Hello There!

Friday, July 9, 2010

Ahad 04/07/2010

Aku bangun tidur 8 pagi. Aku tengok Mama tengah bersihkan bilik kucing. Semalam Mama tidur awal. Aku tolong sikit-sikit. Jazim pun dah bangun tidur. Semua dah beres Jazim bagi makan ubat selsema kat Toby dan aku terus mandikan Toby. Semalam aku dah mandikan yang lain. Angel masih lagi belum beranak. Semalam aku tidur lewat sangat sebab nak tunggu Angel beranak, Mama dah tidur. Jazim pun tidur lewat semata-mata kerana Angel. Kitaorang takut kalau Angel tak dapat beranak gan betul walaupun Angel dah pernah beranak. Semua dah mandi, pukul 9.15 pagi kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Pas makan kitaorang balik rumah.

Jazim kol Dr. Sumitra kat Ara nak ambik ubat selsema untuk Toby. Kitaorang keluar rumah pukul 12.40 tengahari terus ke Ara. Sampai kat Ara, Mama nak gi LRT Ampang. Mama nak balik ke Melaka hari ne. Bus Mama pukul 3 petang. Masuk ke Ara, Jazim terus ambik ubat sebab Dr. Sumitra dah sediakan ubat dulu sebelum kitaorang sampai. Dr. Sumitra ada client masa tu. Masa tu Sam ada terus Jazim berbual gan Sam. Habis semua kitaorang terus gi lunch kat Pak Don habis makan terus balik rumah. Sampai kat rumah aku dan Jazim terus tidur, nyantuk sangat. Hampir pukul 4 petang kitaorang bangun tidur. Aku tengok kat hp aku, Mama sms kata bus dia lambat bergerak. Bangun tidur kitaorang terus gi "Tesco Ampang". Jazim nak beli kopi dan barang lain. Tengok-tengok aku terjumpa Anuar gan family dia kat sana. Habis beli barang, kitaorang terus ke rumah aku sebab aku nak ambik kasut kerja. Esok aku nak gi kerja dari rumah Jazim. 

Dah ambik kasut aku, kitaorang terus gi dinner kat mee kari. Pas makan balik rumah terus. Sampai kat rumah dah pukul 8.15 malam. Kitaorang tengok Angel, Angel masih belum beranak.. Aku terus ke notebook aku sambung buat blog aku. Malam ne aku dan Jazim bergilir-gilir jaga Angel. Setiap 2 jam, kitaorang akan bangun dan lihat Angel.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.