Hari raya cina dah berlalu dah, kononnya hari yang paling ditunggu-tunggu, yalah kan bos aku bagi cuti 1 minggu, itulah bertuah kalau kerja dengan company orang cina, apatah lagi kalau bos tu sambut 2 perayaan. Bos aku, hari raya cina sambut, hari natal pun sambut, (wah jarang orang sebut hari natal ne) dapatlah angpau sikit, kalau krismas pulak kitaorang dapat hadiah, (kecik jer) jadilah.
Limau janganlah nak kira kan, berkotak-kotak sampai aku pun nak muntah tengok bendaallah tu, yang kelakarnya walaupun dah muak dengan buah limau tu sempat lagi nak bawak balik rumah berbiji-biji, sampai nak bergaduh-gaduh ne pasal buah limau tu dengan opismate. Orang kata tangan yang memberi tu lebih baik kan, walaupun tangan yang memberi tangan cina,(peduli apa aku) ne kan pulak buah limau yang datang free hanya setahun sekali (lagilah sukakan).
Kalau dah hampir hari raya cina ne biasanya opis aku, berlambak-lambaklah hamper tersandai di ruang legar opis aku, ada yang rendah, ada yang sama tinggi dengan aku pun ada dan berbagai-bagai bentuk dan rupa. Tahun ne agak bagus bos aku banyak dapat hamper berbanding dengan tahun sebelumnya.
Macam biasa umur semua dah masuk ke senja, dengar saja bos bagi lampu hijau suruh bukak hamper, wow semua (bukan semualah) termasuk aku yang yoyo...oooo sekali macam budak kecik yang dah haus nak hisap susu dada mak, gembira bukan kepalang sebabnya siapa cepat dia dapat yang paling bagus, tapi bukan semua hamperlah dapat bukak, hamper yang bagus-bagus bos aku nak bawak balik rumah dialah. Kalau ada sesiapa yang bercuti masa buka hamper tu mmmm alamat rugilah dia, tapi macam biasalah aku yang dapat sedap-sedap seperti cokelat dan gula-gula, yang kaum hawa pulak sampai bakul pun diaorang nak boley.
Macam tulah tiap-tiap tahun kalau hari raya cina menjelma. Kekadang tu kalau bos aku angin tak baik (datang bulan kot) haram 1 hamper pun dia tak bagi kitaorang, melopong biji mata semua.
No comments:
Post a Comment