Hello There!

Sunday, February 7, 2010

BLOG





Wow, aku sudah ada BLOG sendiri ne, aku selalu jugak dengar kisah blog-blog orang tapi aku tak ambik port sangat, ya la BLOG ne kan ambik masa untuk nak taip apa-apa yang terjadi tentang kita sendiri atau persekitaran kita malah kisah dunia pun ada yang tulis, mmm aku selalu berfikir orang yang selalu tulis kat BLOG ne pasti mereka mempunyai masa yang terluang sangat kan atau kalau mereka tak tulis BLOG sendiri tentu hari mereka tak sempurna katanya, nah ambik ko sekarang ako pulak yang sibuk nak ada BLOG sendiri. (padan muka aku).

Kata orang kita kenalah mengikuti perkembangan semasa kan (kepala hotak ko) selain ada dairy sendiri, BLOG ne jugak boleh kita meluahkan apa yang kita rasa perlu jer untuk melepaskan apa yang terbuku dihati, tapi jangan sesekali sampai ke peringkat yang boleh memudaratkan diri sendiri atau orang lain sudah, yang penting jangan CARAS.

Mula-mula tu aku agak optimis jugak pasal si BLOG ne tapi bila difikirkan balik mmm bagus jugak ada BLOG kan. Lagi pun kalau diary, aku kena tulis pakai pen, penat tau, BLOG ne taip jer lagi senang, kalau salah taip backspace jer. (hehehe) yang pasti kalau dah ada BLOG ne harap-harap aku tak malas, takut pulak tiba hari malas abuk pun takdo, hangat-hangat dotdotdot ayam jer.

Wah nak dijadikan citer ne, mula-mula Blog diperdengarkan kat gegedang telinga aku masa aku minum kat kedai area opis aku. Masa tu opismate aku buka citerlah pasal blog ne, aku yang sibuk makan mee goreng basah (tak sedap langsung) terdengarlah sebutan BLOG, nak tanya takut orang ingat aku bebal, aku pun diam saja tapi dalam hati berkata apa benda BLOG tu, yang setahu aku blok tu (ejaannya blok) ialah batu blok orang buat rumah atau "kau tinggal kat blok mana"?. (bodoh sangat kan). Nasib menyebelahi aku rupa-rupanya kawan member aku pun tak tahu, dia pun bertanya apa tu blog kat opismate aku, dari situlah aku dah tahu kisah sebenarnya.
Kata orang kalau tak tanya sesat jalan, baru aku nak tanya ada orang lebih pantas dan cantas cakap aku, yang nampak dungu mamat tu la, aku pun berlagak macam tahu siap gelakkan orang ne pada hal sama-sama dungu.(ada aku kisah).

Kadang-kadang tu aku selalu jugak berfikir jadi penulis novel (ada bakat ke) dalam BLOG ne pun idea yang bagus jugak, ya la dalam saat senja yang hampir melabuhkan warna jingga ke warna hitam, idea aku mencanak-canak tiba ( wah bahasa novel dah keluar ke).


3 comments:

  1. Biar aku menjadi orang yang pertama kali komen...kelas ko...one step advance...banyak yang kita tak tahu, tak kisah la orang cakap dungu, paling penting, kita tak malu nak cari ilmu...

    ReplyDelete
  2. Wah....kau memang kelassss!!!! Dari "ZERO" pasal blogging, sekarang kau dah jadi "HERO"

    Syabas!!

    ReplyDelete
  3. Wah....kau memang kelassss!!!! Dari "ZERO" pasal blogging, sekarang kau dah jadi "HERO"

    Syabas!!

    ReplyDelete

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.