Hello There!

Friday, July 9, 2010

Rabu 30/06/2010

Bangun tidur pukul 6 pagi. Bersihkan bilik kucing bersama Jazim. Pagi ne, aku gi kerja dari rumah Jazim. Petang semalam Jazim ambik aku kat rumah pastu kitaorang dinner kat kedai mee kari terus aku balik ke rumah Jazim. Aku tak gunakan perkhidmatan pakcik Nor lagi sebab aku ikut Jazim sampai KLCC pastu aku naik putra ke Wangsamaju, lagi senang dan tak ramai orang.

Hari ne Jo last kerja kat "ADL Architect". Aku sedih gak lah. Selalu gak aku bergurau senda gan Jo. Jo selalu tolong aku buat itu dan ini tapi apa boleh buat dah nasib Jo macam tu, dah hampir 2 tahun Jo kerja kat sini. Pukul 3.45 petang bos aku panggil Jo masuk dalam bilik bos. Lama gak Jo kat dalam tu. Jo keluar dari bilik bos dengan senyuman puas. Pastu Jo citerkan kat aku apa yang terjadi kat dalam bilik bos.

Petang masa habis kerja, Jo hantar aku ke Putra Wangsamaju naik motor. Tu lah mungkin kali terakhir aku naik motor gan Jo. Sampai kat LRT, aku serahkan helmet putih aku kat Jo. Aku suruh Jo jaga baik-baik helmet aku tu. Aku minta maaf kat Jo kalau aku ada buat salah kat dia. Aku terus pergi ke KLCC nak jumpa Jazim. Pertemuan kitaorang kat kedai "Burberry" pada pukul 6.30 petang. Pastu kitaorang dinner kat "Burger King" sampai pukul 7.15 malam. Masa keluar dari parking lot menuju ke "Elevated Highway" hujan turun. Dah beberapa hari ne hujan turun waktu petang jer. Sampai kat "Tiara Apartment" jalan dah jem. Sampai kat rumah pukul 8.10 malam. Rutin macam biasa bersihkan bilik kucing.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.