Hello There!

Thursday, February 3, 2011

Khamis 03/02/2011 Warung Tip Top @ Johor Bahru

Malamnya pulak diaorang nak ajak aku makan ikan bakar dan nak jalan-jalan kat up town.


Roti Bun tidak dilupakan sangat lembut, sedap dan berkhasiat. Menu wajib kalau datang ke warung Tip Top Johor Bahru rasa macam nak tapau bawak balik tapi takut juga kalau sejuk tak sedap macam masa tengah panas-panas. Makan Roti Bun cicah dengan Ikan Pari sambal lagi lah mengancam.
Kami pesan Sotong kangkung. Turns out this sotong kangkung rasa berangin macam mint dan kuahnya not so good. Maybe because ada campuran yang ntah apa-apa. Whatever it is kami tak satisfy dengan meal ni.

Satu lagi KILLER MENU kat sini Siput Sedut masak Cili. Memang sedap dan srooottttt srooott srootttttt lah aku sedut. Cuma aku tak suka siput sedut ada menatang bulat tuh tak kisahla sebab aku suka makan siput sedut. Kuah cili ni cicah roti bun tadi memang two thumbs up!! Cukup alasan untuk aku datang makan di Warung Tip Top ni lagi lain kali.
Order makan Ikan Pari Bakar nampak sedap jer. Aku tengok orang meja sebelah order so aku pun orderlah jugak. Rasanya memang sangat sedap. Tekak aku kata sedap. Patut try siakap bakar ker jenahak bakar ke mesti lagi best, kitaorang tak order nasi pun, main ratah- ratah jer.
Air Buah
Lai Chee Kang
Ais Batu Kacang
Ais Batu Cendol
Dari restoran Tip Top, diaorang bawa aku jalan-jalan kat Bazaar JB. Ramai orang membanjiri kawasan JB Bazaar. Kat sini ala-ala Uptown kat KL lah. Banyak barang yang ada dijual.





Bukan setakat baju, cenderamata dan aksesori jer yang ada, PETAI pun ada jual!!

Round lebih-lebih kurang. Aku ada berkenan satu design t-shirt tapi saiz tak kena. Konon-konon nak cari sweater tapi tak jumpa pulak. End up aku tak beli apa pun dari bazaar JB but it a nice place untuk hang around malam-malam.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.