Hello There!

Tuesday, May 18, 2010

Kedai Toast

Sejak kedai Raene dah tutup dari hari jumaat lepas, aku dan opis mate susah sikitlah nak breakfast atau makan tengahari. Aku tak tau kenapa kedai Raene tu tutup. Aku ada dengar bermacam-macam citer pasal kedai tu. Mmmmm tahlah.Ada gak kedai lain selain mamak tapi kedai Raene tu dekat gan opis aku. Malas nak jalan jauh-jauh. Ada kedai nama D'Daun, agak sedap dan harga boleh tahan tapi jauh sikitlah. Masa aku gan Jazim makan kat kedai tempohari pun jauh gak walaupun lauk pauknya agak sedap, nak masak bekal dari rumah dapur takde hehehe.

Lunch tadi gan keluar gan Jo. Selalu aku keluar gan Intan. Hari ne Intan malas nak keluar sebab dah breakfast nasi lemak, dia kata masih kenyang lagi. Kitaorang gi kat hujung blok ada jual nasi campur tapi orang punyalah beratur panjang, tak jadi nak makan. Nak makan kat payung merah, lauk pakcik tu tak sedap. Last-last kitaorang gi kedai Toast. Kedai tu dah lama gak buka tapi nak pergi tak jadi jer.

Kedai Toast tu kecik jer, 1 kedai dibagi 2. Deco di kedainya agak simple. Sofa ada 2. Meja makan ala-ala macam bar. Dapurnya kecik, takde aircon pakai kipas jer, tapi rasa sejuk gak tak panas. Sebelah kedai Toast, kedai gunting rambut mamak. Kitaorang masuk, ada 1 pelanggan tengah order spaghetti bolngnese.

Aku order tunafish toast (2 set) rm3.80, black pepper beef toast (2 set) rm4 gan pineapple juice gelas kecik rm2. Jo order spaghetti bolngnese rm3.90 gan air kosong jer. Kat menu banyak makanan tapi kata makcik yang menjual tu cuma ada yang toast jer. Aku sampai tertidur kat sofa nak menunggu makanan, agak lambatlah., tapi boleh tahan rasa aku punya makanan (nasib baik). Jo kata pun boleh tahan gak. Aku tanya kat makcik tu macam mana bisnes?. Makcik tu kata bolehlah bayar sewa kedai. Sewa kedai rm1200. Kata makcik tu lagi, anak lelaki dia yang beriya-iya nak berniaga. Anak makcik tu yang suruh makcik tu handle. Anak makcik tu kerja kat tempat lain. Selagi boleh bertahan anak makcik tu kata teuskan berniaga. Makcik tu kata lagi sapalah nak makan tengahari gan roti toastkan. Kesian pulak aku tengok makcik tu, dahlah sorang-sorang kat kedai takde pulak tv, yang ada cuma radio jer.

Sampai opis buat kerja. Bos aku datang cakap nanti aku kena pergi site gan Jo. Bila tu belum tahu lagi, maybe hari khamis kot. Nak tengok 1 projek bungalow yang nak siap. Ownernya dah ada 3 biji bungalow, semuanya opis aku buat. Bungalow dah siap, ownernya jual dan beli tanah baru buat bungalow lagi. Klas kan.

Petang, nak balik rumah hujan turun dengan lebatnya, terpaksa aku tunggu kat opis. Boring lepak kat opis aku gan Jo lepak kat bawah opis lak, tunggu sampai hujan berhenti. Pukul 6.10 petang kitaorang bergerak naik motor. Jo hantar aku balik.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.