Hari ne aku sudah mula kerja seperti biasa. Balik pun macam biasa pukul 5.30 petang. Kerja bukan main banyak. Semua nak cepat siap. Nasib baik semua dah aku siapkan. Petang ne, aku nak jumpa Adam. Dia nak dinner gan aku. Aku nak ajak dia makan kat "Ruz Aladin". Aku jumpa dia kat rumah aku. Pukul 5.50, dia dah sampai. Kitaorang terus bergerak ke sana.
Sampai kat sana dah pukul 6.50 petang. Jalan jem sikit. Sampai sana kitaorang terus order makanan. Selepas azan maghirib, aku pun makan. Tengah makan tiba-tiba, aku ternampak Remza datang gan kawan dia. Muka Remza aku tengok merah. Hehehe. Aku salam gan dia. Pastu dia terus blah. Aku sambung makan lagi. Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 8.40 malam.
Masa dalam kereta, Remza sms aku. Dia secara bergurau kata, nak makan tak ajak dia. Aku balas perlu ke nak makan kena cakap kat semua orang. Malam masih muda, kitaorang jalan-jalan sekitar Ampang. Pastu kitaorang minum kopi kat Old Town Ampang Point. Sembang lagi sampai pukul 10 malam. Pastu kitaorang chow.
No comments:
Post a Comment