Hello There!

Saturday, July 17, 2010

Jumaat 16/07/2010

Petang, habis kerja aku balik rumah aku dulu, ada hal, selalunya aku gi KLCC jumpa Jazim. Pukul 6.36 petang Jazim kol aku, cakap dah sampai kat rumah aku, dia terus gi kat kedai mee kari jumpa dia kat sana. Aku sampai tengok Umi pun ada. Pagi tadi masa nak gi kerja pun Umi tumpang kereta Jazim nak gi kerja. Jazim makan nasi lemak ayam goreng, Umi makan nasi lemak kerang sambal dan aku minum air limau suam jer. Masa nak bayar, Umi belanja semua.

Masa nak balik ke Ampang, jalan MRR2 jem. Umi tunjukkan jalan baru boleh tembus jalan kat area rumah dia, tak payah nak harungi jalan jem. Selepas hantar Umi balik, kitaorang balik rumah terus. Sampai kat rumah dah pukul 8.15 malam. Aku salin baju dan basuh kaki terus masuk ke bilik kucing. Mak datuk aku terperanjat tengok anak-anak kondi tengah bermain di luar cage. Macam mana mereka boleh buka pintu cage pun aku tak tahu. Habis tisu kat lantai berselerak, mereka berak merata. Lantai home depot jadi lekit dibuatnya. Aku panggil Jazim suruh tengok. Apa lagi aku masukkan balik anak-anak kondi dalam cage, Jazim terus mop lantai yang lekit tu.

Jazim bagi minum air botol lak. Kalau minum pakai mangkuk air habis bulu kat leher diaorang basah kuyup. Habis semua kerja, aku mandikan anak-anak kondi, kotor giler. Habis kerja dah pukul 9.45 malam, tv pun tak tengok, dah penat. Pastu Jazim bersihkan mata kat anak-anak Angel lak, mata Micky jer yang belum bukak betul-betul yang lain dah bukak.  Pukul 12.15 malam, hujan turun dengan lebatnya. . Pukul 11 Jazim dah tidur. Habis aku sidai baju, aku pun masuk tidur.

Dari kiri Suzzy, Joey dan Cassie


No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.