Hello There!

Sunday, February 27, 2011

Ahad 27/02/2011 Bora Asmara @ Sg. Penchala

Pukul 7.30 malam, aku dan Hafiz nak gi Sg. Penchala. Kitaorang nak makan kat kedai makan ala-ala adik beradik Bora Ombak tapi nama dia Bora Asmara. Tempat ne lebih besarlah dari Bora Ombak. Sama macm Bora Ombak ada live band.


So uols layan jer lah pic kat bawah ne.

Lot 2933, Kampung Sg. Penchala











Bora Asmara nie rasanya adik beradik dengan Bora Ombak dekat Ampang 
kot cuba tengok kat buku menu dia
Top Hats
Nasi Lemak Nyonya 
Bali Dancing Fish
Ikan Tiga Rasa
Chicken Pandan
Chocolate Freezer Classique
Cendol
Asmaradana

Wednesday, February 23, 2011

Rabu 23/02/2011 Laziz Restaurant @ Solaris Mont Kiara

Pukul 6.45 petang, aku nak jumpa Ed. Kitaorang nak jumpa sapa lagi kalau bukan gan 2 orang pompuan yang suka makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Ed cerita kat aku, ada orang mengidam makan makanan orang Arab la.


Betul....Julia dan Wati sapa lagi. Wati yang dah mengidam sangat. Aku rasa dah lama tak jumpa mereka. Wati baru balik dari Sandakan. Julia pulak sibuk gan kerja dia yang ke hulu hilr tu. Sekarang masing-masing ada masa terus kitaorang nak jumpa. Ed kata Wati nak belanja ne. Aku orait jer kalau ada orang nak belanja makan hehehe. Ed kata mereka dah tunggu kat Restaurant Laziz. 


Macam biasa lah kalau mereka order pasti penuh makanan atas meja. Tak percaya tengoklah makanan yang mereka dah order ne. Layannnn. Suasana pun dah macam kat padang pasir daa tapi lagi cantikla. Laziz tu bermaksud “Delicious” dalam bahasa Arab.

No. 18, 18-1, Jalan Solaris Mont Kiara, Off Jalan Duta Kiara






Geram tengok pelita ajaib




Crispy Sambosa

Briyani Chicken
Briyani Lamb 
Deep Fried Patties
Laziz Mixed Grill
 Sish Tawook
Pitta Bread
Baked Mixed Vegetables 

Turkish Salad
Ice Lemon Juice


Turkish coffee

Isnin 21/02/211 Bila rasaku ini rasamu

Malam in, entah mengapa pintu hatiku diketuk untuk menulis di sini. Teringin sekali aku meluahkan apa yang terbuku dalam lubuk hati ini. Aku tidak punya sesiapa di sini yang mampu untuk aku berkongsi rasa. Jadi aku rasakan di sinilah tempat terbaik untuk aku meluahkan segala-galanya sekaligus mengurangkan kesedihan yang aku rasai kini.

Apa agaknya rasa jika kita bersedia melakukan segala-galanya untuk insan yang kita sayangi dan apa yang kita harapkan cuma kasih sayang yang tidak berbelah bahagi sebaliknya kita terus diasak dengan soalan-soalan tentang kesetiaan? Terus terang aku katakan dalam hati aku kini aku berikan segala ruang buat dia. Aku kosongkan semua rongga-rongga kecil dalam jiwa dari mampu dimasuki oleh cinta-cinta lain demi dia. Sehingga pernah satu ketika terbit frasa ini dari mulutku :

'I will do anything to give everything that you want in this world.

Namun masih aku ditanya samada aku masih inginkan cinta yang lain atau kasih sayang insan lain untuk kepuasan hidup. Saat aku disoal sebegitu, hancur segala-galanya, luluh rasa dalam jiwa. Serasa pengorbanan yang sedia aku lakukan dan yang telah aku berikan tiada harga walau seringgit pun. Betapa murahnya cinta pada dia. Inikah yang dia nampak selama ini dalam diriku? Cinta yang bisa dipindah milik sesenang itu? Apakah cinta yang aku berikan belum memadai? Atau mungkin akukah yang terlalu buta menilai cinta? Akukah yang terlalu leka dan hanyut dibuai rasa sayang hingga lupa bagaimana rupa sinar permata sebenarnya?

Namun aku pujuk juga hati ini. Sehingga tiba hari cinta ini pergi, aku akan terus menyayangi. Harapan aku, moga bila aku pergi nanti, bukan penyesalan yang aku perolehi. Semoga dia sedar betapa agung cinta ini buat dia.

Ingatlah cinta bukan sesuatu yang bisa dilahirkan. Cinta datang bila ia mahu, cinta pergi bila sudah tidak perlu.

Tuesday, February 22, 2011

Sabtu 19/02/2011 The Waterlily Bistro @ Mutiara Tropicana

Lepas aku balik dari Alamanda gan Jazim, dah lewat. Pukul 8 lebih, aku nak keluar gan Nazri. Nazri nak ajak aku gi makan steak. Nazri pun guna GPS Co-ordinates: N3 07.732 E101 35.957. nak ke sana.

No.11-G, 11-1 & 11-2,  Jalan Mutiara Tropicana 3, Mutiara Tropicana, PJU 3, PJ




Kerusi Tatami jugak terdapat di tingkat atas yang berair-con jugak.


 Pisang Bakar rm13
Charbroiled Sirloin rm43
Nasi Campur rm33
Barley Lime rm18 per jug

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.