Petang habis kerja, aku nak gi TTDi gan Ed. Kitaorang dah janji gan Julai dan Wati kawan Ed yang tinggal di Taman Tun nak dinner sama. Julia yang sarankan kitaorang gi kat kedai ne. Temujanji pukul 8 malam kat One Utama. Kitaorang dah berjumpa, pastu Julia lead ke sana.
Pukul 8.30 malam kitaorang sampai sana. Masa tu orang tak ramai lagi. Owner dia pun ada kat kedai dia. Kitaorang pun pesan makanan. Julia kata baik kitaorang ambik "Lover set" sebab banyak gak lauk dia. Ok kitaorang pun order. Kitaorang makan kat situ tak lama sebab Julia kata nak makan dessert takut nanti tutup lak kedai tu. Kedai ne tutup pukul 11 malam.
Pukul 9.45 malam kitaorang chow dari "Silver Pot".
|
No. 26, Ground Floor, Jalan Dato Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail |
|
Dari Luar |
|
Menu dan tisu atas meja |
|
Ada surau |
|
Masuk dalam sup |
|
Lover set rm29.90 plus Tomyam 2 pot rm6 |
|
Crab Claw Fishball rm4 |
|
Fish Meat Fuchuk rm.3.50 |
|
Sauce dia |
TUTTI FRUTTI @ TTDI
Kitaorang terus ke kedai tu. Kedai ne tak jauh gak dari kedai yang kitaorang makan tadi. Kedai ne terletak dekat Jalan Tun Mohd Fuad 3, 1 row gan KFC kat TTDI, kedai dia opposite gan Maybank. Kedai ne buka dari 11 pagi hingga 11 malam. Kedai ne kedai yogurt tapi ia macam aiskrim gak. Kedai ne self servis, tak ramai guna staf. Kalau kita first time datang sini, staf dia akan guide kita. Kedai dia banyak guna warna putih. Aku tak pernah datang sini, so Julia ajar
Orang masa tu agak ramai gak. Nasib baik ada meja kosong. Aku memang tak minat sangat gan yogurt tapi bila dah dicampur gan topping tu sedap gak macam aiskrim. Wati tanya aku ne asyik ambik gambar jer nak buat apa. Aku kata nak masukkan dalam blog aku. Ooo patutlah selalu ambik gambar. Wati tanya apa nama blog aku. Ed menyampuk dia yang bagi nama blog aku kat Wati. Julia pun nak gak. Kitaorang lepak sampai nak dekat pukul 11 malam.
Masa untuk balik. Wati ajak gi minum kopi kat area rumah Julia. Aku cakap dah tak larat lagi nak masukkan apa-apa kat dalam perut ne. Aku cakap kitaorang chow dululah nanti kita sambung minum kopi next time.
|
No, 11, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr. Ismail |
|
Topping yang ada |
|
Oren kecik, hijau sedang dan merah besar |
|
Dah ambik kena timbang |
No comments:
Post a Comment