Hello There!

Monday, February 14, 2011

Ahad 13/02/2011 Vicchuda Tomyam @ Damansara Dan Yankies Hut - Teratak Ikan Bakar @ Kajang

Pukul 10 pagi, aku dan Hisham nak gi Ikea. Hisham nak tengok kabinet kitchen untuk rumah baru dia akan siap tak lama lagi kat Batu Caves. Dah settle, kitaorang ingat nak lunch kat dalam Ikea jer, tengok-tengok orang dah beratur panjang nak makan. Kitaorang tak jadi makan kat situ terus kitaorang keluar dari Ikea gi kat restoran Vicchuda.

No. 24, Jalan SS21/35, Damansara Utama
Nasi putih
Air Tembikai sorang dua
Udang Goreng Tepung
 Daging Goreng Kunyit
Ayam Masak Tomato
Kangkung Goreng Belacan
Telur bungkus
 Siakap Goreng Kicap
Sambal Belacan
Lepas makan kitaorang gi kat 1 Utama lak nak tengok wayang. Tiket wayang pukul 4.50 petang citer No String Attached. Masa banyak lagi, kitaorang jalan-jalan sampai kaki lenguh. Hehe.

Malam, masa kitaorang tengah pening nak fikir mana nak dinner, tiba-tiba kawan Hisham kol. Dia pun nak ajak Hisham gi dinner gak. So dia nak ajak kitaorang dinner kat area rumah di kat Kajang. Dia kata kat situ ada kedai ala-ala macam nailis gak. Suasana best, makanan sedap dan murah. 


Lot 3755, Jalan Angsana, Off Persiaran Jaya, Sungai Ramal Dalam, Kajang



Ikan Pari Bakar 
Kerabu Mangga
 Sotong Goreng Tepung
Kangkung Goreng Belacan
Sotong sambal
Siakap Masak Tiga Rasa
Melangkah masuk, sebuah projektor bersaiz besar pasti mencuri tumpuan. Di bahagian kiri dan kanan pintu utama pula ada beberapa pondok, termasuk di atas pokok yang menempatkan ruang makan. Kebiasaannya, ia menjadi pilihan dan tempat kesukaan pengunjung untuk menjamu selera. Melangkah jauh lagi, selain tempat makan terbuka berdepan projektor, pengunjung boleh memilih untuk menjamu selera secara bersila sama ada di satu kawasan yang disediakan khas atau di atas pondok yang disinari cahaya lampu suram.

Dekorasi dalamannya memang unik. Bagi mereka yang pertama kali sampai pasti tidak menyangka, corak dalamannya seperti ada di sebuah kampung tradisional Melayu. Bangunan atau pondok didirikan daripada kayu, termasuk kayu bakau yang diukir dengan penuh kemahiran, beratapkan nipah selain dikelilingi pelbagai jenis bunga persis dalam taman.

Mengenai menu, selain tempatan, pengunjung boleh memilih untuk menjamu masakan barat atau Thailand. Antaranya, ayam masam manis (RM4.50), daging masak merah (RM4), udang atau sotong masak keju (RM4), sayur kailan ikan masin atau kangkung goreng belacan (RM3.50), pelbagai tomyam (RM5), cendawan goreng (RM4.50), mi dan nasi goreng (RM4 ke RM5).

Pengunjung boleh memilih menu ikan bakar yang pasti membuka selera. Antara ikan disediakan ialah siakap, kerapu, pari, talapia merah dan kembung yang boleh dimasak sama ada stim, tiga rasa, masam manis, asam pedas atau masak mangga. Harga jualannya mengikut harga ikan di pasaran.

Menariknya, setiap jenis gelas, terutama jus buah-buahan, membawa maksud tersendiri, misalnya air gelas ‘Junior’ bermaksud bersaiz kecil (RM2), ‘Daddy’ (sederhana — RM3.80) dan ‘Jumbo’ (besar — RM5.50). Berkonsepkan resort yang tenang dan damai di samping pelbagai pilihan hidangan enak. S
elepas jam 5 petang pula selain masakan dalam menu. Makanan seperti lempeng, jemput-jemput, otak-otak, cucur udang dan aneka mi dan ia akan dijual selepas 10 malam. Perniagaan dibuka hari Isnin hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 2 pagi.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.