not available.  Mereka nak booking tapi anak-anak Angel masih kecil lagi so Jazim belum bukak untuk booking. Mereka dah blah Jazim dah mandi, kitaorang tengok t.v, sekali lagi dengan tiba-tiba Jazim ajak gi Jalan Ipoh nak tengok sinki. Pukul 7.50 malam kitaorang gi sana, Sampai kat sana semua kedai tutup, hampa. Kitaorang balik dan singgah kat sebelah Petronas nak dinner. Pas dinner balik rumah sampai pukul 8.45 malam. Masuk bilik kucing operasi bersihkan telinga lak. Semua telinga kucing kecuali Fiona. Fiona dah mula garang balik selepas habis mating. 

Esok maybe Jazim akan buat make over kat bilik kucing, nak kol plumber dulu. Esok aku kerja, Jazim tak kerja cuti. Tunggu citer esok lak.......byeeeee

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.