Tengahari, Munir kol aku. Munir dan Lan nak ajak aku gi Pasir Gudang. Diaorang nak makan ayam penyet. Aku kata orait. Pukul 12.30, diaorang sampai rumah aku.
Aku tak tau nak kasi direction yang full, tapi kata Lan kalau dah sampai kat Kg. Pasir Putih mesti akan nampaklah kedai ni tapi berhati-hati sebab signboard atas kedai ni kedai Letrik hanya banner yang terlentang atas tu sahaja yang menjadi penunjuk arah.
Kedai ni pun boleh tahan ramai jugak orang bertandang maknanya mesti ada satu tarikan yang tiada di tempat lain so apa yang kami nak makan?. Kat sini ada ayam, ada Ikan keli, ada puyuh, tiga tiga tu kami try. Kalau ikut banner siap ada merpati ngan bebek (bebek tu Itik) tapi macam tak lalu jer nak makan merpati dan itik.
Satu meal harganya RM5, sekali dengan nasik dan kuah sup. Masakan Indonesia ni memang sedap. Aku sukalah masakan macam Nasi Padang dan ayam penyet ni. Habis licin kami bedal semua. Pakat main rasa sikit sorang.
Terletak di Kampung Pasir Putih |
Burung Puyuh Penyet |
Ikan Keli aka Pecel Lele |
Ayam Kampung Penyet |
Keunikan kedai ni terletak pada sambalnya. Mana-mana ayam penyet pun tang sambal yang berbeza. Biasa aku makan sambal ayam penyet lain sikit. Sambal kat sini memang sedap tak taulah apa mereka letak tapi rasanya memang lain dari yang lain, ada belacan dan kicap kot tu yang kaler gelap, macam ada rasa kacang pun yer gak.
No comments:
Post a Comment