Hello There!

Saturday, September 4, 2010

Sabtu 04/09/2010

Aku bangun pukul 7 pagi. Aku mandikan kucing dewasa jer. Pukul 9.30 pagi, kitaorang bawak Fiona gi X-ray kat Segar. Kitaorang jumpa Dr. Sugus. Dia bawak Fiona naik atas. Kitaorang tunggu kat bawah dulu. Selang beberapa minit, pembantu dia panggil kitaorang naik atas. Kitaorang tengok x-ray kat komputer. Dr. Sugus terangkan pada kitaorang. Dia kata Fiona ada 3 ekor anak jer, tapi anak Fiona besar-besar. Dr Sugus print x-ray Fiona bagi kitaorang. Dah beres kitaorang balik ke Ampang. Balik ke sana jalan MRR2 jem pulak.

X-ray Fiona


Sampai rumah, aku bawak Fiona masuk rumah. Jazim tunggu kat kereta. Kitaorang nak gi pulak kat rumah aku di Ukay Perdana. Hari ne kat rumah baru aku ada perjumpaan gan pihak TV3 pukul 10.30 pagi. Kitaorang dah lambat. Sampai sana dah pukul 11.15 pagi. Kitaorang parking kereta kat dalam projek. Kitaorang terus menuju kat orang tengah berkumpul di tepi TNB. Aku tengok ramai gak penduduk yang datang. Masa kitaorang sampai, pihak TV3 tengah merakamkan suasana di situ. Ada gak yang ditemuramah. Aku rasa akan disiarkan di Aduan Rakyat nanti. 








Dah habis kat sana, kitaorang ingat nak gi zoo negara. Dah lama tak masuk dalam tu. Kitaorang fikir balik baik beli dvd boleh tengok sampai berbuka. So kitaorang pun gi Wangsamaju. Jazim beli 6 dvd, aku beli 4 dvd. Kalau beli 9 dapat 1 free dvd. Dah beli, kitaorang balik rumah. Sampai rumah Jazim tidur kejap, aku tengok citer hindustan. Pukul 2.15, Jazim bangun terus nak tengok dvd. Kitaorang tengok citer kartun "How to Train Your Dragon". Best gak citer tu. Sampai pukul 4.20 petang. Pastu kitaorang keluar nak cari cage kecil untuk nak keringkan anak-anak kondi tu nanti gan hairdryer. Kitaorang gi kat Ampang Waterfront. Kitaorang gi My Pet, tengok takde cage kecil. Pastu kitaorang gi kedai kat area rumah Umi, pun takde gak. Masa nak balik tu, Pn. Mahani kol kata nak datang rumah ambik Marissa. Sebelum tu Jazim dah kol Pn. Mahani, kalau nak ambik Marissa hari ne pun boleh. Pukul 5.15 petang, kitaorang sampai kat rumah. Masa nak naik kat rumah, Pn. Mahani dah ada kat luar rumah. Kitaorang masuk dalam rumah dan beberapa minit Marissa pun di ambik.

Selepas Pn. Mahani balik, kitaorang pun bersihkan kucing sampai pukul 6.40 petang. Pastu kitaorang keluar gi kedai Mek nak berbuka puasa.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.