Hello There!

Saturday, July 10, 2010

Isnin 05/07/2010

Bangun tidur pukul 6 pagi. Bersihkan bilik kucing bersama Jazim. Pagi ne aku gi kerja dari rumah Jazim. Angel masa belum nak beranak lagi, dah masuk ke 67 hari. Pagi ne kitaorang breakfast kat "Muhibah", asyik kat "As-salam" dah muak. Pas makan kitaorang terus ke KLCC.

Semalam masa Jazim bersihkan Angel, "bontot" Angel dah keluar lendir. Kitaorang agak pasti malam mesti Angel beranak tapi tak lagi. Jazim kata gan aku tengahari ne dia nak balik rumah nak tengok Angel. Sampai tengahari Jazim pun balik rumah. Sebelum tu Jazim lunch dulu. Sampai kat rumah, Angel dah beranak rupanya. Angel beranak tengahari pukul berapa tak tau maybe pukul 1 lebih, ne jarang-jarang berlaku kucing beranak di siang hari. Selalunya kucing beranak tengah malam atau subuh. Angel beranak 6 ekor anak. Jazim tengok 1 dah mati, tinggal 5 ekor. 1 cacat kat bahagian muka. Mula-mula yang si cacat tu ok tetiba cacat pun mati gak. Tinggal 4 ekor anak yang comel-comel. 2 betina 2 jantan. Dah beres semua, Jazim gi kerja balik.

Petang habis kerja, aku juumpa Jazim kat KLCC. Terus balik rumah. Sebelum tu kitaorang dinner kat kedai Mek Kelantan. Sampai rumah rutin seperti biasa, sebelum tu aku tengok anak-anak Angel. Wow memang cantik. Pastu buat kerja macam biasa. Semua dah beres, kitaorang dah mandi, tetiba Jazim cakap nak bagi nama kucing. Masa kat opis aku sms Mama, aku kata kat Mama, kali ne biar Mama yang berikan nama, Mama kata nanti tanya Jazim dulu. Aku kat opis dah sediakan nama untuk yang betina. Aku pilih nama betina, Jazim pilih nama jantan. Nama betina aku pilih Daisy, Hazel Ivy dan Sherry. Jazim pun pilih nama betina Darleen dan Micky. Nama jantan Jazim pilih Pedro, Adam, Carlos dan Tommy. Undian pun dibuat. Aku cabut undi nama jantan, Jazim cabut undi nama betina. Aku cabut nama betina yang dipilih oleh Jazim. Benci aku. So nama yang telah dipilih ialah:

1) Princess Darleen - dilute calico
2) Princess Micky - black & white
3) Prince Carlos - black & white
4) Prince Tommy - blue & white

Kali ne anak Angel banyak warna hitam.


Dari kiri Micky, Darleen, Tommy dan Carlos


No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.