Hello There!

Friday, July 9, 2010

Jumaat 02/07/2010 Dan Sabtu 03/07/2010

Petang, habis kerja aku balik rumah aku. Sampai pukul 5.45 petang. Kemas apa yang patut, aku tunggu Jazim sampai. Pukul 7.16, Jazim sampai rumah aku gan Umi. Kitaorang terus gi dinner kat kedai mee kari. Jazim makan nasi lemak ayam gan teh o, Umi minum teh ais, aku minum limau suam. Pukul 7.45 malam kitaorang balik ke Ampang. Sampai kat rumah Jazim pukul 8.15 malam. Jazim dan Umi bersihkan bilik kucing, aku bersihkan bilik Angel. Jazim cakap anak-anak kondi cirit birit, habis cage dan badan mereka kotor. Aku mandikan anak-anak kondi. Pas mandikan anak-anak kondi, aku gi mandi. Dah siap, aku terus gi rumah DD. Masa tengah bersihkan bilik kucing, anak-anak Umi datang. Kat rumah DD aku tengok bola, Brasil lawan Belanda. Sekejap-kejap aku tengok tenis, Nadal lawan Murray, tak tahu siapa yang menang sebab pukul 11.30 malam, aku nak balik ke rumah Jazim. Sampai kat rumah Jazim, tengok-tengok Umi dan anak-anak dia ada lagi belum balik.  Aku terus masuk ke bilik yang selalu aku tidur. Pukul 11.45 malam baru Umi beredar. Jazim pun terus masuk tidur. Aku terus basuh baju aku. Sementara nak tunggu baju siap, aku baca novel "Cinta Sufi". Pukul 12.30 malam baru aku masuk tidur.

Aku kunci jam pukul 1 pagi. Ikutkan perkiraan Jazim, Angel akan beranak 3hb iaitu pagi sabtu. Aku dan Jazim bangun pukul 1 pagi, takut-takut kalau Angel beranak pagi buta lak. Jazim kunci jam setiap 2 jam. Tunggu punya tunggu sampai pukul 2 lebih Angel tak nampak pun nak beranak. Tiba-tiba masa bersembang gan Jazim, Jazim baru teringat nak bagi aku 1 barang. Tepat pukul 2.44 pagi, aku dapat 1 kotak yang cantik Jazim bagi kat aku. Aku terima dengan senang hati. Dah habis berbual, Jazim nak tidur nanti pukul 4 nak bangun lagi nak tengok Angel. Aku capai novel sambung baca lagi. Kali ne nak sedapkan hati aku, aku baca kat dalam bilik air no. 2 dimana Angel berada, senang untuk aku lihat kalau Angel nak beranak. Sampai pukul 5 pagi, aku baca novel. Aku nampak Jazim bangun, dia pun nampak aku dalam bilik air baca novel pastu tidur balik. Angel masih belum ada tanda nak beranak. Aku malas nak fikir lagi. Aku sambung baca sampai pukul 6 pagi. Aku langsung tak tidur. Aku siapkan air suam terus aku mandikan Haiqal, Ot, Bubble dan Marissa. Aku dah habis mandi kucing, Jazim bangun dari tidur, bersihkan apa yang patut kat bilik kucing dan bagi makan ubat selsema kat Toby dan ubat cirit birit kat anak-anak kondi. Semalam selsema Toby teruk. Aku terus gi mandi, pas mandi aku tulis untuk blog aku. Pukul 6.40 pagi, Jazim bukak dvd konsert Celine Dion. 

Tengok separuh jalan, Jazim gi mandi, aku tengok sorang. Pukul 7.45, kitaorang gi breakfast. Pergi kedai Kak Mah tutup, kitaorang gi kat payung merah. Aku makan bihun goreng, telur sambal, 2 biji telur setengah masak plus limau suam. Jazim makan roti kosong gan gula, 2 biji telur setengah masak plus teh o. Pas makan Jazim nak cari tulang, nak buat sup tulang, pergi kat orang jual daging tepi jalan, tengok-tengok tulang dah habis. Jazim kol Umi, suruh beli tulang kat pasar Pudu, kebetulan Umi pun nak ke sana beli barang dapur. Dari situ kitaorang terus balik rumah. Sampai rumah Angel masih tak beranak, mungkin malam nanti kot. Mama sms, dah dalam bus. Bus Mama pukul 9 pagi ke K.L. Jazim baca suratkhabar "Utusan", beli masa breakfast tadi. Aku sambung baca novel. Umi datang hantar anak-anak dia sebab Umi nak gi pasar Pudu cari tulang. Hari ne Umi dan Jazim nak masak sup tulang. Masa diaorang masak, Mama pun sampai dari Melaka. Dah masak mereka semua makan, aku tak makan. Pas makan Umi balik, Jazim dan Mama nak gi "The Curve" nak betulkan laptop Mama yang tak boleh dihidupkan. Aku tak ikut, nak tunggu Angel, manalah tau kan tiba-tiba Angel beranak, padan muka.

Masa aku tulis blog, pukul 4.20 petang, Jazim dan Mama balik dari "The Curve". Diaorang terus tidur, yalah semalam dah tak cukup tidur. Aku masih belum tidur lagi. Diaorang bangun tidur pukul 6.30 petang. Masa tu aku tengah baca novel. Pukul 8.45 malam kitaorang nak gi "Intai-intai". Aku nak belanja Mama dan Jazim makan kat sana. Tiba kat sana orang agak ramai. Kitaorang duduk kat sana sampai pukul 10.15 malam. Ingatkan pas makan nak minum kopi kat "Bangi Kopitiam ", tak jadi kitaorang terus balik rumah. Sampai kat rumah kitaorang sembang-sembang, sementara nak tunggu Angel beranak. Pukul 2 pagi aku tidur sekejap pastu aku sambung baca novel. Dah nyantuk aku terus tidur. Sampai ke pagi Angel masih belum beranak. Ikut perkiraan lagi dah masuk 66 hari Angel masih belum tunjukkan tanda-tanda nak beranak, asyik keluar masuk kotak jer. 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.